Isnin, 19 Mac 2012

bunohan...



orang kata filem Bunohan best. kata org lah. kata org yg cerdik pandai tentang filem2 art. atau filem2 yg banyak berfikir. so utk menampakkan aku poyo jugak konon2 mcm pandai baca pemikiran pembikin filem2 art nih, akupun tgk lah citer nih semalam.

citer nih berlokasikan di sebuah kampung nama Bunohan. kampung nih kat Kelantan kot sebab semua org termasuk burung tiong n tengku azura cakap kelantan.

ada 3 beradik. abang long, kaki semelih org, abang ngah, sibuk nak jual tanah bapak n adik bongsu plak peninju tomoi. jln citer berkisar tentang hidup mereka kat kampung tuh lah. rata2 yg bole aku simpulkan, filem nih different n fresh. filem yg memang kene tonton dr mula sampai habis. yg penting, xder scene nangis2 n pompuan bertudung feeling2 muslimah. yay!



ada few scenes yg mengingatkan aku dgn filem2 art yg lain. contoh lokasi tepi laut tuh mcm filem pasir berbisik and sampan2 dlm utan penuh lalang tuh mcm filem malaikat di jendela. bunuh2 semelih sampai darah memancut tuh plak, adalah ciri2 kill bill sket....

scene yg paling aku suke adalah scene tengku azura. bile dia pose dlm sungai di sebalik lalang tuh sebijik kot mcm pose angelina jolie dlm harpers bazaar... very editorial yer! anyway, pada yg nak sokong filem tempatan gi lah tgk citer nih. once in a blue moon jer ada filem melayu mcm nih, kan?



tapi pada yg suke filem2 ringan, mcm adnan sempit ker, bujang terlajak ker, xyahlah tgk citer nih. jgn jadik cam pompuan bingai kat depan aku yg sibuk tanya bf dia mcm2 sampai membingitkan telinga org belakang (yakni aku). yg paling x bley blah, dia bole geli bile tgk scene faizal husin kene urut. siap marah bf dia kenapa bawak tgk citer nih. lepas tuh lentok kat bahu bf dia tuh mcm cinta sangatlah. bingai.

so nihlah pandangan aku tentang movie nih. nak citer2 lebih, aku x pandai sebab aku bukan org filem. overall, filem nih aku nak bagi 3.95 stars jer. kenapa 3.95? sebab bukan 4 stars. okebai.

5 ulasan:

  1. filem kategori berat camneh mmg ramai ckp x best.. tapi kalo hayati betul2 jalan cerita dia.. sgt menareks.. terbaik lah~

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka tengku azura. momen 5 babak dalam filem ni menjadi dan sangat chantek!

      Padam
  2. riben: :)

    faizal: oh ada 5 babak eh?

    BalasPadam
  3. ramai cakap tak best, sape yang cakap mcm tue x menghayati, xpon bengong~

    BalasPadam
  4. izzad: x kene ngan jiwa dia lah tuh.... bukan semua org suke apa yg kita suke...

    BalasPadam