hari ini aku tak ada apa nak cerita sebenarnya.
tiba-tiba aku hilang idea untuk menulis.
entahlah, aku pun tak tahu kenapa.
tapi yang pasti,
teman-teman di MSN telah memberi aku beberapa keping gambar
yang buat aku termenung
dan *berfikir.
*aku memang suka termenung dan berfikir
mungkin gambar ini tidak memberi makna apa-apa pada semua.
tapi pada aku
dari gambar inilah aku mulakan senyuman aku pagi ini.
dan ada juga yang membuat dahi aku **berkerut seketika
**belum letak botox, boleh lah kerut. lepas letak, tegang. tak gitu, kak nita?
jadi korang semua boleh lah
merenung dan berfikir
tersenyum dan terkerut
melihat gambar-gambar yg aku lampirkan di bawah.
tapi kalau rasa tak ada apa-apa perasaan yang timbul dalam hati.
abaikan saja.
mudah!
kita mulakan dengan gambar Governor California yg juga bekas jaguh bina badan dan aktor terkenal, Gov. Arnold Schwarzenegger mengucapkan tahniah kepada Iris Kyle yang telah memenangi Miss International dalam pertandingan bina badan yang diadakan di Columbus, Ohio sempena Arnold Sports Festival. hmm... aku tak nak komen panjang pasal gambar ini. aku tak tahu apa kena ngan perempuan nih sebenarnya. tapi kalau dia rasa comel ada badan macam ni, suka hati dia lah kan?
yang kedua, gambar seorang model memperagakan fesyen ciptaan Leandro Cesar, pereka fesyen dari Brazil yang kini menetap di Spain sempena fashion show di Burgos, Spain. gambar ini mengenangkan aku pada konsep wanita jilbab di seluruh dunia. seandainya anda masih ingin menutup aurat ataupun sesetengahnya yang ingin mengambil langkah drastik menutup segala anggota termasuk mata, fesyen ini bersesuaian untuk anda.
seterusnya gambar seorang wanita berjalan di tanah gersang di sebuah perkampungan di Basudevpur, daerah Bhadrak kira-kira 130 kilometers (81 batu) arah timur laut dari Bhubaneswar, India. satu perkataan, masya allah.
dan gambar Aisha Calliber, 25, pula dipilih selepas memenangi title Miss Night Queen 2009 di Guatemala City. jumaat lepas, komuniti Mak Nyah (transgender) di Guatemala membuat perarakan untuk meminta pihak berkuasa mengetatkan lagi kawalan undang-undang terhadap pembunuhan ke atas komuniti mereka yg disebabkan oleh faktor homophobia. agak-agaknya bila pulak kaum ini nak buat perarakan di Malaysia pulak ek?
lagi gambar fesyen. seorang model sedang memperagakan pakaian yang dicipta oleh pelajar jurusan fashion design di Universidad Pontificia Bolivariana semasa fashion show in Medellin, Colombia. OK, peringatan pada kaum ibu-ibu dan juga anak dara yang suka mengemas. andai ada tali rafia ataupun rotan ataupun holla hoop yang lama di sekolah-sekolah awam, jangan dibuang. mungkin boleh digunakan atau ditransformasi menjadi bentuk yang lain.
akhir sekali gambar seorang bapa di Pakistan menunggang motosikal dengan membawa anak kecil (kemungkinan anak-anaknya) bersiar-siar di Rawalpindi, Pakistan. haha! gambar ini aku kira biasa di kampung-kampung. masa kecil dulu lepas balik mengaji kat kampung pun aku selalu buat!!!
itu saja gambar-gambar yang aku ada. lain kali kalau aku terjumpa gambar yang menarik lagi, akan aku paparkan untuk tontonan semua. insya allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan