Isnin, 23 Mac 2009

jejaka anggun di alam flora



aku baru pulang dari hiking di Otway Forest Park petang tadi.
penat berjalan agak-agak 3km semata mata nak berpusing dalam hutan.
hutan belantara kat malaysia takde pulak aku nak redah.
sampai sini terhegeh-hegeh pulak cari hutan dengan air terjun.



tapi hutan kat sini hutan hujan tropikal namanya.
pokok-pokoknya tinggi tinggi
daun fern aka paku pakis besar besar
memang tak boleh buat gulai pucuk paku
buat atap boleh lah...




aku panjat Otway Fly
tinggi yang amat.
menara paling tinggi 45 meter
gayat lah aku sekejap
tapi pandang hutan di bawah kaki
aku terasa cam burung plak
bebas terbang tinggi
best!




dalam sibuk2 menggeledah hutan
mencari haiwan kelahiran negara ini
aku ternampak dua ekor kanggaru kelabu
sedang makan
yang penting masa aku snap gambar
pakai handphone buruk aku ni
pandai pulak kanggaru ni pose...




overallnya
aku suka dengan pencapaian aku petang tadi
dah lama juga tak merasa masuk hutan ni...
insya allah seminggu dua lagi aku datang sini balik
nak cari koala, platipus dengan wombat pulak!
boleh?

ps: hiking dalam kesejukan lagi semput dari hiking kepanasan di tmn negara bako dulu!

5 ulasan:

  1. wah2 dpt jumpe kangaroo..

    xtry plak msuk dlm kocek die?? haha

    BalasPadam
  2. waaaaaaaaaaa beshnyeeeeeee..
    kalo aku gi sana kena bwk gi sini tau ;)

    BalasPadam
  3. karl:
    kanggaru tuh kecik. kalo besar dah masuk dah...

    marlena:
    insya allah. kite sewa keta. bwk ko gi jenjln!!

    BalasPadam