Isnin, 5 Mei 2014

PBAKL 2014

Hi semua,

Peace y'all!
 
Shaz Johar bersiaran lagi.

Semalam, tamatlah sudah pesta buku antarabangsa KL (PBAKL) yg berlangsung selama 11 hari di PWTC.

Aku ada meluangkan masa di sana untuk mempromote buku baru, sambil2 tu jual buku2 yg lama skali mcm KOMBO KOUGAR TABU, CERPEN SHAZ JOHAR dan MENTAL. Sambutan, alhamdulillah menggalakkan. Rata2 yg datang dan beli sebab dia orang rindu dengan tulisan aku. Ada juga pembaca Fixi yg baru2 nak kenal dgn tulisan aku. Ada jugak yg beli sebab ada diskaun 3 RM50. Dan ada jugak yg beli sebab katanya nak baca buku2 yg mindfcuk. Ntahlah, aku tak faham apa yg budak2 sekarang ni suka sgt sebut mindfcuk. Selalu sgt kena fcuk agaknya. Aku sendiri taktau mindfcuk tuh caner rasa dia. Huhu.

Pada yg dah baca dan beli, kalau ada kelapangan, silalah review  di blog, Goodreads atau di akaun FB atau twitter memasing. Atau boleh juga tulis kat wall akaun FB Sanctuaria ni. Boleh aku baca dan perbaiki mana yg patut. 

Pada yg belum beli, bolehlah beli sekarang di MPH, Kino, online BukuFixi atau mana2 toko buku yg ada jual buku2 aku. Yang pastinya, kat Popular memang tak ada. Takyah tanya kenapa. Tak penting. Akupun bukannya penah beli buku kat Popular tu. Masa sekolah dulu rajinlah aku masuk sana. Itupun sebab aku nak beli selotep, ubat pensel, pen dakwat basah, manila kad. liquid paper, stepler, atau highlighter kuning je. Ahaks!

Anyway, kat bawah ni ada gambar2 sekitar PBAKL yg baru berlangsung tu. Malas nak cerita banyak, korang tengoklah muka aku sampai puas. Rasakan!!


Day 1. Signing session bersama author terlajak laris, Nadia Khan

Bersama Nadia Khan. Promoting buku masing2.

Selfie ramai2 bersama pembaca setia Buku Fixi, penulis terlajak laris, penulis KL Noir Blue dan Big Boss.

Day 2. Bersama adik yg datang utk beli semua buku aku. Hebat tul!

Adik ni kejar aku kat luar PWTC. Dah femes dah aku ni rasa2nya so lepas ni aku nak request security guard 2 org dr bos Fixi. Hihi.

Day 4. Sesi santai bersama penulis Awek Chuck Taylor, Awan dan Lolos Penjara

Selfie lagi. Kali nih ala Oscar. Bersama penulis Mangsa, Pinjam, Son Complex, dan tokey besar Fixi.

Dia ni tolong belikan untuk kawan. Terima qaseh.

Last day. Signing session lagi sekali dipertemukan jodoh dgn author terlajak laris, Nadia Khan

Bersama orang kuat Buku Fixi, Mr. Iqbal.

Bersama pembeli terakhir Mental. Mental dah sold out, katanya.

Selfie ala Oscar lagi. Bersama sorang lagi org kuat Fixi, Mr. Richard, penulis Pinjam, Gantung dan Awan. Belakang yg tutup mulut tu tak kenal, yg kepala sekerat tu pun tak kenal. Yg bertudung tak nampak muka tu sampai sekarang misteri, ya!

Last sebelum kita orang blah. Amik gambar dgn wakil penulis Cukup Derita Itu. Deritamu Tidakkan KuTanggung Lagi. Walau Badai Melanda dan Lautan Menghampar Kasih. Akan Ku Selam Ke Hujung Fatamorgana. Isteriku Pencinta Jaket Kulit dan Manik2 Muslimah Sejati. Suamiku Tengku Yg Arrogant Tapi Rupa2nya Anak Maid dan Bercinta Dengan Wanita Biasa Yang Rela DiHerdik Suami Sendiri Atas Dasar Cinta.

Ha, itu je lah pic yg aku nak upload. Malas pulak nak upload semua.

So aku harap korang puaslah.

Dah, gi lah tido!


2 ulasan: