SANCTUARIA BY SHAZ JOHAR |
Hey semua!
Ya, Shaz Johar kembali lagi dengan entry baru tentang buku baru.
Tajuk buku kali ni: SANCTUARIA (baca: Sang-tu-a-ria). Cerita ni aku dah tulis lama dah, since 2012. Cebisan dari novel ni pun dah aku amik utk dijadikan cerpen dlm buku CERPEN SHAZ JOHAR yg keluar tahun lepas. Cerpen2nya APOKALIPTIK, BEAUTIFUL FLOWER dan SANCTUARIA. So basically, novel ni macam yg aku dah ulang utk jutaan kalinya, adalah versi yg lebih besar dan yg lebih jahat dari ketiga2 cerpen yg aku sebut ni lah.
Pada yg dah baca cerpen tu mesti dah tau sikit sebanyak pasal jalan cerita novel ni. Pada yg tak tau, meh lah aku citer sikit. In short, novel nih mengisahkan tentang kehidupan yg berlaku di Sanctuaria, satu kompleks komuniti yg ditubuhkan oleh pengasasnya, Yang Arif. Asal penubuhan dia mahukan semuanya hidup aman damai, satu bangsa, tiada racist, tiada prejudis, blah blah blah.
Tapi lama-kelamaan, bila power dan insecurity dah menguasai diri, semua ideologi tu dah berubah. Semua pengikut dia tanya, apa tujuan mereka join cult ni dulu... apa bezanya dgn dunia luar... at last, dia orang memberontak. Ha macam tu la lebih kurang.
Sedang menulis kata2 nista utk pembaca yg buat pesanan |
Cerita ni aku cedok sikit-sebanyak dari kisah yg berlaku di Guyana thn 78 dulu. Ada satu cult namanya People's Temple. So, siapa yg tau pasal cult ni nampaklah similaritinya. Aku takdelah cedok 100%, banyak jugak yg aku olah ikut citarasa sendiri. Akupun ada jugak selitkan kisah2 sosial yg berlaku dlm masyarakat kita kat sini. Agama, rasuah, semua tu lah. Harap2 korang tak pening dan bacanya dengan hati yg terbuka. Lepas tu fikir dgn matang. Yg mana rasa elok tu, ambil. Yg buruk tu, mintak2 la jauhkan.
Ada beberapa main characters dlm novel nih. Aku memang terkenal dgn suka kecilkan kelompok watak utama dlm novel2 terdahulu. Tapi kali ni memandangkan semuanya berlaku dlm satu kompleks komuniti, takkanlah aku nak buat cerita pasal sorang je. Haruslah ada multiple subplots. So hopefully, korang tak pening jugak. Dan tak confuse. Aku percaya pembaca buku juga harus ada imaginasi yg tinggi. Kan?
Kepada siapa yg ak baca bab2 awal tu atau nak membeli secara online bolehlah klik link website Buku Fixi nih.
Kepada siapa yg nak beli buku dia plak, novel ni dah mula start dijual hari ni kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tarikh dan sesi beramas mesra dgn penulis (aku, especially) ada kat situ. Korang click jer lah link tuh. (Abaikan hari Sabtu sebab aku takde. Aku ada kelas setiap Sabtu. Harap maklum). Jgn lupa bawak fon yg ada kamera, boleh kita selfie2.
Bersama author terlajak laris, Nadia Khan di Kino sempena perlancaran KL Noir: Blue |
Yg paling penting semalam muka aku terpampang kat paper The Sun. *Thanks Bissme, for the interview. Syukurlah aku tak perlu spek mata hitam dgn selendang utk muncul dlm paper. Tapi aku sendiri tak sempat tengok paper ni lagi. Hew hew.
Kalau korang nak baca yg soft copy, klik lah kat link atas tu sebab pic kat bawah ni kecik sangat. Unless mata korang ada super power boleh nampak ngan jelas.
Shaz Johar sedang membaca spell ke atas wartawan. |
Apa lagi nak cakap...
Hmm... tu jer lah. Sila support karya yg baru nih. Aku harap sambutannya akan lebih baik dari Mental. Kepada yg dah baca, sila review. Baik ke buruk ke review je. So far dah 4 buah novel aku tulis belum penah skalipun aku meroyan (rasanya) dgn review korang yg teruk2. So, review lah seikhlas yg mungkin.
Sehingga kita bersua lagi,
xoxo
Jejaka Anggun.
Wow aku nak baca ni!
BalasPadam--Dato K
love to read ur book...
BalasPadamAku x sempat pergi pbabkl kali ni.. sat tadi baru beli kat MPH alamanda.. tinggal seketulnya sanctuaria ni... tak taula sama ada terlebih laku.. tp aku syak mereka sembunyikan novel ko nih.. huwahaha
BalasPadamSiapa pakcik yang jumpa Tia dengan Yusri? Kundi ke? Kalau ikut jalan cerita, takde statement yang cakap Kundi mati sekali. Refer pada page 273, I guess the pakcik might be Kundi. Btw, buku ni ada sambungan ke?
BalasPadamAlready read this. Love this book, i read all day non stop. love the twist. But I'm actually rooting for the girl who looks like guy (forgot her name) and you kill her. Hate you for tht.
BalasPadam