Sabtu, 20 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013




Ini dia senarai 5 buku Fixi baru yang bakal dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 nanti.

Ada 3 buku yang bakal dijual atas nama Shaz Johar. Antaranya buku baru, CERPEN SHAZ JOHAR, buku antologi cerpen dari aku sendiri yg ada 22 buah cerita tu, KOMBO KOUGAR TABU, buku omnibus dua novel pertama aku,  KOUGAR dan TABU dan tak lain tak bukan, novel yg aku tak sangka2 boleh jadi hits,  MENTAL.

Sila klik link2 di atas untuk tau pasal buku2 aku ni dengan lebih lanjut.

Sila juga klik link ni utk browse thru buku2 lain yg dijual di KEDAI BUKU FIXI

Dan sila like page Jelajah Lejen Fixi Pesta Buku KL 2013  kat FB ni utk tau harga buku dan time penulis2 yg bakal datang ke event tu utk sesi beramas mesra bersama pembeli.

ok yah, semua info dah dapat, kan? so jangan lupa utk jumpa di sana...

bye!!!

Sabtu, 13 April 2013

Aku menulis bukan kerna nama...




Aku tak pernah terfikir dlm hidup akan hasilkan sebuah buku yang penuh dgn antologi cerpen aku sendiri. Sumpah! So, bila aku tiba2 terima SMS dari bos FIXI dgn text yg berbunyi, "you dah ada berapa cerpen?" Aku jadi teruja sekejap....

Ada 22 cerita dlm buku ni. Ini barisan cerita yang ada....

RUSM1M
APOKALIPTIK
KOPI 3 RASA
TRAGEDI CINTA AGUNG
KISAH ORANG JANTAN
MULUT BETINA
BEAUTIFUL FLOWER
RETIS
MAMPUS!
BOBBY BIKIN PANAS
BOBBY BIKIN PANAS (BHG. 2)
OPEN RELATIONSHIP
SANCTUARIA
BAHLUL vs. BEAUTIFUL
SUAMI, ISTERI, DAN BOMOH
SEGI TIGA SONGSANG
MEREKA DAN KELUARGA MEREKA
MATA
BIBI ELLE
MUSLIM 2061
ASIAN ANGEL
DUIT RAYA


In short, semua cerita yang aku tulis dalam buku ni adalah kisah-kisah yang berlaku di sekeliling kita. Ada kisah berat di dalam ringan, tangis di dalam lucu, dan sindir di dalam halus. Ada kisah dari seawal remaja sehinggalah ke dewasa, dari manusia hinggalah ke haiwan dan dari yang bodoh hinggalah yang mengaku Tuhan. Kisah kau, kisah aku, kisah kita-kita....

Kalo nak sama-sama menari dan menyanyi dengan tulisan-tulisan aku, korang bolehlah dapatkan yg original pada 26 April kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti. Harga RM18.90. Murah jer...

Anyway guys, sebelum tido aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg terus2an menyokong tulisan Shaz Johar. I am touched.

Sabtu, 6 April 2013

ice cream for everyone!!!!



Seperti yg sudah sediamaklum (or pada yg belum maklum), kedua-dua novel novel pertama dan kedua aku, KOUGAR dan TABU telah diomnibuskan/dikombokan oleh BUKU FIXI dan akan mula dijual pada 26hb April nih di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Jumlah mukasurat utk buku KOMBO KOUGAR+TABU ni adalah 532. Tebal giler kan? Honestly, aku sendiri kurang gemar baca buku tebal-tebal nih tapi disebabkan ni buku kombo, ada dua citer di dalamnya, so aku rasa ia sangatlah worth it. Tambahan plak, harga kedai cuma RM29.90 je. So murah je lah, kan kalo nak compare ngan buku Rosmah yg RM150 tu. Perlu?

Nak dibestkan lagi, kalo korang buat belian secara online kat KEDAI BUKU FIXI plak, korang juga bole beli dgn harga diskaun utk 6-Pack Fixi (kalo tak silap harga RM14 sebuah) ataupun korang boleh pilih belian dgn harga RM50 utk 3 buku (buku ni walaupun ada 2 cerita tapi tetap dikira sebagai satu buku). Hebat, kan?

Kata Bos Fixi, tujuan kedua-dua cerita ni diomnibuskan/dikombokan adalah utk beri galakan atau pengenalan kpd pembaca2 yg baru nak mengenali novel2 asal Shaz Johar especially lepas dia orang baca buku MENTAL. Kitorang nak bagi korang semua can utk ada semua story aku. Haaaa, baik tak hati kami?

Kpd yg dah mengenali Shaz Johar plak bolehla jadikan buku nih sebagai koleksi unggul, peluang seumur hidup anda. Tak mau?

Secara literal dan figuratifnya KOUGAR dan TABU menceritakan tentang citarasa. Citarasa Kisha dlm KOUGAR terhadap anak ikan dan citarasa Bibi dlm TABU kepada makanan dan lelaki African bertubuh kekar. Dua2 citarasa nih aku kira slalu sangat jadi tanda tanya oleh rakyat Malaysia yg dah terlalu selesa dgn norma hidup yg ditentukan oleh adat, agama atau mulut orang lain.

So aku malas nak citer banyak, sepertimana korang cair melihat aku sebegitulah aku harap buku ni bisa mencairkan anda... Silalah kumpul duit dari sekarang dan dapatkannya di pasaran nanti....

Thanks and muah muah!