Khamis, 15 November 2012

Malam Pesta Muda Mudi!!



pengumuman.

sesiapa yg free pada weekend ni silalah hadir ke KL WRITERS & READERS FESTIVAL yg bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur (bersebelahan Dataran Merdeka). kalo x tau, sila google. aku pun baru jer tau... ahaks!!

kata mahaguru Buku Fixi, setiap publisher hanya diberi 10 minit untuk sesi promo so Khairul Nizam Khairani akan promo GERGASI pada hari Sabtu, dan 10 minit untuk aku promo BOLA dan of course, novel terbaru MENTAL pada hari Ahad. Slot ialah somewhere between 12pm-2pm.

anyway, korang dah beli ke belum ketiga-tiga buku tersebut? kalo belum, korang bole beli kat sana nanti.

kalo dah, korang juga dijemput hadir dan silalah bawa buku yg dah dibeli tu kalo mau dapatkan tandatangan serta tandakaki (jika perlu) penulis. dengar citer ramai jugak penulis yg bakal hadir, bukan saja Fixi malah publisher2 lain jugak so marilah kita sama2 memeriahkan acara!

ha, faham kan?

bagus. sila sebarkan berita gumbira ini dan jumpa di sana.

ciao.



ps: Salam 1 Muharram. Semoga penghijrahan kita kali ini lebih bermakna. Amin.

1 ulasan: