Sabtu, 14 Februari 2009

masa

aku berbual tentang masa dengan rakan.
masa zaman sekolah rendah.
masa zaman sekolah menengah.
masa kini.

banyak kenangan terutama yang berlaku di alam remaja dulu.
banyak juga yang aku senyumkan dari menangis.

tapi semenjak dewasa ini
masa aku penuh dengan persoalan.
persoalan tentang hidup.
persoalan tentang diri.
persoalan tentang masa depan.

bila persoalan itu akan terjawab.
atau apakah ada jawapan pada setiap soalan yang dihulur
aku tak tahu
nyatanya aku keliru.

marlena tanya semalam, benarkah ada orang yang benar-benar cintakan kita? atau benarkah kita benar-benar cintakan seseorang itu? hmmmmm....
tanda tanya.

7 ulasan:

  1. persoalan paling pokok yang kau patut tanya pada diri sendiri, cintakah kita pada DIA yakni yang maha Esa. dan kemudian, jawapan pada persoalan lainnya akan mula datang di depan mata.

    BalasPadam
  2. cinta pada yang Esa tu memang cinta yang luhur. datang dari hati yang ikhlas. yang sentiasa aku rujukkan dalam susah dan senang.

    cinta yang aku war2kan di atas. cinta sesama manusia yang ada kala buat aku tertanya. apa itu sebenarnya cinta.
    tiga titik.

    BalasPadam
  3. banyak persoalan dlam diri lebih mematangkan kita.

    berfikir untuk setiap persoalan pasti jawapan hadir bersama.

    BalasPadam
  4. silent hill....
    saya takut untuk terus berfikir.
    takut timbul fikiran yang bukan-bukan.
    tapi saya tak takut pula untuk mencari jawapan itu.
    kerana jawapan itu rasanya boleh timbul dari hati.

    BalasPadam
  5. aku dah penat nak pikir dh..
    aku rasa persoalan tu akn terjawap bila aku sndiri melalui.. tu pn kalo sempat..full stop.

    but it's sad kdg2 kita cuma sedar how precious someone & how much we need them only when we have lost them.. *sigh..

    BalasPadam
  6. marlena,
    itulah lumrahnya kehidupan...
    manusia suka menilai benda yang tiada....

    BalasPadam