Isnin, 26 November 2012

MENTAL lagi....

pic courtesy of Penang Global Tourism, my best candid pic so far... ahaks!


baru sampai dari Penang sejam dua tadi. penat masih belum ilang. satu rumah bau najis mutawasitah si Snow White yg terperap 3 hari 2 malam. pitam.

aku nyaris2 tak jadi ke Penang hari Jumaat haritu. ntah kenapa, Tuhan tu kasi perut aku sakit kaw2 macam org kena senggugut. mujur doktor Somalian yg jaga klinik kat ofis bagi ubat yg power... heheh... risau jugak aku kalau tetibe perut aku buat hal dlm bas... coi!

sampai Penang kul 1am. thanks to rakan penulis, Gina penulis NGERI  dan MANGSA yg memang dah dekat setahun stay kat sana, datang jemput aku kat Sg. Nibong bas stesen.

actually aku n Gina dijemput utk mempromote novel baru kitorg kat GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2012. event bermula dari Jumaat sampai Ahad n aku punya turn hari Sabtu pukul 4pm kat Studio@Straits. susah jugak nak carik tempat nih sebab lokasi dia tersorok sikit. tapi alhamdulillah, ramai jugak pencinta buku yg hadir dan memeriahkan majlis.

seperti biasa ada sesi soal jawab ala2 melodi bersama tuan guru Fixi, Amir Muhammad ketika acara berlangsung b4 kitorg baca sikit lines yg menarik dlm buku tuh... lepas tuh ada plak sesi mingling bersama tetamu2 yg hadir. thank you kepada semua and anda semua memang cool!

lepas tuh sesi diteruskan lagi dgn Amir Muhammad introduce plak next projek Fixi yg berjudul KL Noir. sebuah antologi cerpen in inglish tentang dark side yg berlaku di dalam kota kolumpo ini. menarik?

aku ada submit satu story dlm antologi tuh berjudul Asian Angel n aku ada baca sikit petikan dr story tu utk semua. the best part, sapa yg hadir dapatlah copy story aku tuh dengan beberapa story yg lain utk dibawa pulang secara free... hmmm... feeling2 Oprah Winfrey tak tokey Fixi? ko mampu??

oklah, xyah nak citer panjang2. nih ada few pics yg sempat aku upload dlm twitter. pic amik guna BB so layankan je lah eh...

sesi repekan di antara tokey Fixi dan anak2 buah kesayangannya...

bersama Gina, satu2nya penulis bukan Melayu yg tulis novel Melayu yg aku kenal.

bersama Bernard Chauly, a very nice guy. dia tanya aku pasal Istanbul Aku Datang... aku cakap, Lisa terlalu gedik. his next movie, dengan Fazura. excited?

funny, this mat saleh guy came to me and cakap melayu. bila aku tanya nama, dia cakap Zarul, terus aku tanya, "are you Zarul Al Bakry?" insya allah diapun akan kuar dgn movie next year. interesting storyline i tell you....


overall, ini experience baru buat aku. insya allah kalo ada rezeki (dlm ertikata lain dapat jemputan) aku akan datang lagi kat event2 yg macam ni dan jumpa dgn manusia2 yg appreciate event2 mcm nih.

so kalo ada, ill keep you guys updated. till then, selamat malam.

bye.




Khamis, 15 November 2012

Malam Pesta Muda Mudi!!



pengumuman.

sesiapa yg free pada weekend ni silalah hadir ke KL WRITERS & READERS FESTIVAL yg bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur (bersebelahan Dataran Merdeka). kalo x tau, sila google. aku pun baru jer tau... ahaks!!

kata mahaguru Buku Fixi, setiap publisher hanya diberi 10 minit untuk sesi promo so Khairul Nizam Khairani akan promo GERGASI pada hari Sabtu, dan 10 minit untuk aku promo BOLA dan of course, novel terbaru MENTAL pada hari Ahad. Slot ialah somewhere between 12pm-2pm.

anyway, korang dah beli ke belum ketiga-tiga buku tersebut? kalo belum, korang bole beli kat sana nanti.

kalo dah, korang juga dijemput hadir dan silalah bawa buku yg dah dibeli tu kalo mau dapatkan tandatangan serta tandakaki (jika perlu) penulis. dengar citer ramai jugak penulis yg bakal hadir, bukan saja Fixi malah publisher2 lain jugak so marilah kita sama2 memeriahkan acara!

ha, faham kan?

bagus. sila sebarkan berita gumbira ini dan jumpa di sana.

ciao.



ps: Salam 1 Muharram. Semoga penghijrahan kita kali ini lebih bermakna. Amin.

Jumaat, 9 November 2012

saya tak gila.




hi kengkawan!!!

apa kabar? sihat??

saja nak beritahu yg korang yg buku ke tiga aku telahpun selamat lahir ke dunia. tajuknya MENTAL. sepertimana tajuk, sebegitulah jalan ceritanya so aku harap korang takkan mental setelah habis membacanya.

anyway, printing baru saja siap dan tempahan secara online sudahpun dibuka. di mana lagi nak tempah, kalo bukan di Kedai FIXI.

yg paling best, sempena kelahiran anak aku yg ke3 nih, x sah kalao xde gimmick. so, tokey FIXI sendiri telah melancarkan kempen Threesome bersama Shaz Johar. suka tak? sukalah tuh. dah tau dah...

kempen nih utk menggalakkan korang yg suka pinjam2 buku tuh utk beli buku aku secara pakej. beli 3 dgn harga diskon. murah je korang mesti mampu. oh ya, diskon nih dr harini sehingga 30 November 2012 saja. lepas dari tarikh tuh, kalo nak ber-threesome lagi dgn shaz johar, sila contact dia secara peribadi. yg tuh siap dgn pakej foreplay. ahaks!

eh, oklah. sila baca dan review. nak tweet pun bole. nak letak dlm blog korang pun bole. nak review kat Goodreads pun boley. sukati koranglah. aku suke baca review kat Goodreads, kat sana, dorang suke letak 1 bintang je utk buku2 aku.

ahaks!!!


ps: setelah ditapis, diolah, dirombak, dicerca serta bertegang-urat, bertikam-lidah dan bertongkat-paruh bersama panel berwajib, akhirnya terhasillah cover di atas. harap2 korang suka.

Ahad, 4 November 2012

main BOLA dalam hujan.

semalam dah berlangsung perlancaran buku antologi cerpen BOLA di Silverfish Books, Bangsar.

terima kasih kepada yg sudi hadir dan memberi sokongan. kepada yg tidak dapat hadir dan memberi sokongan dari jauh pun terima kasih jugak. MALAH kepada yg tak nak hadir dan tak nak beri sokongan ataupun kepada yg tak nak hadir MALAH memberi kutukan juga, TERIMA KASIH.

tanpa anda siapalah kami.

ni ada few pics yg sempat aku amik dan post. korang enjoyz.....


Tuan FIXI menyampaikan sepatah dua kata dgn gaya Oppa Gangnam.


seperti biasa, the famous Shaz Johar (bak kata Siz, xtau lah famous tang mana aku nih) dipanggil untuk menyerlahkan lagi sifat kemaluan dan adab timur beliau. sila pitam.


antara barisan penulis2 cerpen yg hadir. Nami, Dayang Noor, Faizal Sulaiman, Sizarifalina, Shandye, Zara and Jejaka Anggun.


tak sah kalo gi event buku tak grab buku (and dvd). so this is what i got. buku sendiripun beli sebab ada orang kirim. ahaks!


ok, tuh jer yg aku sempat amik. banyak pic blur2, mungkin sebab ujan atau tangan aku kene parkinson ke apa so xder lah aku nak upload kat sini.

my next event, maybe kat KL library plak. bila dan untuk apa, x sure lagi. but 24th Nov ni aku akan berada di penang sempena The George Town Literary Festival 2012 utk promote novel baru dan diskusi tentang kebangkitan new malay fiction gitu, insya Allah.

so jumpa di sana.


ps: sapa dah baca BAHLUL vs BEAUTIFUL tu sila review, ya?!