Jumaat, 7 Oktober 2011

selamat pengantin baru duchess of alba!



dulu aku dah buat entry dah pasal nek wok versi omputeh nih (sila klik)

nih kesinambungan citer pasal dia...

sudahnyer dia berkahwin jugak dgn pujaan hati dia, si Alfonso Diez nih. korang mesti teruja nak tgk pic kahwin dia kan? pastuh korang mesti nak banding2kan dgn wedding Norman-Memey yg disponsor juta2 tuh kan? korang nih x baik tau....

tapi xper, aku mmg suke laga2kan orang... so korang tgklah pic perkahwinan dia.... enjoyyyyyy....



*hmm... x sure plak time nih dia berleter ker atau tercungap2, mcm jauh sgt plak pelamin ngan pintu masuk, kan?


*sampai2 jer trus duduk. ko penah tgk pengantin omputeh duduk depan paderi?






*exchange vows... for better or worse, for richer for poorer, in sickness and in health katanya....


*dah sah trus berjumpa paparazi yg menanti di luar...


*majlis joget lambak pun bermula.... nih dia bukak step, korang jgn ingat dia nak tersungkur plak...


*ha.. dia dah mule buat hal dah buat tarian piring... jaga2 yer...


*muke yg menonton tuh, dlm ati tuhan jer yg tahu...


* bila dah cekak pinggang nih, semua org kene ke kebelakang eh... jgn main2 ngan mak ayam


*majlis tamat pabila kaki nenek dah sakit....


sekian!


ps: aku tak faham kenapa ada org dengki benar dgn wedding norman-memey. biarlah, dah jodoh dia kawin berdua. apa masalah norman-memey-abby dulu tuh, kita buat x reti jer dah lah. itu bukan masalah kita n kita x taupun apa yg terjadi dlm rumahtangga dorang yg sebenar. so as an outsider, kita doakan jer norman-memey happy sampai ke liang lahad. kan lebih elok begitu. nasib2 kita esok, kita sendiri x tau. yedok?

ps2: mesti ramai yg buat kenduri kahwin on 09/10/11 nanti, kan?


Rabu, 5 Oktober 2011

Homoseksual Dapat Disembuhkan?



Homoseksual dapat disebabkan oleh beberapa faktor.

Pertama, faktor biologik, berupa gangguan pada pusat seks di otak atau di kromosom.

Kedua, faktor psikodinamik, yaitu gangguan perkembangan psikoseksual pada masa kecil.

Ketiga, faktor sosiokultur, yaitu kebiasaan yang berakar pada budaya setempat.

Keempat, faktor lingkungan, yaitu akibat pengaruh pergaulan atau pengalaman pertama yang homoseksual.

Sesuai penyebabnya, maka homoseksual yang disebabkan oleh faktor lingkungan mungkin dapat diubah walaupun tidak selalu mudah. Homoseksual karena faktor sosiokultur mungkin dapat diubah kalau yang bersangkutan segera keluar atau meninggalkan kultur itu.

Tetapi, tentu ini tidak mudah dilakukan karena faktor sosiokultur pada umumnya sudah melekat sejak masa kecil. Homoseksual karena faktor biologik tidak mungkin dapat diubah menjadi heteroseksual. Sedang homoseksual karena faktor psikodinamik juga hampir pasti tidak dapat diubah, kecuali didukung oleh kesadaran dan kemauan yang luar biasa.

Apakah Anda dapat hidup "normal" sebagai pria heteroseksual, tentu tergantung pada apa penyebab Anda menjadi seorang homoseksual. Tetapi kalau Anda mampu tidak melakukan hubungan homoseksual sejak menikah, itu sudah merupakan suatu upaya yang luar biasa.

MENGERTI???

* semlm ada isu PONDAN ANCAMAN WANITA kat WHI. klaka sungguh aku bile dapat tahu pasal bende nih. dorang nih saja nak cari isu2 yg x penting. siapa2 wanita yg rasa terancam tuh mmg kesian. aku nasihatkan kaum wanita di luar sana jgn salahkan pondan kalo dah terkahwin dgn lelaki gayboy. salahkan laki sendiri. xpun salahkan diri sendiri jer. kenapa mesti kite point fingers kat org lain kalo runmahtangga sendiri yg porak peranda?

Sabtu, 1 Oktober 2011

cerkon. (cerita kontot).

aku tgh sedih nih. sejak tukar laptop baru aku dah xleh bukak blog wordpress aku lagi. aku x tau apa username n password dia. tuh la masalahnya kalo semua aku biar autosave, now aku dah x leh bukak dah. cibai.

anyway, aku ada tulis cerkon baru2 nih. cerkon tuh perkataan yg aku cipta sendirik. diambil dr 2 patah perkataan, cerita dan kontot. bukan cerita dan konek yer. yg tuh lain tema dia yer. awas.

tajuk cerkon nih, Hutang Darah. aku tulis utk suker2 jer, so enjoylah...




Jari-jemari Azlan bijak memetik saluran yang dilanggan satu-persatu.

TV1 menayangkan iklan mengenai seorang ibu menangis yang sedang teresak-esak memeluk anak lelakinya yang cacat. Di TV2 pula, iklan seorang ibu yang juga sedang meratap hiba tentang anaknya yang telah berjaya melangsaikan hutang PTPTN. TV3, drama Melayu yang mengisahkan tentang seorang ibu dengan kakinya yang sudah berulat tetapi masih ingkar untuk ke klinik kerajaan menanti kepulangan anak-anaknya dari Kuala Lumpur.

Azlan terus memicit lagi angka-angka yang ada.

Astro Ria menayangkan filem yang baru ditayangkan beberapa bulan sebelum itu di pawagam. Filem berkenaan samseng jalanan. Astro Prima, juga menayangkan filem yang berunsurkan jalan cerita yang sama cuma tajuknya saja yang berbeza. Pelakon juga sama.

NTV7 dan 8TV menyajikan hiburan. Satu konsert Datuk Siti secara solo dan satu lagi dia bersama artis-artis lain. Sementara di TV9, ada drama lawak slapstik dari bekas peserta Maharaja Lawak. Terlalu slapstik sehinggakan kedua-dua biji mata terasa seperti mahu mengalirkan airmata darah.

Jantung makin berdegup kencang. Azlan terus memilih lagi saluran yang lain. Hajat di hati agar ada perubahan dengan apa yang pernah disajikan kepadanya sejak 30 tahun yang dulu tetapi malangnya wajah Rosmah yang tiba-tiba muncul membacakan ucapan Selamat Hari Raya kepada rakyat jelata betul-betul membuatkan dia hilang sabar.

"That’s it!" Dia menyumpah. Pisau yang digunakan buat mengupas kulit mangga sebentar tadi dikelar pada kedua-dua pergelangan tangannya. "Kalau macam ni tiap-tiap tahun, better aku mati. Cibai!" jeritnya.

Itu janjinya pada Hari Raya pada tahun lalu. Akhirnya dia kotakan juga apa yang dikata.


ps: aku nak buat satu entry tribute utk pembaca2 Kougar. aku nak semua org yg ada beli buku Kougar utk amik gambar bersama buku tersebut dgn cara yg paling kreatif skalik. contohnyer, mcm dia nih ha.... kreatif sgt kan? ada rasa cam nak sepak2 tak?


lepas tuh sila post dlm FB Kougar

n siapa yg paling kreatif, akan dapat buku Tabu secara free.

ha, teruja x? teruja x???

Rabu, 28 September 2011

from Jejaka Anggun to Tok Ti with luv...



first of all, aku nak ucapkan congrats (bkn congrates yer, congrats) kpd Tok Ti yg dah pun berjaya mengeluarkan album ingrish pertama beliau yg berjudul All Your Love.

dia penah debut lagu baru nih dlm anugerah planet ari tuh. first time dengar, oklah catchy gak lagu dia. tp masa tuh aku x leh terima dia nyer slang ingrish yg terlampau berbelit kat huruf R. aku rasa ini masalah normal bagi org melayu (especially yg bahasa ingrish nyer ala kadar) sebab bile nak ckp mesti huruf R tuh nak kene belit2kan lidah. konon nak tiru omputeh tp x sedar dah bunyik cam org filipino. sian.



anyway, tadi aku terdengar yg recorded version punyer n aku mcm bole layan plak. ok jer plak pronounciation dia bile nyanyi. but yer lah kan sah2 lah recorded, mesti banyak kali kene ulang n aku rasa lagu nih pun bole jadik lagu clubbing, especially kat la queen. ko bayangkan, sedangkan lagu nirmala dgn wasini bole buat hadek2 dlm tuh ilang ingatan, apatah lagilah lagu nih kan? mau x gegak gempita satu dunia? hahah!

eh, korang mesti tanya gile ker apa aku nak citer pasal Tok Ti plak dlm entry kali nih kan?



haha. actually, ada Mek Jah kat ofis aku nih tunjuk kat aku komen2 org pasal Tok Ti dlm blog beautifulnara. majoritinyer mengutuk jer lebih. aku nih xder lah minat pun kat pompuan nih tapi xder lah melaha dia yg bukan2. mcm ada org tuh kutuk dia mcm yahudilah, sia2 jer gi mekah lah, itu lah, ini lah....

lah, apa yg dia nak buat tuh suka ati dialah, dia xder pun susahkan idup korang rasanya kan?

pastuh ada jugak yg kutuk baju yg dia pakai.

yg nih mmg aku setujulah. aku rasa utk kebaikan dia jugak kot. ko tgk jer lah pic kat bawah. korang rasa cantik ker dia pakai topi mcm nih? kalo ada rambut kepuk2 kan lebih sesuai pakai topi mcm nih, nih dah mcm botak plak kan?




so utk Tok Ti, nih i nak pesan kat u sket.

i rasa u dah cukup kaya utk upah org yg betul2 bole take care u punyer wardrobe. org yg selama nih jaga baju/fesyen u (kalo ada), sila pecat cuz dia tidak menjalankan tugas dgn betul. u kata u nak go international, so kalo u dress up ala2 jahitan kak yam pudu walaupun baju u tuh actually jenama Badgley Mischka, org akan tetap cop u sebagai pompuan kampung. awas ya.

lagi satu, omputeh kata "practice makes perfect". so pedulikan hinaan org terhadap bahasa ingrish u yg berslanga lipis tuh. dulu ada sorg penyanyi latin nama Selena, dia nih haram x tau bahasa Spanish. setakat nyanyi jer reti tapi bila org interview in spanish, dia reply in english sajork. tapi dia laku kat Mexico, dik. menang award, lagu tip top, n dia blaja sket2 utk master kan bhs spanish supaya diction n pronounciation nampak x dibuat2 ketika menyanyi.



so moral of the story, kalo org lain bole, u pun bole. lagipun u kan pompuan kaya. u mampu upah org british council ajar bahasa ingrish kat umah... kalo rasa2 level british council tuh x berapa nak mampu, upah cikgu dr kumon pun ok gak. beginner level.

or susah2 upah i jer... i leh tlg ajarkan anak tiri u nih skalik. sambil2...

eh. terlebih sudah.

Sabtu, 24 September 2011

An Idiots Guide To Marketing

aku dapat email nih kat ofis. aku harap nama2 yg dipetik di bawah tidak murka dan sumbatkan aku ke dlm ISA. heheh. apa2pun, kalo aku hilang x update2 new entry tuh, korang faham2 jer lah apa yg dah jadik oke...




Samy Vellu sees a gorgeous girl at a party.
He goes up to her and says: "I am very rich. Marry me!"
That's Direct Marketing.

Mukhriz sees a gorgeous girl at a party.
One of his loyal UMNO friends goes up to her and pointing
At Mukhriz and says: "He's very rich. Marry him!"
That's Advertising.

Khir Toyo sees a gorgeous girl at a party.
He goes up to her and gets her telephone number.
The next day, he calls and says: "Hi, I'm very rich. Marry me!"
That's Telemarketing.

Khairy is at a party and sees a gorgeous girl.
He gets up and straightens his tie, walks up to her and pours her a
drink, he opens the door (of the car) for her, picks up her bag after
she drops it, offers her ride and then says: "By the way, I'm rich.
Will you Marry Me?"
That's Public Relations.

Razak Baginda is at a party and sees a gorgeous girl.
The girl walks up to him and says:
"You are very rich! Can you marry me?"
That's Brand Recognition.

Syed Hamid sees a gorgeous girl at a party.
He goes up to her and says: "I am very rich. Marry me!"
She gives Hamid a tight slap on his face.
That's Customer Feedback.

Not satisfied, Hamid goes to see another gorgeous girl at a party.
He goes up to her and says: "I am very rich. Marry me!"
And she introduces Hamid to her husband.
That's Demand and Supply gap.

Abdullah sees a gorgeous girl at a party.
He goes up to her and before he can say anything,
another person comes and tells her: "I'm rich. Will you marry me?"
And she goes with him.
That's competition eating into your market share.

And finally Najib sees a gorgeous girl at a party.
He goes up to her and before he can say: "I'm rich, Marry me!"
Rosmah arrives!
That's restriction from entering a new market.



so skang korang dah faham dgn teknik berniaga dan pemasaran dgn betul??? kalo dah, baca artikel kat bawah nih plak....





ps: masih terkial-kial cam org buduh taip guna laptop baru nih... ;p

Isnin, 19 September 2011

Kougar diikitiraf... alhamdulillah.

entry nih bertujuan utk mengucapkan terima kasih kpd semua yg telah berjaya membuatkan KOUGAR meraih anugerah Bakat Muda Selangor 2011 bagi kategori cerpen/novel BM pada malam sabtu lepas. ia terlalu panjang so feel free utk buat kerja lain yg lebih berfaedah dulu.



first n foremost, terima kasih kpd Allah swt yg telah memberikan aku mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan otak untuk terus hidup dan berkarya. novel nih asalnya hanya ditulis sekadar main2. aku boring2 dlm tren, x tau nak buat apa so aku amik phone n mula taip perlahan2... sikit demi sikit... tau2 lengkap satu cerita. segala perjalanan cerita yg berlaku dlm tren adalah apa yg aku nampak di depan mata sendiri. watak, karekter, percakapan, semua yg berlaku, terjadi di sekeliling. ada yg diubah. ada juga yg dikekalkan. maaf kalo ada isi dan inti cerita ini yang menyakiti hati mana-mana pihak tetapi aku percaya hidup tidak seharusnya menjadi hipokrit. ada masa kita menangis di kala orang lain sedang bergembira. itu lumrah.

2nd, terima kasih banyak2 kepada penerbit Fixi sendiri, iaitu saudara Amir Muhammad. dia banyak memberi idea dan membuka peluang untuk aku menjadi penulis yang baik. novel kedua bersama Fixi, judulnya Tabu (eng. Taboo) insyaallah akan menyusul November ini dan aku percaya jika Allah masih mengurniakan bakat dan rezeki kpd kami berdua maka kami akan terus bekerjasama sampai novel yg ke 2 juta. insyaallah. sebelum Kougar, aku ada hantar cerpen berjudul Milah utk Body2Body and novel Pucuk utk Fixi and dua2 kene reject. so, kpd penulis baru jgn give up menulis atau hasilkan karya yg bagus. rezeki itu ada. cepat atau lambat itu urusan tuhan...


*aku bersama penulis baru Fixi, Dayang Noor. novelnya Jerat sedang berada di pasaran sekarang. sila dapatkan yg original. yg terselit di belakang itu ialah Gina, penulis novel Ngeri n abang hensem berbadan kekar itu ialah Saharil, penulis novel Kentang dan Tentang. sila follow blog saharil Conteng dia. gile kiut.

3rd, kepada family n kenalan rapat. mak especially. watak Mak dlm novel ini serba sedikit bersangkut paut juga dgn dia. mak memang kuat berleter. mulut dia x habis2 dgn cerita2 dan komplen. aku tahu nanti akupun akan jadi tua macam dia sebab akupun banyak komplen. so, sebelum org tulis pasal aku, better aku yg tulis pasal mak dulu. heheh. kawan2 pun begitu. kalo rasa2 nak cerita ko dlm kelambu ditulis dlm buku, terus2kanlah gossip2 pasal laki or boyfren korang dgn aku. ;p

4th, kepada rakan2 n pembaca yg menyokong. aku mula menulis ketika berusia 16 tahun. masa tuh aku habiskan kertas kajang (note pad) kat sekolah utk menulis bila ada jer masa yg terluang. aku dah lupa apa cerpen/novella aku yg pertama but dari review classmates yg membaca, aku tahu yang aku memang ada bakat. then lepas sekolah, aku stop menulis terus. aku concentrate dgn kerja hinggalah tahun 2005 bila aku start kerja dgn publisher, aku banyak didedahkan dgn novel2 fiction n non fiction seluruh dunia. aku lebih sukakan buku berbentuk memoir n first buku yg aku beli waktu tuh ialah Slave dr Mende Nazir. aku tertarik utk membaca jln hidup seseorang. bagaimana payah dorang nak jalani hidup utk jadi seperti org lain or better dr orang lain. sebab tuh novel aku, aku lebih gemar fokuskan kpd satu watak. biar ia dtg dr sudut pandangan individu atau narrator cerita itu sendiri. yg lain, aku kekalkan jd pertanyaan n andaian pembaca. pembaca skang dah bijak, kan?

5th, kpd akademi SEYTA (Selangor Young Talents' Award) sendiri yg mengiktiraf karya ulung aku ni. insyaallah, kalo ada rezeki, next year aku akan submit utk next novel plak. masa Diana Rafar umum yg dia dengar novel yg bakal menang award nih hebat n dia teringin nak baca, aku mcm dah agak dah yg dia akan sebut nama Kougar. heheh. terharu....



last but not least, kpd semua pembaca yg memuji, mengeji, mengutuk, yg x faham ending dia, yg sukakan ending dia, yg kata cerita nih pasal hidup dia, yg nak cerita nih dijadikan movie, yg bayangkan aku akan jadi setaraf JK Rowling, yg kata x minat nak habiskan baca sebab boring, yg komplen kenapa cerita aku x cukup sastera, dan yg kata aku sangat anggun dan layak menjadi model antarabangsa (ok, aku tipu)... well, aku sgt2 hargai ulasan kalian n aku kira sudah tiba masanya utk aku terus serius menulis.

terima kasih, assalamualaikum dan lihatlah dunia!



ps: bila aku habis type text ucapan nih, aku dah dapat membayangkan yg muzik dah lama berkumandang sampai ada security naik atas stage tarik aku turun.... hahaha.

Khamis, 15 September 2011

doakan kejayaan KOUGAR



good news you all.

KOUGAR telah tercalon dlm senarai akhir finalis (utk kategori cerpen/novel BM) in Selangor Young Talents' Award (SEYTA) 2011 yg akan diadakan di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam, sabtu nih. sexcited tak???

pada sesiapa yg free n nak sama memeriahkan majlis, sila hubungi Cik Manzumi Bt Mohamed di Sekretariat Belia Negeri Selangor (03-5511 7005) utk mendapatkan tiket. tiket x sure free ker x. freelah kot?

ramai juga retis yg terlibat masa mlm tuh nnt. antaranya spt Meet Uncle Hussain, Shila Hamzah, Najwa Latiff, Fresco Harmonica, Irama Nuansa dan Geng Wak Long. tapi korg jgn tanya aku saper dorg nih semua. aku kenal Meet Uncle Hussain jer kot? itupun penyanyi yg lama, si Lan tuh. yg baru, siapa ntah penyanyi dia. ahaks

anyway, sila doa2kan si jejaka anggun nih menang ok. tengah berdebar2 nih.

*for more information, pls refer to this link: http://gen-s.com.my/sbns/index.php





ps: tengah practice muke terkejut pastu nangis ala2 halle berry

Isnin, 12 September 2011

OMG!!!!



aku baca artikel nih dlm Daily Mail trus aku rasa terharu. nasib baik muke budak nih x kendu sangat, kalo x sah2 aku dah amik jadik angkat mcm Angelina Jolie.

budak nih nama dia Tha Sophat. bukan Ter Sepit. baca betul2, Tha Sopat. dia baru 18 bulan. atuk dia kata dia buat prangai isap nenen lembu nih since July lepas parents dia larikan diri dr Cambodia ke Thailand. sian ek?

yg penting, jiran2 dah bising. dorang kata budak nih fetish tek lembu tp nak buat caner, atuk dia kata, dia dah cube tarik tp budak tuh nangis. so diapun biarkan jer lah. janji budak tuh x kaco idup org.

hmmm... tersedak aku sekejap. aku rasa si atuk nih pemal2 + seng2 ubs (pemalas + sengal2 ubi) sebenarnya. kalo dah ko tarik budak tuh pastuh ko biar dia x makan/minum, sah2lah dia merentan, kan? cube letak susu tuh dlm botol ker, mangkuk ker, mesti budak tuh reti minum. kalo buatnyer lembu tuh tendang budak nih? x ker jadik mendiang?

ataupun memang atuk nih saja nak cucu dia membesar jadik lembu?





ps: kpd adik2 yg amik UPSR esok, selamat amik exam. kalo x dapat 5A, xper. UPSR jer kot...

Khamis, 8 September 2011

No Admission to Heaven

bab 7 dalam buku The Bookseller of Kabul by Asne Seierstad yg sedang cube dihabiskan sekarang. sila baca dan renung2kan...



When the Taliban rolled into Kabul in September 1996, sixteen decrees were broadcast on Radio Sharia. A new era had begun.


1. Prohibition against female exposure

It is prohibited for drivers to pick up women not wearing the burka, on pain of arrest. If such women are observed out on the streets, their homes will be visited and their husbands punished. If the women were inciting or attractive clothes, ans they have no close male relative with them, the driver must not let them into the car.

2. Prohibition against music

Cassettes and music are forbidden in shops, hotels, vehicles, and rickshaws. If a music cassette is found in a shop, the owner will be imprisioned and the shop closed. If a cassette is found in a vehicle, the vehicle will be impounded and the driver imprisioned.

3. Prohibition against shaving

Anyone who has shaved off or cut his beard will be imprisioned until the beard has grown to the lenght of a clenched fist.

4. Mandatory prayer


Prayer will be observed at fixed times in all districts. The exact time will be announced by the minister for the promotion of virtue and the exterminations of sin. All transport must cease fifteen minutes before the time of prayer. It is obligatory to go to the mosque during the time of prayer. Any young men seen in shops will automatically be imprisioned.

5. Prohibition against the rearing of pigeons and bird fighting

This hobby will cease. Pigeons used for the purpose of games or fights will be killed.

6. Eradication of narcotics and the users thereof

Abusers of narcotics will be imprisioned, and investigations will be instigated to flush out dealer and shop. The shop will be closed and both criminals, user and owner, will be imprisioned and punished.

7. Prohibition against kite flying

Kite flying has wicked consequences, such as gambling, death among children, and truancy. Shops selling kites will be removed.

8. Prohibition against reproduction of pictures

In vehicles, shops, houses, hotels, and other places, pictures and portraits must be removed. Proprietors must destroy all pictures in the above-mentioned places. Vehicles with pictures of living creatures will be stopped.

9. Prohibition against gambling

Centers of gambling will be flushed out and the gamblers will be imprisioned for one month.

10. Prohibition against British and American hairstyles

Men with long hair will be arrested and taken to the Ministry for the Promotion of Virtue and the Extermination of Sin to have their hair cut. The criminal will pay the barber.

11. Prohibition against interests on loans, exchange charges, and charges on transactions.

The above three type of money changing are forbidden by Islam. If the rules are broken, the criminal will be imprisioned for a lenghty period.

12. Prohibition against the washing of clothes by river embankments

Women who break this law will be respectfully picked up in the manner of Islam and taken to their houses, and their husbands will be severely punished.

13. Prohibition against music and dancing at weddings

If this prohibition is broken, the head of the family will be arrested and punished.

14. Prohibition against playing drums

The religious oligarchy will decide the appropriate punishment for anyone caught playing drums.

15. Prohibition against tailors sewing women´s clothes or taking measurements of women

If fashion magazines are found in the shop, the tailor will be imprisioned.

16. Prohibition against witchcraft

All books dealing with the subject will be burned and the magicians will be imprisioned until they repent.


In addition to the above sixteen decrees, a separate appeal, aimed at Kabul´s women, was broadcast:

"Women, you must not leave your homes. If you do, you must not be like those women who wore fashionable clothes and makeup and exposed themselves to every man, before Islam came to the country. Islam is a religion of deliverance and it has decided that a certain dignity belongs to women. Women must not make it possible to attract the attention of evil people who look lustfully upon them. A woman´s responsability is to bring up and gather her family together and attend food and clothes. If women need to leave the house, they must cover themselves up according to the law of Sharia. If women dress fashionably, wear ornamented, tight, seductive clothes to show off, they will be damned by the Islam Sharia and can never expect to go to heaven. They will be threatened, investigated, and severely punished by the religious police, as will the head of the family. The religious police have a duty and responsability to combat these social problems and will continue their efforts until this evil is uprooted."

Allahu akhbar (God is great).


*ustazah pilihan? imam muda? apa kata anda? mampu????


ps: doakan agar novel aku yg seterusnya berjudul Tabu (eng. Taboo) berada di pasaran November nih... amin.

Ahad, 4 September 2011

jejaka anggun beraya di desa.

**entry kali nih panjang lebar sebab dah lama x update...




1. balik kampung on saturday, naik kereta kakak aku ikut highway LEKAS sampai trus ker Kuala Pilah. memang lekas betul perjalanan kami cuz dr cheras ker pilah, kitorg just amik masa less than 2 jam jer. tips: kitorg gerak awal pagi, pukul 8am dr sini. cube aku gerak kul 1pm. sah2 aku rasa mcm drive ker penang lamanya....

2. dlm kereta bawak Chomey, kucing Mak aku. aku x tau kenapa Mak aku gigih nak bawak dia balik sana. !st time dia travel jauh2 dlm keta. alasan Mak, kononnya sebab dia takut kucing tuh x leh survive stay sensorg kat umah nanti. takut dia kuar menjalang ngan kucing jalanan yg lain pastuh kene penyakit kelamin. hahah. last2 bukak jer pintu keta, dia trus lari masuk utan... or maybe dia balik umah ketua kampung, tuan dia masa baby dulu. *sehingga ke hari entry nih ditulis, Chomey masih lagi hilang tanpa kabar berita... sian.



3. umah kampung aku terpencil ngan dunia luar. kereta x leh masuk. kene jalan kaki dlm 5 minit, lalu semak samun n sawah dr tempat parking (laman umah org) utk sampai ke pintu pagar. phone line mmg xder. mmg bukan wilayah celcom. nak carik line, kene kuar cari langit... kalo x mmg haram nak dpt connection. internet x usah nak mimpi. kene pergi pekan Pilah baru clear, kalo ko gigih jugak antar BBM, sah2 dah mlm baru org tuh dpt message ko... sedih?

4. lampu jln pun xder. kalo nak blah dr situ or nak dtg situ, baik blah/dtg sebelum maghrib. kalo x confirm2 peluang ko utk bertemu makhluk asing baik di darat mahupun yg berterbangan di angkasa sangat luas. aku dah encounter satu scene misteri nusantara kat umah tuh 2-3 thn lepas, luckily thn nih semuanya behave. alhamdulillah.

5. tv plak mmg taraf 90an. dgn xder aerial, astro pun xder, so yg dpt ditonton dgn jelas cuma TV2 n TV3 sahaja. kadang2 TV1. itupun ikut mood. kalo dia rasa nak clear, dia clear lah. kalo x, haram. pasang dvd plak, kaler tetibe hilang ikut kesesuaian majlis. sekejap filem yg ko tgk tuh warna warni, tetibe 5 min kemudian, itam putih. sungguh klasik.

6. visit kubur arwah ayah n nenek. sian kubur nenek aku, nama dia dah ilang kat batu nisan. nampak sgt dia dah lama pergi. nasib baik aku reti baca tulisan jawi kalo x sah2 jadik citer kassim selamat masa aku sibuk baca doa kat kubur dia....



7. aku sambung tulis story yg ketiga. tajuknya GEGiRL (maybe akan ditukar) - pasal kisah cinta tiga empat segi di antara abg photographer, Kisha n Bibi. kalo nak tau siapa Bibi, kene tunggu novel Bibi kuar dulu. harinih ada date dgn bos Fixi. kitorg nak berdiskusi pasal novel nih. korang doa2kan lah ada rezki novel nih dibukukan n kuar ujung thn nih, oke?

8. aku jugak abiskan masa dgn baca buku The Bookseller of Kabul tulisan Norwegian journalist, Ã…sne Seierstad. buku nih pasal pasal kisah hidup org2 Afghan. fully recommended pada org yg terlalu taksub pasal dunia keislaman nih. aku paling suke chapter pasal undang2 taliban. wonderin what will happen kalo undang2 tuh digunapakai kat sini. confirm, aku migrate.



9. hmmm apa lagi? oh yer, aku layan anak2 buah aku main terup. main donkey guna kad Joker, main susun, main 21, main tipu, mcm2 lagilah permainan terup yg aku penah blaja ngan kaki judi yg ada kat malaya nih... so aku harap mereka xkan jadik penjudi profesional mcm uncle dia biler dah besar nnt.

10. last but not least, aktiviti yg paling utama masa aku kat kampung ialah makan makan n makan lagi..... mak aku buat ketupat n rendang kerbau. ada ker rendang kerbau kat KL? x, kan? tuh yg aku mencekik jer x sudah2 tuh.... hasilnya sendirik mau ingat....



ha, itulah saja yer adik2 semua aktiviti kakak kat kampung. ala2 nicole ritchie dlm simple life sangat kan? meriah x????



**speaking abt ketua kampung, anak ketua kampung aku tuh dulu penah kawin ngan artis. ko mampu??? dia nih kembar. muke pun not bad, kire hero desalah masa zaman aku gi ngaji2 dulu ngan dia... tp kan jodoh dia ngan artis tuh x panjang, kejap jer dorang kawin.

skang nih aku x sure plak yg si anak ketua kampung nih dah kawin lain ke belom tp yg penting ex wife dia tuh mmg dah kahwin lain dah. dia kawin pun ngan kembar jugak.

ha.. soklan kuiz minggu nih, cer teka siapakah artis tersebut?

Jumaat, 26 Ogos 2011

lagi kupon raya....

last day in the office before aku balik kampung esok (hopefully). then, i wont be available for a couple of days. maybe a week. hmmm.... kampung aku tuh dah lah kawasan pendalaman. dgn astro pun xder, laptop pulak buat hal, sure aku sangap giler nanti.

so, sementara korang terindu-rindukan aku nih, apa kata korang kerat2 kupon2 raya kat bawah nih. kalo ada rezeki, bole hulurkan masa kite berjumpa nanti (insyaallah), kan?

by the way, credit to pencipta kupon. namanya Mr. Saharil. semua kupon dicurik dr blog beliau - Saharil Conteng. cute blog. cerfolo.










ok, till then, selamat hari raya idul fitri mohon maaf lahir dan bathin. pecah kaca lepas romen, dah baca blog nih, harap komen. okebai!



ps: mungkin akan menggunakan waktu2 di kampung utk menulis. 3/4 sept nnt ada discussion utk novel seterusnya, Bibi dgn bos Fixi. kalo ada rezeki, adalah nanti di pasaran....


Rabu, 24 Ogos 2011

syawal bakal menjengah....



lebih kurang 5 hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya utk tahun nih.

wow... cepat betul masa berlalu ek? rasa2nya baru jer semalam aku gigih bersahur, tup2 x esok lusa dah nak raya. sedihlah nak meninggalkan ramadhan. bole gitu?

speaking bout raya, thn nih aku akan celebrate kat kampung. seingat aku last skali aku celebrate kat sana masa umur aku 8 thn. gile lama tuh. sedihlah. ayah aku meninggal kot arituh. dats why mak aku pun malas2 nak balik sana. kalo balik pun dah 2-3 ari raya kat KL.

kalo kenang2kan balik sebijik mcm drama Rashid Sibir. cuma mak ayah aku tak tepok ataupun kaki berulat2 sampai busuk jer waktu tuh. plus, xder scene asap2 satu serambi rumah. kalo x, sah2 layak menang Anugerah Skrin.

hmm... okelah. raya2 kene gembira so x mau ingat memori silam yg sedih2. not nice.

so sempena hari raya yg mulia nih aku nak mengucapkan jutaan ampun dan maaf kalo ada yg sakit ati terbaca entry2 dlm blog yg x seberapa nih. kununla ada yg baca blog nih. hahah. blog nih bukannya glamer pun, yg glamer tuannya jer... hahah...

and pada kalian yg nak meminta maaf plak, sila gunting keratan di bawah dan tunjuk ketika bersalaman yer. kalo xder, aku x layan.





*kupon dicurik dari blog Saharil Conteng.


ps: semoga lebaran ini tidak melebarkan perut kita. amin.

ps2: ada org tulis entry kenapa lagu raya or drama raya mesti sedih2, aku jawab sebab kite org melayu. mmg cepat emo. betul tak?


Ahad, 21 Ogos 2011

sa-tegok membuka selera, sa-gelas memuleh tenaga.

9 hari jer lagi kita nak menyambut syawal. apakah kalian masih gigih berpuasa atau lebih kpd sekadar berlapar dan dahaga spt jejaka yg anggun ini?

jika ya, pernahkah kalian mencuba minuman ini ketika berbuka puasa?




jika pernah, syabas. kalian mmg lahir dr mazhab yg lain.



ps: anyway, bagaimana dgn imej bertudung ai sempena hari2 terakhir bulan ramadhan nih? kalian suka? ini bkn satu penghijrahan yer tp bak meniru kata2 penyanyi Alyah, ia hanyalah sekadar utk menghormati event semata2. boleh?



*gambar iklan Guiness itu dicuri dr blog Niamah!


Jumaat, 19 Ogos 2011

sembang adik2 laha...

perbualan bermula apabila kakak tulis status TERINGIN NAK MAKAN BATANG BURUK YG SEDAP kat BBM.



adik: kakak, kakak teringin nak mkn batang buruk ker? batang zack buruk kot, cuba kakak tanya dia...

kakak: bengong.

adik: kakak kat mana nih? kerja ker?

kakak: kerja ler. kakak kan wanita bekerjaya... x macam adik, wanita cur. mana reti bekerja, malah hanya tahu dikerjakan saja, kan?

adik: LOL. kakak memang kelass... syabas!

kakak: suke kau kan? adik jaga2 tau, jgn cur sgt nanti kene simbah asid. skang nih port adik cur depan abang remp kat sogo tuh dah jadik black area dah... bile kene simbah nanti jgn ingat tuh pesta songkran tau! itu bkn air yer dik, tp sesungguhnya itu adalah asid. cuke getah yer, bukan cuka masakan. dont play2.

adik: tu lah. byk warga tasik dengki kat kita skarang nih sebab kita lagi cantik dr dia orang. takut kene simbah asid, kakak. mmg kecantikan itu membawa padah, kan? susah cantik nih...

kakak: yer, yg cantik mcm kakak memang susah ati. tp yg huduh mcm adik nih beria-ia sangat kenapa? kakak musykil lah!

perbualan terhenti. mungkin si adik sentap. hahah!



*kakak pose gigit bahu pun nampak cantik dik... adik mampu, ker?


ps: apa2pun aku doakan semoga mangsa terkini, Mohd Raffie Abdul Latiff, tabah dan sabar dgn dugaan tuhan. besar manakah dosa beliau sampai dibalas begitu. dan kpd si penyimbah asid tuh, moga2 kau dikenakan balasan yg setimpal. Hinalah hidup kau sampai akhirat! coi!!!



Selasa, 16 Ogos 2011

entri persiapan raya.

lagi 2 minggu jer kita nak meyambut syawal. tentu korang semua dah start planning nak buat kuih raya, kan?



aku spt biasa, mmg xkan buat apa2. malaslah aku. maybe nak beli kerepek2 manja dan kuih batang sedap buruk jer. siapa yg dtg nanti, aku lambakkan dgn apa yg ada. itupun kalo aku rajin, kalo aku malas, aku x jemput masuk. senang.

baju pun camtuh. baju kurung cekak musang melayu warna merah menyala tuh dah 2 thn dah aku pakai. niat ati malas dah nak beli yg baru tp kalo aku jumpa yg comel2 n murah nnt, aku sambarlah sepasang. bkn apa, sah2 aku pakai baju melayu 2 kali jer setahun. yg lain dlm wardrobe aku semua baju omputeh designer label. jd perlu ker aku beli banyak2, kan?



lagipun duit banyak kuarkan bulan nih. dgn bajet duit raya utk anak buah lagi. setiap thn ada jer bertambah sorang, anak sendiri non ado plak nak timbul2. yg paling best, anak buah yg sepanjang thn x penah berjumpa tp tetibe muncul di pagi syawal pun ada. yg tuh magik sgt. mak bapak dia blaja ngan chris angel kot? pandai betul memanipulasikan keadaan.

kad raya... ha, nih lagi satu. aku dah dpt terima hakikat yg dunia dah semakin go green. no more kad raya. yg ada semua online greetings. bole antar2 kat phone bagai. so x yah risau bajet kad2 nih. hahaha. tp rindu jugak saat2 dpt kad raya mcm zaman aku kecik2 dulu... waktu tuh dpt kad raya terasa mcm dihargai sgt. terasa mcm abang angkat kitela yg paling ramai kat sekolah... ahaks!

this year, aku dah balik KL. no more beraya di perantauan so dah x rindu dgn lagu Beduk Berbunyi lagik. utk sedara mara kawan2 aku kat bawah nih... mereka tujukan ucapan ini khas utk kalian.



ps: pada sesiapa yg sakit hati baca blog nih ada aku kesah? aku ingin ucapkan selamat hari raya. mahap zahir dan batin. aku insan yg lemah. hanya mampu berserah. wasalam.

Jumaat, 12 Ogos 2011

aku sepasang selipar...



lihat pic di atas. selipar nih dicipta oleh Chipkos. harga sepasang $18,000. yer, bukan $1.80 atau $18. tapi $18,000. korang mampu? sah2lah x kan?

kenapa harga dia mahal sgt, ek?

sebab lukisan yg mcm conteng2 anak buah akupun reti buat nih dilukis by hand oleh renowned LA-based artist, David Palmer. katanya utk buat charity di mana dgn setiap kutipan pembelian, Chipkos akan adopt 100,000 sq ft keluasan hutan di Costa Rica utk permuliharaan hutan tuh n segala isi kandungan di dlmnye. murnilah kan?



benefits kpd pembeli plak...

selain melabur $18,000 utk tujuan charity, pembeli flip-flops nih juga akan dpt bertemu secara private dgn artistnya (Mr. Palmer) sendiri. pembeli juga berpeluang utk stay selama 2 mlm di Montage Hotel, hotel mewah yg eco-friendly di Beverly Hills, akan dpt sekeping lukisan istimewa (one-of-a-kind hand painted) dr Mr. Palmer, dpt mahogany wood and glass display case, dpt certs, dpt Chipkos carrying bag n last skalik dpt 6 gram hand-made solid 18 carat eco-friendly gold Chipkos emblem. dah mcm hadiah pemenang More Jutaria. interested??

kalo interested, sila dapatkannya di pasaran. but ada satu masalah, selipar nih hanya mucul dlm satu saiz jer iaitu 8/9 men. so kalo agak2 kaki anda persis gajah atau sang kancil, sila dermakan duit anda ke tempat lain. tp dah beli berbelas ribu, xkan la korang nak bawak gi pasar plak kan? sah2lah korang nak frame. so x kisahlah size apa pun...

bole????




ps: aku x mampu nak beli selipar mahal2 nih. skang nih pun pakai selipar tat sing jer...

Selasa, 9 Ogos 2011

Nek Wok versi omputeh.

kenal x nenek nih?



dia nih adalah salah seorg wanita terkaya di Spain, punyai 12 istana n sedara bau2 bacang dgn King James II, Winston Churchill and Diana, Princess of Wales.

nama sebenar dia Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva. oke, sila tarik nafas dan baca sekali lagi. Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva. mampu? syabas.

anyway, nama panggilan dia, Duchess of Alba. aku x sure plak kenapa Alba, maybe dia feeling2 dia Jessica Alba. dia kini dah berusia 85 thn. pencapaian dlm hidup:



selain diiktiraf sbg pemegang title terbanyak di dunia, iaitu 7x duchess, 22x countess n 24x marquesa. dia juga dilantik sbg ketua di House of Alba, ada privilege utk x payah kneel down depan pope n ada kuasa utk menunggang kuda masuk ke dlm Seville cathedral. ajaib kan kuasa dia?

yg paling penting, harta dia? well... dia ada duit berkepuk2 sekitar $850 million and $5 billion.

ok, now korang mesti tanya kenapa aku nak citer pasal dia dlm entry kali nih? haha. actually, aku ada terbaca news pasal nenek nih tadi. katanya dia nak kawin dgn org biasa. org kebanyakan yg 24 thn lg muda dari dia. nama mamat tuh Alfonso Diez. dia claim dia nak serahkan semua harta di kat mamat nih. demi cinta katanya. bertuahkan?



anak2 dia merentan. anak2 dia kata jgn nak feeling2 mcm Nek Wok yer, mamat nih nak pau duit dia jer but nenek nih tetap dgn rasa hati yg mamat nih pun cinta mati jugak kat dia. alahai....

mungkin betul apa yg dia katakan. kita rakyat jelata nih jgn nak menyangsang x tentu arah. dah tuh rezeki dia. ahaks!!!

ps: utk Nenek Alba, cucu doakan nenek kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
bile cucu nak dapat sejuta nih? bukannya banyak manapun, sejuta jer... thanx....

Ahad, 7 Ogos 2011

citer monyet....

tadi aku tgk citer rise of the planet of the apes kat pavi. terus-terang aku cakap, citer nih memang best. on the whole, aku bagi 8 out of 10 stars.


mamat yg jadik monyet dlm citer memang mantap. nama sebenar dia Andy Serkis. dia nih kalo korang nak tahu dlm citer Lord of the Rings, dia yg jadik Gollum tuh. dlm citer King Kong plak, dia jadik King Kong n dlm filem nih sekali lagi bawak watak bukan manusia. kire mmg bakat dia tahap haiwanlah... syabas!

citer nih xde kene mengena ngan citer Apes lakonan Mark Wahlberg dulu tuh or citer Apes thn 60an dulu. semua guna teknik CGI so xder topeng yg nampak mcm Michael Jackson.





jln citer dia pun lain sket. ia mengisahkan tentang sorang doktor yg sibuk carik ubat utk penyakit alzheimer. so doktor nih n geng2 lab dia guna chimpanzee utk test ubat tuh. at the end, ubat tuh dah makan diri n chimp tadi nih dah jadik bijak pandai mengalahkan manusia. evolution sgt!

so pada siapa yg suke mendera binatang tuh, tgk lah citer nih. sikit sebanyak filem nih ajar kita menyayangi haiwan cuz dia orang dia binatang pun ada perasaan lebih kurang sama mcm kita jugak.

ok, next movie yg wajib ditonton... Life of Pi. tarikh tayangan Dec 2012. gile lambat lagi. ntah ada rezeki ker tidak time tuh... hmmm....




ps: still menerima penyertaan utk KOUGAR KONTEST. maklumat lanjut sila klik pada link tersebut. tengs!

Rabu, 3 Ogos 2011

gigih part 2.

dulu aku ada buat entry tajuk Gigih (sila klik) and sekarang nih aku nak buat satu lagi entry pasal kegigihan sorang lagi manusia...

manusia nih bernama Vaibhav Bedi, seorang lelaki India berusia 26 tahun yg dilaporkan telah menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited) kerana katanya produk keluaran sykt tersebut iaitu perfume AXE telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’ kepada dirinya. sian...

mental dia menderita sebab dia dah guna produk AXE nih selama lebih dari 7 tahun tp sampai sekarang dia masih belum berjaya memikat perempuan. hahah. ko mampu?



korang baca kegigihan mamat nih pastuh renung2kan....

dia nih dah ikut segala arahan pada pek produk2 yg dia beli. contohnya mcm menyimpannya di tempat sejuk dan kering, letak jauh dr cahaya matahari atau tempat panas, menggunakan penggaris sebelum menyemburkan deodorant utk memastikan jarak di antara nozzle n ketiak dia at least 15 cm n yg paling penting, dia pernah pukul anak buah dia yg berumur 5 thn just because budak tuh main2 kat area almari dia. sesuailah dgn arahan produk tuh yg kata produk nih harus dijauhkan dari kanak2.

muke dia not bad lah utk stok2 tintidis tapi sampai ke sudah xder siapa pun yg ingin nak berdating ngan dia... sian ek?



so, skang dia dah serahkan semua produk yg dipakai (deodorant sprays,perfume sticks and roll-ons,anti-perspirants,aftershaves,body washes,shampoos dan hair gels) utk dijadikan bahan bukti. *tilam ngan cadar jer dia x antar sebab tuh kes lain. ahaks.


aku doa2kan agar dia menanglah dlm kes nih. kesian campur klaka gak citer dia nih. tp aku rasa kalo kalahpun x per jugak. aku yakin ada ramai lelaki di luar sana yg teringin nak ajak dia dating. muke dia bole tahan sedap jugak, kan? ahaks!

ps2: penyertaan KOUGAR KONTEST masih dibuka. sila klik di sini KOUGAR KONTEST utk mendapatkan maklumat lanjut. wasalam.