Rabu, 27 Mac 2013

KLCC



hey you allz!! apa kabar!!! kembali bersiaran kita nampaknya.

malam ni aku tak leh tido sebab hidung tersumbat so aku amik masa yg ada ni utk update blog.

kali nih aku nak citer pasal buku antologi KLCC. ingat lagi tak? alah, buku yg Fixi buat sempena ulangtahun ke 15 menara KLCC tu.... 

aku cuma nak bagitau yg korang dah boleh beli buku ni secara online kat kedai BUKU FIXI. harga RM15 je, takde lah mahal so korang sure mampu beli.  kalo tak mampu jugak, silalah menabung dari sekarang.

dan sebagai peringatan, buku ni dicetak secara ekslusif (yakni terhad) so konsepnya siapa cepat, dia dapat. siapa tak dapat, jangan meroyan. simple.

apa lagi nak citer? oh, apa yg menariknya, perlancaran buku ni akan diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 17 April 2013 bersamaan hari Rabu, jam 8.30pm. pada mlm tu nanti sebuah teater berjudul Gadis dan 2 Menara yang diadaptasi dari buku ini akan dipertontonkan kpd semua yg hadir.

ini poster teater tersebut:




errr.... teater ni kene bayar. tak mahal, tiket berharga RM25 je so selain dari beli buku KLCC yg dijual jugak kat sini, kita boleh layan teater sama2. habis je teater, ada plak sesi otograf dgn semua penulis yg hadir. insya allah, aku datang pada malam pertama so jangan segan2 utk tegur. 

sebagai teaser, di bawah nih ada first page dari cerpen MATA yang aku tulis khas utk buku nih. cerpen ni berkisarkan tentang pandangan dua manusia dalam dua dunia berbeza tentang masa depan masing2.


 


best tak? heheh.

nanti kalo boleh, sesiapa yg dah abis baca silalah review. nak review kat blog pun boleh, kat twitter #KLCC pun bole, or nak review kat Goodreads pun bole. klik je kat sini: KLCC: GOODREADS

 ok lah guys, dah taktau dah nak tulis apa lagi. apa2 hal kita jumpa je masa malam launching nanti, OK?

ciao!

Isnin, 18 Mac 2013

Snow White... 8 months after....

wow... that fast ah?

tak sangka anak aku dah umur 8 bulan beberapa hari ketika entry ni ditulis. itu umur dia di tangan aku so kalo nak dikira dari tarikh dia lahir, aku rasa maybe dah 9 bulan or lebih.

dah besar panjang. dulu masa aku pungut dia macam hina je rupa dia. kalo tak caya ko tengok entry nih: Introducing Snow White. kurus kering je, kan? sian, ek?

lepas dah seminggu tinggal ngan aku, barulah nampak comel sket... tak caya, klik kat sini: Snow White. A Week After

lepas sebulan tinggal ngan aku, bertambah2 chumelnya. kalo korang perati betul2 tahap kechumelan dia dah nampak macam aku dah. well.... ke mana lagi nak tumpahnya kuah, kan? *klik sini: Kisah Sang Penulis dan Snow White nya

now, ko saksikan je lah sendiri macam mana meletopnya anak dara aku ni ha....



ni mata ori. saya tak pakai contacts OK!

ni semua toys saya, Daddy yang belikan.
ni port saya kalau orang2 tua tengah bercakap...

walaupun bulu saya belum di blowdry lagi, tapi pose tetap pose.

kadang2 saya main game kat laptop Daddy. kadang2 saya tolong dia tulis.

penah tengok kucing minum air dalam cawan?

ni pose ying & yang namanya....

ni memang hobi saya. camouflage selain semakkan rumah.

kadang2sayapun suke mengasah vokal dengan lagu2 bernada tinggi.

last but not least, saya sayang Daddy saya. kalo dia buat kerja tengah2 malam, saya tetap akan temankan.

harus dah remaja nanti aku jadikan model atau pelakon. kalo tak dapat kenal ngan Dato, ngan anak Sultan ke Pengiran ke, OK gak. bole jugak aku tambah punca pendapatan selain menulis buku dan jadi pencacai kat bank tuh...  ye dak?

OKlah tu je pic yang aku rajin nak upload malam nih. kalo korang nak tengok lagi, tunggu je lah entry utk ulangtahun dia yg ke setahun nanti.

ciao!


ps: cats are cute. They dont worry about hair loss.

Sabtu, 2 Mac 2013

KL NOIR launch.

dah hampir seminggu but baru berkesempatan nak upload entry pasal ni. aku excited nak cerita sket pasal cerpen ASIAN ANGEL. first of all, ni cerpen Inglish pertama aku yg dijadikan buku. selama ni aku asik tulis dalam blog je tapi takde siapa nak baca pun... finally, ada jugak yg sanggup masukkan dalam buku. thanks so much lah ya...

and secondly, cerita ni asalnya dari gosip yg aku dapat tau tentang dua selebriti. kedua2nya selebriti kesayangan negara, satu di sini satu di US. and then, aku yg memang suke berfikir yg bukan2 nih, mulalah combine kan cerita tu dan create satu story yg aku rasa ada dark element utk melengkapkan jalan ceritanya.

so, sapa yang dah baca silalah komen atau review utk aku memperbaiki diri dan mutu penulisan, OK? Inglish aku berterabur jugak sebenarnya. nasib baik ada Dato K yg sentiasa tak jemu2 utk jadi grammar/vocab/verb/tense/slang Nazi kat umah.

back to the launch, the event was a blast. ramai yg hadir tapi aku malas nak taip entry panjang2. those who came, thanks. the honor is all mine... and to those who didnt come, hmmm... the loss is all yours.

korang tengok je lah pic yg aku curik dari dlm FB nih...

enjoy!

bos fixi sedang memperkenalkan aku kepada hadirin dan hadirat yang hadir...



aku membaca secebis cerita dari ASIAN ANGEL. Amir dan Brian Gomez memberi pandangan geram... awww...

antara peminat dan penggemar buku yang sudi meluangkan masa. thanks for coming.


setelah event selesai, semua serbu penulis2 yg hadir untuk amik autograf. see if you can spot the writers: Dayang Noor, Kris Williamson, Megat Ishak, Nizam Bakeri, Shivani n Marc.


ya, yang Mental pun datang juga...


yg mintak sign atas peha pun ada juga...


only 3 copies left on that night.


well... tuh je pic yg aku sempat upload.

lepas ni aku akan kuar dengan satu lagi cerpen dlm buku antologi KLCC. this time, kembali ke cerpen bahasa melayu. perlancaran akan diadakan pada 1 April nanti tapi di mana dan pukul berapa, yg tuh akan diberitahu kelak. in the meantime, feel free to like the above link (KLCC FB fanpage) utk tahu perkembangan lanjut.

ciao.


A half-read book is a half-finished love affair - Cloud Atlas by David Mitchell.

Ahad, 24 Februari 2013

Launch of KL NOIR: RED

memandangkan KL NOIR ni adalah buku antologi berbahasa Hammerika, maka aku nak post entry kali nih menggunakan bahasa tersebut (yang dicuri dari dlm page FB).





When: Wednesday, February 27, 2013

Time: 8:00pm until 9:15pm.

Venue: Kinokuniya, KLCC.

Description:

KL NOIR: Red is the first of 4 volumes about the Malaysian capital city's dark side. It is published by Fixi Novo, the American-language imprint of Buku Fixi. There are 14 short stories and one essay about the seedy, the sinister and sometimes the spooky.

You will find murder, drug-dealing, kidnapping, sexual depravity, prostitution, celebrity secrets, suicides, academic rivalry, gangsters, police brutality, cannibalism, black magic, creepy rituals, political corruption and even busking. It's all totally fictional. Well, maybe the cannibalism is.

For this launch event, most of the 15 writers will be present. They will read short extracts & will be available to mingle & sign.

The book will of course be on sale for RM19.90.

Line-up of the book:

INTRO / Amir Muhammad
THE RUNNER / Adib Zaini
RUKUN TETANGGA / Preeta Samarasan
MAMAK MURDER MYSTERY / Marc de Faoite
ASIAN ANGEL / Shaz Johar
A GIFT OF FLOWERS / Shih-Li Kow
KISS FROM A ROSE / Fadzlishah Johanabas
AFTER DARK, MY LOVE / Dina Zaman
THE ORACLE OF TRUTH / Eeleen Lee
CHASING BUTTERFLIES IN THE NIGHT / Kris Williamson
THE DUALIST / Shivani Sivagurunathan
VANISHED / Khairulnizam Bakeri
CANNIBAL VS. AH LONG / Megat Ishak
THE MACHETE AND ME / Dayang Noor
THE UNBELIEVER / Amir Hafizi
MUD / Brian Gomez



So if you are nearby at that point in time, feel free to come (and buy the book, of course).

Sabtu, 12 Januari 2013

men vs women

Men: 

1. All men are extremely busy.
2. Although they are so busy, they still have time for women.
3. Although they have time for women, they don't really care for them.
4. Although they don't really care for them, they always have one around.
5. Although they always have one around them, they always try their luck with others.
6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the woman leaves them.
7. Although the woman leaves them they still don't learn from their mistakes and still try their luck with others.

Women: 

1. The most important thing for a woman is financial security.
2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes and stuff.
3. Although they always buy expensive clothes, they never have something to wear.
4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully.
5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "an old rag".
6. Although their clothes are always "just an old rag", they still expect you to compliment them.
7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you.


ps: kata Syabas, air bakal ada Khamis depan... katanyalah....

Selasa, 8 Januari 2013

hak tui



migraine mengenangkan masalah negara...

tahun 2013 dah masuk hari yang ke lapan. tak ada apa perubahanpun yang aku nampak kat negaraku yang terchinta nih. dulu masa malam new year, bukan main berkobar-kobar lagi statement uncle rais dan uncle din pasal 7 tahun lagi kita semua akan melangkah ke negara maju.

hak tui!

aku rasa dlm keadaan ramai rakyat KL yg takde air dari 29hb December sampai la ke hari aku post entry ni (ada yg ramal krisis ni sampai ke CNY nanti) apakah tercapai hasrat atau angan2 govt nak tengok negara ni menuju ke negara maju itu????

jap, nak tarik nafas lama2 skit.....

memang taklah you allz!!!!!!!   hak tui!

okebai!

kalau kat US, dah lama dah rakyat marhain saman government atau syarikat yg bekalkan air nih. kat Msia ni apapun tak boley!!!!!

MEMALUKAN!!!!!!!!!!!

Sabtu, 22 Disember 2012

APOKALIPTIK.

Sunrise at Cancun, Mexico.

 Day 1, year 0001.

menurut kalendar Maya, hari ni merupakan hari baru di dunia baru. dunia lama dah berakhir semalam dengan bumi yang bergegar dan lautan besar dah melenyapkan dataran sehingga takda apa yang tinggal.

well... bull shit.

dunia belum berakhir lagi. masih lagi sama. manusia-manusia yg ada masih lagi belum berubah dgn perangai-perangai lama. masing-masing leka mencatit azam baru walhal dah bertahun-tahun azam tu tak pernah tercapai.

akupun macam tuh. juga berdoa kepada Tuhan utk jadikan aku manusia yg lebih baik dari semalam, lebih sihat dari sebelumnya (supaya aku dapat bekerja n kumpul duit n dapat shopping apa yg aku suka) dan lebih happy, at least happier dari situasi2 yg tak menyenangkan mcm tahun2 yg sudah2.

so tuh je azam aku utk dunia baru ni. aku taknak mintak lebih2, takut tak tercapai nanti aku jugak yang kechiwa. so apa pula plan anda?



abaikan muka aku yg penat gara2 berposing di bawah panas itu... hik hik...


ps:  aku tengah tulis cerpen berjudul APOKALIPTIK. kisah manusia di akhir dunia. tiba2 aku terfikir, maybe mayan calendar tu bukan troll semata-mata, maybe kita yg selama ni dah salah hitung.... kan? kan?

Isnin, 26 November 2012

MENTAL lagi....

pic courtesy of Penang Global Tourism, my best candid pic so far... ahaks!


baru sampai dari Penang sejam dua tadi. penat masih belum ilang. satu rumah bau najis mutawasitah si Snow White yg terperap 3 hari 2 malam. pitam.

aku nyaris2 tak jadi ke Penang hari Jumaat haritu. ntah kenapa, Tuhan tu kasi perut aku sakit kaw2 macam org kena senggugut. mujur doktor Somalian yg jaga klinik kat ofis bagi ubat yg power... heheh... risau jugak aku kalau tetibe perut aku buat hal dlm bas... coi!

sampai Penang kul 1am. thanks to rakan penulis, Gina penulis NGERI  dan MANGSA yg memang dah dekat setahun stay kat sana, datang jemput aku kat Sg. Nibong bas stesen.

actually aku n Gina dijemput utk mempromote novel baru kitorg kat GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2012. event bermula dari Jumaat sampai Ahad n aku punya turn hari Sabtu pukul 4pm kat Studio@Straits. susah jugak nak carik tempat nih sebab lokasi dia tersorok sikit. tapi alhamdulillah, ramai jugak pencinta buku yg hadir dan memeriahkan majlis.

seperti biasa ada sesi soal jawab ala2 melodi bersama tuan guru Fixi, Amir Muhammad ketika acara berlangsung b4 kitorg baca sikit lines yg menarik dlm buku tuh... lepas tuh ada plak sesi mingling bersama tetamu2 yg hadir. thank you kepada semua and anda semua memang cool!

lepas tuh sesi diteruskan lagi dgn Amir Muhammad introduce plak next projek Fixi yg berjudul KL Noir. sebuah antologi cerpen in inglish tentang dark side yg berlaku di dalam kota kolumpo ini. menarik?

aku ada submit satu story dlm antologi tuh berjudul Asian Angel n aku ada baca sikit petikan dr story tu utk semua. the best part, sapa yg hadir dapatlah copy story aku tuh dengan beberapa story yg lain utk dibawa pulang secara free... hmmm... feeling2 Oprah Winfrey tak tokey Fixi? ko mampu??

oklah, xyah nak citer panjang2. nih ada few pics yg sempat aku upload dlm twitter. pic amik guna BB so layankan je lah eh...

sesi repekan di antara tokey Fixi dan anak2 buah kesayangannya...

bersama Gina, satu2nya penulis bukan Melayu yg tulis novel Melayu yg aku kenal.

bersama Bernard Chauly, a very nice guy. dia tanya aku pasal Istanbul Aku Datang... aku cakap, Lisa terlalu gedik. his next movie, dengan Fazura. excited?

funny, this mat saleh guy came to me and cakap melayu. bila aku tanya nama, dia cakap Zarul, terus aku tanya, "are you Zarul Al Bakry?" insya allah diapun akan kuar dgn movie next year. interesting storyline i tell you....


overall, ini experience baru buat aku. insya allah kalo ada rezeki (dlm ertikata lain dapat jemputan) aku akan datang lagi kat event2 yg macam ni dan jumpa dgn manusia2 yg appreciate event2 mcm nih.

so kalo ada, ill keep you guys updated. till then, selamat malam.

bye.




Khamis, 15 November 2012

Malam Pesta Muda Mudi!!



pengumuman.

sesiapa yg free pada weekend ni silalah hadir ke KL WRITERS & READERS FESTIVAL yg bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur (bersebelahan Dataran Merdeka). kalo x tau, sila google. aku pun baru jer tau... ahaks!!

kata mahaguru Buku Fixi, setiap publisher hanya diberi 10 minit untuk sesi promo so Khairul Nizam Khairani akan promo GERGASI pada hari Sabtu, dan 10 minit untuk aku promo BOLA dan of course, novel terbaru MENTAL pada hari Ahad. Slot ialah somewhere between 12pm-2pm.

anyway, korang dah beli ke belum ketiga-tiga buku tersebut? kalo belum, korang bole beli kat sana nanti.

kalo dah, korang juga dijemput hadir dan silalah bawa buku yg dah dibeli tu kalo mau dapatkan tandatangan serta tandakaki (jika perlu) penulis. dengar citer ramai jugak penulis yg bakal hadir, bukan saja Fixi malah publisher2 lain jugak so marilah kita sama2 memeriahkan acara!

ha, faham kan?

bagus. sila sebarkan berita gumbira ini dan jumpa di sana.

ciao.



ps: Salam 1 Muharram. Semoga penghijrahan kita kali ini lebih bermakna. Amin.

Jumaat, 9 November 2012

saya tak gila.




hi kengkawan!!!

apa kabar? sihat??

saja nak beritahu yg korang yg buku ke tiga aku telahpun selamat lahir ke dunia. tajuknya MENTAL. sepertimana tajuk, sebegitulah jalan ceritanya so aku harap korang takkan mental setelah habis membacanya.

anyway, printing baru saja siap dan tempahan secara online sudahpun dibuka. di mana lagi nak tempah, kalo bukan di Kedai FIXI.

yg paling best, sempena kelahiran anak aku yg ke3 nih, x sah kalao xde gimmick. so, tokey FIXI sendiri telah melancarkan kempen Threesome bersama Shaz Johar. suka tak? sukalah tuh. dah tau dah...

kempen nih utk menggalakkan korang yg suka pinjam2 buku tuh utk beli buku aku secara pakej. beli 3 dgn harga diskon. murah je korang mesti mampu. oh ya, diskon nih dr harini sehingga 30 November 2012 saja. lepas dari tarikh tuh, kalo nak ber-threesome lagi dgn shaz johar, sila contact dia secara peribadi. yg tuh siap dgn pakej foreplay. ahaks!

eh, oklah. sila baca dan review. nak tweet pun bole. nak letak dlm blog korang pun bole. nak review kat Goodreads pun boley. sukati koranglah. aku suke baca review kat Goodreads, kat sana, dorang suke letak 1 bintang je utk buku2 aku.

ahaks!!!


ps: setelah ditapis, diolah, dirombak, dicerca serta bertegang-urat, bertikam-lidah dan bertongkat-paruh bersama panel berwajib, akhirnya terhasillah cover di atas. harap2 korang suka.

Ahad, 4 November 2012

main BOLA dalam hujan.

semalam dah berlangsung perlancaran buku antologi cerpen BOLA di Silverfish Books, Bangsar.

terima kasih kepada yg sudi hadir dan memberi sokongan. kepada yg tidak dapat hadir dan memberi sokongan dari jauh pun terima kasih jugak. MALAH kepada yg tak nak hadir dan tak nak beri sokongan ataupun kepada yg tak nak hadir MALAH memberi kutukan juga, TERIMA KASIH.

tanpa anda siapalah kami.

ni ada few pics yg sempat aku amik dan post. korang enjoyz.....


Tuan FIXI menyampaikan sepatah dua kata dgn gaya Oppa Gangnam.


seperti biasa, the famous Shaz Johar (bak kata Siz, xtau lah famous tang mana aku nih) dipanggil untuk menyerlahkan lagi sifat kemaluan dan adab timur beliau. sila pitam.


antara barisan penulis2 cerpen yg hadir. Nami, Dayang Noor, Faizal Sulaiman, Sizarifalina, Shandye, Zara and Jejaka Anggun.


tak sah kalo gi event buku tak grab buku (and dvd). so this is what i got. buku sendiripun beli sebab ada orang kirim. ahaks!


ok, tuh jer yg aku sempat amik. banyak pic blur2, mungkin sebab ujan atau tangan aku kene parkinson ke apa so xder lah aku nak upload kat sini.

my next event, maybe kat KL library plak. bila dan untuk apa, x sure lagi. but 24th Nov ni aku akan berada di penang sempena The George Town Literary Festival 2012 utk promote novel baru dan diskusi tentang kebangkitan new malay fiction gitu, insya Allah.

so jumpa di sana.


ps: sapa dah baca BAHLUL vs BEAUTIFUL tu sila review, ya?!

Sabtu, 20 Oktober 2012

mengeteh bersama bola....



ingat lagi entry aku pasal antologi cerpen BOLA sebelum nih?

well, kepada sesiapa yg nak beli buku tuh n jumpa dgn penulis2 nya (insya Allah kalo semua datang), bole lah menghadirkan diri ke Jamuan Teh dan Bola di Silverfish Books, Jalan Telawi, Bangsar pada hari Sabtu, 3 November ni, bermula dari jam 3pm hingga 4.30pm.

more info ada di sini: JAMUAN TEH & BOLA

bak kata bos Fixi, kepada yang belum pernah pergi Silverfish (macam aku), inilah peluang baik untuk kalian semua mengenali sebuah kedai buku yang berjiwa merdeka. Selain buku2 Fixi, kedai ini juga ada jual beberapa buku Malaysia yang susah nak cari. so, mungkin buku2 yg anda ingin2kan selama ni, yg x jual kat kedai2 buku tempatan ada di sini. manalah tahu....

anyway, buku BOLA cuma tinggal sikit je lagi, so siapa yg lambat n tak dapat beli jangan meroyan sehingga ada yg mencederakan diri sendiri atau lain2 pihak. kami tidak akan bertanggungjawab atas segala kecelakaan yg berlaku.

jumpa di sana!


ps: aku sendiri belum ada masa nak amik copies aku sendiri. sedih!


Isnin, 8 Oktober 2012

6 packs.

TETAP NAK LETAK PIC SENDIRI...



hmmm.... korang!!  kalo korang spesis yg suka borong buku tapi duit x berapa nak cukup utk borong2 buku2 kesukaan korang tuh, better korang baca entry aku nih sampai abis.

aku nak citer sket yg FIXI skang nih sudah muncul dgn kempen 6 packs!!!

6 packs???? apa????

eh, jangan teruja. 6 packs di sini bukanlah maksudnya, tokey FIXI nak menjual aku dan penulis2 lain kerana kami memiliki 6 packs yg hangat lagi menggiurkan.... sabar ya... kawal gelora nafsumu itu.

6 packs di sini bermaksud, sebuah kempen di mana pembeli digalakkan membuat belian buku2 FIXI secara pukal dgn kadar harga yg berpatutan. ha.... teruja tak?


cara2nya sangat mudah:

korang cuma perlu pilih 6 buku FIXI yg ko paling idam2kan kat SINI pastu beli dgn harga diskon iaitu RM14 secara online (harga biasa RM20, kot?). belian secara online saja. kedai MPH  tak ada kempen macam nih. POPULAR pun tak ada.

untuk pengetahuan semua, bukan semua buku2 FIXI ada dijual di kedai buku.

contohnya, POPULAR x amik HILANG, MURTAD, CEKIK, DOSA, SUAMI, ISTERI, dan CERPEN NADIA KHAN (yang 3 terakhir tu mungkin sedang dipertimbangkan, allahualam). yg peliknya, dorang ada jual novel AKU DUDA, KAU JANDA dlm satu novel. motif?!

MPH plak x jual, CEKIK, DOSA dan ISTERI. *aku x sure sama ada ISTERI tu mintak fasakh atau nusyuz, sebab SUAMI nak plak diorang jual. hmmm....

so, xyah lah korang gigih ke sana utk cari buku2 tersebut. tolonglah support kempen 6 packs FIXI nih. lagipun, kami nih semua penulis miskin2. tolonglah support kami. :)

ok, dah faham kan semua konsepnya....

JAGA JAGA ADA YANG MERATIIIIIIIIIIIIIII...............


ps: dengar2 nya, novel ketiga aku bakal berada di pasaran sebulan dua lagi. nantikan kemunculan beliau....

Ahad, 30 September 2012

baca bola.



Ok, selama ni korang dengar orang main bola, orang tengok bola, orang tidur bola mahupun orang peluk bola je kan? Pernah ko dengar orang baca bola? Pernah? Ada?

Haaa…. Kalo nak baca bola, meh sini rapatkan saf. Aku nak citer sikit.

Idea Bola ni datangnya dari tokey Fixi yang tanya sama ada aku nak join tak penulis2 tersohor yg lain utk tulis satu cerpen dlm antologi dorang yg baru berjudul BOLA. Aku nih memang x reti apa2 pasal bola. Usah kata nak sepak, nak baling pun aku tak reti. Yg aku tau pasal bola cuma gomol2 cium je. Ok, ayat misleading. Abaikan.

Tapi memandangkan aku ni memang sukakan cabaran maka terhasillah BAHLUL vs BEAUTIFUL. Bagi sesiapa yg dah dapatkan naskhah Bola, silalah bagi review utk cerpen aku. lokasi berlaku di luar stadium, so bola apakah yg dimainkan itu, silalah baca sampai habis.

Oh ya, BOLA merupakan antologi cerpen Fixi yg kedua selepas KOPI. Ada 19 cerpen kesemuanya n hanya 1500 keping yg dijual. Ia takkan dijual kat mana2 kedai buku waima kedai buku telefon sekalipun. So kalo anda nak dapatkannya, silalah buat belian online di kedai FIXI atau datang je di events yg tertentu spt yg akan di war2kan dlm FB fanpage BOLA.

Sama seperti KOPI, kalo buku nih habis dijual, takkan ada ulang cetak so awas ya jangan ada yg meroyan!

Dah, malas nak tulis panjang2. ni dia 19 cerpen yg ada dlm buku tersebut. Aku berada di bawah sekali. Save the best for last kaedahnya… ko mampu?

10 LANGKAH - Adib Zaini
RODONG - Hasrul Rizwan
LIGA MANDREM - Dayang Noor
DIARI- Raja Faisal
SESAAT KE GAWANG - Faizal Sulaiman
BOLA API - Arif Zulkifli
SATU SAMA - Asyraf Bakti
MENJADI TUHAN - Fikri Misti
BURGER BOLA SPECIAL - Hani Amira Suraya
RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING - Mim Jamil
KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK - Zulaikha Sizarifalina Ali
AKU BOOKIE BOLASEPAK - Nama Nami
JERSI BOLA 7 - Shafaza Zara Syed Yusof
OLEH BIR DAN BOLA- Mohd Azmen
MISI BOLA GILA - Julie Anne
BUKAN SEBAB BOLA - Nadia Khan
AKU YANG KEGERSANGAN - Syaihan Syafiq
SEPAK BOLA - Ridwan Saidi
BAHLUL VS BEAUTIFUL - Shaz Johar

Rabu, 19 September 2012

ko ingat artis Malaysia je yg sibuk nak berhijrah??

Lady Gaga pun tak nak kalah yer....









ko mampu???


ps: orang zaman sekarang ni yg dah tak rajin nak blog ke atau aku yg dah tak rajin nak update blog skang nih? musykil plak tetibe.

Khamis, 30 Ogos 2012

Taboo yah!



Get ready writers and writer-wannabes.

I am sponsoring another short story writing competition. Amazing, isn't it?!?

Here are the terms and conditions:

 1) The story has to be about a taboo of some sort. If you're not sure what that is, Google it to find out.

 2) The story must be written in English, not Malay. Feel free to use Manglish, Singlish, Indolish in any dialogue if it is relevant to the story though.

3) The story should ideally be between 5 and 5,000 words. Use your imagination and see where it takes you.

Once you are happy with your efforts, send it to me at malayrhapsody(at)hotmail(dot)com. It’s as easy as that.

The deadline for submissions is Monday, 8 October. But the sooner you get it in, the better. It gives me more time to savor your fine words!

The jury will decide the winner in mid October. The winner will then receive a signed copy of Tabu. But the best part is that the winning story will be published in Anak Sastra Online Magazine in its October 2012 edition.

So who's up for the challenge? Grab your pen and paper and get started!!!

Sabtu, 25 Ogos 2012

Tulis Tabu




kpd semua yg berminat menulis, sila rapatkan saf sebab aku nak buat pertandingan menulis cerpen sekali lagi....

teruja tak? teruja tak? cummed tak???

kalo dah teruja sampai cum, sila baca syarat2 penyertaan yg teramat mudah spt berikut:

1. cerpen mesti berkisar tentang Taboo. bukan Tebu mahupun Tabu, pelakon Hindi itu. Taboo. kalo tak tau apa tu Taboo, cek Wiki atau google saja!

2. pertandingan cerpen ni dibuka kpd semua yg pandai menulis dalam bahasa inglish. ya, cerpen hendaklah ditulis dlm bahasa Inglish SAHAJA. kalo nak tulis dlm Manglish (Malaysian English) or Singlish (Singapore English) or Indlish (Indon English) pun bole asalkan panel juri paham. ok?

last but  not least....

3. cerpen hendaklah sepanjang 5 ker 5000 patah perkataan. tulislah sekreatif yg mungkin ikut imaginasi terlampau anda sendiri.

dan... cerpen yg telah disiap hendaklah dihantar ke alamat email berikut: malayrhapsody(at)hotmail(dot)com

mudah, bukan?

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Isnin, 8 Oktober. Lagi cepat korang hantar, lagi bagus. sapa menang, akan dapat novel Tabu siap signature dan kata2 azimat dari aku secara free.

yg paling best, cerpen yang menang akan diterbitkan di dalam majalah online Anak Sastra edisi bln October.

So who's up for the challenge? Grab your pen and paper and get started!!!

Sabtu, 18 Ogos 2012

EID MUBARAK.




sempena syawal yg tinggal sehari je lagi nih, aku sepertimana manusia2 yg lain ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

kepada semua ahli keluarga (especially Mak), Kris, Angelina Jolie, Zac Efron, saudara mara, sahabat handai, kenalan, rakan2 di FB, rakan2 bloggers, followers di Twitter, pembaca2 Kougar, Tabu dan semua hasil penulisan aku yg lain, pendengki, pengkhianat, musuh dalam selimut, confused admirers, admirers, stalkers, boyfrens, girlfrens, teman ketawa, teman berduka, teman sekerja di pejabat, teman2 di Fixi, Kak Enon PTS, dan kesemua mereka2 yg penah muncul atau terlibat dlm hidup aku secara langsung ataupun tidak.

SEMOGA LEBARAN INI TIDAK TERUS MELEBARKAN DIAMETER PERUT KITA. AMIN.


kepada Arwah Johar Husin, semoga Ayah terus tenang di sana. You are deeply missed and loved.

by the way, aku terjumpa satu cerpen inglish lama yg aku penah post kat blog wordpress dulu. tajuknya duit raya. so, kalo korang buhsan2 tuh bacalah....

DUIT RAYA

hmmm... dah baca? best tak? ke tak best? ada aku kesah?

Selasa, 14 Ogos 2012

10 fakta lagu raya ikut sukati aku sendiri.





1. lagu raya favorite aku ada 2 je. lagu  Sepasang Kurung Biru dari Khairil Johari Johar and lagu Hari Mulia dari Sheila Majid. yg lain, biasa2 jer...

2. satu2nya lagu raya dr penyanyi kanak2 yg popular adalah lagu Suasana Hari Raya dari Anuar Zain dan Ellina. btw, aku tak kenalpun siapa si Ellina ni? apa jadi dgn dia, ek? mesti dah hijrah dgn bertudung.

3. lagu raya yg aku rasa best kalau di remake kan adalah lagu Kurniaan di Aidilfitri dari kump. Feminin. Nak bagi lagi best kalo lagu tuh feat David Guetta. Pegggh! Mesti meletop.

4. lagu raya yg paling seng2 ubs (sengal2 ubi) adalah dari Jalil Hamid. informatif tapi seng2 ubs. tajuknya Raya. mcm lagu Ayam dia jugak.

5. lagu raya popular di malam raya sudah semestinya lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda dari Mamat Exist. khas utk anak2 yg jauh di perantauan. (teringat zaman2 aku di obersi masa raya dulu. sedih oi!)

6. lagu raya paling monotonous datangnya dari Noor Kumalasari, Pulang Di Hari Raya. sesuai dinyanyikan semula oleh Maya Karin, Liyana Jasmay, ataupun Diana Danielle. Sarimah Ibrahim pun ok. Amy Mastura pun boleh gak lah.

7. lagu Suara Takbir dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah lagu iklan yg paling best so far.

8.  lagu Rap raya yg popular satu ketika dulu adalah lagu dari Kumpulan Nico. nih lagi satu, apa jadik ngan budak2 ni eh? mesti dah jadik bapak2 org...

9. lagu yg paling syahdu utk pasangan yg baru break up, gila talak atau bf/suami yg kerja jauh di tempat orang adalah lagu Pulanglah dari Aisyah. Manakala lagu yg berbaur lucah adalah lagu Suasana Hari Raya dari Ummi Tok Pah. contoh lirik double meaning: Rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali. Sudilah rasa kuihku pilihlah yang mana satu...  ha nampak?

last but not least...

lagu raya yang akan terus popular sampai kiamat sudah semestinya, lagu Selamat Hari Raya dari biduan negara Saloma.

SETUJU??

HAPPY EID MUBARAK!!!

Jumaat, 10 Ogos 2012

apabila yg tak masuk akal jadi yang tak ada akal...

korang tau apa bezanya between PhD  Philosophiae Doctor (Doctor of Philosophy) dgn PhD Perasaan Hasad Dengki?

ataupun beza falsafah dgn falsampah?

ataupun beza tak masuk akal dgn tak ada akal?

ha... kalo nak tau, apa kata korang baca artikel di bawah nih dan fahamkan...

enjoyz!

Penjelasan drp rangkaian buku Popular tentang keputusan mereka untuk tidak menjual novel HILANG dan MURTAD


Risiko Penerbitan Buku Berbahasa Melayu Rendah: POPULAR Tidak Lagi Menjual Buku-Buku Terbitan Fixi


so, korang dah faham ke belum??

okebai!

ps: rezeki ada di mana-mana. semoga syawal yg bakal menjelang memberikan kita lebih keberkatan.

ps2: The haters are motivators. Let them hate.