Jumaat, 23 Mac 2012

jumpa di Annexe, esok!



esok aku akan berada di The Annexe Gallery, Central Market pada jam 12pm hingga 2pm sempena majlis gilang-gemilang perlancaran buku antologi Kopi dan tayangan 3 filem pendek Kopi.

utk butiran lanjut, sila baca di sini: kopi, yuk!

so, sapa yg free tuh datanglah yer.... boleh berkenal mesra... eh?



ps: sapa dah beli magazine Eh! keluaran April 2012? novel Tabu dalam column Patut Baca katanya....

Isnin, 19 Mac 2012

bunohan...



orang kata filem Bunohan best. kata org lah. kata org yg cerdik pandai tentang filem2 art. atau filem2 yg banyak berfikir. so utk menampakkan aku poyo jugak konon2 mcm pandai baca pemikiran pembikin filem2 art nih, akupun tgk lah citer nih semalam.

citer nih berlokasikan di sebuah kampung nama Bunohan. kampung nih kat Kelantan kot sebab semua org termasuk burung tiong n tengku azura cakap kelantan.

ada 3 beradik. abang long, kaki semelih org, abang ngah, sibuk nak jual tanah bapak n adik bongsu plak peninju tomoi. jln citer berkisar tentang hidup mereka kat kampung tuh lah. rata2 yg bole aku simpulkan, filem nih different n fresh. filem yg memang kene tonton dr mula sampai habis. yg penting, xder scene nangis2 n pompuan bertudung feeling2 muslimah. yay!



ada few scenes yg mengingatkan aku dgn filem2 art yg lain. contoh lokasi tepi laut tuh mcm filem pasir berbisik and sampan2 dlm utan penuh lalang tuh mcm filem malaikat di jendela. bunuh2 semelih sampai darah memancut tuh plak, adalah ciri2 kill bill sket....

scene yg paling aku suke adalah scene tengku azura. bile dia pose dlm sungai di sebalik lalang tuh sebijik kot mcm pose angelina jolie dlm harpers bazaar... very editorial yer! anyway, pada yg nak sokong filem tempatan gi lah tgk citer nih. once in a blue moon jer ada filem melayu mcm nih, kan?



tapi pada yg suke filem2 ringan, mcm adnan sempit ker, bujang terlajak ker, xyahlah tgk citer nih. jgn jadik cam pompuan bingai kat depan aku yg sibuk tanya bf dia mcm2 sampai membingitkan telinga org belakang (yakni aku). yg paling x bley blah, dia bole geli bile tgk scene faizal husin kene urut. siap marah bf dia kenapa bawak tgk citer nih. lepas tuh lentok kat bahu bf dia tuh mcm cinta sangatlah. bingai.

so nihlah pandangan aku tentang movie nih. nak citer2 lebih, aku x pandai sebab aku bukan org filem. overall, filem nih aku nak bagi 3.95 stars jer. kenapa 3.95? sebab bukan 4 stars. okebai.

Sabtu, 17 Mac 2012

the start of two lives together and the end of another.



aku baru balik dari masjid tadi. melawat sorang rakan lama yg telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi. arwah dah beberapa bulan menderita sakit pancreatic cancer . dulu masa aku visit dia kat Gleneagles Ampang, masa first time doktor detect dia ada cancer, dia nampak lemah. masa tuh baru lepas operate, no, actually belom operate lagi. x sempat. doctor baru nak buang but terpaksa jahit balik bila cancer tuh dah merebak kat tempat lain. n doctor cakap, dia ada masa 3 bulan jer lagi.

well, tuhan panjangkan umur dia, almost setahunlah jugak dia dapat lawan penyakit tuh. tadi bile aku sampai, aku tgk ada ramai org kat masjid. ada yg aku kenal, ada yg aku x berapa sure. maybe family dia ke sedara dia ker, kan... bila aku masuk masjid jer, aku nampak ada satu kelompok kat dalam... duduk satu sudut jauh.

aku plan dah nak duduk situ tapi kawan aku cakap, itu org lain menikah. kak pah kat sini, dia tunjuk arah lain. terkejut aku sekejap. memanglah tempat jenazah tuh diletak dipisahkan dgn langsir tapi apa perasaan org yg menikah tuh ek?

kawan aku cakap, "kalo aku yg menikah tuh, balik karang terus mandi bunga..."

hmmm.....


ps: cancer kawan aku nih datang tetibe jer. katanya dia mula sakit2 perut. n then bila dia gi jumpa doktor tetibe doktor kata dia ada pancreatic cancer stage 4. scary, kan?

ps2: ada sorang lagi kawan aku on the way ke sg buloh utk attend funeral cousin brother dia. cousin brother dia tuh meninggal lepas nikahkan anak. huh???

Selasa, 13 Mac 2012

globesiti.



Aku baru tengok citer Taboo kat Nat Geo malam tadi. Topik yg dikupas kali nih adalah obesiti. Aku tau masa novel Tabu aku dulu siap, semua org tanya kenapa tajuk dia Tabu, eh? Tabu tuh apa sebenarnya? Apa yg taboo sgt for being fat?

Well, jawapannya, kalo mulut ko sendiri dok sibuk mengata atau mengomplen org lain gemuk or diri sendiri dah gemuk, maknanya benda tuh taboo lah. Nat Geo pun kata benda nih taboo di mata masyarakat dunia so xyah lah nak pening2kan kepala lagik fikir kenapa tabu plak, eh?

Anyway, akupun layanlah citer nih sampai habis. Ada few cerita, antaranya kisah sorg mamat nih. Dah obesiti gila. Dah sethn x gerak2 dr katil. 1 day tuh dia kene masuk spital utk buat bypass surgery, medic angkut dia mcm angkut ikan paus nak bawak masuk ke laut. Aku bkn nak ejek, tapi nampak kesian sgt.



But yg x bole blah, statement dia masa kene interview. dia kata dia mmg suka makan n dia jadik mcm tuh sebab parents dia yg ajar dia mkn banyak...

Hmm... salahkan parents. aku rasa kalo kecik2 ko bolelah salahkan parents, tp kalo dah besar panjang ko x reti2 nak diet ke bersenam ker, tuh salah parents ko lagik ker? tolonglah...

Tapi kat Mauritania lain plak citer dia. Org perempuan gemuk dianggap mcm kebanggaan keluarga. Simbol kekayaanlah kononnya, sebab anak dapat makan banyak sampai gemuk. *Pitam!!!



Yg best, aku tgk mak dia dok sumbatlah mulut anak dia tuh ngan semangkuk besar susu campur keju. Sampai termuntah2 budak tuh nak melayan kerenah mak dia punya pasal. Aku yg tgkpun rasa nak muntah. Gile kejam.

Pastuh kat US plak, ada pertandingan Miss Plus America, khas utk wanita2 BBL. ada jugak satu club nih dikhaskan utk Fat Admirers saja. Sesiapa yg nak carik couple yg berbadan luas saujana mata memandang jer yg masuk dlm club tuh. hahah. gigih.

N ada satu term baru jugak utk org yg taste kat org kurus n org gemuk nih. Misalnya, kalo org tuh suke ngan dua2 gender, kita panggil bisexual, kan? Yg nih plak, bisizeual. Hehe. Ko mampu?



lepas citer nih abis, aku pun terfikir2 sendirik. memanglah betul beauty comes in all shapes and sizes but kalo ko tuh slimmer, prettier, taller, fairer n cuter, mesti ko lagi dipuja2 kan?

hmmmm.... what a shallow world we live in....

Sabtu, 10 Mac 2012

kopi, yuk!

*watak utama dalam Kopi 3 Rasa the short movie.

kepada semua peminat buku Fixi, pemfolo blog Jejaka Anggun, peminat Shaz Johar secara rahsia mahupun yg terbuka, serta penagih kopi yg tegar, mari semua rapatkan saf kerana ada sedikit pengumuman yg ingin dibuat.

Fixi dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa buku antologi cerpen pertama beliau, Kopi (yg bekerjasama dgn 19 orang penulis tersohor tanahair) akan mengadakan majlis perlancaran dan tayangan 3 filem pendek pada March 24, 2012 bersamaan hari Sabtu nanti bertempat di The Annexe Gallery, Central Market.

Majlis gilang-gemilang nih akan bermula pada jam 12:00pm sehingga 2:00pm. tiada pembayaran tiket masuk dikenakan tetapi diwajibkan kepada semua untuk membawa wang bagi membeli buku2 yg dijual. hanya buku yg original sahaja yg akan ditandatangani dan dicium dgn lipstick manakala sebarang pembelian cetak rompak tidak akan dilayan.

dan memandangkan ianya adalah perlancaran untuk sebuah buku comel maka majlis nya cuma dua jam sahaja. jika untuk novel, Fixi biasanya akan mengadakan majlis selama 20 jam. jadi sila mark your calendar dan kepada siapa yg berada jauh dari luar kota tuh, sila bawa bersama bantal dan tilam untuk tidur di luar lokasi perlancaran pada malam sebelumnya. bukan apa, takut terkilan.

3 filem pendek yg dicedok dari buku nih juga akan ditayangkan semasa majlis perlancaran. kalau nak tau filem apakah yg bakal ditayangkan itu, sila datang. (filem dr cerpen akupun ada.)

dan yg paling penting, kesemua yg hadir akan dapat merasa espresso percuma tajaan Coffex Coffee Malaysia. siapa yg nak teh tarik atau kopi lain, bole gi mamak kat belakang Annexe tuh atau kopitiam kat CM. sila bayar sendiri.

oklah, itu saja buat masa ini. utk maklumat lanjut sile ke page Pelancaran + Tayangan 3 Filem Pendek KOPI . acara nih adalah sebahagian daripada ART FOR GRABS Mar 2012 - Colourful Assembly! so silalah klik link tuh jugak.


apa2hal, kita jumpa di sana!!!!


ps: aku sendiri belum pegang naskhah Kopi aku sendiri. ahaks. siapa yg dah baca Kopi 3 Rasa tuh, apa komen anda?

Khamis, 8 Mac 2012

bakal terbang jauh...

aku excited nih. dah lama tak jalan jauh2. tiket dah confirm pergi-balik. hotel pun dah confirm (hotel transitlah sebelum aku jumpa mak n ayah, sampai sana aku stay trus jer kat umah dorang).

last skalik aku visit sana 2-3 tahun lepas. sila klik sini: hari terakhir di florida utk baca last entry kat sana dulu. so, mesti dah banyak yg berubah, kan?

and anak aku 2 ekor kat bawah nih mesti dah besar2. arituh dah demand dah nak gi busch gardens la, disney world lah, macam2....

tapi sorry, daddy nak gi Harry Potter theme park plak kali nih. korang jgn nak ngengada eh? ikut jer! ahaks!!





ps: tangan kiri aku dah gatal2. menandakan jutaan wang ringgit akan berterbangan nanti. damn.

Isnin, 5 Mac 2012

berkojo lah kito.... sekueknyo!



hmmm...

baru abis meeting dgn bos tadi. katanya bonus tahun nih takder sebab aku tiap2 bulan dapat bonus. motiflah kan?

but on the fair side, betul jugak kata dia. dah tiap2 bulan aku dapat, kalo combine semua boleh buat down payment astin martin, hujung tahun, faham2 sendiri jer lah kan....

pastuh aku bising pasal management raising bar utk tahun nih, sengaja nak bagi aku kecundang utk earn bonus tiap2 bulan mcm tahun lepas.

dia ckp management mana yg nak maintain bar yg sama setiap tahun? dorang mesti akan naikkan jugak supaya staff kerja dgn lebih kuat.

hmmm...

tapi the best part, dia ckp sebab aku anggun sangat dia akan revise gaji aku. xder lah banyak mana tapi cukuplah utk aku sara beg birkin yg skang nih aku guna nama rosmah utk waiting list. aku harap, dia x omong kosong jer lah eh....

apa2pun, itu semua rezeki utk tahun nih. kpd semua yg senaseb ngan aku, tahniah kpd kalian semua. kpd semua yg masih berada di takuk lama, gi lah carik kerja lain. life is about changes. so make a healthy decision!

tahun depan ada lagi.........

xoxo jejaka anggun.

Rabu, 29 Februari 2012

teaser Kopi 3 Rasa the short movie.

ok, entry aku sebelum2 nih ada tulis pasal cerpen aku yg bakal dimuatkan dalam antologi KOPI, kan? and ada few cerpen kat situ yg bakal dijadikan short movie, betul?

*siapa yg tak sure, sile klik di sini: anda ngantuk? bacalah Kopi.

so, cerpen aku telah terpilih and nih lah teaser dr short movie tersebut.

enjoy....




Selasa, 28 Februari 2012

gara2 sebelah kaki...

apa2pun aku nak ucapkan tahniah kepada pemenang Oscar semalam especially Octavia Spencer yg dapat award Best Supporting Actress utk filem The Help, so far filem yg paling best dlm tahun nih, aku rasa.



tapi tumpuan malam tuh, x lain x bukan kat artis lain. yg lebih cantik dan lawa dari pemenang. siapa lagi kalo bukan kakak kandung aku sendiri, Angelina Jolie.

tgk jer pics dia kat bawah nih ha. ada org hencap dia sebab sibuk 24 jam tayang kaki kanan. hahaha. yg penting meletop, kan? cube ko tayang kaki ko sikit, takyah sampai peha, sampai buku lali jer dah cukup... ada meletop macam nih? tidak, kan?







yg paling tak boleh blah, ada org siap create twitter akaun utk kaki dia. dah ada lebih 12000 org dah yg follow.... hahah..



atas dasar adik beradik lain mak lain ayah, aku pun nak buat account twitter jugak. aku nak dedicate akaun tuh utk tahi lalat pemanis dan juga punca rezeki kat pipi kanan aku nih ha n aku nak namakan akaun twitter tuh, @shazsmole.

hehehe... mampu tak? ada tak sesapa yg nak follow?



ps: kata horoskop, moles on the right cheek indicate a person who has an attractive persona but is flirtatious as well. betul ker? hik hik hik....

Khamis, 23 Februari 2012

alfatihah....



received call dari offmate kejap tadi. dia beritahu yg adik Faris (aku ada mentioned pasal kisah dia dlm blog lepas) dah meninggal pagi tadi, jam 10.18am. innnalillah wainnaillahirrajiun.

marilah kita sama2 memanjatkan doa supaya memudahkan jalan dia untuk bertemu dengan Allah dan roh dia ditempatkan dgn roh2 yg disayangi. amin.

*mode: sedih.


ps: semalam baru jer ofis aku buat collection, esok khabarnya nak buat charity bake lagi, semata2 nak kutip derma utk dia.... hmmm....

Selasa, 21 Februari 2012

tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima....

sapa yg dah tau pasal berita sedih adik Faris Nur Daniel? ada kawan aku tag cerita di kat FB and also blog Mazidul Akmal pun ada citer pasal dia.






pada yg siapa yg belum tau tuh biarlah aku share sket story pasal adik nih eh. dia nih anak kepada ofis mate aku (kerja organization yg sama tapi lain2 branch lah). umur dia baru 6 thn tapi dah admitted kat Sime Darby Medical Centre Subang Jaya sebab diserang Haemophagoctic Lymphohistiocytosis (HLH), sejenis penyakit severe pneumonia, awal Feb arituh. sile klik surat dari SJMC tuh kalo x berapa paham apa yg aku tulis.




According to Mazidul Akmal Sidek punyer blog (TV3 reporter), medical bill dia dah cecah RM75, 000.00 on the 18th arituh tapi insurance coverage dr parents dia cuma up to RM40, 000 jer. so kepada yg sudi nak membantu meringankan beban, sila2 lah kongsi sket apa yg kita ada n masukkan duit dlm akaun Maybank ayah dia.

En Shamrulismawi Ismail
1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.

kalo nak tau citer nih dgn panjang lebar, silalah lawat blog Mazidul Akmal sendiri.

tolong sebar2kan eh....



ps: dulu anak buah akupun kena sakit teruk masa die kecik, meroyan kakak ngan abg ipar aku kejap, so aku bolehlah membayangkan perasaan parents dia sekarang mcm mana. aku tumpang simpati.

Jumaat, 17 Februari 2012

kenali jenis penis anda...

aku tak nak citer banyak, sile lihat gambar di bawah dan kaji maksud di sebaliknya.



so, sudahkah anda mengenalpasti jenis penis anda sendirik?

Selasa, 14 Februari 2012

congrats!!!

tipulah pic nih....





tak baik tau dia orang nih... kalo yer pun nak photoshop takkan sampai pinggang Adele jadi bak kerengga pinggang Saloma. agak2lah kan.... suke tau mengaburi mata masyarakat sekeliling.

ok, nih pic dia dlm Grammy 2012 semalam. elok jer cantik tanpa photoshop, kan?





yg penting, tahniah kat pompuan nih atas kemenangan besar n tapau 6 awards sekaligus. hopefully, dia akan terus sukses. xmo jadik mcm Amy Winehouse yg tapau 5 awards dlm Grammy 2006 n mati sebab dadah or Lauryn Hill yg tapau 5 awards jugak dlm Grammy 1998 tapi lepas tuh lesap. hilang entah ke mana...

dengar2 katanya dia nih pun nak berehat 4-5 tahun dr sebarang album lepas nih... maksudnya?

sian.


ps: Happy Valentine kepada semua. kepada yg tak sambut, Happy Tuesday.

Isnin, 13 Februari 2012

another diva is gone.



August 9, 1963 – February 11, 2012.

aku dapat berita nih mlm semalam. semenjak BB aku xder nih, susah aku nak dapat info dgn cepat. cause of death masih dlm siasatan. spt MJ n Amy Winehouse, org pasti kaitkan dgn dadah. yg best anak tunggal dia ngan Bobby Brown, si Bobbi Kristina pun dah pandai main snort2 coccain. hmmm... x fahamlah aku. asal banyak duit jer, isap dadah. isaplah bende lain, kan?





apa2pun, aku doakan semoga dia aman di sana dan Tuhan Jesus dia akan letakkan dia bersama roh2 org Kristian yg beriman. amen.

ps: aku membesar dgn lagu2 dr MJ, Madonna, Whitney n Mariah n aku selalu letak nama tuh2 dlm carta artis2 yg paling berjaya dlm dunia. now sorang2 dah pergi. oh well, i will always love you, Whitney.

Khamis, 9 Februari 2012

carta boyfren pemurah...

ada dua jenis boyfren dlm dunia nih.

boyfren pemurah dgn boyfren murahan. so sempena valentine yg bakal menjelang nih, sila lihat carta di bawah utk mengenal pasti berapa banyak yg boyfren anda akan spend utk hadiah anda sekaligus menunjukkan betapa beliau itu sama ada jatuh dlm kategori pemurah atau murahan... hehehe...

bagi yg buta atau bermata batu, sile klik pic utk ketumbesaran...



but then again, utk menyedapkan hati sendiri... actually it’s not about how much they spend but what they spend it on tuh yg counts, betul tak? contohnya kalo dia bagi lukisan tapi dia yg berusaha lukis sendiri, tuh lagi bermakna dr dia beli jer lukisan tuh pastuh frame, kan? setuju tak adik2???

tapi aku tau korang nih apa kesah... kalo dpt hadiah mahal2 dan berjenama, korang lagilah suke, kan? cam cibai. hahah.


ps: novel Tabu bakal diulang cetak... teruja tak kengkawan??????

Rabu, 8 Februari 2012

di luar liputan...



aku tengah bersedih. BB Bold 4 yg baru dibeli tak sampai seminggu telah koma dan kini sedang menjalani rawatan terapi di Brighstar selama 2 minggu. ini membawa erti aku akan berada jauh sedikit dari liputan internet kerana twitter, FB, BBM, dan email sudah tidak lagi berada di hujung jari sehinggalah masalah ini selesai. sian.

utk mengubatkan hati yg lara, aku gunakan masa yg ada untuk membaca buku Kelabu dari teman Fixi - Neddo Khan di dlm LRT dan sambung menulis di rumah....

n speaking bout tweet, ada burung merbuk bertelur n sedang mengeram kat atas pokok buluh kat balkoni rumah. cute. aku akan rakam momen2 indah nih sampai telur tuh menetas n jadik baby burung n blaja terbang ...

doakan semoga cita2 aku utk menjadi wartawan amatur nat geo itu berjaya...

Selasa, 31 Januari 2012

7 What Ifs part 5

yer.. guest blogger telah kembali. kali nih aku akan mempersembahkan sorang brother hensem yg digelar Hidney plak. dia nih aku first time jumper masa launching Kougar dulu. 1st and last lah tuh. lepas tuh dia sumbung, dah tak nak jumpa aku lagi dah. biasalah kan... aku nih x cantik. *tetibe.

anyway, dia berminat nak jadi guest blogger utk blog jejaka anggun nih ha. so, aku ada few soklan2 RM1 money dropped yg aku bagi utk dia jawab. korang enjoy lah eh....





jika anda diberi peluang utk membuang satu jenis cuaca yg ada dlm dunia nih, yg mana satukah yg anda akan pilih?
Soalan yang bagus. Disebabkan aku ni gila sopan dan gila benci turbulence, aku nak lupuskan cuaca buruk. Tak ada cuaca buruk, maka tak ada la turbulence. So aku boleh fly dengan girangnya *sambil pintal-pintal rambut* dan tak payah jerit suara kepit lagi. Orang sopan mana boleh jerit suara kepit. Lagipun tak anggun la kalau cabin-cabin crew tu tengok. Where to put my water face dowh!

jika anda dibenarkan utk ketagih terhadap sesuatu tidak kira sama ada halal atau haram, apakah bendanya yg anda ketagihkan itu?
Kalau akau cakap aku nak ketagih dengan diri sendiri you rasa nak bunuh diri tak Shaz? Hahaha ampun Shaz beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun…

jika anda dapat membingkaikan jockstrap atau underwear of any sports figure dan gantung di dalam bilik atau ruang tamu (ikut kesesuaian feng shui rumah anda), siapakah manusia yg bertuah tersebut?
Baik aku gantung jer terus sports figure tu. Nak gantung underwear jer buat apa? Logic tak? Hahaha *gelak horny*

jika anda dilantik utk meluluskan polisi imigrasi malaysia, apakah bentuk polisi yg anda akan luluskan?
Imigrasi? Apa tu wak? *flip rambut dan pakai lip gloss*

jika anda tiba-tiba mendapati diri anda bertukar menjadi sekecil 6 inci, apakah perkara pertama yg akan anda buat?
Jadi kecik nak buat apa? You know what they say about guys with big feet? *lari tajuk dengan sangat tetiber*

jika anda dapat memiliki satu jenis baju/kostum/pakaian yg anda sangat suka di dalam filem, pakaian apakah yg menjadi pilihan hatimu dan mengapa?
Mesti la costume Superman. Aku akan pakai hari-hari gi keje. Lepas tu aku nak jalan mengiring ke pantry sambil libas-libas mantle merah aku tu dengan handsomenya. Mesti boss-boss aku akan makan hati. Gi semayang jumaat pun aku akan pakai tau. Duduk saf depaaaaaaaaan sekali.

jika anda diberi kuasa magic utk satu hari, apakah kuasa yg anda inginkan dan apakah kepentingannya memiliki kuasa tersebut?
Aku nak jadi se-magic hantu Kak Limah. Idola aku tu. Kepentingannya? Sangat penting. *Sorry arr, karangan BM UPSR aku dapat C*

begitulah jawapan2 dia yer. jawapan imigrasi yg dia x tau tuh adalah bukti bahawa dia adalah jejaka bimbo yer. awas. apa2pun, bagi sesiapa yg ingin mengenali beliau, boleh pergi ke blog beliau di sini

ataupun baca biodata lengkap beliau di sini:

Seorang auditor grumpy kelahiran Sarawak yang sgt takut naik kapal terbang dan alergik kepada nenas. Pencinta alam yang gemar menghabiskan masa melakukan aktiviti2 riadah seperti membeli barangan keperluan dapur dan berlari setempat. Masih bujang dan permohonan untuk menjadi kekasih masih terbuka.

Untuk yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang D, E dan R beserta salinan kad pengenalan, 4 keping gambar berukuran pasport dan sekeping gambar penuh. Permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.

KAU MAMPU?

Khamis, 26 Januari 2012

anda ngantuk? bacalah Kopi.



Greetings,

ramai dah org tertanya-tanya pasal novel aku yg ketiga. gile hebat dorang nih bagi sokongan bertalu2 mcm tuh kat aku. terima kaseh ya....

well, di sini aku nak tegaskan bahawasanya novel aku yg ketiga masih lagi dlm pembikinan n insyaallah akan siap dlm bulan June or July tahun nih. so kalopun ada publisher yg sudi nak publish, novel aku tuh maybe akan menemui pasaran tempatan dan global pd thn depan sahaja.

meanwhile, pada yg gigih menunggu tuh, dlm bulan Mac nanti aku dan Fixi (together2 dgn 18 penulis yg lain) akan muncul dgn projek yg seterusnya iaitu sebuah buku kiut yg mengandungi kumpulan (antologi) cerpen yg diberi tajuk KOPI.

ada 19 cerpen dlm buku kiut nih n kesemua cerpen yg ada, ada unsur2 kopi. utk maklumat lanjut sila ke fenpej FB KOPI di KOPI - Sebuah Antologi Cerpen Fixi dan 'like' banyak2.

Insya-Allah perlancarannya akan dibuat pd 24 or 25 Mac nanti di Art for Grabs, The Annexe Gallery. Promo juga akan diadakan di Pekan Frinjan Shah Alam pd 30 Mac. Sila datang yer!!

yg best, 4 daripada 19 cerpen yg ada dlm buku ni akan dijadikan filem pendek (filpen). waktu tayangan dlm 5-10 minit gitu. 4 pengarah tengah pilih yg mana yg sesuai untuk diadaptasi. cerpen mana yg berjaya dipilih tuh, biarlah tokey Fixi yg reveal.

oh, another thing. novel nih memang takkan dijual di kedai buku. ia hanya boleh didapati di online dan di pesta2 buku sahaja. cetakan pun tak banyak. dlm 1000 copies jer kot? so sapa cepat dia dapat...

ha, teruja tak? teruja tak?

*aku nak letak pic aku baca buku sambil minum kopi tapi takder. so aku paste pic aku baca buku (before night falls by Reinaldo Arenas) sambil pekena hot choc in Vienna, Austria. jgn marah eh...


ps: speaking about Pekan Frinjan, esok aku akan berada di Pekan Frinjan Shah Alam (klik info di sini: FRINJAN) utk mempromosi novel Kelabu dan Tabu pd jam 8.30 malam. sesapa yg xder kerja tuh, datanglah sana. kita chill2 borak2 ok?

Isnin, 23 Januari 2012

makcik2 bermulut naga...

sebelum tuh aku nak ucapkan Kong Hee Fatt Choi dekat semua rakan2 yg menyambut.




Ok, aku balik umah mak aku tadik. cuti sempena tahun baru cina. Sampai2 jer kat umah, mak aku dah ada 2 org tetamu dtg berayabertandang. Sorang customer kakak aku (kakak aku tuh tukang jahit) n sorang lagi neighbor Mak aku.

Mcm2 yg dorg bualkan, aku x berapa nak dengar semua sebab anak dara mcm aku nih, terus meluru masuk bilik yer. Malu.

Antara topik perbualan yg sempat aku curik2 dengar adalah spt berikut:

1. Citer pasal govt bagi RM500 kat org miskin. Masing2 nak tau cara2 terbaik nak mengutip duit tuh dan juga cara2 membuat rayuan jika govt x nak kasi sebab laki masing2 kaya.

2. Citer pasal IC hilang. Kisahnya, makcik sorang nih sepupu ICnya hilang sebab jatuh motor. Sebulan lepas tuh, polis dtg umah sebab ada aduan dari syarikat kereta sewa yg si polan nih dah sewa keta tapi x pulang2. Kau mampu, ada org curik IC dia, pastuh guna IC tuh untuk sewa keta n curik keta tuh. hebat manusia skang yer. dulu setakat curik duit jer, pastuh IC tinggalkan saja dlm wallet. Skang, dgn IC2 ko dorg kebas utk curik identiti ko. Mampu??

3. Citer pasal sorang lagi jiran yg mengata jiran lain yg pakai wheelchair. ntah apa yg dia dengki org tuh pakai wheelchair pun aku x tau. maybe sebab diapun pakai so dia bukan lagi the only 'wheelchairer' in the village.

4. Citer pasal anak org nih isap dadah, anak org tuh ragut n curik barang. Haha. yg penting, anak dia ok je. Baik2 belaka. Oh by the way, citer pasal anak buah aku 6thn yg dah pandai shuffle pun terselit dlm story nih. anak buah aku siap buat demo depan makcik2 tuh semua. semua tepuk2 tangan. Happy. cam bengong.

5. Citer pasal rumah dia kene rompak. Jumpa wallet dlm longkang depan umah dia, yg penting org yg merompak tuh elok lepak depan umah dia borak2 ngan sepupu dia tadi. Bile dia tanya, “ko nampak x sapa masuk umah aku tadi? Wallet aku hilang.” mamat tuh bole reply, “wallet ko warna hitam eh? Aku cam nampak dlm longkang.” motif lah ko bole pecah lobang sendirik kan?

Masuk citer ke 6, aku dah rengsa. bukan apa, agak lama gak lah dorang lepak kat umah mak aku tuh. dah dekat 2 jam, kot? Yg penting waktu lunch. Pelik gak aku, dorang nih x reti nak masak lunch utk laki atau anak2 kat umah sendirik ker?

Last2 aku kuar dari bilik, terus sound kat Mak aku. “Mak, Baby lapar. Mak masak apa, ya? ker x masak sebab seronok berbual?” ya, Baby tuh panggilan manja aku kat rumah. Jangan jeles.

Kesemua makcik2 tersenyum n pandai plak angkat kaki blah. Terasa lettew...


ps: moral of the story, taulah tahun nih tahun naga, tapi mulut tuh x yah berapi sangat!!! sedangkan Heidi Klum n JLo yg meletup tuh pun bole bercerai ngan laki masing2, jgn ko yg muka ala kadar nih menerima nasib yg sama yer. AWAS!

Rabu, 18 Januari 2012

7 what ifs part 4

guest blogger kite yg seterusnya datangnya dari sorang jejaka tampan bernama Cik Zul, atau panggilan manjanya, Abang Long. alah manjanya... manja sangat...




beliau nih sorang yg penyayang, sopan santun, dan hatinya juga mempunyai taman seluas taman tema Sunway (dlm erti kata lain, beliau amat berkaliber dan layak utk dijadikan calon suami). syabas kepada beliau.

so, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita saksikan jawapan2 soalan Mr. Universe yg telah aku beri utk beliau jawab. kita saksikan:


1. Jika anda tidak bekerja, berapa lamakah masa yang diluangkan utk menonton TV?
Lama. Selagi tak rajin nak keluar rumah, selagi tu aku lepak tengok tv.

2. Jika anda dapat meneka 2 org rakan sekerja yg sedang buat affair, siapakah rakan sekerja yg terlintas di dlm fikiran itu?
Aku rasa adib dengan awek 'trench coat'. Sebab haritu Adib nampak dia make-up dekat Red Oven. Sebenarnya awek tu make-up untuk Adib. Wawawa.

3. Jika anda dapat memilih untuk merealisasikan sebuah filem cereka sains, filem apakah yg anda pilih?
Cereka sains? Science fiction eh? House kot. Boleh ke jawapan ni?

4. Jika anda tiba2 diberi peluang utk menjadi perempuan, apa yg anda akan lakukan?
Aku akan buat perancangan bagaimana aku akan dapatkan status diva. Lepas tu aku buat acah-acah artis. Ko mampu?

5. Jika anda dapat memberikan satu nama insan yg memiliki suara yg paling seksi di telefon (selain Shaz Johar), siapakah nama insan yg anda rasa layak?
Akulah, ramai awek cakap suara seksi...........dowh.

6. Jika anda diberi wang utk berada di kawasan yg jauh dari tamadun manusia, lokasi manakah yg anda pilih?
Banyak ke dapat duit tu? Dahlah jauh dari tamadun manusia. Ko nak suruh aku buat unggun api ke guna duit tu? Tak pun gulung-gulung, bakar, sedut dan hembus. Fuuuhh.

7. Jika anda dijemput untuk bercakap dengan Tuhan, namakan satu perkara yg anda akan tanya.
Er...Er...

itu saja yer jawapan2 beliau. jawapan x bole blah utk soalan no. 5. hahaha. dia pun x nak kalah.... hebat kau ya!

kpd sesiapa yg ingin berkenalan dgn beliau atau nak ajak kuar date ker, silalah carik beliau di laman2 web di bawah. FYI, beliau adalah jejaka straight tapi aku rasa masih ada peluang utk dibentuk ke jalan yg salah nih... takper, kita cuba.

blog: www.zoelisme.blogspot.com & www.inikewl.blogspot.com
laman twitter: ZoelisZul
laman youtube: tak reti aku nak buat
laman bukumuka: Zoelhilmi
email: zoelhilmi@gmail.com


HAHA!

Ahad, 15 Januari 2012

baca @ babis.

semalam aku membaca utk kali keduanya di Seksan. kalo dulu utk Kougar, kali ini utk novel yg kedua plak, Tabu.

nih pic2 nyer...

*tekun babi-babi nih dengar aku mengomel....bukan senang aku nak pose depan babi yer. selalunya aku pose dengan org yg mcm babi jer, tapi semlm aku skalik lagik mencemar duli utk pose depan babi betul2. so siapa yg x dtg tuh memang rugi yer....

*ada juga yg tertidur kite aku membaca, bukti suara aku lunak dan melalaikan....

*bos fixi, amir muhammad sedang mencarut yg bukan2....

*bersama penulis Kelabu, Nadia Khan dan penulis Zombijaya, Adib Zaini serta bakal2 penulis yg lain. hebat2 semua nih yer....

*last pic, bersama azwan ismail, jejaka saya oke dan rosy, wanita 17 countries yg dtg memberi sokongan....


well, thanx pada yg datang. thx juga kepada sharon bakar yg sudi menjemput n amir muhammad yg x serik2 suruh aku tulis buku n tolong terbitkan tabu. tahun nih aku xder novel baru kot... heheh... maybe antologi cerpen jer... cerpen apa? aku xleh story panjang2. nanti2, ok?

bacaan seterusnya akan berlaku di pekan frinjan, shah alam. 27hb nih, mlm dlm pukul 830pm. lokasi aku x sure plak katner. kat area2 gravy baby jugak kot. ill keep u guys updated.

masalahnya, aku xder transport n again, shah alam. aku mmg fail area tuh.... tapi kalo korang free, korang datang jerlah sana eh? beli buku aku skalik. jgn datang tengok jer.....

okebai!

Khamis, 12 Januari 2012

kisah penyakit angan-angan raja ema


cerita nih berkenaan dgn sorang pemuda yg berasal dr antah berantah. dia nih mempunyai penyakit Angan-Angan Raja Ema. penyakit yg jarang2 berlaku di kalangan manusia normal spt kita.

antara simtom penyakit ini yg paling nyata adalah mempropakan diri sendiri sehingga membuatkan org lain muak dan annoying mendengar, melihat apatah lagi membaca status FB dan BBMnya.

antara propa2 pesakit adalah spt berikut:


1. memakai trench coat berjenama (mungkin seed atau soda) di kala rakan sekerja hanya memakai jeans dan t shirt saja. paling2pun cardigan atau sweater jer kalo aircond sejuk benor. nok, zaman2 inspector gadget telah lama pupus yer. awas!

2. mengatakan kpd org ramai bahawa dia ada vokal training dgn studio rakaman terkemuka. sgt x bole blah yer, ko ibaratkan diri sendiri persis datuk siti atau ziana zain yg buat album setahun sebuah. syabas!

3. mengaku sedang breakfast di hotel bertaraf 5 bintang, walhal ko makan di gerai yg panas dgn atap zink saja. kalopun ko lupe ko berada di mana waktu itu, ko kene ingat air teh tarik yg ko minum tuh singgit jer bukan lima belas hinggit. ingat tuh!

dan yg paling2 aku rasa nak minum racun yg aku ikat kat sanggul wig aku nih (wah, tetibe aku feeling2 erra fazira dlm sanggul beracun yer)...

4. mengaku sebagai branch manager yg sentiasa busy dgn meeting di ofis. walhal keje ko jawab kol jer, henfon ko kene sorok dlm locker sebab tuh ko xleh jawab kol. haiyoh!!!


persoalannya,

kenapakah beliau yg dimaksudkan itu sedemikian rupa? apakah terlebih hormon?

*PITAM.

Rabu, 11 Januari 2012

PEKERJA DISPATCH YANG BERKUALITI

aku dapat email nih and aku nak kongsikan bersama dgn kalian. manalah tau korang yg bos2 itu inginkan staf dispatch korang jadik staf yg berkualiti, maka seminar nih bagus utk menerapkan semangat tuh yer. ahaks!




QUALITY DYNAMICS CONSULTANCY SDN BHD (Co. No. 620717-P)

(PSMB Reg. No: 0938) (MoF Reg. No: 357-02064214)

PEKERJA DISPATCH YANG BERKUALITI

(Fasilitator:En Hamdi Othman)

19 Januari 2012, Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam.

OBJEKTIF

  • Mebentukan kemahiran dan meningkatkan ilmu.
  • Mengenalpastikan sumbangan dan mefokuskan anda terhadap objektif organisasi
  • Penonjolan profesionalisma dan keyakinan di tempat kerja.
  • Meningkatkan kemahiran interpersonal apabila berinteraksi dengan pekerja daripada pelbagai peringkat.

KANDUNGAN KURSUS

Sikap Kerja Positif / Mengawal Disiplin Diri

  • Menilai sikap diri
  • Kepentingan sikap positif
  • Kejujuran dan proaktif
  • Memastikan kerahsiaan tugasan
  • Kepentingan pengurusan masa
  • Mengutamakan keselamatan dan penyelenggaraan kenderaa
  • Kebolehan menghadapi cabaran

Amalan Kerja Cemerlang

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti kerja
  • Merancang dan mengurus kerja
  • Motivasi dan keyakinan diri

Komunikasi Berkesan

  • Pendekatan yang betul menyambut orang
  • Kaedah yang efektif menyoal dan menyampaikan mesej

Keterampilan dan Maruah Diri

  • Kepentingan keterampilan diri
  • Faedah beruniform
  • Kepentingan kebersihan diri
  • Kejayaan pengurusan diri


Enquiries

Please call 03-78054587/03-78044196 for more information. Our phone line operation hours are from 8.30am to 6.00pm from Monday to Friday.

Log on to our website www.qdc.com.my for more details.

Isnin, 9 Januari 2012

mari membaca...


aku di invite sekali lagi ke Seksan Gallery utk membaca di hadapan piggies (spt pic di bawah) pada 14th Jan ni sempena mempromosikan novel kedua, Tabu.

spt biasa, aku x sure page mana yg harus dibaca so kalo boleh sile choose yg mana yg korang nak aku share ngan pendengar2 yg ada kat situ nanti. ko jgn suruh aku baca satu buku plak. pilih few pages jer yer...

pada yg free tuh silelah hadir. butir event ada kat poster di atas. lokasinya berdekatan dgn Bangsar Village. aku nak explain pun x reti. korang google jer lah. xpun guna GPS. ok?

jumpa di sana.....





ps: hakim dah putuskan anwar dah tak bersalah. baguslah. kalo aku jadik BN, sure aku kemaluan sebab tuduh org tua tuh x pasal2 dulu. nampak sgt bengong. x buat case study betul2. pastu gi hire si saiful yg sengal tuh, suker2 bagi contradict punyer statement. sekejap kata kene rogol, sekejap kata suker sama suker, sian. anyway, x kisahlah. kalo aku jadik anwar, aku move on jer lah. malas nak press charges kat sesapa. aku dah letih naik turun court, kot?

Jumaat, 6 Januari 2012

7 What Ifs part 3

guest blogger is back. terlambat post entry nih sebab aku busy last week.... heheh....

anyway, guest blogger yg ketiga nih datangnya jauh dari Texas. aku mengenali beliau di laman blog nih ketika beliau gigih memfolo ke mana jua aku pergi. aku x sure kenapa dia nih gigih nak folo aku. mungkin dia taste pada blog nih. atau mungkin juga kpd tuan nyer.



aku juga baru dpt tahu yg dia nih mmg peminat setiaku di sini dgn novel2 yg aku buat. x sure plak dia ada baca tulisan2 aku dlm online yg lain. yg aku dah lupe password n username nyer sehingga aku x leh bukak or edit page tuh. sian.

anyway, nih dia soalan2 ratu miss tourism yg aku bagi utk dia jawab... kite saksikan.

1. Jika anda dapat memberikan satu nama orang yg paling anda dengki, siapakah nama insan yg bertuah itu?
KIM KARDASHIAN - sebab, dia lawa, make up pandai , yang penting kaya..belajar SPM pun tak ambik seriyes aku jeles macam mana dia boleh kaya lawa semualah org suka dekat dia. Jeles la aku dekat dia!

2. Jika anda dapat memastikan satu undang2 yg tidak akan dilanggar oleh sesiapapun di dalam dunia ini, apakah undang2 tersebut?
Aku nak buat undang2 sapa yang belum kahwin [dalam fikiran aku ni lelaki la aku bg dulu, sorry no offense lelaki2] akan diberi infection sexual disease yang berjangkit and boleh bertahan sampai umur tertentu saja. So kalau lebih had umur akan kojol, means kalau tak nak kojol dia kena kahwin (sebab kalau ko main sebelum nikah perempuan tu akan kena jangkitan pulak] so penawar akan diberi untuk pulih. Bila buat macam ni semua orang akan kahwin untuk dapatkan immunization and sekaligus dapat kurangkan sex bebas yang over sangat nowadays kan?so sapa yang nak mati, silakan..so ada sesiapa berani nak langgar undang2 aku tak? Haha!

3. Jika anda ditakdirkan bercerai dengan suami anda sendiri satu hari nanti (harap2nyer tidaklah yer), apakah satu perkara yg anda akan lawan/rebut sehingga ke titisan akhir selain anak2?
Mula-mula aku akan pastikan laki aku kahwin tu over kaya raya la of cos, so kalau aku kena cerai aku akan kira berapa hari aku dah kahwin dengan dia lepas tu aku darab la dengan berapa USD [ USD ok RM tak main] aku nak charge, kalau ada anak aku triplekan harga tu. So menjawab pada soalan ni harus la DUIT UPAH aku kahwin dengan dia dan beranakkan anak dia akan aku fight hingga titisan peluh aku yang terakhir. Tambahan : harga untuk anak2 asing2 ye :)

4. Jika anda dapat membuang satu kesan calar atau parut di badan anda, di mana kesan yg dipilih dan mengapa ia terjadi di situ?
Ni ha parut chicken pox aku kat pipi ni. Tension aku dari dulu.

5. Jika anda tiba2 diberi peluang utk menjadi lelaki, apa yg anda akan lakukan?
Aku ada dua misi:

1. Aku nak kahwin dengan Kim Kardash songlap duit dia sampai dia muflis! Lepas tu aku nak lenyapkan [biar orang kenal aku pulak] dia dengan family dia dari reality tv di dunia ini dengan pesanan "kalau nak buat other reality tv sila pergi planet lain [alien2 lain tak kenal kau lagi] dunia ni tak perlukan kau sekeluarga dah" .

2. Lepas tu aku akan buat sampai semua org fikir Justin Bibir tu gay. Miahahahaha. Eh ke dia memang gay?

6. Jika anda dapat hidup di satu era selain era rentak muzik terkini kerana anda menggemari fesyen yg dipakai di dlm era tersebut, era mana yg anda pilih? (jawapan Erra Fazira tidak diterima) .
Aku teringin nak hidup zaman cerita hitam putih tahun macam cerita nujum pak belalang tu, pakai baju kebaya panjang kain kasa [kot?] , yang dating bawah pokok , bf hensem macam Dato Mustafa Maarof tu , lepas tu time aku basuh kain kat sungai ada pulak anak raja datang naik kuda tengah berburu. Sangat klasik!

7. Jika anda dapat melakukan apa saja di malam tahun baru, apa yg anda akan buat dan dengan siapa?
Aku nak naik Genting masuk kasino main judi sampai aku la jadik tokei kasino genting tu. Dengan sapa? Aku sorang je aku tak suka share!


ok, puas? xleh tanya lebih2, nanti dia tensi.

kpd sesiapa yg ingin berkenalan dgn beliau, sile folo beliau di laman blog: ceritakuduniaku atau twitter @buyuiazliana. mungkin kalian akan bertemu jodoh di situ. ameen.

ps: jika ada sesiapa lagi yg ingin menjadi blogger jemputan utk minggu2 yg akan datang, sila letakkan alamat emel anda di ruangan komen.

Isnin, 2 Januari 2012

MMXII



buku ni salah satu hadiah harijadi yg aku dapat sempena ulangtahun kelahiran yg ke 17 hari itu (menjadikan jumlah buku yg belum dibaca buat sementara waktu nih, dlm 10 buah). Datuk K yg bagi. dia kata sesuai utk org yg ingin menjadikan tahun baru lebih baik dan sempurna dari tahun yg sebelumnya.

entah bile aku nak baca, aku pun x sure. maybe aku harus mulakan mlm nih supaya aku leh planning ahead gitu. the best part, setiap satu chapter represent satu bulan. so, chapter kedua, aku akan start pada bulan feb nanti. begitulah, sampai abis ujung tahun 2012. mampu?

anyway, bagi mereka2 yg masih tidak menyedari, harinih sudah hari kedua kita di tahun baru. congrats kepada semua on making it this far n good luck for surviving armageddon.

insya-Allah.