Ahad, 4 September 2011

jejaka anggun beraya di desa.

**entry kali nih panjang lebar sebab dah lama x update...




1. balik kampung on saturday, naik kereta kakak aku ikut highway LEKAS sampai trus ker Kuala Pilah. memang lekas betul perjalanan kami cuz dr cheras ker pilah, kitorg just amik masa less than 2 jam jer. tips: kitorg gerak awal pagi, pukul 8am dr sini. cube aku gerak kul 1pm. sah2 aku rasa mcm drive ker penang lamanya....

2. dlm kereta bawak Chomey, kucing Mak aku. aku x tau kenapa Mak aku gigih nak bawak dia balik sana. !st time dia travel jauh2 dlm keta. alasan Mak, kononnya sebab dia takut kucing tuh x leh survive stay sensorg kat umah nanti. takut dia kuar menjalang ngan kucing jalanan yg lain pastuh kene penyakit kelamin. hahah. last2 bukak jer pintu keta, dia trus lari masuk utan... or maybe dia balik umah ketua kampung, tuan dia masa baby dulu. *sehingga ke hari entry nih ditulis, Chomey masih lagi hilang tanpa kabar berita... sian.



3. umah kampung aku terpencil ngan dunia luar. kereta x leh masuk. kene jalan kaki dlm 5 minit, lalu semak samun n sawah dr tempat parking (laman umah org) utk sampai ke pintu pagar. phone line mmg xder. mmg bukan wilayah celcom. nak carik line, kene kuar cari langit... kalo x mmg haram nak dpt connection. internet x usah nak mimpi. kene pergi pekan Pilah baru clear, kalo ko gigih jugak antar BBM, sah2 dah mlm baru org tuh dpt message ko... sedih?

4. lampu jln pun xder. kalo nak blah dr situ or nak dtg situ, baik blah/dtg sebelum maghrib. kalo x confirm2 peluang ko utk bertemu makhluk asing baik di darat mahupun yg berterbangan di angkasa sangat luas. aku dah encounter satu scene misteri nusantara kat umah tuh 2-3 thn lepas, luckily thn nih semuanya behave. alhamdulillah.

5. tv plak mmg taraf 90an. dgn xder aerial, astro pun xder, so yg dpt ditonton dgn jelas cuma TV2 n TV3 sahaja. kadang2 TV1. itupun ikut mood. kalo dia rasa nak clear, dia clear lah. kalo x, haram. pasang dvd plak, kaler tetibe hilang ikut kesesuaian majlis. sekejap filem yg ko tgk tuh warna warni, tetibe 5 min kemudian, itam putih. sungguh klasik.

6. visit kubur arwah ayah n nenek. sian kubur nenek aku, nama dia dah ilang kat batu nisan. nampak sgt dia dah lama pergi. nasib baik aku reti baca tulisan jawi kalo x sah2 jadik citer kassim selamat masa aku sibuk baca doa kat kubur dia....



7. aku sambung tulis story yg ketiga. tajuknya GEGiRL (maybe akan ditukar) - pasal kisah cinta tiga empat segi di antara abg photographer, Kisha n Bibi. kalo nak tau siapa Bibi, kene tunggu novel Bibi kuar dulu. harinih ada date dgn bos Fixi. kitorg nak berdiskusi pasal novel nih. korang doa2kan lah ada rezki novel nih dibukukan n kuar ujung thn nih, oke?

8. aku jugak abiskan masa dgn baca buku The Bookseller of Kabul tulisan Norwegian journalist, Åsne Seierstad. buku nih pasal pasal kisah hidup org2 Afghan. fully recommended pada org yg terlalu taksub pasal dunia keislaman nih. aku paling suke chapter pasal undang2 taliban. wonderin what will happen kalo undang2 tuh digunapakai kat sini. confirm, aku migrate.



9. hmmm apa lagi? oh yer, aku layan anak2 buah aku main terup. main donkey guna kad Joker, main susun, main 21, main tipu, mcm2 lagilah permainan terup yg aku penah blaja ngan kaki judi yg ada kat malaya nih... so aku harap mereka xkan jadik penjudi profesional mcm uncle dia biler dah besar nnt.

10. last but not least, aktiviti yg paling utama masa aku kat kampung ialah makan makan n makan lagi..... mak aku buat ketupat n rendang kerbau. ada ker rendang kerbau kat KL? x, kan? tuh yg aku mencekik jer x sudah2 tuh.... hasilnya sendirik mau ingat....



ha, itulah saja yer adik2 semua aktiviti kakak kat kampung. ala2 nicole ritchie dlm simple life sangat kan? meriah x????



**speaking abt ketua kampung, anak ketua kampung aku tuh dulu penah kawin ngan artis. ko mampu??? dia nih kembar. muke pun not bad, kire hero desalah masa zaman aku gi ngaji2 dulu ngan dia... tp kan jodoh dia ngan artis tuh x panjang, kejap jer dorang kawin.

skang nih aku x sure plak yg si anak ketua kampung nih dah kawin lain ke belom tp yg penting ex wife dia tuh mmg dah kahwin lain dah. dia kawin pun ngan kembar jugak.

ha.. soklan kuiz minggu nih, cer teka siapakah artis tersebut?

Jumaat, 26 Ogos 2011

lagi kupon raya....

last day in the office before aku balik kampung esok (hopefully). then, i wont be available for a couple of days. maybe a week. hmmm.... kampung aku tuh dah lah kawasan pendalaman. dgn astro pun xder, laptop pulak buat hal, sure aku sangap giler nanti.

so, sementara korang terindu-rindukan aku nih, apa kata korang kerat2 kupon2 raya kat bawah nih. kalo ada rezeki, bole hulurkan masa kite berjumpa nanti (insyaallah), kan?

by the way, credit to pencipta kupon. namanya Mr. Saharil. semua kupon dicurik dr blog beliau - Saharil Conteng. cute blog. cerfolo.










ok, till then, selamat hari raya idul fitri mohon maaf lahir dan bathin. pecah kaca lepas romen, dah baca blog nih, harap komen. okebai!



ps: mungkin akan menggunakan waktu2 di kampung utk menulis. 3/4 sept nnt ada discussion utk novel seterusnya, Bibi dgn bos Fixi. kalo ada rezeki, adalah nanti di pasaran....


Rabu, 24 Ogos 2011

syawal bakal menjengah....



lebih kurang 5 hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya utk tahun nih.

wow... cepat betul masa berlalu ek? rasa2nya baru jer semalam aku gigih bersahur, tup2 x esok lusa dah nak raya. sedihlah nak meninggalkan ramadhan. bole gitu?

speaking bout raya, thn nih aku akan celebrate kat kampung. seingat aku last skali aku celebrate kat sana masa umur aku 8 thn. gile lama tuh. sedihlah. ayah aku meninggal kot arituh. dats why mak aku pun malas2 nak balik sana. kalo balik pun dah 2-3 ari raya kat KL.

kalo kenang2kan balik sebijik mcm drama Rashid Sibir. cuma mak ayah aku tak tepok ataupun kaki berulat2 sampai busuk jer waktu tuh. plus, xder scene asap2 satu serambi rumah. kalo x, sah2 layak menang Anugerah Skrin.

hmm... okelah. raya2 kene gembira so x mau ingat memori silam yg sedih2. not nice.

so sempena hari raya yg mulia nih aku nak mengucapkan jutaan ampun dan maaf kalo ada yg sakit ati terbaca entry2 dlm blog yg x seberapa nih. kununla ada yg baca blog nih. hahah. blog nih bukannya glamer pun, yg glamer tuannya jer... hahah...

and pada kalian yg nak meminta maaf plak, sila gunting keratan di bawah dan tunjuk ketika bersalaman yer. kalo xder, aku x layan.





*kupon dicurik dari blog Saharil Conteng.


ps: semoga lebaran ini tidak melebarkan perut kita. amin.

ps2: ada org tulis entry kenapa lagu raya or drama raya mesti sedih2, aku jawab sebab kite org melayu. mmg cepat emo. betul tak?


Ahad, 21 Ogos 2011

sa-tegok membuka selera, sa-gelas memuleh tenaga.

9 hari jer lagi kita nak menyambut syawal. apakah kalian masih gigih berpuasa atau lebih kpd sekadar berlapar dan dahaga spt jejaka yg anggun ini?

jika ya, pernahkah kalian mencuba minuman ini ketika berbuka puasa?




jika pernah, syabas. kalian mmg lahir dr mazhab yg lain.



ps: anyway, bagaimana dgn imej bertudung ai sempena hari2 terakhir bulan ramadhan nih? kalian suka? ini bkn satu penghijrahan yer tp bak meniru kata2 penyanyi Alyah, ia hanyalah sekadar utk menghormati event semata2. boleh?



*gambar iklan Guiness itu dicuri dr blog Niamah!


Jumaat, 19 Ogos 2011

sembang adik2 laha...

perbualan bermula apabila kakak tulis status TERINGIN NAK MAKAN BATANG BURUK YG SEDAP kat BBM.



adik: kakak, kakak teringin nak mkn batang buruk ker? batang zack buruk kot, cuba kakak tanya dia...

kakak: bengong.

adik: kakak kat mana nih? kerja ker?

kakak: kerja ler. kakak kan wanita bekerjaya... x macam adik, wanita cur. mana reti bekerja, malah hanya tahu dikerjakan saja, kan?

adik: LOL. kakak memang kelass... syabas!

kakak: suke kau kan? adik jaga2 tau, jgn cur sgt nanti kene simbah asid. skang nih port adik cur depan abang remp kat sogo tuh dah jadik black area dah... bile kene simbah nanti jgn ingat tuh pesta songkran tau! itu bkn air yer dik, tp sesungguhnya itu adalah asid. cuke getah yer, bukan cuka masakan. dont play2.

adik: tu lah. byk warga tasik dengki kat kita skarang nih sebab kita lagi cantik dr dia orang. takut kene simbah asid, kakak. mmg kecantikan itu membawa padah, kan? susah cantik nih...

kakak: yer, yg cantik mcm kakak memang susah ati. tp yg huduh mcm adik nih beria-ia sangat kenapa? kakak musykil lah!

perbualan terhenti. mungkin si adik sentap. hahah!



*kakak pose gigit bahu pun nampak cantik dik... adik mampu, ker?


ps: apa2pun aku doakan semoga mangsa terkini, Mohd Raffie Abdul Latiff, tabah dan sabar dgn dugaan tuhan. besar manakah dosa beliau sampai dibalas begitu. dan kpd si penyimbah asid tuh, moga2 kau dikenakan balasan yg setimpal. Hinalah hidup kau sampai akhirat! coi!!!



Selasa, 16 Ogos 2011

entri persiapan raya.

lagi 2 minggu jer kita nak meyambut syawal. tentu korang semua dah start planning nak buat kuih raya, kan?



aku spt biasa, mmg xkan buat apa2. malaslah aku. maybe nak beli kerepek2 manja dan kuih batang sedap buruk jer. siapa yg dtg nanti, aku lambakkan dgn apa yg ada. itupun kalo aku rajin, kalo aku malas, aku x jemput masuk. senang.

baju pun camtuh. baju kurung cekak musang melayu warna merah menyala tuh dah 2 thn dah aku pakai. niat ati malas dah nak beli yg baru tp kalo aku jumpa yg comel2 n murah nnt, aku sambarlah sepasang. bkn apa, sah2 aku pakai baju melayu 2 kali jer setahun. yg lain dlm wardrobe aku semua baju omputeh designer label. jd perlu ker aku beli banyak2, kan?



lagipun duit banyak kuarkan bulan nih. dgn bajet duit raya utk anak buah lagi. setiap thn ada jer bertambah sorang, anak sendiri non ado plak nak timbul2. yg paling best, anak buah yg sepanjang thn x penah berjumpa tp tetibe muncul di pagi syawal pun ada. yg tuh magik sgt. mak bapak dia blaja ngan chris angel kot? pandai betul memanipulasikan keadaan.

kad raya... ha, nih lagi satu. aku dah dpt terima hakikat yg dunia dah semakin go green. no more kad raya. yg ada semua online greetings. bole antar2 kat phone bagai. so x yah risau bajet kad2 nih. hahaha. tp rindu jugak saat2 dpt kad raya mcm zaman aku kecik2 dulu... waktu tuh dpt kad raya terasa mcm dihargai sgt. terasa mcm abang angkat kitela yg paling ramai kat sekolah... ahaks!

this year, aku dah balik KL. no more beraya di perantauan so dah x rindu dgn lagu Beduk Berbunyi lagik. utk sedara mara kawan2 aku kat bawah nih... mereka tujukan ucapan ini khas utk kalian.



ps: pada sesiapa yg sakit hati baca blog nih ada aku kesah? aku ingin ucapkan selamat hari raya. mahap zahir dan batin. aku insan yg lemah. hanya mampu berserah. wasalam.

Jumaat, 12 Ogos 2011

aku sepasang selipar...



lihat pic di atas. selipar nih dicipta oleh Chipkos. harga sepasang $18,000. yer, bukan $1.80 atau $18. tapi $18,000. korang mampu? sah2lah x kan?

kenapa harga dia mahal sgt, ek?

sebab lukisan yg mcm conteng2 anak buah akupun reti buat nih dilukis by hand oleh renowned LA-based artist, David Palmer. katanya utk buat charity di mana dgn setiap kutipan pembelian, Chipkos akan adopt 100,000 sq ft keluasan hutan di Costa Rica utk permuliharaan hutan tuh n segala isi kandungan di dlmnye. murnilah kan?



benefits kpd pembeli plak...

selain melabur $18,000 utk tujuan charity, pembeli flip-flops nih juga akan dpt bertemu secara private dgn artistnya (Mr. Palmer) sendiri. pembeli juga berpeluang utk stay selama 2 mlm di Montage Hotel, hotel mewah yg eco-friendly di Beverly Hills, akan dpt sekeping lukisan istimewa (one-of-a-kind hand painted) dr Mr. Palmer, dpt mahogany wood and glass display case, dpt certs, dpt Chipkos carrying bag n last skalik dpt 6 gram hand-made solid 18 carat eco-friendly gold Chipkos emblem. dah mcm hadiah pemenang More Jutaria. interested??

kalo interested, sila dapatkannya di pasaran. but ada satu masalah, selipar nih hanya mucul dlm satu saiz jer iaitu 8/9 men. so kalo agak2 kaki anda persis gajah atau sang kancil, sila dermakan duit anda ke tempat lain. tp dah beli berbelas ribu, xkan la korang nak bawak gi pasar plak kan? sah2lah korang nak frame. so x kisahlah size apa pun...

bole????




ps: aku x mampu nak beli selipar mahal2 nih. skang nih pun pakai selipar tat sing jer...

Selasa, 9 Ogos 2011

Nek Wok versi omputeh.

kenal x nenek nih?



dia nih adalah salah seorg wanita terkaya di Spain, punyai 12 istana n sedara bau2 bacang dgn King James II, Winston Churchill and Diana, Princess of Wales.

nama sebenar dia Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva. oke, sila tarik nafas dan baca sekali lagi. Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva. mampu? syabas.

anyway, nama panggilan dia, Duchess of Alba. aku x sure plak kenapa Alba, maybe dia feeling2 dia Jessica Alba. dia kini dah berusia 85 thn. pencapaian dlm hidup:



selain diiktiraf sbg pemegang title terbanyak di dunia, iaitu 7x duchess, 22x countess n 24x marquesa. dia juga dilantik sbg ketua di House of Alba, ada privilege utk x payah kneel down depan pope n ada kuasa utk menunggang kuda masuk ke dlm Seville cathedral. ajaib kan kuasa dia?

yg paling penting, harta dia? well... dia ada duit berkepuk2 sekitar $850 million and $5 billion.

ok, now korang mesti tanya kenapa aku nak citer pasal dia dlm entry kali nih? haha. actually, aku ada terbaca news pasal nenek nih tadi. katanya dia nak kawin dgn org biasa. org kebanyakan yg 24 thn lg muda dari dia. nama mamat tuh Alfonso Diez. dia claim dia nak serahkan semua harta di kat mamat nih. demi cinta katanya. bertuahkan?



anak2 dia merentan. anak2 dia kata jgn nak feeling2 mcm Nek Wok yer, mamat nih nak pau duit dia jer but nenek nih tetap dgn rasa hati yg mamat nih pun cinta mati jugak kat dia. alahai....

mungkin betul apa yg dia katakan. kita rakyat jelata nih jgn nak menyangsang x tentu arah. dah tuh rezeki dia. ahaks!!!

ps: utk Nenek Alba, cucu doakan nenek kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
bile cucu nak dapat sejuta nih? bukannya banyak manapun, sejuta jer... thanx....

Ahad, 7 Ogos 2011

citer monyet....

tadi aku tgk citer rise of the planet of the apes kat pavi. terus-terang aku cakap, citer nih memang best. on the whole, aku bagi 8 out of 10 stars.


mamat yg jadik monyet dlm citer memang mantap. nama sebenar dia Andy Serkis. dia nih kalo korang nak tahu dlm citer Lord of the Rings, dia yg jadik Gollum tuh. dlm citer King Kong plak, dia jadik King Kong n dlm filem nih sekali lagi bawak watak bukan manusia. kire mmg bakat dia tahap haiwanlah... syabas!

citer nih xde kene mengena ngan citer Apes lakonan Mark Wahlberg dulu tuh or citer Apes thn 60an dulu. semua guna teknik CGI so xder topeng yg nampak mcm Michael Jackson.





jln citer dia pun lain sket. ia mengisahkan tentang sorang doktor yg sibuk carik ubat utk penyakit alzheimer. so doktor nih n geng2 lab dia guna chimpanzee utk test ubat tuh. at the end, ubat tuh dah makan diri n chimp tadi nih dah jadik bijak pandai mengalahkan manusia. evolution sgt!

so pada siapa yg suke mendera binatang tuh, tgk lah citer nih. sikit sebanyak filem nih ajar kita menyayangi haiwan cuz dia orang dia binatang pun ada perasaan lebih kurang sama mcm kita jugak.

ok, next movie yg wajib ditonton... Life of Pi. tarikh tayangan Dec 2012. gile lambat lagi. ntah ada rezeki ker tidak time tuh... hmmm....




ps: still menerima penyertaan utk KOUGAR KONTEST. maklumat lanjut sila klik pada link tersebut. tengs!

Rabu, 3 Ogos 2011

gigih part 2.

dulu aku ada buat entry tajuk Gigih (sila klik) and sekarang nih aku nak buat satu lagi entry pasal kegigihan sorang lagi manusia...

manusia nih bernama Vaibhav Bedi, seorang lelaki India berusia 26 tahun yg dilaporkan telah menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited) kerana katanya produk keluaran sykt tersebut iaitu perfume AXE telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’ kepada dirinya. sian...

mental dia menderita sebab dia dah guna produk AXE nih selama lebih dari 7 tahun tp sampai sekarang dia masih belum berjaya memikat perempuan. hahah. ko mampu?



korang baca kegigihan mamat nih pastuh renung2kan....

dia nih dah ikut segala arahan pada pek produk2 yg dia beli. contohnya mcm menyimpannya di tempat sejuk dan kering, letak jauh dr cahaya matahari atau tempat panas, menggunakan penggaris sebelum menyemburkan deodorant utk memastikan jarak di antara nozzle n ketiak dia at least 15 cm n yg paling penting, dia pernah pukul anak buah dia yg berumur 5 thn just because budak tuh main2 kat area almari dia. sesuailah dgn arahan produk tuh yg kata produk nih harus dijauhkan dari kanak2.

muke dia not bad lah utk stok2 tintidis tapi sampai ke sudah xder siapa pun yg ingin nak berdating ngan dia... sian ek?



so, skang dia dah serahkan semua produk yg dipakai (deodorant sprays,perfume sticks and roll-ons,anti-perspirants,aftershaves,body washes,shampoos dan hair gels) utk dijadikan bahan bukti. *tilam ngan cadar jer dia x antar sebab tuh kes lain. ahaks.


aku doa2kan agar dia menanglah dlm kes nih. kesian campur klaka gak citer dia nih. tp aku rasa kalo kalahpun x per jugak. aku yakin ada ramai lelaki di luar sana yg teringin nak ajak dia dating. muke dia bole tahan sedap jugak, kan? ahaks!

ps2: penyertaan KOUGAR KONTEST masih dibuka. sila klik di sini KOUGAR KONTEST utk mendapatkan maklumat lanjut. wasalam.

Ahad, 31 Julai 2011

ramadhan al-mubarak.

(It was) the month of Ramadan in which was revealed the Qur’aan, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance and the criterion (between right and wrong). So whoever of you sights (the crescent on the first night of) the month (of Ramadan i.e. is present at his home), he must observe Sawm (fasts) that month. - [al-Baqarah 2:185]




salam ramadhan semua. may this ramadhan increase our faith and belief to the extent we never go again on the paths of sins. insya allah.

ps: masih menanti penyertaan2 lain utk KOUGAR KONTEST. sila klik link INI utk maklumat lanjut.

Rabu, 27 Julai 2011

KOUGAR KONTEST



Perhatian kpd semua penulis dan bakal2 penulis hebat semua!

Penulis KOUGAR (yakni aku) ingin mengadakan satu pertandingan menulis cerpen yg bertemakan kisah hidup kougar atau dlm bahasa jawa halusnya, tante girang. teruja tak? kalo teruja, sila teruskan membaca entri nih...

ok, cerpen hendaklah ditulis dlm bahasa Ingrish SAHAJA sepanjang 5 ker 5000 patah perkataan. Jika ada perkataan yg memerlukan penggunaan bahasa campur (manglish), ia juga boleh diterima dan cerpen yg telah disiap hendaklah dihantar ke alamat email berikut: malayrhapsody@hotmail.com

Tarikh tutup penyertaan adalah pada sebelum takbir di pagi syawal. Lagi cepat korang hantar, lagi bagus. Hadiah misteri menanti anda dan cerpen yang menang akan diterbitkan di dalam majalah online Anak Sastra edisi bln Sept.

So, apakah anda sanggup menyertai cabaran ini? Jika ya, sila keluarkan pen dan kertas dan mula hasilkan karya terbaik anda dari sekarang.

Semoga berjaya!!!



Calling all writers and writer wannabes!!

Shaz Johar, the author of KOUGAR, is sponsoring a writing competition for short stories featuring a cougar (otherwise known as an older woman who likes younger guys).

The story needs to be written in English an should have a word count between 5 and 5000 words. Feel free to use dialogue in Manglish (Malay English) if necessary. Send your completed stories to malayrhapsody@hotmail.com

Deadline for receiving the stories is by 1st Syawal (1st Sept). The sooner, the better.

The winner will receive a gift (to be announced), and the story will be published in the Sept edition of the Anak Sastra online magazine...

So who's up for the challenge? Grab your pen and paper and get started.

best of luck!!!


ps: thanx to Suria Latif and Al-Reza Muhd Hamin. i stole your pic dlm FB.

Ahad, 24 Julai 2011

back to black.

penyanyi tingtong favorite aku si Amy Winehouse telah ditemui mati di dalam kediamannya di London, semalam. she was only 27 n the cause of her death is being treated as unexplained.

kalo korang tanya aku apa maksud unexplained nih, aku akan jawab mati secara misteri. contohnye, dia kene santau angin ker, busung ker, santet ker, dukun lintah ker kan tp yg penting, peminat (dan juga pemenat) seluruh dunia claimed dia mati sebab dadah.

yg tuh mungkin jugaklah kot... korang lihat jer pic kat bawah.



*amy waktu tiptop

*amy waktu tingtong


well, konsepnyer... ketagihan dadah and alkohol buat aku jadi begini. sian ek?

to Amy, rest in peace. send my regards to Michael Jackson and Elizabeth Taylor.

to those who tho wrote hate tweet/message about her death, pls show some respect to the family lah. yes, she was a mess but that was just plain rude. caner kalo korang mati nanti orang kutuk2 mcm tuh.... sian family korang, kan?


ps: Astaghfirullahalazim. My condolences to all families who lost their beloved relatives and friends in Norway as well. Such a tragedy.

Khamis, 21 Julai 2011

anda mengalami masalah "perutku persis perut bumi"?



dan ingin membakar kalori dgn mudah?

sila ikuti saranan di bawah....



*bagi yg mengalami masalah penglihatan, sile klik gambar utk kutembesaran imej.



semoga berjaya!!!!

Isnin, 18 Julai 2011

yok nonton filem indo, mas!



mcm2 komen yg aku baca dr org ramai bile astro kuarkan statement dia akan naikkan harga. rata2nyer marahlah, memasing nak menyansang astro yg ada hati nak naikkan harga walhal servis masih lagi di tahap 1980an.

tapi nak buat caner kan, dah xder competitor terpaksalah rakyat jelata spt aku nih akur. nak harapkan tv lain... memang xkan muncul nampaknya. kalo ada pun channel plak x cukup lagik.

anyway, aku x nak citer pasal harga pakej astro nih. aku nak citer pasal pakej baru kat astro yg tgh diwar2 kan skang nih. namanya pakej astro indo pek. *pek tuh bukan pepek yer... pack. sila baca dgn qalqalah yg betul...

semlm aku spend lebih 4 jam depan tv utk tgk channel tuh. ada citer best. citer Ketika Cinta Bertasbih. lagu tema filem tuh dr penyanyi suara kuar x kuar, si Melly Goeslow. sian.



okelah citer tuh. siap ada part 1 part 2 lagik. kalo nak compare ngan Ayat2 Cinta, aku rasa better lg citer nih kot walaupun manusia lindungan kaabah yg cuba dipaparkan dah x berapa nak wujud lg pd era sekarang nih rasanya. ah, x kisahlah. katapun fiksyen.

yg penting, astro bagi free pd rakyat jelata utk tonton channel tuh selama seminggu. minggu nih jer. minggu depan dah kene bayar dah. ada 2 channel. satu bintang satu pelangi kot. esok2 akan ada lah matahari, bulan, bumi segala so pada maid2 yg malas nak jaga anak org tuh, bole la lepak2 melempap di depan TV sementara tunggu tuan rumah balik... hahah...

oh yer, mlm semlm ada sorang hamba allah bagi aku 2 tajuk filem Indon lama yg perlu aku tonton. tajuknyer....

GARA GARA GILA BUNTUT dgn DEPAN BISA BELAKANG BISA (sila klik utk informasi ttg filem tersebut).



mcm best jer filem tuh kan? so aku rasa aku nak request kat astro utk tayangkan kedua2 filem hebat nih. kalo dorang sanggup tayang, aku subscribe.

janji.

Khamis, 14 Julai 2011

kisah bekas rakan sekelas....

aku nak citer pasal bekas2 rakan sekelas aku masa kitorg sama2 study kat Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry dulu (yakni Harry Potter and the gang). arinih final installment filem dia.

aku ingat lagi masa aku gigih tgk filem yg 1st, Harry Potter and the Philosopher's Stone thn 2001 dulu. gigih aku menantikan thn2 yg akan dtg utk tahu apa sambungan yg bakal terjadi. tup! tup! arinih, 10 thn kendian, dah muncul dgn Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 plak. sapa yg dah tgk semlm, or beli dvd cetak rompak dia tuh x yah nak bagi aku sinopsis yer. aku x nak tahu.

cube korang lihat perbezaan kat bawah...



*Harry sebelum mimpi akil baligh... cute jer muke dia kan?

*Harry dah bole ngandungkan anak org.. taste jugak muke dia skang. persis anak ikan kendu, kan?

kire lama jugak penantian tuk filem nih sampai ke penghujung, kan?

now aku tetibe rase sedih bile terkenangkan yg lepas nih dah xder lagi dah citer feveret aku nih. aku rase aku harus request kat astro utk buat marathon kat TV. mahu dr pagi sampai mlm aku kejung x gerak2...

ps: next movie yg ditunggu2 lepas nih, the Rise of the Planet of the Apes plak... harap2lah best...

Selasa, 12 Julai 2011

bersenam sambil bekerja...



aku baca satu artikel menarik tentang saranan supaya pekerja yg sentiasa busy dgn tugas di pejabat bersenam sambil bekerja ketika berada di kantor.

antara cadangan2 yg dikemukakan spt:



oke, skang mari kita bincangkan apa pula consequences nyer di mata masyarakat yakni staff (especially, bos) di sekeliling.

1. berdiri setiap 30-40mins utk panggilan yg panjang.

berapa banyak panggilan panjang yg masuk berbanding phone yg x pernah diangkat? atau angkat phone tp letak customer on hold (dan makan kacang)? n seandainya ko gigih juga kejap2 berdiri, kejap2 berdiri mengalahkan ketuk ketampi, apakah kaki ko x kejang? dan tidakkah nanti org yg melihat akan terpinga2 n beranggapan ko mempunyai bisul yg sedang masak di punggung ataupun ko tgh period?

2. berjalan instead of antar email.

yer, bagus. dgn cara itu, ko xder proof yg ko dah escalate kan keje tuh kat org lain sebab ko cuma ckp kat mulut, sembang2 kosong dgn staff yg lagi satu itu. ataupun dgn cara itu, mungkin bos ko yg mmg dah slalu aim ko akan ingat waktu terluang ko yg mmg free 24 jam di pejabat tuh terisi dgn borak2 ngan kengkawan. best, kan?

*mesti korang dah mule buat muke confuse mcm monyet ini.


3. panjat tangga.

hmmm... sedangkan dr LG ker G floor pun ramai yg gigih tunggu lift yg berejam baru terbukak, nih nak panjat sampai tingkat 6. so malas nak cakap banyak. siapa yg buat keje nih harus diberi pujian.

dan akhir sekali...

4. menjadi mat sikal atau berjalan ke tempat kerja.

ok, skang ko tinggal kat cheras pastuh office ko kat PJ. lupakan peluh yg bakal merembes di sekeliling bibir pusat ketika ko catwalk di sepanjang perjalanan ker office. maybe rexona anti perspirant bole membantu. tp cube ko bayangkan akibat di sudut lain. berapa ramai plak yg sanggup mati katak di federal highway, nanti?

hahahaha....

so, apakah relevannyer cadangan2 yg diutarakan di atas? mungkin ia berguna kpd org2 lain tapi sesungguhnya tidak bagi aku.

ok, kite renung2kan dan okebai.

Sabtu, 9 Julai 2011

tetibe aku buat entry pasal politik,kan?



kul 2pm arinih dikatakan bakal menjadi sejarah dlm negara kite. katanya, ada org nak membersihkan KL (or Msia) kat stadium merdeka. asalnya nak buat kat area Jame tp agung x bagi so venue terpaksa dipindahkan ker stadium shah alam. last2 sultan sgor plak x bagi. sudahnye end up buat kat stadium merdeka sajork... (sehingga entry nih ditulis, demo blom start lagik so kalo x jadik gak aku x taulah siapa plak yg x bagi... rosmah kot?)

demo nih utk fair election or hentikan rasuah whatsoever. hmmm... nak tanya sikitlah, manusia or leader mana yg hidup tanpa mementingkan kroni n corruption? skang nih ko beria2 kata govt kiter buat rasuah lah apa lah, korang ingat pembangkang tuh nanti x kan buat perkara yg sama ker? sama jer kan?



anyway, pandangan aku terhadap bersih nih lain sket. kalo betul niat org yg buat demo tuh mahukan perubahan, aku rasa x salah. regardless lah ko tuh pro kerajaan ker, pro pembangkang ker, progol ker, kalo motif ko nak tgk kehidupan ko berubah utk jadi yg lebih baik, go ahead. aku honestly believe yg perubahan tuh wajib dan penting utk memajukan diri sendiri or negara.

n aku jugak tau pasti ada yg kata dulu org kiter xder merusuh pun? nih bukan tradisi kite. well, jawapannya, itu dulu. skang rusuh-merusuh nih dah jadik pop culture dah. zaman bincang2 dgn govt nih, org dah x pakai lg cuz lambat sgt nak dapat feedback.



n yes aku agree yg rusuhan nih memang menyusahkan org lain. especially org mcm aku yg kononnya nak gi Zara weekend nih utk survey barang apa yg ada dlm butik tuh tapi nak buat caner kan, kalo x buat sekarang, lambat laun akan berlaku gak bende2 cenggini so lebih baiklah buat skang. cepat settle.

apa2pun, aku harap sgt kedua2 belah pihak menemui jln penyelesaian. x yahlah ulang peristiwa 13 mei tuh. bahaya siot...

renung2kan dan okebai.




ps: i care about my country, aku x nak ia jadik kotor mcm pic kat atas.

Khamis, 7 Julai 2011

jaga jaga... ada yang memerhati..... (buat suara kak rok)



aku baru lepas tgk movie paling saiko dan menyeramkan sekejap tadi bertajuk I Spit on Your Grave. Aku beli DVD nih masa berada di Bali, 2 weeks ago. Citernye pasal seorang writer nih yg mengalami saat2 kesukaran ketika sedang bercuti sorang diri kat cabin dlm utan utk writer's retreat. korg tau ker apa tuh writer's retreat?

maksudnya, mcm akulah sorang penulis tersohor kan yg tibe2 gi bercuti sorg diri dlm utan, jauh dr gangguan dan anasir2 liar, utk menghasilkan karya yg terbaik gitu....

so, tadi sambil layan mee goreng mamak style buatan sendiri, aku pun pasanglah citer nih. Start2 jer aku mcm dah agak citer nih cukup seriau dan menyeramkan. Bukan seram ala kadar mcm citer Kum2 kat TV tuh. Nih yg seram ala psycho giler mcm citer Misery atau Saw. Yg kalo korang tgk, sah korang muntah2 dan cum dua tiga kali sebab ketakutan/kegelian.

nak aku citer ke jalan citer dia? xyah lah eh. Korang tgklah sendiri. kang aku citer panjang lebar kang dah x suspens plak kan? anyway, yg penting, lepas abis jer citer tuh, aku ngan dato K terus buat kuiz...



*wajah2 penyangak dlm citer tuh. taste, kan?


Soalan kuiz kami berbunyi begini:

cara pembunuhan yg macamana kah yg paling best dan kejam sekali?


1. Cungkil kelopak mata mangsa anda dgn mata kail pastuh sangkut kat pokok. Kemudian, lumurkan seluruh wajah mangsa itu dgn isi ikan dan tunggu gagak datang utk makan wajahnya secebis demi secebis. atau...

2. Celupkan wajah mangsa anda ke dalam air dua tiga kali hingga lemas tak lemas, dan jika masih lagi bernyawa, bancuh air tadi bersama lye (kire bende alah serbuk clorox yg org tabur utk cuci longkang tuh) dan biarkan bau tengiknya membuat hidung mangsa anda sakit dan secara otomatik dia terendam mukanya sendiri tanpa sengaja sehingga hancur. atau....

3. Cabut gigi mangsa anda dengan playar dlm keadaan bogel. semua gigi depan belah atas yer dan apabila dia berdegil dan liat untuk mati, potong pula koneknya dgn sekali kacip dan sumbatkan bahan bukti itu ke mulutnya dgn ucapan, "SUCK IT! NO TEETH!"

4. atau last sekali, Rodok lubang anus atau dalam bahasa kampungnya, lubang juboq mangsa anda dengan senapang berkali-kali sebelum disudahi dgn melepaskan tembakan dari lubang itu terus ke mulutnya sehingga mengenai mangsa di depan.



haaa... susahkan pilihan jawapan yg diberi di atas? sila pilih salah satu saja yer...

Jawapan yg tepat dan menepati kehendak juri akan diberikan hadiah yg istimewa. Ingat, keputusan juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Komen di blog nih mungkin dilayan. Tweet pun layanlah, kalo ada masa. hahah...

selamat mencuba....



Ps: sekarang sedang menghabiskan novel Cekik karya Ridhwan Saidi. Baru nak masuk chapter lima tapi aku dah tercungap-cungap membacanya. panassss... Hahah.

Ahad, 3 Julai 2011

my name is kajol. bukan kojol. kajol.

aku perasan kawan aku gelak sorang2 tgk computer dia tadi. aku agak dia main game tp tangan dia elok plak berada di atas peha... so aku assume dia mesti tgh masturbate tgk pic2 lucah dlm tenet lah kan n aku pun sebagai insan yg mudah terpedaya dgn hawa nafsu, gigihlah intai apa bende lah yg dia tgh buat.

sekali rupa2nyer dia tengah baca citer pasal kajol... bukan kajol yg berlakon kuch kuch hota hey tu yer, nih kajol lain. kajol kus kus semangat hey... bintang paling popular masakini di Kelantan. hahah. ko kenal?



bagi yg x kenal (macam aku), sikit intro pasal kajol nih. dia nih katanya artis dikir barat dr kelantan. selalulah buat show2 korporat atau dinner kat sana n dia claim dia dah ada 25 album solo. bukan 2 yer, 25. ko x rasa tahap diva dia dah setaraf dato siti? so korg mmg giler kalo masih lagi x kenal yer...

baru2 nih dia ditangkap sebab berpakaian wanita semasa membuat show tuh. sah2 hadik2 kan, haruslah pose2 dress meleret dgn wig kejung bagai masa buat show kan? tp yg penting, org2 kat jabatan agama nih x puas atilah. dorang tensi, maybe dia lagi cantik dr bini dorang, tuh yg dia sentap.

yg paling penting, masa kene tangkap, Kajol nih leh kuarkan statement yg dia lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati. heheh. aku salute kat dia sebab tahap keyakinan dia tinggi sgt waktu tuh. tahniah! kasih sayang kak nita utk adik kajol sangat rasanya...



lepas tuh, dia bole ngaku jugak yg dia bukan org islam tp sebaliknya org asli. tang nih aku blur sket. aku suspek dia nih tingtong nak mengaburi mata pihak berkuasa dgn cara mcm tuh. walaupun kita semua tau muke dia ada iras2 desa sket, tp perlu ker kelentong org jabatan agama mcm tuh? hahah! *pitam.

apa2pun, aku doakan semoga dia sukses dlm segala bidang yg dia ceburi. terpulang pada dialah nak memilih jln hidup dia macamana, itukan urusan dia dgn tuhan. cuma aku nak pesan kat dia, kalo jabatan agama kelantan dah x suke ngan you kajol, aishwarya rasa (tetibe aku aishwarya) better you pindah jer ke sykt rakaman kat negeri lain. x pun, pindah ke luar negara jer. senang, kan?



*tangan mak ada dua jer, nyah. kalo ada 25 bolelah mak tunjukkan bukti mak nih recording artis yg sukses yg dah ada 25 buah album. korang yg suke2 hanjeng kan mak nih, mampu ker ada album sebanyak nih? ada? sekeping pun xder kan?? coi!




ps: aku tgk vid klip dia dlm youtube. dia nyanyi lagu madah berhelah. suara kepit dia hebat. nyaring. tinggi. ko rasa kak ziana mampu ke guna falseto terik sebegitu?