Rabu, 29 Jun 2011

casting utk KOUGAR katanya....



semalam aku terbaca ada hamba allah nih post komen dlm FB fanpage KOUGAR tentang nama2 yg dia n geng2 bas sekolahnya rasa layak utk memegang watak bagi karekter2 dlm novel KOUGAR aku. seandainya novel aku tuh difilimkan lah kan. kalo tidak, non ado.

ok, nih senarai nama2 yg dicalonkan oleh beliau...

1. Kisha - Rozita Che Wan/Rita Rudaini/Zila Bakarin.
2. Abg Mike - Dato Rahim Razali/Nasir Bilal Khan/Ridhuan Hashim.
3. Emir - Norman Hakim/Aaron Aziz/Ridhuan Hashim.
4. Razif - Fizz Fairuz.
5. Suraya - Sariyanti/Vanida Imran/Jasmin Hamid.
6. Azril - any male actor dlm Spa Q.
7. Yusri - Mohd Syafie Naswip (Mukhsin).
8. Shamsuri (fotografer) - Jehan Miskin



hahah... gelak aku sorang2. x sangka buku aku telah dijadikan topik perbualan hangat oleh dia n geng2 bas sekolahnya dgn sebegitu mendalam n komited skalik. untuk itu, marilah kita sama2 doakan impian dia n geng2 bas sekolahnya itu menjadi kenyataan. amin ya rabal alamin....

*by the way, siapa male actor dlm Spa Q? aku x penah tgk pun citer tuh. n siapa Sariyanti? x kenal jugak. sian ek aku?

ps: ada jugak org yg membayangkan Erra, Nasha, Vanida, Sofea Jane, Melissa Saila, Maria Farida utk watak Kisha ketika baca KOUGAR tp xder sorang pun yg bagi nama Rosnah Mat Aris atau Emma Akma. heheh. mcm2 dorang nih kan?

ps2: ada org ckp lagi, buku nih aku nih khas utk org KL saja. kalo org kampung x paham ayat2 or dialog yg ada dlm buku tuh. heheh. sorry, aku org KL, x berapa reti sgt nak ckp cam org kampung. kang tiru2 style org kg kang kata aku poyo plak. ;p

Isnin, 27 Jun 2011

anak kau nih hadik2 ker, nyah?

aku terbaca satu berita lama dlm ABC news. aku rasa dato K dah citer dah kat aku pasal nih but aku lupe nak post. coincidently, aku terjumpa balik tadi bile tengah sibuk baca online news.



anyway, sari berita penting nih pasal satu family kat Canada nih yg katanya merahsiakan jantina anak dia yg baru lahir (nama baby tuh Storm Stocker) semata2 as a tribute to freedom and choice baby tuh bile dia besar nnt. kau mampu?

pasangan Kathy Witterick, 38, n David Stocker, 39 dah ada dua org anak lelaki sebelum nih. yg sorang nama Kio, 2 n sorang lagi Jazz, 5. uniknyer, si Kio n Jazz nih pun dibesarkan dgn cara genderless jugak.

*lihat di pic di bawah:

*Kio with mother.

*Kio with father

hmmm... korang rasa pelik tak?

aku rasa mak bapak bebudak nih nak jadi kreatif sebenarnya. kononnya nak memupuk semangat kenali diri sendiri utk anak2 dia tuh. so dlm erti kata lain, bebudak tuh bole choose lah dorang nak jadik apa (pondan ker, peng ker, sekejap drag sekejap tak ker) bile dah besar nnt.

bagus jugaklah ada semangat kendiri dan ingin tahu yg dipupuk tuh tp aku kesiankan bebudak nih jer. sure dorang membesar dlm hidup yg penuh kekeliruan identiti nanti. hmmm....

*Jazz and Storm.



ps: ada sesetengah tu plak mak bapak dah mmg besarkan dorang sbg lelaki/pompuan tp still jugak nak idup dgn kekeliruan identiti.. hahah. yg tuh siapa nak jawab?

Sabtu, 25 Jun 2011

selamat datang ke pulau dewata.



this is actually my fourth time to bali. ye ker? fourth ker fifth? ntah. yg penting, more than once. kenapa? sebab aku memang sukakan bali.

aku suke culture dia yg menarik. aku suke people dia yg nice (except javanese yg suke buat laha kat pulau tuh kan?). aku suke tgk kraftangan dia, dari bende2 kecik sampai ker bangunan tinggi2. n yea, aku suka pantai dia. not kuta cuz pantai kuta dah penuh ngan penjaja (also javanese) yg mencemarkan pemandangan but pantai2 lain, mcm seminyak.

aku gi sana sekejap jer. 3 days 2 nights. sempena bday dato K. mmg dah jadik style dia birthday sambut kat pulau2. last year kitorg gi phuket. this yr ke bali plak. maybe next year, pulau miami, ker? ehem. ehem.


trip kali nih, diberi nama relaxing trip. x banyak jalan, just lepak2 menikmati sunset sambil makan jagung bakar (ko mampu jagung bakar sapu sambal cili manis pedas?). sunset dia cantik yer. korang lihat jer pic kat bawah. kalo korang kata x cantik, maknanya korang buta warna.




insyaallah, kalo ada rezki, aku akan datang sini lagi. one thing yg aku ralat, banyak sgt constructions kat area kuta skang. masing2 nak bina hotel, kot? aku pelik jugak, hotel baru tumbuh tinggi2 sebab kalo x salah aku, dulu govt kat sini x benarkan bangunan baru dibina lebih tinggi dari temple. skang sudah tukar ka?

mcm tuh lah ek, bile duit dah menguasai kepercayaan, so pemerintah sesuka atilah tukar2 ikut pemahaman sendiri. sounds familiar, no?

*ampun dewata... cucu nak pose sebelah.....






ps: aku guna 6 jam dlm flight (3 hours each way) utk habiskan Kasino. overall, aku cuma nak cakap, ending dia dah mcm predictable. aku kalo bole nakkan Dato tuh kalah judi so jalan citer dia akan jadi lebih suspens... anyway, penulis mesti ada sebab tersendiri buat camtuh. and 1 more thing, aku cuma nak cakap yg Dato tuh sangat teliti memilih jenama dlm semua bende. from head to toe. its either dia bekas adik2, or dia ramai kawan adik2 yg dah berjaya groom dia sampai mcm tuh skalik. tahniah.

Selasa, 21 Jun 2011

jalan jalan di kota singa.



ok, entry kali nih nak citer pasal aku bercuti kat Spore. aku gi sana last Sat atas undangan kawan. dia blanja sempena harijadi dia yg ker 16. aku ikutkan jer lah kan. org dah blanja, kang x ikut kata aku kewat plak. hahah. bole?

kitorg pergi berempat. xder buat apa2pun, just feeling2 kat orchard, marina sands, tuh jer. shopping2 pun xder walaupun satu spore ada sales skang nih. ok, yg penting aku nak citer pasal Blackberry Celcom.



mlm sebelum kitorg gerak ker airport, aku ada top up RM50 sebab credit aku dah abis. yg penting, semlm masa aku balik KL, credit aku dah tinggal RM4.50. motif lah sgt RM40 lebih abis dlm masa 2 hari kan? aku bukan ada main tenet pun. kalo adapun setakat balas BBM org n baca email masuk. tuh jer. terkesima aku sekejap. nih lah bahananya guna smartphone sangat. smart betul makan duit aku.

n memandangkan esok aku nak fly skalik lagik (aku nak gi Bali plak) so skang aku dah nekad. aku nak offkan jer BB aku n gantikan ngan phone Nokia 3310 lama aku selama aku berada kat sana. janji leh antar or baca sms and buat call sudah. tenet leh main kat free wife hotel jer. kan? kan?







ps: ok, buat first time aku tgk citer Hantu Kak Limah sambil layan mangga di tengah2 panas dlm umah tadi. aku x paham org kata citer nih best lah lawak lah. aku rasa cam bengong jer... tang mana yg lawak yg sampai guling2 tuh?

Selasa, 14 Jun 2011

shake a bon bon



baru kejap tadi kitorang kene evacuate dari office building nih. katanya, ada terasa gegaran. yg penting, aku x terasa pun gegaran tuh. so nampak sgtlah aku hamba yg dilindungi kan?

kitorg pun kuar, gi lepak2 minum teh sambil borak2. mcm xder apa yg berlaku langsung. ahaks!

tetibe bile masuk balik off, aku terfikir sorg2. cube kalo betul2 gegaran tuh betul2 terjadi mcm yg berlaku kat Japan or Indon. apa jadi ngan nasib semua org masa tuh, eh? mesti semuanya berubah, kan? kalo ekonomi jepun yg maju tuh pun leh collapsed dgn sekelip mata, cube korang bayangkan Msia yg poyo2 nak melangkah ke negara maju nih... sah2 lah... lesap kan?

n korang tahu tak kalo Gunung Berapi kat Lake Toba yg masih aktif lagi tuh meletup sama mcm 69,000-77,000 thn dulu, satu dunia akan bertukar jadi volcanic winter n semua makhluk dlm dunia nih akan mati. hmmm... scary, kan?



so masa tuh korang rasa sempat x nak insaf? ker masih maintain gelak2 sambil minum teh?

Sabtu, 11 Jun 2011

short note.

aku gi pelancaran buku Kasino, dari Saifullizan Tahir kat CM tadi. aku tiba lambat sebab baru bangun tido. seriously, aku ingat start kul 2.30pm rupa2nyer, 12.30pm.hahah. x kisahlah, janji aku support kawan2.

honestly, aku blom baca lagi buku2 Fixi yg lain (Cekik, Pecah, Dendam) sebab sibuk nak habiskan buku kedua aku tapi masa aku tgh feeling2 makan bubur chacha sorang diri dlm launching tuh tadi, akupun sempatlah baca few lines dlm buku nih n aku rasa dlm ketiga2 buku yg aku sebut tadi, aku akan baca buku nih dulu.

aku rasa aku bole layan citer dia. ayat2 dia pun best2. simple. n plus point, aku suke ngan cover dia. ada dua. tp aku aku pilih yg nih, sebab yg nih nampak lebih flirtatious. (mcm aku. heheh)



instead of yg nih....



sebab yg 2nd nih aku rasa cam menyeringai plak gatalnya kan. nak kene lempang?

so sapa kata dont judge a book by its cover??? nanti aku dah abis baca, aku akan bagi pandangan peribadi aku sendiri yer.

eh! oh yer, ada org nak gelarkan aku the next ahadiat akasyah? hahah. ko mampu? buku ahadiat pun aku x pernah baca kot? hahahah... gelak guling2.


ps: tadi depan CM, ada selonggok rock kapak duduk membuang masa kat situ. dah mcm kumpulan search masa zaman2 isabella dah aku tgk masing2. motif?

Selasa, 7 Jun 2011

size doesnt matter... length matters. hahaha.



aku dapat info nih dari DetikHealth.com. kata artikel nih *baca dgn loghat jawa timur, penis kadang-kadang dapat mulai memanjang sekitar usia 9 tahun. Namun jika penisnya belum mulai tumbuh, jangan khawatir. Kadang-kadang penis belum mulai memanjang atau membesar sampai remaja berusia 14 tahun.

Jika tidak ada perubahan pada saat ia berusia 14 tahun, maka berkonsultasi dengan dokter mungkin diperlukan.

Berikut ukuran panjang penis (tidak ereksi) saat remaja berdasarkan buku Adolescent Health Care: A Practical Guide, seperti dilansir About.com, yaitu:



10 sampai 11 tahun: 1,6 inci (4 cm) sampai 3,1 inci (8 cm)
12 tahun: 2 inci (5 cm) sampai 4,0 inci (10 cm)
13 tahun: 2 inci (5 cm) sampai 4,7 inci (12 cm)
14 tahun: 2,4 inci (6 cm) sampai 5,5 inci (14 cm)
15 tahun: 3.1 inci (8 cm) sampai 5,9 inci (15 cm)
16 tahun: 3,9 inci (10 cm) sampai 5,9 inci (15 cm)
17 tahun: 3,9 inci (10 cm) sampai 6,3 inci (16 cm)
18 tahun: 4,3 inci (11 cm) sampai 6,7 inci (17 cm)

Ukuran penis diukur dengan menekan lemak di pangkal penis dan mengambil pengukuran dari sana (sangat dekat dengan tubuh) ke ujung penis. Mengukur ukuran penis adalah hal yang rumit dan dipengaruhi oleh berbagai faktor. Hal ini dapat menyebabkan banyak kebingungan.

ok. soalan kuiz minggu ini: apakah anda sudah kebingungan mengukur penis anda sendiri?

Sabtu, 4 Jun 2011

kerja kosong.

aku ada terjumpa satu iklan jawatan kosong dr aktres/singer gwyneth paltrow n hubby dia, chris martin yg sedang mencari private tutor utk anak2 mereka, Moses, 5, n Apple, 7.



colan2 yg ingin apply utk post nih harus mampu mengajar budak2 nih bahasa ancient greek, latin, french, japanese/mandarin, selain boleh memberikan lesson tentang sailing and tennis. anda juga harus ada basic philosophy n gemar melukis, seni, drama n permainan chess. juga x lupa bole bermain at least 2 instruments n sporty.

gaji dia lumayan, dlm £62,100 setahun. waktu mengajar plak cuma 2-4 jam sehari.

selain tuh anda juga berpeluang utk menggunakan rumah mereka di West London spt mak ayah anda yg punya, diberi cuti sebanyak 9 minggu setahun, menggunakan kereta mereka spt mak ayah anda yg punya, dan juga dapat free travel setiap kali mereka sekeluarga bercuti. kire dah mcm nanny 24 jam gak lah jugak kan.....

so kepada sesiapa yg xder kerja tuh, silalah2 browse Tutors-International.com utk mendapat keterangan dgn lebih lanjut. manalah tahu rezeki anda ada di sana.

GOOD LUCK AND ALL THE BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rabu, 1 Jun 2011

hari tek sedunia.

GoTopless.org sebuah organisasi di US akan mengiktiraf tarikh August 21, 2011 sbg hari Go-Topless kebangsaan. KAU MAMPU???



pengasasnya, Rael, memberitahu tujuan dia buat nih simple jer. katanya dlm masyarakat moden skang nih lelaki n wanita kene seiring. apa yg lelaki bole buat wanita pun bole buat jugak. equal rights katanya. so as long as lelaki boleh topless kat public, pompuan pun should have the same constitutional right.

Or else, kalo ada yg x setuju maka lelaki kene pakai something utk cover dorang punyer chest jugak. yer lah kan, sesetengah lelaki kalo tgk betul2 lebih kurang sama jer ada tek mcm pompuan kan? cume ada bulu 2 3 helai jer, kalo x memang sebijik dah. bole buat org stim jugak kan? kan? ahaks!!!



oh ya, kenapa tarikh nih dipilih... sebab mengikut sejarahnya tarikh August 26, 1920 telah diiktiraf sbg tarikh pertama wanita di US diberi hak yg sama utk mengundi. pd August 26, 1970 plak, congress telah mengisytiharkan tarikh tuh sbg "Women’s Equality Day."

so bersempena dgn tarikh baik bulan baik tuh lah, maka GoTopless.org nih akan mengadakan perarakan besar2an serata bandar bagi wanita2 yg ingin menayang tek masing2 secara free. perarakan tuh dinamakan sbg National Go-Topless Day! hahahah!

antara bandar2 yg terlibat spt, New York City, Washington DC, Miami, Chicago, Los Angeles (Venice Beach), Seattle, Austin, TX, Colombus, OH, Honolulu, HI. semua dijemput hadir yer. bersama2 lah kite memeriahkan majlis yg gilang gemilang ini.




FREE YOUR BREASTS! FREE YOUR MIND!


ps: slogan dia x bole blah sgt. hahah. ada sesapa yg teruja nak gi US, August ini?

Isnin, 30 Mei 2011

NUR SEDIH



aku dah tgk NUR SEDIH KASIH dah. aku x penah tgk drama citer nih dulu (sbb masa tuh aku kat overseas, kene beritahu aku kat overseas kalo x nnt korang kata aku x support drama tempatan), tp setelah menonton filem dia, aku rasa x rugi lah kot x tonton drama dia dulu, sebab aku nih kureng sket citer2 bertemakan hindustan yg lara menikam jiwa u jumpa i jump nih...

jln citer dia oklah kot. cuma ada satu scene yg aku rasa cam pelik sket. scene di mana si remy gi padang pasir gi carik cincin bini dia. hmmm... x logiklah sangat kan? sedangkan kalo cincin ko jatuh kat padang badminton pun ko cam dah xde nak carik sbb confirm2 x jumpa, ni kan plak di padang pasir.

devdas sangat tau...

apa2pun, aku doakan filem nih sukses lah mcm filem2 yg ada Sam. aku tgk yg datang tgk arituh 99% wanita bertudung sampai aku yg pakai tube tarzan ngan seluar pendek tunjuk peha nih rasa cam ahli neraka sangat! sentap!


citer kedua; membaca di depan babi...



x pernah terfikir sepanjang hayat yg aku akan membaca di depan babi2 yg chumel warna pinki2 nih semua. heheh. korang mampu? x kan? dah ah nervous....

heheh. apa2pun aku dah overcome aku punyer nervousness tuh dgn berjaya membaca 4 pages dlm novel KOUGAR hari sabtu lepas. siapa yg x datang mmg rugi x dapat dengar suara aku yg lunak merdu nih.

aku x bawak kamera cuz cam malas nak amik2 gambar so pic yg aku paste nih pun dr org lain yg tag dlm FB, so thank you very much lah yer....

Khamis, 26 Mei 2011

i will look stupid if i read in malay

kalo ada sesapa yg feeling dia layak utk bagi statement spt tajuk entry kali ini, well, here is the english translation for KOUGAR, my first ever published novel. thx FIXI for that.

i dont know whether the English version of it will come out, but hey, basic economic rules: where there is demand there will be supply. so, fingers cross and let us pray for it, ok!

till then, enjoy reading and happy KOUGARing...


KOUGAR - Ch1 Translation


ps: getting excited in finishin Bibi. 1 or 2 chapters more before i can wrap it up.

ps2: yay! Scotty menang!!!

Selasa, 24 Mei 2011

sapa yg gatal2 bagi aku obat gatal nih?



aku ada terbaca satu entry dari sorang budak nih. katanya baru2 nih tangan dia gatal2. dia fikirkan tangan dia gatal2 tuh sebab nak dapat duit (walhal dah sah2 tangan tuh gatal sebab nak lempang org) pastuh dia pun gatal2 gi garu sampai bende tuh luka2 gatal. *kuku mesti mengalahkan pisau cukur tajamnya kan? kalo x, x kan leh luka...

ok, nak dijadikan citer dia pun gi lah klinik ibu2 mengandung. amik ubat segala, pastuh balik sapulah ubat tuh.

tetibe tangan dia rasa panas2 jer... dia pun pelik, maybe ubat tuh ubat sapu yg kuarkan effect panas utk kesan pemulihan dgn kadar segera so dia pun tempek lagi ubat tuh, sapu lagi, dan lagi, dan lagi.... walaupun tapak tangan dah rasa neraka, dia tetap gigih dan yakin ubat tuh dapat jugak membantu....

tibe kat ofis, dia pun tempek dan sapu lagi ubat tuh depan kengkawan dia. siap buat demontrasi gores dan menang kat tapak tangan. skalik ada kawan dia nampak, n tanya, "ko buat apa tempek ubat kejang tuh kat tangan ko, nyah? tangan ko dah kejang ker? ker konfius yg mana satu tangan, yg mana satu kaki nih?"

terkesimalah dia sekejap. sejak bile plak ubat sapu utk gatal2 dah bertukar jadik ubat kejang, kan?

so, dia pun gi lah klinik tuh tanya kenapa tangan dia yg gatal2 nih disangkakan kejang? apakah kerana tapak tangan terlalu kasar sehingga doktor keliru dgn sakit yg dialami?



last2, nurse kat klinik tuh jawab, "sorry dik. tuh doktor kerajaan yg buat part-time kat klinik kami. kami ganti tu ubat, tapi saya minta tolong supaya jangan bagitahu bos besar kami. tolonglah dik, tolonglah. (sambil melutut. oke, aku tipu)"

yg kawan aku nih plak, dah tgk nurse tuh minta2 maaf, trus sejuk plak hati dia dan abaikan jer komplen tuh.....

terkejut aku baca entry dia nih. ubat bole buat main2??? so aku pun letak komen...

"mintak ganti rugi beb... dorang mana leh main2 bagi ubat. kalo tetibe tangan ko lumpuh caner? skang x, tetibe esok ko bangun, lumpuh. xpun jadik besar mcm dulang. ko mau?"



hahaha.. betul x apa yg aku cakap???

Ahad, 22 Mei 2011

KOUGAR versi omputeh.

kawan aku si marsilla dewi kournikova putri adjeng nubillah, baru2 nih melempap kat kino utk carik satu buku pasal anne boleyn kat sana. dia nih berangan dialah the other boleyn girl yg sebenar tuh pasal dia obses nak carik buku tuh. dlm sibuk2 selak2 buku kat rack tuh tetibe dia terjumpa satu buku omputeh bertajuk COUGARS.

hahah. kau mampu???

dia terkezut lah dia ingat buku aku dah di translate kan ke bahasa ingrish so dia pun gigih bbm aku utk beritahu. aku yg x tau apa citer plak, gigih lah google carik citer yg sebenar...

utk pengetahuan semua, buku nih xder kene mengena ngan buku KOUGAR aku tuh walaupun kalo covernye digabungkan, jadilah keseluruhan tubuh sorang wanita tanpa dahi dan ubun2. so pada sesapa yg nak carik buku aku berjudul KOUGAR tuh, jangan lah terkeliru dgn buku nih. kami berdua xder pertalian darah mahupun silaturrahim. apa yg berlaku adalah kebetulan.

harap maklum.

oh, cerita kedua... 28hb nih aku akan berada di Seksan utk sesi readings. nih posternya. sesiapa yg free n tau tempat nih datanglah yer....




ps: aku baru jer beli satu lagi buku bertajuk The Bookseller of Kabul menambahkan lagi bilangan buku yg aku masih belum sempat dibaca sebanyak 9 buah kesemuanya. tahniah kepada diri sendiri.

ps2: al-fatihah kepada mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. kepada semua, marilah kita berdoa agar roh2 mangsa ataupun jika ada yg terselamat, ditemui dan disempurnakan dengan sebaiknya. amin.

Khamis, 19 Mei 2011

model meletop.

aku terjumpa satu artikel nih pasal sebuah magazine (Dossier) yg menampilkan model kelahiran Bosnia-Herzegovina bernama Andrej Pejic sbg cover.

magazine nih dibanned utk jualan di Barnes & Noble and Borders unless covernya dibalut kerana katanya covernye menampilkan pic WANITA separa bogel. lihat pic di bawah:

masalahnya, si Andrej Pejic nih model LELAKI. yer diulangi, LELAKI. cantik kan dia? macam aku sikit2 kan? sungguh x pecah lobang kan dia?

alasan mag nih dibanned sebab bookstores nih takut org confuse. yer lah, sah2 kalo ko tgk sekali imbas atau 200 juta kali imbas pun ko akan ingat dia nih pompuan yg mempunyai vajayjay sekeping kan? maka dgn itu, bookstores nih seriau kalo tetibe lesen ditarik sebab jual barang lucah.... kau mampu?

yg aku x faham ,ada ker lelaki stim tgk dada yg kecik dr putu piring tuh? ala2 dada aku jer kan saiznyer... tapi ada gak lelaki yg stim ngan aku... hmmm... okelah abaikan.

apa2pun, aku just nak share kan citer nih ngan korang. moral of the story is, dont judge a magazine by its cover lah yer...

more pics of Andrej Pejic...



ps: gile comel pondan sekor nih kan? p*kimak betul. makan ati aku tgk muke dia!

Ahad, 15 Mei 2011

sapa dah baca KOUGAR?


28hb nih aku kene baca sedikit cerita dlm buku nih (roughly about 2 pages) utk org ramai yg datang. kire ala2 mcm Carrie Bradshaw baca buku dia n then semua org tepuk tangan n senyum2. kire lebih kurang mcm tuh lah.

readings nih akan diadakan di Seksan. bukan Seksaan yer, Seksan. lokasi yg lebih tepat ialah kat ground floor gallery of a landscape architect’s office bernama Seksan. alamatnya ialah no 67, Jalan Tempinis 1, Bangsar. sila klik www.seksan.com utk mendapatkan peta. pada yg nak datang tuh silalah hadir dlm pukul 3.30pm hingga 6pm. aku sendiri x penah tau pasal tempat nih so ada chance aku pun akan sesat sama. hehehe.

ok, dilema nyer sekarang ialah... aku x tau out of 300+ pages tuh, page yg mana satu yg harus aku baca. so kalo kalian semua dah abis baca buku nih, aku nak mintak advise page yg mana satu yg paling meninggalkan kesan dlm hati korang. yg paling meletoplah, sampai orang fikir trus nak grab buku nih seminit selepas aku habis baca. ada tak?

kalo ada, maybe korang leh suggest aku baca page tuh pd hari tuh nanti. boleh kan?

thaaaaanxxxxxxxx......



ps: citer pasal buku, aku ada 8 buah buku yg aku x baca2 lagi sampai sekarang. aiyo, cepat2lah abis citer BiBi, supaya aku bole relax dr menulis n start membaca balik. amin.

Rabu, 11 Mei 2011

the finale...

aku tak ada idea nak tulis apa malam nih....




just nak bagitahu yg BOBBY BIKIN PANAS (sila klik) telahpun sampai di penghujung. lepas nih aku tak tau bile lagi aku ada masa nak tulis suka2 macam tuh. maklumlah, sekarang dah busy. penulis tersohor katanya, kaaannnn....

aku sekarang nih tengah dalam proses penghasilan story yg kedua. kalo ada rezeki, insyaallah akan dibukukan pd bulan Aug. kali nih kisah pasal plus size woman plak. citer nih ujung2 ada kaitan dgn Kisha jugak so siapa yg x baca KOUGAR memang rugi. and kalo ada rezeki utk buku yg ketiga, aku akan tuliskan kisah dia orang berdua nih dlm 1 buku. hehehe. wanita kertu meletop n wanita gems meletop bergabung meletop dlm 1 buku! blom pernah kan ada story pasal wanita2 begini dlm 1 buku kan? heheh... so siapa yg tak beli KOUGAR n buku yg baru nih (tajuk blom konpem) amat rugi n ketinggalan. *pandai x aku buat marketing utk FIXI?




eh oklah, nak tido but sebelum tuh aku kene sambung main tulis buat serangkap dua dulu. publisher aku dah tanya dah bila nak siap, yg aku nih dok leka lah berangan.... asik delete jer kerjanya. tambah words x jugak. sian.



ps: arwah Nugget Dato K telah kembali ke rahmatullah semalam. baru jer 3 ari stay ngan aku. sian betul. aku ada beberapa teori pasal pembunuhan nih. antaranya;


1. dia buat rough sex ngan Cookie ala2 pelakon Kill Bill tuh.

2. dia kepanasan yg terlampau akibat neraka dunia yg berlaku lately nih.

3. tuan dia, Dato K dah terbunuh tanpa niat.

tapi Dato K x ngaku, dia kata Nugget mati dlm tido.

xper, jumaat depan aku nak suruh dia angkat sumpah laknat kat masjid. berani main2 sumpah yer....

Sabtu, 7 Mei 2011

welcoming baby Cookie Johar and Nugget Dato K





jangan nakal2 tau and jangan buat cubaan bunuh diri macam Max and Ruby yer....

jadilah anak yg berjasa kpd ibu bapa dan patuh kepada ajaran islam. eh islam ker? hahaha... yg penting, confirm si Nugget nih jadik vege sbb ikut daddy dia... heheh....

Khamis, 5 Mei 2011

mak hayam.

ada kawan aku kat ofis, marsilla dewi ratno adjeng patiwibowo atau nama sebenarnya catherine middleage forward kat aku link pasal 2 ekor ayam betina di Scotland yg dah menukar jantina menjadi ayam jantan secara semulajadi. KAU MAMPU??????

Craig Minto, tuan empunya ayam nih katanya terkejut bile dia notice ayam betina dia yg diberi nama Gertie and Dorothy tuh tibe2 berhenti bertelur n berubah bentuk menjadi ayam jantan.

*GERTIE

apabile ditanya kpd animal scientist dr The Roslin Institute in Edinburgh, Dr Michael Clinton berkata, "these sex-changes are caused by the ovary becoming more testis-like and producing a more male-like set of hormones. The hormones circulate round the body via the bloodstream and affect the external appearance and behaviour. in adult birds, it seems that high levels of steroids can change the reproductive organ with the result that the appearance and behaviour is altered."

faham x? tak faham baca kamus. itulah pentingnye english education.

kata Dr nih lagi, salah satu faktor yg menyumbang kpd penukaran jantina nih adalah disebabkan oleh persekitaran n keadaan sekeliling. thn lepas, ada satu kes di mana sekor ayam jantan di Itali yg diberi nama Gianni bertelur setelah kesemua ayam betina yg ada dlm reban tuh dimakan musang. ko x pitam? tetibe dia feeling2 mak hayam setelah mak hayam besar di makan musang?



*DOROTHY

so skang nih aku n kawan aku si marsilla dewi ratno adjeng patiwibowo atau nama sebenarnya catherine middleage tadi mula terfikir2. selepas nih mesti ramai hadik2 n pengkid2 yg membuat solat hajat utk meminta tuhan menukar jantina mereka secara semulajadi kan? yer lah, hari2 makan nasi berulam marvelon (hadik2) atau barut tek (peng)utk kelihatan cantik atau hemsem, mana larat dek non?

KAU MAMPU??????

Isnin, 2 Mei 2011

selamat hari buduh. eh bukan. buruh.

dah lama gile aku x update blog kan? hampir seminggu rasanya... korang merindui x ketiadaan aku? ker biasa2 jer?

aku just nak beritahu, semlm (1/5) adalah hari terakhir buku KOUGAR (n lain2 buku keluaran Fixi) dijual di pesta buku, pwtc. overall sambutannya menggalakkan. aku xder jumlah kutipan sebenar tp kalo mengikutkan format sempoa yg diberi oleh dr rozmey... selama seminggu buku aku tuh dah terjual sebanyak lebih 20 juta naskhah. gile hebatkan?



terima kasih pada yg sudi membuang duit mereka utk membeli buku nih. rata2 yg dah baca memuji lah citer aku, bukan nak up kan diri sendiri tp ini semua fakta ya. sile ke KOUGAR FB fanpage kalo nak baca kata2 pujian dr mereka itu.

selepas nih anda semua bole mendapatkan naskhah masing2 di Kinokuniya KLCC , Silverfish Bangsar, n MPH MidValley. petang semlm aku singgah Kino, yg penting dah sold out walaupun baru 2 hari dijual. mungkin dorang letak 1 jer sebab tuh cepat sangat dah sold out tapi ada aku kesah? yg penting sold out. itu kata kunci yg kita cari yer tuan/puan.


anyway, pada mereka yg x tau kougar tuh apa, silalah google. aku dapat reaksi dr rakyat jelata mengatakan tajuknya terlalu urban sehingga x mampu mereka nak meneka apakah maksud kougar tersebut. sian. meh rapatkan saf. meh sini aku beritahu apa maksud KOUGAR tuh yer. *baca KU-GER bukan KAU-GER, bukan KO-U-GAR, bukan juga KO-GAR.

menurut About.com; A cougar is an older woman who is primarily attracted to and has sex with with significantly younger men. contoh2nyer seperti di bawah:





*eh yg bawah skalik nih tak... belum lagi... hehehe....


so dah faham dah sekarang? aku sengaja tukarkan C tuh jadik K sebab watak utama dlm citer nih bernama Kisha. lagipun kang kalo aku letak Cougar, mesti korang ingat bunyi dia cho-ger kan?

oklah, pada sesapa yg masih nak mencari tuh, bolehlah g ker MPH MidValley plak. as per mlm semlm, aku perati ada lagi dalam 15 buah yg dorang display kat bhg sastera. aku harapkan dorang letak kat bhg bestseller tp dorang letak kat sastera plak. sangat lawak sebab buku aku nih x mengangkat langsung kesusasteraan negara. tp x kesahlah, at least dorang x letak kat bhg zoology. yerlah, mentang2 ah kougar.

kau mampu????