Jumaat, 30 Mac 2012

sembang dua ratu (ratu ibu dan ratu cantik)

nih topik perbualan antara mak aku yg kerek dgn anak kesayangannya yg paling comel lagi anggun, yakni aku kat telefon semalam.




Aku: Mak, Baby nak pinjam samping warna cream. *jgn marah yer, nama timangan aku kat umah, Baby. ko ada?

Mak: Takde *jawapan cliche yg membawa maksud, "aku taknak bagi ko pinjam."

Aku: Warna hitam?

Mak: Takde. Ntah. Tak tau.  *sama spt tadi, dia xnak layan kerenah aku. Ko nak buat apa dengan samping tuh?

Aku: Nak nikah esok.

Mak: Oh, kenapa lambat sangat bagitau? *nada x surprise langsung, nampak sgt tau yg anak dia xkan kawin....

Aku: Saja, nak rahsia dari family...

Mak: OK. Katner nak nikah tuh?

Aku: Dublin.

Mak: Kenapa jauh sangat? Kenapa tak kat KL?

Aku: Tok Kadi tak approve.

Mak: Ngengada. Duit bulan ni bile nak bagi? Kau dah gaji kan?

Aku: Okebai.

*panggilan putus. eh, bukan. aku yg sengaja putuskan.


Mak, Mak, orang sibuk nak carik samping, dia sibuk nak mintak duit. Huh! Jadi korang tahulah sifat mata duitan aku datang dari siapa, kan?!




ps: congrats kepada si Leli Marlena yg baru nikah dgn pasangannya, abang Nash sekejap tadi. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. esok dorang sanding kat Bora Ombak. aku akan jadi emcee majlis n Dato K plak jadi pengapit. hahah. ko penah tgk mat saleh jadi pengapit? x kan? jadi mmg pengantin nih suka mencari nahas yer... sah2 kitorg yg bakal jadi tumpuan dlm majlis tuh nanti.... hahahahah... *gelak setan!

ps2: oh lupa, thanks kpd abang iskandar s. shamsudin yg bagi pinjam samping songket lip lap. ko mmg malatop!

Isnin, 26 Mac 2012

gambar dari perlancaran KOPI!!!

aku seperti biasa, belum start kerja lagi. tgh sibuk upload pics perlancaran buku dan tayangan 3 filem pendek Kopi yg kebanyakannya dicilok dari twitter dan blog org lain. bukan apa, aku tak bawak camera n phone aku plak, phone nokia butterfly jer so hasilnya, nih jer lah yg aku dapat kumpulkan. cukuplah, kan? better than nothing.

anyway, kepada yg hadir, korang memang ohsem dan ekselen. kepada yg tak hadir, korg dah maha rugi kerana x dapat menatap wajah anggun aku. kepada yg dah beli buku Kopi dan buku2 Fixi yg lain, terima kasih banyak2.

enjoy...




*tuan guru Amir Muhammad yg sedang berceloteh memperkenalkan buku Kopi.

*barisan penulis2 cerpen Fixi yg sempat hadir. 13 out of 19. (masing2 berdiri tanpa mengikut abjad, konsonan mahupun giliran cerpen di dlm buku so korg tekalah sendiri).

*secawan Cappucino tajaan Coffex. sangat sedap and brother yg buat pattern daun atas coffee tuh sgt kreatif (aku ada suruh dia lukis muka aku tapi dia x reti buat...)

*bersama rakan blogger Nuke Rude dan Iyllienaz (hope i spelt your name right). thanks for the picture.

*Redza Minhat yg tak berapa nak pasti kenapa dia kena sign buku aku. dia kata aku dah glamer. (Haha. Red, aku belom glamer cam ko lagilah!)

*pose sengih kerang bersama aisa linglung yg ekselen. aku beli buku Sperma Cinta dia harituh.... dia beli ker tak buku aku, eh? heheh.

*si Dato K yg sentiasa memberikan sokongan. tenkiu n muah muah!!!

*Rojak dan Kopi, bergabung meletop! (Mir, lepas nih buat buku NASI plak!)



*last but definitely not least, penulis yg paling anggun pada hari itu... aku. tetap nak pose dgn buku nih jugak.

heheh. aku belum baca lagi 18 cerpen yg lain. sekarang tg habiskan novel UGLY by Constance Briscoe. lagi sehari dua habislah. aku x reti baca buku dlm sehari. at least kena 2 minggu. itupun kalo aku rajin baca hari2.

and dah ada org review pasal filem pendek Kopi 3 Rasa. aku curi di sini: TONTONFILEM. thanks kepada tuan pengarah, Nazri M Annuar dan krew2 yg terlibat yg dah buat sebaik mungkin. anda memang rawk!

Cerpen nukilan Shaz Johar ini sudah diketahui ramai, amat mengambil sisi Desperate Housewives, (yang mana mereka yang mengingati Blue Velvet dan Rebel Without A Cause akan memahami dari mana kegilaan ini datang), ini merupakan penggayaan Shaz, khusus Tabu, ini kekuatannya. Filpen ini sebuah komedi kelam (dark comedy) yang buat aku, secara dasarnya sudah cukup inti menyatakan hal "segala yang indah tak semestinya benar". Ia geli hati sekali gus menghayat. Paling mengena (menyampaikan maksud ke dada) adalah saling babak tersunting antara Datin, Dato dan anaknya di bilik masing-masing. Ini intimasi yang paling menyakitkan, dan hanya si orang gaji "luar" yang menanggungnya. Sebenarnya, dialognya begitu "pedas" dan menyindir "depan-depan" dunia masyarakat kelas atasan kita yang "hilang mencari bintang dan menjumpai binatang" dalam dunia serba material. Ini moralis, tetapi moral yang pahit manis. Adakah Shaz dan Nazri M Annuar, sang pengarahnya tokoh moralis pascamoden kita? Imej dan objek kopinya pun cukup menyindir, dari segi kenyataan "siapa untuk kopi apa" hingga kepada Tok Rimau yang kemarukkan "Kopi O kaw kaw punya". Lakonan kalangan kawan(?) pengarahnya amatur, mencuba tetapi buat aku, si Datin itu punya potensi, walaupun deruan zikir tariqat sesat "Pipiyapong"nya kedengaran canggung dan dibuat-buat. Suara merupakan pencoret kotor filem ini ke arah kesempurnaan. Bahagian akhirnya indah, menawan dan tidak ada satu hal pun perlu diubah. Sila rujuk bagaimana sisi dalam kereta sengaja gelap, dan semua sisi rumah terang (sepertimana semua isi dalam bilik putih, rujuk imej si orang gaji dari keterangan rumah menghampiri kekelaman kereta), ini kenyataan, atau momokan sosial (atau sosialis) yang berani. Kenapa ruang orang gaji itu gelap (dalam kereta)? Kerana beban yang perlu dia tanggung melihat "kebenaran" sisi keluarga atasan itu (ini kotemporari ironi yang memikat, mata vouyeur, asing seberang, menyimpan kebenaran negara jiran). "Diam"nya dia itu menyakitkannya, dan dia perlu memikulnya secara paksa. Kita tahu, si orang gaji ini tidak akan menyatakan rahsia "kebenaran keluarga disfungsi ekstrem" yang disimpannya, dan ini lebih menyakitkan, kerana masalah, atau "tragedi" ini tidak akan diselesaikan bila-bila. Inilah kegelapannya. Penggambaran bagus, sudut menarik. Suntingan tampak kemas walaupun mungkin ada yang boleh diperbaiki.


terima kasih!!!


ps: oh ya, aku ada few copies of Tabu kat rumah. baru dapat masa launching Kopi harituh. sapa yg nak, sila hantarkan nama penuh n address anda ke malayrhapsody@hotmail.com. harga RM20. thanks.

Jumaat, 23 Mac 2012

jumpa di Annexe, esok!



esok aku akan berada di The Annexe Gallery, Central Market pada jam 12pm hingga 2pm sempena majlis gilang-gemilang perlancaran buku antologi Kopi dan tayangan 3 filem pendek Kopi.

utk butiran lanjut, sila baca di sini: kopi, yuk!

so, sapa yg free tuh datanglah yer.... boleh berkenal mesra... eh?



ps: sapa dah beli magazine Eh! keluaran April 2012? novel Tabu dalam column Patut Baca katanya....

Isnin, 19 Mac 2012

bunohan...



orang kata filem Bunohan best. kata org lah. kata org yg cerdik pandai tentang filem2 art. atau filem2 yg banyak berfikir. so utk menampakkan aku poyo jugak konon2 mcm pandai baca pemikiran pembikin filem2 art nih, akupun tgk lah citer nih semalam.

citer nih berlokasikan di sebuah kampung nama Bunohan. kampung nih kat Kelantan kot sebab semua org termasuk burung tiong n tengku azura cakap kelantan.

ada 3 beradik. abang long, kaki semelih org, abang ngah, sibuk nak jual tanah bapak n adik bongsu plak peninju tomoi. jln citer berkisar tentang hidup mereka kat kampung tuh lah. rata2 yg bole aku simpulkan, filem nih different n fresh. filem yg memang kene tonton dr mula sampai habis. yg penting, xder scene nangis2 n pompuan bertudung feeling2 muslimah. yay!



ada few scenes yg mengingatkan aku dgn filem2 art yg lain. contoh lokasi tepi laut tuh mcm filem pasir berbisik and sampan2 dlm utan penuh lalang tuh mcm filem malaikat di jendela. bunuh2 semelih sampai darah memancut tuh plak, adalah ciri2 kill bill sket....

scene yg paling aku suke adalah scene tengku azura. bile dia pose dlm sungai di sebalik lalang tuh sebijik kot mcm pose angelina jolie dlm harpers bazaar... very editorial yer! anyway, pada yg nak sokong filem tempatan gi lah tgk citer nih. once in a blue moon jer ada filem melayu mcm nih, kan?



tapi pada yg suke filem2 ringan, mcm adnan sempit ker, bujang terlajak ker, xyahlah tgk citer nih. jgn jadik cam pompuan bingai kat depan aku yg sibuk tanya bf dia mcm2 sampai membingitkan telinga org belakang (yakni aku). yg paling x bley blah, dia bole geli bile tgk scene faizal husin kene urut. siap marah bf dia kenapa bawak tgk citer nih. lepas tuh lentok kat bahu bf dia tuh mcm cinta sangatlah. bingai.

so nihlah pandangan aku tentang movie nih. nak citer2 lebih, aku x pandai sebab aku bukan org filem. overall, filem nih aku nak bagi 3.95 stars jer. kenapa 3.95? sebab bukan 4 stars. okebai.

Sabtu, 17 Mac 2012

the start of two lives together and the end of another.



aku baru balik dari masjid tadi. melawat sorang rakan lama yg telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi. arwah dah beberapa bulan menderita sakit pancreatic cancer . dulu masa aku visit dia kat Gleneagles Ampang, masa first time doktor detect dia ada cancer, dia nampak lemah. masa tuh baru lepas operate, no, actually belom operate lagi. x sempat. doctor baru nak buang but terpaksa jahit balik bila cancer tuh dah merebak kat tempat lain. n doctor cakap, dia ada masa 3 bulan jer lagi.

well, tuhan panjangkan umur dia, almost setahunlah jugak dia dapat lawan penyakit tuh. tadi bile aku sampai, aku tgk ada ramai org kat masjid. ada yg aku kenal, ada yg aku x berapa sure. maybe family dia ke sedara dia ker, kan... bila aku masuk masjid jer, aku nampak ada satu kelompok kat dalam... duduk satu sudut jauh.

aku plan dah nak duduk situ tapi kawan aku cakap, itu org lain menikah. kak pah kat sini, dia tunjuk arah lain. terkejut aku sekejap. memanglah tempat jenazah tuh diletak dipisahkan dgn langsir tapi apa perasaan org yg menikah tuh ek?

kawan aku cakap, "kalo aku yg menikah tuh, balik karang terus mandi bunga..."

hmmm.....


ps: cancer kawan aku nih datang tetibe jer. katanya dia mula sakit2 perut. n then bila dia gi jumpa doktor tetibe doktor kata dia ada pancreatic cancer stage 4. scary, kan?

ps2: ada sorang lagi kawan aku on the way ke sg buloh utk attend funeral cousin brother dia. cousin brother dia tuh meninggal lepas nikahkan anak. huh???

Selasa, 13 Mac 2012

globesiti.



Aku baru tengok citer Taboo kat Nat Geo malam tadi. Topik yg dikupas kali nih adalah obesiti. Aku tau masa novel Tabu aku dulu siap, semua org tanya kenapa tajuk dia Tabu, eh? Tabu tuh apa sebenarnya? Apa yg taboo sgt for being fat?

Well, jawapannya, kalo mulut ko sendiri dok sibuk mengata atau mengomplen org lain gemuk or diri sendiri dah gemuk, maknanya benda tuh taboo lah. Nat Geo pun kata benda nih taboo di mata masyarakat dunia so xyah lah nak pening2kan kepala lagik fikir kenapa tabu plak, eh?

Anyway, akupun layanlah citer nih sampai habis. Ada few cerita, antaranya kisah sorg mamat nih. Dah obesiti gila. Dah sethn x gerak2 dr katil. 1 day tuh dia kene masuk spital utk buat bypass surgery, medic angkut dia mcm angkut ikan paus nak bawak masuk ke laut. Aku bkn nak ejek, tapi nampak kesian sgt.



But yg x bole blah, statement dia masa kene interview. dia kata dia mmg suka makan n dia jadik mcm tuh sebab parents dia yg ajar dia mkn banyak...

Hmm... salahkan parents. aku rasa kalo kecik2 ko bolelah salahkan parents, tp kalo dah besar panjang ko x reti2 nak diet ke bersenam ker, tuh salah parents ko lagik ker? tolonglah...

Tapi kat Mauritania lain plak citer dia. Org perempuan gemuk dianggap mcm kebanggaan keluarga. Simbol kekayaanlah kononnya, sebab anak dapat makan banyak sampai gemuk. *Pitam!!!



Yg best, aku tgk mak dia dok sumbatlah mulut anak dia tuh ngan semangkuk besar susu campur keju. Sampai termuntah2 budak tuh nak melayan kerenah mak dia punya pasal. Aku yg tgkpun rasa nak muntah. Gile kejam.

Pastuh kat US plak, ada pertandingan Miss Plus America, khas utk wanita2 BBL. ada jugak satu club nih dikhaskan utk Fat Admirers saja. Sesiapa yg nak carik couple yg berbadan luas saujana mata memandang jer yg masuk dlm club tuh. hahah. gigih.

N ada satu term baru jugak utk org yg taste kat org kurus n org gemuk nih. Misalnya, kalo org tuh suke ngan dua2 gender, kita panggil bisexual, kan? Yg nih plak, bisizeual. Hehe. Ko mampu?



lepas citer nih abis, aku pun terfikir2 sendirik. memanglah betul beauty comes in all shapes and sizes but kalo ko tuh slimmer, prettier, taller, fairer n cuter, mesti ko lagi dipuja2 kan?

hmmmm.... what a shallow world we live in....

Sabtu, 10 Mac 2012

kopi, yuk!

*watak utama dalam Kopi 3 Rasa the short movie.

kepada semua peminat buku Fixi, pemfolo blog Jejaka Anggun, peminat Shaz Johar secara rahsia mahupun yg terbuka, serta penagih kopi yg tegar, mari semua rapatkan saf kerana ada sedikit pengumuman yg ingin dibuat.

Fixi dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa buku antologi cerpen pertama beliau, Kopi (yg bekerjasama dgn 19 orang penulis tersohor tanahair) akan mengadakan majlis perlancaran dan tayangan 3 filem pendek pada March 24, 2012 bersamaan hari Sabtu nanti bertempat di The Annexe Gallery, Central Market.

Majlis gilang-gemilang nih akan bermula pada jam 12:00pm sehingga 2:00pm. tiada pembayaran tiket masuk dikenakan tetapi diwajibkan kepada semua untuk membawa wang bagi membeli buku2 yg dijual. hanya buku yg original sahaja yg akan ditandatangani dan dicium dgn lipstick manakala sebarang pembelian cetak rompak tidak akan dilayan.

dan memandangkan ianya adalah perlancaran untuk sebuah buku comel maka majlis nya cuma dua jam sahaja. jika untuk novel, Fixi biasanya akan mengadakan majlis selama 20 jam. jadi sila mark your calendar dan kepada siapa yg berada jauh dari luar kota tuh, sila bawa bersama bantal dan tilam untuk tidur di luar lokasi perlancaran pada malam sebelumnya. bukan apa, takut terkilan.

3 filem pendek yg dicedok dari buku nih juga akan ditayangkan semasa majlis perlancaran. kalau nak tau filem apakah yg bakal ditayangkan itu, sila datang. (filem dr cerpen akupun ada.)

dan yg paling penting, kesemua yg hadir akan dapat merasa espresso percuma tajaan Coffex Coffee Malaysia. siapa yg nak teh tarik atau kopi lain, bole gi mamak kat belakang Annexe tuh atau kopitiam kat CM. sila bayar sendiri.

oklah, itu saja buat masa ini. utk maklumat lanjut sile ke page Pelancaran + Tayangan 3 Filem Pendek KOPI . acara nih adalah sebahagian daripada ART FOR GRABS Mar 2012 - Colourful Assembly! so silalah klik link tuh jugak.


apa2hal, kita jumpa di sana!!!!


ps: aku sendiri belum pegang naskhah Kopi aku sendiri. ahaks. siapa yg dah baca Kopi 3 Rasa tuh, apa komen anda?

Khamis, 8 Mac 2012

bakal terbang jauh...

aku excited nih. dah lama tak jalan jauh2. tiket dah confirm pergi-balik. hotel pun dah confirm (hotel transitlah sebelum aku jumpa mak n ayah, sampai sana aku stay trus jer kat umah dorang).

last skalik aku visit sana 2-3 tahun lepas. sila klik sini: hari terakhir di florida utk baca last entry kat sana dulu. so, mesti dah banyak yg berubah, kan?

and anak aku 2 ekor kat bawah nih mesti dah besar2. arituh dah demand dah nak gi busch gardens la, disney world lah, macam2....

tapi sorry, daddy nak gi Harry Potter theme park plak kali nih. korang jgn nak ngengada eh? ikut jer! ahaks!!





ps: tangan kiri aku dah gatal2. menandakan jutaan wang ringgit akan berterbangan nanti. damn.

Isnin, 5 Mac 2012

berkojo lah kito.... sekueknyo!



hmmm...

baru abis meeting dgn bos tadi. katanya bonus tahun nih takder sebab aku tiap2 bulan dapat bonus. motiflah kan?

but on the fair side, betul jugak kata dia. dah tiap2 bulan aku dapat, kalo combine semua boleh buat down payment astin martin, hujung tahun, faham2 sendiri jer lah kan....

pastuh aku bising pasal management raising bar utk tahun nih, sengaja nak bagi aku kecundang utk earn bonus tiap2 bulan mcm tahun lepas.

dia ckp management mana yg nak maintain bar yg sama setiap tahun? dorang mesti akan naikkan jugak supaya staff kerja dgn lebih kuat.

hmmm...

tapi the best part, dia ckp sebab aku anggun sangat dia akan revise gaji aku. xder lah banyak mana tapi cukuplah utk aku sara beg birkin yg skang nih aku guna nama rosmah utk waiting list. aku harap, dia x omong kosong jer lah eh....

apa2pun, itu semua rezeki utk tahun nih. kpd semua yg senaseb ngan aku, tahniah kpd kalian semua. kpd semua yg masih berada di takuk lama, gi lah carik kerja lain. life is about changes. so make a healthy decision!

tahun depan ada lagi.........

xoxo jejaka anggun.