Isnin, 14 Disember 2009

fortune cookie.



aku dah selamat sampai ker Tampa, FL dengan selamatnya. sorry x update blog cuz WiFi router baru pasang ari nih n aku malas nak guna pc mak aku utk main FB or berblogging. sebab dia pun busy main zuma kat PC tuh. ahaks.

unfortunately, surprise kitorg x berapa nak menjadi kat parents aku ni ha. ingat nak buat2 macam ketuk pintu ala2 org antar delivery ker apa ker memandangkan dah beli sebakul chic wings buat buah tangan....

skalik, gate kat luar kunci plak. residen yg ada password jer leh masuk. hampeh. sudahnyer kene la call org tua tuh kater kita kat luar... yg penting, diorang cam x caya. puas gak lah nak convince sebab diorang ingat kite memain. hehehe. surprise sgt la kan.... naseb baek dia x tepon polis kata ada intruder ker apa. silap2 kene tido lokap semalam.




anyway, siang semalam, dato K ajak aku lunch kat mongolian restaurant. makan buffet. spt biasa, masa mintak bil, waiter akan letak fortune cookie atas tray bil tuh skalik. nak tau apa fortune cookie aku kata?

"you are one of the people who goes places in life"

setuju x? pastuh kat belakang ada tulis lagik....

daily numbers: 6 9 5
lotto six #'s: 20 34 37 36 11 26


pastuh on the way nak balik umah, aku ternampak plak satu papan tanda tentang jumlah lottery yg terkumpul setakat nih terpampang besar2 depan mata....



hmmm..... nampaknye masih blom ada yg menang sebab tuh jumlahnyer dah naik berjuta juta US dollar lemon mcm tuh. n memandangkan kata2 dlm fortune cookie tuh betul, perlu ker aku main bende alah haram nih? untung2 leh balik jadi jutawan segera... kan?


ps: Florida state govt guna 30-40% duit yg diterima oleh sykt lotto ni utk disalurkan ke education. so drpd membuang duit berjudi x tentu hala, at least penjudi tuh semua rasa ada sikit tanggungjawab membantu sistem pendidikan negeri nih. agak2 kat malaysia ada buat camtuh gak ker?

18 ulasan:

  1. haha.. kalau kat malaysia ni gov amek 30-40% duit judi tu, maka tak berkat la gaji yg cikgu2 tu dpt..

    ^3^

    BalasPadam
  2. syika: betol jugak. so kemana duit judi genting ngan mapiau kat msia tuh pergi?

    BalasPadam
  3. wat bg mkn rasuah kt org kot.. kwang3x..

    BalasPadam
  4. kontroversi kalo buat gitu kat malaysia... tapik kalo depa pandai manipulate plus sogok sekali, lepas kot... hal babi pun bole lepas... pak lebai tak marah pun!!

    BalasPadam
  5. judi tetap judi, haram. salur la ke mana pon..

    BalasPadam
  6. learnt something dr post nih

    huhu

    tq jejaka paling anggun

    BalasPadam
  7. la apsal tak cakap kat cik dara, u nak balik Florida?cik dara nak ikut ar..nak gak rasa salji..bleh peluk2 abg bdn kental2..

    BalasPadam
  8. zuana: makan rasuah?

    aznee: malaysia tuh sikit2 nak kontroversi. relax ah.

    lynn: tp cube jgn anggap berjudi. cube kita anggap mcm membantu sistem pendidikan. oke?

    karl: your welcome.

    dara ke teruna: kat FL xder salji. x sejuk pun. harap maklum.

    BalasPadam
  9. tetiba rasa nk bukak kasino...astaga....insaplah wahai diriku..huhu!

    BalasPadam
  10. heheheh... walau pun suprise tu tak jadi..
    tapi ia tetap seronokkan \

    BalasPadam
  11. tk kira ar..apsal tk ajak?mau cik dara cari u kat Tampa..cik dara muay thai u..sanggup tggl cik dara sendirian kat mesia..ahakssss

    BalasPadam
  12. http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

    Menerima wang atau harta yang diberikan oleh orang memerolehinya secara haram adalah haram. Ini kerana dua sebab:

    1. Membantu terhadap perbuatan memperolehi wang yang haram ini.
    2. Menghilangkan hak pemilik asal bagi wang ini.

    Pandangan para Ulama:

    Syekih Ibnu Taymiyah berkata dalam Majmu’ul Fatawa:

    “Sesiapa yang mengetahui seseorang itu mencuri atau mengkhianat harta orang lain atau merampas harta orang lain dan diberikan kepadanya hukumnya haram untuk seorang itu mengambilnya samada dengan cara pemberian, pertukaran, duit sewa bayaran hutang.”

    Dr Abbas Ahmad Muhammad al-Baz berkata(ringkasan):

    “Bermuamalat dengan pencuri, perompak, pemakan duit riba dengan harta yang haram itu membantunya dan menggalakkan perbuatan memakan harta dengan cara yang salah. Demikian juga memakan makanan atau memakai pakaian yang dirampas oleh orang lain dan dihadiahkan kepadanya atau dijual adalah berdosa kerana menerima dan mengakui perbuatan yang haram. Orang yang bermuamlat dengannya dan orang yang mengambil duit secara haram adalah sama sahaja.”

    Dalil pengharaman menerima wang yang diperolehi dari cara yang haram:

    1. Rasululullah saw enggan makan daging kambing yang dihidangkan kepadanya dan berkata:


    “أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها


    “Aku mendapati daging kambing ini diambil tanpa izin dari pemiliknya.” (Hr Abu Daud)

    2. Abu Mas’ud al-Ansari ra berkata:


    أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغي وحلوان الكاهن


    “Nabi saw menegah dari harta hasil jualan anjing, hasil pelacuran dan hasil perbomohon (dgn cara yang dilarang).” (Hr Bukhari dan Muslim)

    3. Hadis yang diriwayatkan oleh sahih bukhari yang menceritakan bagaimana Abu Bakar cuba memuntahkan makanan hasil dari kerja haram yang dilakukan oleh hambanya ketika masih kafir.


    Kesimpulan: Perbuatan menerima sumbangan dari syarikat pertaruhan adalah haram. Makan hasil dari wang ini juga dilarang kerna Allah berfirman:


    يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا


    “Wahai Manusia makanlah apa yang ada di bumi benda yang halal dan baik.” (2 : 168)

    Rujukan: Ahkamul Malil Haram oleh Dr Abbas Ahmad

    BalasPadam
  13. haaa.. tu dia. pjg lebar ulasan afzainizam.

    amek anda! kan dah dpt sedas!

    btw,ape yg kelakar psl post "bangsar" syiqa tu?

    hahaha.

    BalasPadam
  14. afzai: wowowowowo... panjangnyer ulasan filem. ingatkan baca paper tadik.... ;p

    syika: suker ko ek? klaka la sebab mmg jejaka anggun yg pakai baju itam duk kat pagar tuh. so anggun kah jejaka anggun di mata kasar anda?

    BalasPadam
  15. hahaha.

    anggun! nak gak ngorat. tp takut lak jatuh saham kalau salah org!

    BalasPadam
  16. aku rasa kalau buat kat malaysia mahu jadi isu politik plak ...pas dan ulama akan banteras habis2san uhuhuh

    BalasPadam