Ahad, 13 Oktober 2013

Aku Penganggur.


 


Lamanya tak update blog... Huhu....

Anyway, nak cerita yang Rabu ni merupakan hari terakhir aku bekerja kat tempat aku sekarang. Dah 3 tahun aku kerja kat sana. Dek kerana dapat bos yang sengal dan bingai akhirnya aku decided utk letakkan jawatan. Simple, kan?

Nope. Not that simple actually. Mula2 berat juga hati aku nak blah memandangkan aku dah selesa kerja kat situ. Gajipun OK. Environment pun OK. Tapi entahlah sejak tukar management, aku jadi rasa tak best. Dan bila rasa tak best makin lama makin jadi tak bestest, aku rasa ada baiknya aku blah sebelum aku susahkan sesiapa especially diri sendiri.

So, sehingga blog ni ditulis, aku still menganggur lagi. Korang doakan je la aku dapat kerja yg sesuai dgn gaji yg bagus. Setakat ni hidup aku ditampung dengan balance gaji yg tinggal + upah menulis yg tak banyak.

Speaking abt menulis, aku baru siap novel SANCTUARIA. Ingat esok nak antar kat publisher. Siapa yg dah beli CERPEN SHAZ JOHAR taulah novel ni pasal apa. Siapa yg tak tau, novel ni secara ringkasnya mcm a bigger, badder version dari cerpen dgn tajuk yg sama dalam CERPEN SHAZ JOHAR tu lah. Tapi aku tak leh cerita lebih2 buat sementara waktu ni. Kalau ada rezeki, dapatlah kau orang baca, ya?

Selain tu, aku jugak dah siap satu cerpen Inglish tajuk THE HOUSE utk satu projek podcast. Info tak boleh reveal lagi (sebab akupun takde banyak info, yg aku tau akan keluar untuk Halloween). Cerpen ni kisah seram yg berlaku kat dalam rumah... Duh!

Aku jugak ada tulis satu cerpen Melayu dgn tajuk NICE. Yg ni projek dgn publisher lain, bukan Fixi. First time aku tulis untuk publisher lain dan dibukukan. Kita tengok macam mana sambutan dia nanti ek? Cerpen ni pasal apa yang berlaku kat kedai mamak. Hehe. Aku suka cerpen ni sebenarnya. Feel aku tulis cerpen ni sama macam KOPI 3 RASA.

So ya, I keep myself busy. Lepas ni busy nak cari kerja baru plak. Lepas tu insya Allah, busy dgn projek novel baru. This time maybe co-write dengan penulis lain. Dengan siapa dan pasal apa, tak confirm lagi. Tengah bincang.

Apa2pun, untuk korang semua yg sentiasa bagi sokongan. Thanks so much. Untuk yg sentiasa tak bagi sokongan. Keep it up!

Oh, sebelum aku lupa, Salam Aidil Adha. Jangan jadikan diri anda mangsa korban percintaan. Amin.


Love,

Shaz Maceo Johar.

Isnin, 8 Julai 2013

Snow White... one year!

07/07/2013 genaplah usia setahun Snow White dibawah jagaan aku.

Usia dia yg sebenar dah lebih setahun dah rasanya tapi memandangkan dia lahir tanpa IC so aku anggap jer la dia dah setahun sempena tarikh aku amik dia dari jagaan mak aku dulu.

Ni dia sewaktu aku angkat dia dulu....


Dan yg ni pulak pic dia setahun kemudian.....


Nampak tak perbedaan yg ketara tu? nampak tak betapa aku memang seorang bapa yg mithali? nampak?

Kalau masih lagi tak puas hati dgn naluri keibubapaan aku korang tengoklah pics kat bawah ni sampai lebam....

Daddy saya memang suka geletek saya. Dia memang suka buat saya stim.

Kengkadang saya saja bakar line Daddy dgn kembangkan ekor sampai nampak mcm musang.

Sebulan sekali saya akan injek vitamin untuk bagi kulit lebih anjal dan nampak muda. Tahun depan Daddy kata dia nak bawak saya injek botox plak.

Kalo dah rimas sangat asik kena peluk ngan Daddy, saya buatlah muka 'whatever' macam ni...

Biasanya saya tidur atas simen sebab KL ni panas....

Kalau bosan2 saya tido bawah meja jugak... huhu...

Kalau tak tidur, saya kena peluk. Itulah rutin hidup saya kat sini...


Hmmm... walaupun anak tunggal, saya takde lah spoil sangat. Ada masanya saya tolong gak kemas2 rumah...Lipat kain ke... susun baju dalam almari ke.... Huhu...

So cane? puas? Nak tengok lagi?

Korang tunggu je lah new entry edisi Snow White yg akan datang, eh?

Till then, ciao!


Sabtu, 22 Jun 2013

Cuti-Cuti You Ass Ehh (part 2)

Dah lama plak tak berblog rasanya. So apa kabar pembaca blog Jejaka Anggun sekalian? Sihat? Batuk dengan jerebu, ya?

Hari ni merupakan Jumaat terakhir aku stay kat sini. Jumaat depan aku dah pulang ke tanah tumpah air ketuban balik. hmmm... sedih rasanya nak tinggalkan negara ni. Beza sungguh dgn Malaysia.

Well, apa je yg aku buat selama dua minggu kat sini, ek? Entahlah. Macam-macam aktiviti menghabiskan duit rasanya. Huhu. Takpelah setahun sekali, balik KL nanti, kerja kuat2 kumpul duit, tahun depan habiskan lagi. Yer dok?

OKlah, memandangkan aku nak upload banyak gambar dlm entry kali ni, so korang layankan je lah gambar2 tu semua dan baca caption dia skali...Malas plak aku nak tulis entry panjang2. Korang bukan bacapun...

Hik hik. Enjoyzzz!!!!


First, tak sah datang sini kalau tak tolong orang pindah umah. Seingat aku, 5 kali aku datang sini, 4 kali kot aku tolong punggah barang. Kali ni aku tolong neighbor sebelah plak. Dia pindah balik Chicago.
Hahah. Dah nasib badan.

Ni lah muka2 yg konon2nya nak menolong... ahaks. Belakang, Madison. Depan, Riley.

Singgah beli groceries kat Walmart, terjumpa row jual senjata api. Kellas!


Sewa beskal di St. Augustine. Jalan2 tengok historical city. Banyak bangunan lama kat sini. Cantik.

Ni fort apa ntah nama dia kat St. Augustine jugak.

Kat belakang (ke depan? ke tepi?) fort tu ada laut. So sempatlah aku pose sekejap.. Huhu...

Yang ni plak still kat St. Augustine. Tapi St. Augustine beach. Tengok pantai dia. Gila bersih. Malaysia nya pantai ada putih bersih macam ni? Ada? Ada?

Kotak2 jual surat khabar ni bersepah-sepah kat sana. Malaysia patut buat macam ni jugak especially kat area yg takde kedai runcit.

Next day, aku gi Disney World.  On the way nak ke sana, aku jumpa sticker ni. Cute, eh?

Ni lah simbol Disney World, Magic Kingdom.  Cinderella Castle

Dan hanya orang gila je yg takkan pose kat depan castle nih...

Aku tak sempat nak jumpa Cinderella, tapi aku jumpa kakak2 n mak tiri dia. Klaka dorang ni.

Yang ni plak section Snow White. Masih dalam proses pembikinan.

Ni masa aku singgah Ybor City plak untuk lunch. Sempat tumpang baca paper kat uncle ni jap.


Lunch kat Mimi's Cafe, Ybor City. Cafe ni ada show drag queen malam minggu. Waitress dia semua drag takpun hadek2. ahaks!

OK dah. tu je pic yg aku sempat upload untuk entry kali ni. Kat bawah ni plak pic bonus.



ps: apa kabar anak aku ni eh? Dia tak rindukan aku ke?



ps2: esok hari jadi Dato K yang ke 29 the sequel...again. Aku harap dia suka dengan hadiah yg aku bagi... Heheh.


Sabtu, 15 Jun 2013

Cuti-Cuti You Ass Ehh (part 1)

Hari ni sebenarnya genap hari ke 7 aku berada di You Ass of Ehhh...

Seperti yg dijanjikan, entry kali ni aku nak cerita pasal pengalaman menarik aku kat Newark airport sebaik mendarat di negara ni, Sabtu lepas.

First aku nak cerita ni kali ke 5 aku masuk ke negara ni dan sepanjang aku ulang-alik, keluar-masuk, tak pernah dalam sejarah hidup aku kena tahan dgn pihak imigresen. And kali ni, nasib aku kurang baik sikit.

Ceritanya begini.... *mata pandang siling, camera fokus kat lampu pastu ujan....

Mula2 bila aku sampai kat immigration counter, dia tanya aku soklan2 standard mcm nak buat apa kat sini, berapa lama nak stay kat sini, nak stay kat mana, bila last time aku stay kat sini, dulu berapa lama aku stay kat sini, maximum time aku penah stay kat sini, kerja apa, etc etc etc.

OK. fine. standard procedure tapi bila lepas dia scan semua jari aku n panggil org escort aku masuk immigration office, aku mula seriau.

Masuk2 kat situ, aku tgk ada ramai lagi yg kena tahan. ada yg takde visa, ada yg tengah tunggu visa dia siap, ada yg overstay, ada yg tak reti cakap omputeh, ada student, macam2 hal lah. Lepas sorang, sorang dia panggil, unfortunately turn aku sampai bila bilik tu dah kosong. Motif?

Staf immigration tu (nama dia Mercedes) terus tanya aku, "how long were you in Cancun, Mexico last year?"

 "3 days, I guess. I don't remember. Why?"

"Dude, I still remember my trip 5 years ago. How come you don't remember yours?"

Menyirap plak darah aku dengar statement dia. Terus aku reply, "I am a frequent traveller. I travel a lot in and out of my country. I took 4 flights to come over here. Dont expect me to remember everything. If you need further info, allow me to check my laptop, I probably saved it somewhere on the desktop. Or do you have wifi here so i can check it in my email?" 

"Nope. We don't have public wifi. You cant use your laptop or phone here as well. You know what, our record shows that you didnt leave this country after your last visit... what do you wanna say about that?"

Darah aku terus naik mendadak bila dengar ayat2 cinta dia tu. "What? Thats ridiculous. If I didnt leave this country, then how is it that I just arrived on the plane from Germany?"

"Dude, you were in Mexico and entered this country from Miami last time, you dont know how many people come here illegally from Mexico and leave this country using the same way too..."

Oh, aku terus meroyan especially bila dia kata kalo aku tak leh prove yg aku keluar dr negara ni secara legal last year, dia akan campak masuk jail. Dia kata dia just nak nama airlines n exact date utk dia check ngan airlines tu betul ke tak aku ada berambus keluar.

Sudahnya aku mintak permission utk buka laptop n phone. mula2 dia tak bagi tapi diapun rengsa tgk aku meroyan, last2 dia benarkan jugak. Yg penting tak jumpa apa2 kat laptop aku. obviously, aku saved kat email.

Aku mintak plak permission utk on phone. nak SMS Dato K yg dah lama tunggu aku kat luar. kitorg pun balas2 SMS, yg penting staf imigresen tu baca SMS kitorg, nasib baik Dato K tak ckp apa2 yg buruk.  Cek punya cek, jumpa flight apa (Kuwait airways) tapi exact date tak dapat view sebab laptop dia abis battery plak.  Haha! drama gila, kan?

Last2, lepas 3 jam aku stay kat situ, staf tu pun fed up. dia cakap dia nak bagi aku benefit of the doubt, dia lepaskan aku je memandangkan dia kata aku tak penah buat hal kat mana2 negara sebelum ni so dia anggap je ni semua salah airlines (well actually, salah immigration staff kat US lah cuz kalo dorang yg tak hilangkan data aku keluar dr negara ni, sah2 la ada record, kan? bangang.)

Aku nak sound lebih2 tapi malas plak, kang kata aku tak berterima kasih. Tapi aku tanya next visit aku nanti ada problem yg sama ke tak sebab aku memang planning nak datang selalu kat sini, n visa aku abis 2016, so aku taknak sebab benda2 bodoh ni aku takleh renew visa aku nanti. dia kata insya allah tak *ok, insya allah tu aku yg tambah sendiri. dia kata 'hopefully'

Tu bukanlah jawapan yg aku nak dengar tapi kepala aku malas dah nak fikir benda2 lain. aku nak keluar je dari bilik tu. lagipun aku kene catch another flight utk ke Tampa plak.... 

Ha... so, itu jer lah cerita menarik yg berlaku kat aku hari tu. Sangat hari ni dalam sejarah.. boleh dibuat cerpen tak rasa2??? Yg best, aku tak pernah terfikir US boleh buat silap macam ni jugak. Aku ingat kat Msia je yg buat hal2 bangang macam ni... oh well....

Aku harap masa keluar negara ni nanti takde hal mengarut2 lagi macam ni.... Uggghhh!!!



Aku jumpa pic ni dalam in flight magazine Lufthansa on the way to US from Turkey. Fesyen khas utk wanita bertudung yg hanya mahu menutup rambut. Bergembiralah...


To travel is to discover that everyone is wrong about other countries - Aldous Huxley

Rabu, 12 Jun 2013

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 6)



breakfast kat Maltepe 2000 Hotel. Better than hotel kat Istanbul. a lot better. Aku jumpa lelaki Turkey yg jual jet pejuang kat Msia kat sini. Huhu.


Hari kedua dan terakhir di Ankara, Turkey aku gunakan untuk berjalan-jalan sekitar bandar dan tengok mausoleum Kamal Ataturk, presiden pertama Turkey yg dorang angkat macam nabi kat sini.

Besar gile mausoleum ni, rasanya kalo korang nak buat concert siap orchestra boleh sangat2. Ni 2nd time aku gi mausoleum besar gile mcm ni. The first one kat Vietnam dulu utk Ho Chi Minh. Ntah apa motif dorang buat benda alah ni akupun tak faham. membazir je aku rasa.


di sinilah arwah Kamal Ataturk disemadikan. RIP.



pandangan luar mausoleum yg macam kubu perang.

abang askar ni muke dia serius je... puas aku goda, tetap tak layan....


Lepas pusing2 kat mausoleum tu untuk sejam dua jam, kitorang meneruskan perjalanan sekitar bandar Ankara. Kalau nak tinggal kat Turkey rasanya better tinggal kat sini dari Istanbul tapi kalo nak cuti2 tu Istanbul lagi best, kot.

Tetibe Dato K nak gi tengok plak area yg dorang buat demo kat sini. Aku cam malas sikit tapi layankan jer lah. sampai2 je kat situ, demo tak start lagi tapi ada polis kawal setiap bucu kawasan. Orang ramai, cuaca panas, banyak benda yg pecah2, terbakar, so tetibe aku rimas.

Masa naik tren nak balik hotel, ada lagi saki-baki gas dr malam semalamnya kot yg terperap kat situ. hidung ngan mata bole rasa pedih2. sian.

Anyway, ni pic2 terakhir yg aku amik kat Turkey. Enjoyzzz...



tak sure ni tadika ke apa. cute.








Pagi esoknya kul 3.30am, aku gerak tinggalkan Turkey untuk ker destinasi berikutnya, USA. Overall, percutian di Turkey ni kira bestlah jugak tapi kalo ada rezeki lagi next time, aku nak visit Istanbul je lepas tu amik tour gi Cappadocia dgn Pamukkale. sapa nak ikut???


ps: ada kisah menarik yg berlaku kat airport Newark, New Jersey. aku akan cerita di entry yg akan datang...





Selasa, 11 Jun 2013

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 5)

Ankara, Turkey. Day 1.

Aku sampai pagi2 buta, dalam kul 8am gitu. Hati berdoa-doa jugak supaya dapat check in awal, sekali doa aku dimakbulkan. Dan nak membuktikan lagi yg Tuhan tu memang sayang gila kat aku, dia letak plak staf yg memang gorgeous gila jaga check in counter pagi tu. mata aku yg ngantuk terus segar-bugar. ahaks! 

Personally, aku rasa Turkish memang lawa-lawa. muka dorang unik, ada gabungan muka arab2 campur omputeh sikit.

Well, sampai2 jer kitorg terus qada tido. actually, aku tak tau nak buat apa pun kat sini. masa kat Istanbul, semua org kat sana pelik bila dengar aku n Dato K nak gi Ankara. dorang tanya nak buat apa kat situ? bukan ada apa2pun... sian.



bilik aku ada poster Marilyn Monroe sebesar-besar alam. Utk 2 malam, dia teman aku tido. Huhu.

bila mata celik, mandi2, discuss nak pergi mana, last2 kitorang decided utk ke Museum of Anatolian Civilizations atau dalam bahasa Turkinya, Anadolu Medeniyetleri Müzesi. unfortunately, muzium ni separuh ditutup utk kerja2 renovasi so aku tak boleh tengok semua. sian.

Anyway, nih pic yg aku sempat2 upload utk view dalam dan luar muzium tersebut. bergembiralah...




yay! kita menang!!

cantik tak Kak, Ton?




 



aku suke pose ni. i miss my Snow White.


tengah tunggu Ali Baba dan 40 penyamun kuar dari tempayan...


So, aku lepak kat sini jer utk hari pertama aku kat Ankara.

Apa yg aku buat di hari kedua? kita tunggu entry yg akan datang....