Sabtu, 15 Jun 2013

Cuti-Cuti You Ass Ehh (part 1)

Hari ni sebenarnya genap hari ke 7 aku berada di You Ass of Ehhh...

Seperti yg dijanjikan, entry kali ni aku nak cerita pasal pengalaman menarik aku kat Newark airport sebaik mendarat di negara ni, Sabtu lepas.

First aku nak cerita ni kali ke 5 aku masuk ke negara ni dan sepanjang aku ulang-alik, keluar-masuk, tak pernah dalam sejarah hidup aku kena tahan dgn pihak imigresen. And kali ni, nasib aku kurang baik sikit.

Ceritanya begini.... *mata pandang siling, camera fokus kat lampu pastu ujan....

Mula2 bila aku sampai kat immigration counter, dia tanya aku soklan2 standard mcm nak buat apa kat sini, berapa lama nak stay kat sini, nak stay kat mana, bila last time aku stay kat sini, dulu berapa lama aku stay kat sini, maximum time aku penah stay kat sini, kerja apa, etc etc etc.

OK. fine. standard procedure tapi bila lepas dia scan semua jari aku n panggil org escort aku masuk immigration office, aku mula seriau.

Masuk2 kat situ, aku tgk ada ramai lagi yg kena tahan. ada yg takde visa, ada yg tengah tunggu visa dia siap, ada yg overstay, ada yg tak reti cakap omputeh, ada student, macam2 hal lah. Lepas sorang, sorang dia panggil, unfortunately turn aku sampai bila bilik tu dah kosong. Motif?

Staf immigration tu (nama dia Mercedes) terus tanya aku, "how long were you in Cancun, Mexico last year?"

 "3 days, I guess. I don't remember. Why?"

"Dude, I still remember my trip 5 years ago. How come you don't remember yours?"

Menyirap plak darah aku dengar statement dia. Terus aku reply, "I am a frequent traveller. I travel a lot in and out of my country. I took 4 flights to come over here. Dont expect me to remember everything. If you need further info, allow me to check my laptop, I probably saved it somewhere on the desktop. Or do you have wifi here so i can check it in my email?" 

"Nope. We don't have public wifi. You cant use your laptop or phone here as well. You know what, our record shows that you didnt leave this country after your last visit... what do you wanna say about that?"

Darah aku terus naik mendadak bila dengar ayat2 cinta dia tu. "What? Thats ridiculous. If I didnt leave this country, then how is it that I just arrived on the plane from Germany?"

"Dude, you were in Mexico and entered this country from Miami last time, you dont know how many people come here illegally from Mexico and leave this country using the same way too..."

Oh, aku terus meroyan especially bila dia kata kalo aku tak leh prove yg aku keluar dr negara ni secara legal last year, dia akan campak masuk jail. Dia kata dia just nak nama airlines n exact date utk dia check ngan airlines tu betul ke tak aku ada berambus keluar.

Sudahnya aku mintak permission utk buka laptop n phone. mula2 dia tak bagi tapi diapun rengsa tgk aku meroyan, last2 dia benarkan jugak. Yg penting tak jumpa apa2 kat laptop aku. obviously, aku saved kat email.

Aku mintak plak permission utk on phone. nak SMS Dato K yg dah lama tunggu aku kat luar. kitorg pun balas2 SMS, yg penting staf imigresen tu baca SMS kitorg, nasib baik Dato K tak ckp apa2 yg buruk.  Cek punya cek, jumpa flight apa (Kuwait airways) tapi exact date tak dapat view sebab laptop dia abis battery plak.  Haha! drama gila, kan?

Last2, lepas 3 jam aku stay kat situ, staf tu pun fed up. dia cakap dia nak bagi aku benefit of the doubt, dia lepaskan aku je memandangkan dia kata aku tak penah buat hal kat mana2 negara sebelum ni so dia anggap je ni semua salah airlines (well actually, salah immigration staff kat US lah cuz kalo dorang yg tak hilangkan data aku keluar dr negara ni, sah2 la ada record, kan? bangang.)

Aku nak sound lebih2 tapi malas plak, kang kata aku tak berterima kasih. Tapi aku tanya next visit aku nanti ada problem yg sama ke tak sebab aku memang planning nak datang selalu kat sini, n visa aku abis 2016, so aku taknak sebab benda2 bodoh ni aku takleh renew visa aku nanti. dia kata insya allah tak *ok, insya allah tu aku yg tambah sendiri. dia kata 'hopefully'

Tu bukanlah jawapan yg aku nak dengar tapi kepala aku malas dah nak fikir benda2 lain. aku nak keluar je dari bilik tu. lagipun aku kene catch another flight utk ke Tampa plak.... 

Ha... so, itu jer lah cerita menarik yg berlaku kat aku hari tu. Sangat hari ni dalam sejarah.. boleh dibuat cerpen tak rasa2??? Yg best, aku tak pernah terfikir US boleh buat silap macam ni jugak. Aku ingat kat Msia je yg buat hal2 bangang macam ni... oh well....

Aku harap masa keluar negara ni nanti takde hal mengarut2 lagi macam ni.... Uggghhh!!!



Aku jumpa pic ni dalam in flight magazine Lufthansa on the way to US from Turkey. Fesyen khas utk wanita bertudung yg hanya mahu menutup rambut. Bergembiralah...


To travel is to discover that everyone is wrong about other countries - Aldous Huxley

Rabu, 12 Jun 2013

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 6)



breakfast kat Maltepe 2000 Hotel. Better than hotel kat Istanbul. a lot better. Aku jumpa lelaki Turkey yg jual jet pejuang kat Msia kat sini. Huhu.


Hari kedua dan terakhir di Ankara, Turkey aku gunakan untuk berjalan-jalan sekitar bandar dan tengok mausoleum Kamal Ataturk, presiden pertama Turkey yg dorang angkat macam nabi kat sini.

Besar gile mausoleum ni, rasanya kalo korang nak buat concert siap orchestra boleh sangat2. Ni 2nd time aku gi mausoleum besar gile mcm ni. The first one kat Vietnam dulu utk Ho Chi Minh. Ntah apa motif dorang buat benda alah ni akupun tak faham. membazir je aku rasa.


di sinilah arwah Kamal Ataturk disemadikan. RIP.



pandangan luar mausoleum yg macam kubu perang.

abang askar ni muke dia serius je... puas aku goda, tetap tak layan....


Lepas pusing2 kat mausoleum tu untuk sejam dua jam, kitorang meneruskan perjalanan sekitar bandar Ankara. Kalau nak tinggal kat Turkey rasanya better tinggal kat sini dari Istanbul tapi kalo nak cuti2 tu Istanbul lagi best, kot.

Tetibe Dato K nak gi tengok plak area yg dorang buat demo kat sini. Aku cam malas sikit tapi layankan jer lah. sampai2 je kat situ, demo tak start lagi tapi ada polis kawal setiap bucu kawasan. Orang ramai, cuaca panas, banyak benda yg pecah2, terbakar, so tetibe aku rimas.

Masa naik tren nak balik hotel, ada lagi saki-baki gas dr malam semalamnya kot yg terperap kat situ. hidung ngan mata bole rasa pedih2. sian.

Anyway, ni pic2 terakhir yg aku amik kat Turkey. Enjoyzzz...



tak sure ni tadika ke apa. cute.








Pagi esoknya kul 3.30am, aku gerak tinggalkan Turkey untuk ker destinasi berikutnya, USA. Overall, percutian di Turkey ni kira bestlah jugak tapi kalo ada rezeki lagi next time, aku nak visit Istanbul je lepas tu amik tour gi Cappadocia dgn Pamukkale. sapa nak ikut???


ps: ada kisah menarik yg berlaku kat airport Newark, New Jersey. aku akan cerita di entry yg akan datang...





Selasa, 11 Jun 2013

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 5)

Ankara, Turkey. Day 1.

Aku sampai pagi2 buta, dalam kul 8am gitu. Hati berdoa-doa jugak supaya dapat check in awal, sekali doa aku dimakbulkan. Dan nak membuktikan lagi yg Tuhan tu memang sayang gila kat aku, dia letak plak staf yg memang gorgeous gila jaga check in counter pagi tu. mata aku yg ngantuk terus segar-bugar. ahaks! 

Personally, aku rasa Turkish memang lawa-lawa. muka dorang unik, ada gabungan muka arab2 campur omputeh sikit.

Well, sampai2 jer kitorg terus qada tido. actually, aku tak tau nak buat apa pun kat sini. masa kat Istanbul, semua org kat sana pelik bila dengar aku n Dato K nak gi Ankara. dorang tanya nak buat apa kat situ? bukan ada apa2pun... sian.



bilik aku ada poster Marilyn Monroe sebesar-besar alam. Utk 2 malam, dia teman aku tido. Huhu.

bila mata celik, mandi2, discuss nak pergi mana, last2 kitorang decided utk ke Museum of Anatolian Civilizations atau dalam bahasa Turkinya, Anadolu Medeniyetleri Müzesi. unfortunately, muzium ni separuh ditutup utk kerja2 renovasi so aku tak boleh tengok semua. sian.

Anyway, nih pic yg aku sempat2 upload utk view dalam dan luar muzium tersebut. bergembiralah...




yay! kita menang!!

cantik tak Kak, Ton?




 



aku suke pose ni. i miss my Snow White.


tengah tunggu Ali Baba dan 40 penyamun kuar dari tempayan...


So, aku lepak kat sini jer utk hari pertama aku kat Ankara.

Apa yg aku buat di hari kedua? kita tunggu entry yg akan datang....

Isnin, 10 Jun 2013

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 4)

Last day in Istanbul.

Takde buat apa2 hari ni. aku n Dato K menghabiskan hari berjalan2 kat taman mengadap laut. nak berjalan ke taman ni je dah amik masa sejam aku rasa. sampai nak terkoyak ligamen kaki aku nih berjalan dah rasanya tak jugak sampai2.

Tapi bila dah sampai, aku terus lepak sambil baca buku and buat writing sikit. lepas habis luangkan masa berjam-jam kat situ, aku pakat nak naik cab balik area hotel tapi Dato K nak merasa naik tren so kitorang hop on je lah kat train station utk terus ke grand central (kot nama dia?). tren dia agak sedih, nampak lagi tua dari STAR LRT atau KTM komuter.

Sampai2 grand central,  aku sambung jalan ke area Topkapi Palace utk lepak kat taman sana plak. sambil2 lepak, sambil2 tulis lagi. siap jugak satu chapter cerita aku. Dah boring, kitorang balik hotel and amik lagi few gambar utk buat kenang2an.








nampak tak betapa aku dah itam?



Aku n Dato K checked out hotel dlm pukul 8.30pm. kitorang naik cab pergi Merih 2 Hotel utk tunggu driver bawak kitorang gi bas station utk ke Ankara. Harga tiket bas dlm TL40 sorang. kira murahlah tu sebab Ankara tu jauh, yg penting travel agent sebelum ni lagi cekik darah. mintak TL100 sorang. Gilo apo?

Bas bertolak ke Ankara kul 11.00pm. Yg penting naik bas Mercedes Benz. sebelum gerak ada full inspections dulu. bila stop kat RNR, ada org cuci tingkap. kat Msia ada nak buat semua tu? Ada? Okebai.

Aku sampai Ankara dlm 6 jam kemudian. bas terminal connected ngan train station so simple lah aku nak ke hotel n memandangkan tido dlm bas tak berapa best, maka sebaik aku sampai hotel yg beberapa langkah je dr Maltepe station tu, aku trus collapsed.


Next entry, Ankara.

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 3)

Hari ketiga di Istanbul.

Breakfast kat hotel sama macam breakfast hari kedua. Takde apa yg special. lepas breakfast, aku jenjalan gi Grand Bazaar. Besar jugak pasar ni. ala2 Victoria Market kat Melbourne. aku tak beli apa pun dalam ni, macam benda yg sama je ulang2 dorang jual cuma bila dah kat luar2 tu barulah aku jumpa satu tea set yg klasik for TL25. So, sambar jer lah. saja nak buat hiasan kat umah.







Lepas pusing2 area pasar ni, aku gi plak meredah jalan ke Valens Aqueduct. Ini tempat saluran air untuk bandar Constantinople masa Roman empire 2000 thn dulu. Punyalah jauh aku berjalan utk sampai kat sini semata-mata nak tgk benda alah nih jer. Hmmm... next time, kalau aku datang sini, malas dah aku nak visit tempat ni. bukannya ada apa-apa pun.





Dah penat melampiaskan penat kat area ni, kitorang sambung balik jalan ke Hagia Sofia. Walaupun cuaca tak sepanas KL tapi berpeluh jugaklah celah tek aku ni ha. Nasib bila sampai je kat Hagia Sofia, hati aku rasa tenang. Cantik sangat. Masya Allah.

By the way, korang tau tak apa Hagia Sofia aka Aya Sofya ni?

Building ni asalnya orthodox cathedral yg dibina pada abad ke 6, later dijadikan masjid semasa empayar Othmaniah merampas Constantinople (nama asal Istanbul) dan sehinggalah ia ditukar jadi museum untuk tatapan umum sampailah sekarang.

Aku impress gila dgn building ni. ada usaha2 renovate dijalankan utk memulihkan kembali mana2 bahagian yg dah rosak or cacat so korang boleh nampak lukisan2 kristian yg dipadam dulu, tengah di touch up balik. Menariknya, ada gambar Virgin Mary dgn Baby Jesus kat tengah2, diapit plak oleh tulisan Allah dgn Muhammad. Ha, macam tu lah...

gaya seorang fotografer amatur.








aku memang suke pose kat lorong-lorong...


OK, tu jer projek jalan2 aku untuk hari ketiga. Part 4 akan menyusul di entry yg akan datang...

Jumaat, 7 Jun 2013

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 2)

Hari kedua dimulakan dengan breakfast di atas terrace/rooftop mengadap laut. bunyi mcm gah tapi sebenarnya hauk gila terrace ni. kau nak amik gambarpun geli.


 lepas breakfast, kitorg memulakan perjalanan ke Blue Mosque. lokasinya dekat je ngan hotel so takdelah susah sangat nak mencari. Blue Mosque ni sangat cantik. Cantik gila. Cantik. Masuk kena pakai, pakaian yg tutup aurat. kalo korang datang pakai shorts, dorang bagi kain. Untuk pompuan yg free hair plak, dorang bagi selendang. Sleeveless tak boleh.

Niat utama aku kononnya nak solat kat masjid ni tergendala bila puas aku carik pintu nak masuk kat tempat solat tapi semuanya tutup. Bila aku tanya kat pengawal, dia tunjuk je kat mana2 yg dia suka. Last2 aku fed up. Ha, nampak tak aku mudah mengalah bila Tuhan bagi sedikit dugaan?

ni memang kepala aku disengetkan. jgn rotate kepala anda...




tak sahlah kalau aku tak pose depan masjid biru, kan?
 


siling masjid. sangat gah.


Dari Blue Mosque, nak gi Hagia Sofia tapi semua museum tutup hari Isnin. Nak pergi Topkapi Palace plak tiket masuk mahal gila. dlm TL40. Perlulah aku nak bayar banyak tu untuk masuk istana? Kalo aku bayar mahal2 macam tu tiba-tiba ada game macam Istana Takeshi boleh jugaklah diterima akal, kan? Okebai.

So, aku n Dato K berjalan-jalan je sekitar area kat situ sampai terjumpa cute town yg ada tempat makan yg sedap2. Basically, Turki takdelah semahal yg aku sangka. Kalo nak makan pizza ke, kebab ke, bole jer dapat dlm less than TL10. RM dengan TL cuma kali dua je so oklah, kan?




Lepas lunch kitorang teruskan berjalan kaki ke tepi laut plak. Naik cruise keliling Bosphorus sea. Nice experience. Tiket harga TL10 je, perjalanan keliling laut dr Eropah side ke Asia side dlm sejam setengah. Sangat berbaloi.



Turun dari cruise, kitorang jalan2 sekitar Galata kejap. Naik Galata tower yg sempit utk lihat pemandangan bandar Istanbul dari puncak.



Actually, aku ada kenalan yg datang bekerja/bercuti n stay kat area Galata ni tapi entahlah aku antar mesej kat FB dia tak reply. Maybe dia sibuk bercuti ngan partner dia kot. Or maybe dia join org yg buat rally kat Taksim park tu. Huhu.

Oh by the way, Taksim dekat dgn Galata (agak jauh jugaklah dgn hotel aku) so aku nampaklah few kids yg bawak bendera jalan2 nak ke rally tu. Aku takdelah plak nak join, cam malas je... yer lah, sedangkan rally kat Msia pun aku tak join, perlu plak aku nak gigihkan diri kat sini?  

Apa2pun, lepas jalan2 kat situ, kitorang kembali ke tempat cruise tadi utk makan di bawah jambatan. Tak sedap sangat. Takyahlah korang buang masa makan sini. Lepas perut kenyang, kitorang terus berambus balik hotel dan pengsan sampai pagi.

Ha, itu je cerita hari kedua aku kat Istanbul. cerita hari ketiga, akan diceritakan dalam entry yg akan datang.... tunggu....