Ahad, 30 September 2012

baca bola.



Ok, selama ni korang dengar orang main bola, orang tengok bola, orang tidur bola mahupun orang peluk bola je kan? Pernah ko dengar orang baca bola? Pernah? Ada?

Haaa…. Kalo nak baca bola, meh sini rapatkan saf. Aku nak citer sikit.

Idea Bola ni datangnya dari tokey Fixi yang tanya sama ada aku nak join tak penulis2 tersohor yg lain utk tulis satu cerpen dlm antologi dorang yg baru berjudul BOLA. Aku nih memang x reti apa2 pasal bola. Usah kata nak sepak, nak baling pun aku tak reti. Yg aku tau pasal bola cuma gomol2 cium je. Ok, ayat misleading. Abaikan.

Tapi memandangkan aku ni memang sukakan cabaran maka terhasillah BAHLUL vs BEAUTIFUL. Bagi sesiapa yg dah dapatkan naskhah Bola, silalah bagi review utk cerpen aku. lokasi berlaku di luar stadium, so bola apakah yg dimainkan itu, silalah baca sampai habis.

Oh ya, BOLA merupakan antologi cerpen Fixi yg kedua selepas KOPI. Ada 19 cerpen kesemuanya n hanya 1500 keping yg dijual. Ia takkan dijual kat mana2 kedai buku waima kedai buku telefon sekalipun. So kalo anda nak dapatkannya, silalah buat belian online di kedai FIXI atau datang je di events yg tertentu spt yg akan di war2kan dlm FB fanpage BOLA.

Sama seperti KOPI, kalo buku nih habis dijual, takkan ada ulang cetak so awas ya jangan ada yg meroyan!

Dah, malas nak tulis panjang2. ni dia 19 cerpen yg ada dlm buku tersebut. Aku berada di bawah sekali. Save the best for last kaedahnya… ko mampu?

10 LANGKAH - Adib Zaini
RODONG - Hasrul Rizwan
LIGA MANDREM - Dayang Noor
DIARI- Raja Faisal
SESAAT KE GAWANG - Faizal Sulaiman
BOLA API - Arif Zulkifli
SATU SAMA - Asyraf Bakti
MENJADI TUHAN - Fikri Misti
BURGER BOLA SPECIAL - Hani Amira Suraya
RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING - Mim Jamil
KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK - Zulaikha Sizarifalina Ali
AKU BOOKIE BOLASEPAK - Nama Nami
JERSI BOLA 7 - Shafaza Zara Syed Yusof
OLEH BIR DAN BOLA- Mohd Azmen
MISI BOLA GILA - Julie Anne
BUKAN SEBAB BOLA - Nadia Khan
AKU YANG KEGERSANGAN - Syaihan Syafiq
SEPAK BOLA - Ridwan Saidi
BAHLUL VS BEAUTIFUL - Shaz Johar

Rabu, 19 September 2012

ko ingat artis Malaysia je yg sibuk nak berhijrah??

Lady Gaga pun tak nak kalah yer....









ko mampu???


ps: orang zaman sekarang ni yg dah tak rajin nak blog ke atau aku yg dah tak rajin nak update blog skang nih? musykil plak tetibe.

Khamis, 30 Ogos 2012

Taboo yah!



Get ready writers and writer-wannabes.

I am sponsoring another short story writing competition. Amazing, isn't it?!?

Here are the terms and conditions:

 1) The story has to be about a taboo of some sort. If you're not sure what that is, Google it to find out.

 2) The story must be written in English, not Malay. Feel free to use Manglish, Singlish, Indolish in any dialogue if it is relevant to the story though.

3) The story should ideally be between 5 and 5,000 words. Use your imagination and see where it takes you.

Once you are happy with your efforts, send it to me at malayrhapsody(at)hotmail(dot)com. It’s as easy as that.

The deadline for submissions is Monday, 8 October. But the sooner you get it in, the better. It gives me more time to savor your fine words!

The jury will decide the winner in mid October. The winner will then receive a signed copy of Tabu. But the best part is that the winning story will be published in Anak Sastra Online Magazine in its October 2012 edition.

So who's up for the challenge? Grab your pen and paper and get started!!!

Sabtu, 25 Ogos 2012

Tulis Tabu




kpd semua yg berminat menulis, sila rapatkan saf sebab aku nak buat pertandingan menulis cerpen sekali lagi....

teruja tak? teruja tak? cummed tak???

kalo dah teruja sampai cum, sila baca syarat2 penyertaan yg teramat mudah spt berikut:

1. cerpen mesti berkisar tentang Taboo. bukan Tebu mahupun Tabu, pelakon Hindi itu. Taboo. kalo tak tau apa tu Taboo, cek Wiki atau google saja!

2. pertandingan cerpen ni dibuka kpd semua yg pandai menulis dalam bahasa inglish. ya, cerpen hendaklah ditulis dlm bahasa Inglish SAHAJA. kalo nak tulis dlm Manglish (Malaysian English) or Singlish (Singapore English) or Indlish (Indon English) pun bole asalkan panel juri paham. ok?

last but  not least....

3. cerpen hendaklah sepanjang 5 ker 5000 patah perkataan. tulislah sekreatif yg mungkin ikut imaginasi terlampau anda sendiri.

dan... cerpen yg telah disiap hendaklah dihantar ke alamat email berikut: malayrhapsody(at)hotmail(dot)com

mudah, bukan?

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Isnin, 8 Oktober. Lagi cepat korang hantar, lagi bagus. sapa menang, akan dapat novel Tabu siap signature dan kata2 azimat dari aku secara free.

yg paling best, cerpen yang menang akan diterbitkan di dalam majalah online Anak Sastra edisi bln October.

So who's up for the challenge? Grab your pen and paper and get started!!!

Sabtu, 18 Ogos 2012

EID MUBARAK.




sempena syawal yg tinggal sehari je lagi nih, aku sepertimana manusia2 yg lain ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

kepada semua ahli keluarga (especially Mak), Kris, Angelina Jolie, Zac Efron, saudara mara, sahabat handai, kenalan, rakan2 di FB, rakan2 bloggers, followers di Twitter, pembaca2 Kougar, Tabu dan semua hasil penulisan aku yg lain, pendengki, pengkhianat, musuh dalam selimut, confused admirers, admirers, stalkers, boyfrens, girlfrens, teman ketawa, teman berduka, teman sekerja di pejabat, teman2 di Fixi, Kak Enon PTS, dan kesemua mereka2 yg penah muncul atau terlibat dlm hidup aku secara langsung ataupun tidak.

SEMOGA LEBARAN INI TIDAK TERUS MELEBARKAN DIAMETER PERUT KITA. AMIN.


kepada Arwah Johar Husin, semoga Ayah terus tenang di sana. You are deeply missed and loved.

by the way, aku terjumpa satu cerpen inglish lama yg aku penah post kat blog wordpress dulu. tajuknya duit raya. so, kalo korang buhsan2 tuh bacalah....

DUIT RAYA

hmmm... dah baca? best tak? ke tak best? ada aku kesah?

Selasa, 14 Ogos 2012

10 fakta lagu raya ikut sukati aku sendiri.





1. lagu raya favorite aku ada 2 je. lagu  Sepasang Kurung Biru dari Khairil Johari Johar and lagu Hari Mulia dari Sheila Majid. yg lain, biasa2 jer...

2. satu2nya lagu raya dr penyanyi kanak2 yg popular adalah lagu Suasana Hari Raya dari Anuar Zain dan Ellina. btw, aku tak kenalpun siapa si Ellina ni? apa jadi dgn dia, ek? mesti dah hijrah dgn bertudung.

3. lagu raya yg aku rasa best kalau di remake kan adalah lagu Kurniaan di Aidilfitri dari kump. Feminin. Nak bagi lagi best kalo lagu tuh feat David Guetta. Pegggh! Mesti meletop.

4. lagu raya yg paling seng2 ubs (sengal2 ubi) adalah dari Jalil Hamid. informatif tapi seng2 ubs. tajuknya Raya. mcm lagu Ayam dia jugak.

5. lagu raya popular di malam raya sudah semestinya lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda dari Mamat Exist. khas utk anak2 yg jauh di perantauan. (teringat zaman2 aku di obersi masa raya dulu. sedih oi!)

6. lagu raya paling monotonous datangnya dari Noor Kumalasari, Pulang Di Hari Raya. sesuai dinyanyikan semula oleh Maya Karin, Liyana Jasmay, ataupun Diana Danielle. Sarimah Ibrahim pun ok. Amy Mastura pun boleh gak lah.

7. lagu Suara Takbir dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah lagu iklan yg paling best so far.

8.  lagu Rap raya yg popular satu ketika dulu adalah lagu dari Kumpulan Nico. nih lagi satu, apa jadik ngan budak2 ni eh? mesti dah jadik bapak2 org...

9. lagu yg paling syahdu utk pasangan yg baru break up, gila talak atau bf/suami yg kerja jauh di tempat orang adalah lagu Pulanglah dari Aisyah. Manakala lagu yg berbaur lucah adalah lagu Suasana Hari Raya dari Ummi Tok Pah. contoh lirik double meaning: Rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali. Sudilah rasa kuihku pilihlah yang mana satu...  ha nampak?

last but not least...

lagu raya yang akan terus popular sampai kiamat sudah semestinya, lagu Selamat Hari Raya dari biduan negara Saloma.

SETUJU??

HAPPY EID MUBARAK!!!

Jumaat, 10 Ogos 2012

apabila yg tak masuk akal jadi yang tak ada akal...

korang tau apa bezanya between PhD  Philosophiae Doctor (Doctor of Philosophy) dgn PhD Perasaan Hasad Dengki?

ataupun beza falsafah dgn falsampah?

ataupun beza tak masuk akal dgn tak ada akal?

ha... kalo nak tau, apa kata korang baca artikel di bawah nih dan fahamkan...

enjoyz!

Penjelasan drp rangkaian buku Popular tentang keputusan mereka untuk tidak menjual novel HILANG dan MURTAD


Risiko Penerbitan Buku Berbahasa Melayu Rendah: POPULAR Tidak Lagi Menjual Buku-Buku Terbitan Fixi


so, korang dah faham ke belum??

okebai!

ps: rezeki ada di mana-mana. semoga syawal yg bakal menjelang memberikan kita lebih keberkatan.

ps2: The haters are motivators. Let them hate.

Ahad, 5 Ogos 2012

kisah sang penulis dan sang Snow White nya...



the diva.

 baru dapat news yg novel ke 3 aku insya Allah akan keluar November ni. working title is MENTAL (tajuk sebenar belom decide lagi). cerpen seterusnya yg akan dibukukan juga akan kuar pada tarikh yg sama, Insya Allah.  tajuknya, BAHLUL vs BEAUTIFUL.

the best part, cerpen Inglish pertama yg dibukukan (kalo di online tuh ada gak satu dua dah publish) plak akan kuar in Dec nanti. tajuknya, ASIAN ANGEL.

ha, teruja tak?????

so, utk meraikan keterujaan anda, apa kata korang tengok lagi pose2 Snow White di bawah. hahahah...



the cuter

the thinker

the poser

the eater

the saviour

the hunter...

the humper

the seducer

the sleeper


ps: tup tap tup tap dah sebulan dah Snow White berada di bawah empayar aku.  comel kan? harap2 dia akan terus comel dan disayangi sampai bila2. amin...

Ahad, 29 Julai 2012

A friend is one who knows you and loves you just the same - Elbert Hubbard

Since 1987, every five years, they agreed, they would return to the same place. They’d sit on the same bench with the same mountains in the background. And, they’d sit in the same order, Wardlaw on the far left, Dickson on the far right, and Rumer, Burney, and Molony in the middle. Molony always holds a jar in his right hand. Rumer has a hat of some sort on his right knee. They all wear serious expressions. (pic courtesy of John Wardlaw)












wow. aku ingat BFF macam nih hanya wujud dalam filem jer... best nye kalo aku n kawan2 aku dapat buat macam nih jugak... anyway, to all of you (you know who you are), even though we're not always together, thank you for being a great friend.

Rabu, 25 Julai 2012

Onoja "Diperkosa hingga Tewas" oleh Lima Istrinya

begitulah tajuk sari berita penting untuk kali ini.



seorang pengusaha kaya Uroko Onoja dari Lagos, Nigeria yang punyai 6 isteri telah tewas (mati) kerana telah  dipaksa utk membuat hubungan seks secara marathon dengan kesemua isterinya atas dasar cemburu.

Pengusaha kaya  itu dilaporkan sedang membuat hubungan seks dengan isteri termudanya ketika kelima-lima isterinya yang lain menyerbu masuk lalu menuntut dan memaksa beliau membuat hubungan seks dengan setiap seorang dari mereka juga, atas alasan mereka juga harus mendapatkan nafkah batin dari suami. Kesemua mereka dilaporkan memegang pisau dan tongkat sebagai senjata.

Onoja hanya sempat melakukan hubungan seks dengan 4 orang isterinya secara berturut-turut, tetapi kemudian "berhenti bernafas" ketika isterinya yang kelima naik ke ranjang.

Isteri ke enamnya kemudian membuat laporan polis dan mengatakan kelima-lima isterinya yang lain itu telah lari ke dalam hutan untuk menyembunyikan diri.

lawak tak berita ni???

ok, nih cerita benar. aku tak tahu lelaki ni Gorilla ke apa sebab ada 6 bini n lima drpd nya dah lari masuk utan. apa2pun, aku doakan semoga roh mendiang dicucuri rahmat oleh Tuhan mendiang.

utk kawan2 yg berangan nak kawin 6 tuh, sila jauh2kan diri anda dari hutan ya. kang ada plak bini2 korang yg lari ke sana.... ahaks!


Sabtu, 21 Julai 2012

kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna...


ko mampu pose macam nih? tak, kan?


kepada semua pembaca Kougar, Tabu, Kopi 3 Rasa, semua buku Fixi, pemfolo setia blog nih, pemfolo setia twitter @malayrhapsody, kenalan di FB, rakan2 siber, rakan2 di alam nyata, stalkers, famili, sedara-mara, pemegang status in relationship with Shaz Johar, famili bakal mertua, pembenci dan pengkhianat, talam dua muka, serta anda yg sedang tertanya-tanya mengapa anda berada di sini...

aku ingin mengucapkan, 

SALAM RAMADHAN 1, 1433 AL MUBARAK.

May the Ramadan bring you peace and prosperity, good health and wealth,and brighten your life forever. Amen.



Selasa, 17 Julai 2012

tips utk jadi penulis.



utk hadek2 yg baru nak blaja jadik penulis, yg sibuk tanya cana aku leh jadik penulis n caner nak menulis... well, aku dapat tips nih masa buat research utk children's author yg bernama Avi. bukan Zee Avi, itu penyanyi. nih Avi lain. kalo nak tau siapa dia n berapa ratus buku dia dah tulis, sila google.

dia kata ada 6 rahsia utk jadi penulis yg baik. cuma ada 6 jer, tak banyak. so korang ingatlah 6 perkara sebelum 6 perkara kat bawah nih.  n kalo korang apply 6 perkara aka rahsia ni dlm cara penulisan korang, nescaya korang akan berjaya utk jadi terbaik or at least one step further utk jadi penulis yg terbaik.

so malas nak citer banyak. apa kata korang baca dan fahamkan...


Six Secrets to Good Writing One: 

1. Read, read, read. Reading is the key to good writing. The more you read, the better the writer you can be. You can never read too much. 

2. Write! It's not written until it's on the paper. Story telling is a great art, but it is not story writing. 

3. Write what you would enjoy reading. You'll have more fun, and it will be better. 

4. Rewrite! No one ever writes anything well the first time. The first draft cannot be the last draft. (I rewrite my work fifty-sixty times—or more). Here's a tip: read your first draft, and if you think it's good, you are in trouble. But, if you read it and you see it's not that good, you are in great shape—to get going. The more you rewrite the better your writing will be. 

5. Write for readers. Maybe you understand what you have written, but the writer's job is to have the reader understand it. Keep in mind: writers don't write writing, they write reading. 

last but not least....

6. Listen. Read your work out loud (pencil in hand) and it will let you hear your own writing. It will almost improve itself. 


FAHAM?

KALO FAHAM, GOOD LUCK!



KALO TAK FAHAM... HMMM... ENTAH. TANYA ORANG KOT?

Sabtu, 14 Julai 2012

Snow White. a week after...

seminggu selepas berada di bawah empayar aku, nampaknya Miss Snow White dah semakin sihat n semakin pandai pose... lihat je cara dia pose depan TV, makan hati tak uolz semua??

my little Kougar.


yg penting, dia takut ngan Dato K. asal nampaknya bayang Dato K, dia lari masuk dlm bilik dia n nyorok bawah futon. oh by the way, dia ada bilik sendiri. ko hado??


ok,  nih ada few pics lagi yg aku sempat pose minggu nih.... sangat persis Snow White and the Huntsman. eh wait, Snow White and Queen Raveena sebenarnya... heheh.


menetek time...

french kiss...

we both cat napping...




gilakan aku? nih lah bahananya kalo takde anak. anak kucing pun bole jadik toys/aksesori.... sian.

oklah, nanti aku upload banyak2 gambar lagik ya!

bye!


ps: Dato K is afraid that I'm turning into a crazy cat lady. LOL!

Selasa, 10 Julai 2012

introducing... Snow White

aku dah start bela kucing sekarang. nama dia mengikut IC, Luna Anggun Johar. Luna bermaksud bulan dlm bahasa latin dan Anggun sebab dia anggun macam aku.

warna dia putih bak bulan yg mengambang. mata dia odd, sebelah biru sebelah hijau n nick name dia, Snow White tapi Dato K panggil dia Spike. aku sendiri tak tau kenapa... maybe dia confuse kucing ngan landak. biarkanlah dia.

aku kidnap dari rumah mak aku sejak 07/07/2012. kesian mcm tak cukup makan. kurus sangat.  aku bukannya suka sangat ngan kucing tapi entahlah aku mcm dah attach plak ngan si Snow White nih. aku  harap dia akan lebih sihat n chantek dibawah jagaan empayar aku. so korang doakan semoga cita2 murni aku nih kesampaian, ya!

btw, nih belaan aku yg keempat selepas pokok kaktus nama Kit yg aku tinggalkan kat Melbourne, 2 ekor ikan puyu nama Max and Ruby yg dua2 commit suicide, melompat keluar dari balang masa aku xde kat rumah n 2 ekor sugar glider bernama Cookie and Nugget yg juga mati kejang dalam sangkar secara tiba2.

kalo yg nih pun arwah jugak, memang lepas nih aku bela hantu raya jer la....

heheh.



Snow White's first pose. still skinny.


ps: do you know that cats love rubbing up to your legs no matter how much cellulite you have?


Sabtu, 7 Julai 2012

calling me sugar....you called me sugar....

jam pukul 3am. masih blom tido, still buat kerja2 research yg entah bila akan siap. sambil2 jari-jemari memetik keyboard, telinga dihidangkan dgn lagu2 dr dlm Blackberry (yg 90% drpdnya aku download dari 4shared).

tetibe bila sampai turn lagu, Glitter in the Air... aku terberhenti kerja kejap. ntahlah, lagu nih dari dulu buat aku jadi stunt. jadik blues. bagi teary eyes kat aku. aku suka lirik dia. aku tanya diri aku sendiri dgn soklan2 yg ada dlm lirik lagu tuh.


Have you ever fed a lover with just your hands?  
Close your eyes and trust it, just trust it 
Have you ever thrown a fist full of glitter in the air?  
Have you ever looked fear in the face and said I just don't care?

Have you ever hated yourself for staring at the phone?  
Your whole life waiting on the ring to prove you're not alone  
Have you ever been touched so gently you had to cry? 
Have you ever invited a stranger to come inside?


oh, well... 

korang penah terasa macam tuh?



P!nk - Glitter in the Air (Live Grammy Awards... by wonderful-life1989


tgk video klip nih. this is the best performance ever from Pink!

Ahad, 1 Julai 2012

membaca itu panas. menulis itu sejuk.

membaca itu panas. ya, ke?

 saja nak beritau korang yg sekarang nih sedang berlangsung pesta buku Selangor 2012 kat SACC (Shah Alam Convention Centre). kalo korang free2 tak ada buat apa tuh, silalah datang. x yah gi booth lain, terus ke booth Fixi Lejen. booth nombor berapa tak hengat lah plak. H02 n H03 kalo x silap. heheh.

alah carik jer lah, kalo susah2 tgk jer info kat bawah nih.

Event Date : 29 June - 9 July 2012
Event Time : 10:00am - 9:00pm
Event Venue : Shah Alam Convention Centre (SACC)
http://www.pestabukuselangor.my/

antara rakan novelis Fixi yg hadir: Adib Zombijaya, Papaking Invasi, n Nadia Kelabu.

anyway, tadi aku datang... saja buat lawatan berkala bagi support kat kengkawan. ada Dayang Noor n Mat Gorn skalik yg tengah promot buku masing2 yg baru keluar, Hilang n Murtad. tahniah!

bersama Dayang, penulis Jerat n Hilang.
bersama Mat Gorn, penulis Murtad.

dlm diam2 sekarung gak lah aku bawak balik. aku dapat semua buku2 Fixi yg aku belom baca (yes, aku x baca semua buku Fixi lagi mcm korang) n akupun dapat sambar antologi cerpen dari Hadi Mohd Noor, Sepucuk Pistol Di Dalam Laci n novel ingrish berjudul Timid dari A.B Hashim.

antara bahan ilmiah yg telah disambar dgn rakus.


 persoalannya sekarang.... bila aku nak habiskan semua buku2 tuh???

hmmm......

menulis itu sejuk. ya lah kot...


ps: kepada semua yg bertanya, insya-Allah by the end of the year aku akan keluar dgn 1 cerpen berjudul Bahlul vs Beautiful n novel ke 3 yg belum ditentukan judul lagi plak perhaps akan kuar next year. working title is MENTAL. korang doakan semuanya sukses, ya!

Selasa, 26 Jun 2012

jalan-jalan terokai perak 2012.



Bday Boi posing di depan Kellie's Castle. Happy birthday!!! Bahu takyah senget sangat.

sempena bday Dato K yg ke 21++ pada June 22 harituh... aku ngan dia dah pakat2 buat segmen Cuti-Cuti Msia kami sendirik. memang mcm tuh pun biasanya kitorang celebrate bday dia. mesti nak keluar dari KL, kalo x jauh, dekat2pun jadiklah. n memandangkan jadual kerja kami agak ketat n cuti AL akupun dah abis, (ditambah plak dgn tahun nih tahun melawat negeri perak) so kali nih destinasi yg kitorg pilih ialah negeri perak sajork!

anyway, percutian kitorg nih dimulakan dari Kuala Kangsar turun ke Ipoh turun ke Batu Gajah ke Gua Tempurung ke Teluk Intan sampailah stop kat Kuala Selangor sebelum terus balik ke KL.

gigih, kan kami???

ha.... aku malas nak citer banyak, apa kata korang tgk jer pic yg aku sempat upload di bawah nih. enjoyz....


destinasi pertama, Istana Kenangan di Kuala Kangsar. Dulu masa kechik2 aku ngan kawan2 aku Tun Teja ngan Tun Fatimah slalu gak main batu seremban kat sini, sambil nyanyi lagu Aku Nak Kahwin Dengan anak Raja dgn harapan ada anak raja masuk meminang. okebai.

Istana Kenangan dari sisi tepi. Ayahanda dan Bonda Sultan marah aku kalo main nenek2 si bongkok tiga kat sini. dia tak kasi aku join2 orang kebanyakan. kasta rendah, katanya. 

dah tgk up close baru aku perasan yg istana nih macam kad board jer. heheh.

singgah Jumaatan di Masjid Ubudiah. Cantik masjid nih.

Dan tidak sah juga jika tidak pekena laksa dan cendol di Kuala Kangsar. org kata sedap, aku rasa biasa je. mcm lebih kurang sama je dgn apa yg ada kat KL. maybe kat kedai tuh laksa dia tak best. maybe lah....
destinasi kedua, Ipoh. takde buat apa2 except makan malam di Pakeeza Restaurant. Makanan northern Indian yg sedap. thanks tuh kawan aku si Lene yg promote tempat nih. Harga berpatutan sajork. kenyangnya sampai ke esok. 


destinasi ketiga, Batu Gajah. melawat Kellie's Castle. org kata istana tinggal nih berhantu. kata oranglah... aku tak jumpa apa pun...


nama pokok nih Bear Tree. nampak tak ada kepala Winnie the Pooh kat pokok tuh?

sebahagian lagi castle yg tak sempat nak siap. sian.

katanya area nih ada org nampak si Kellie nih lepak kat sini malam2. tak taulah apa dia buat. persoalannya, yg nampak dia lepak kat sini mlm2 tuh buat apa plak kat sini?
ya, pose tunjuk betis itu penting yer.... ada nampak mcm pose majalah Italia Vogue tak?

lorong utk ke bawah rumah.

salah satu bilik yg ada dlm istana tuh... sesuai utk pengambaran filem seram kat sini.

dah penat, nih lah hasilnya. cubaan utk pose abang2. taste tak? taste tak?

destinasi berikutnya, seperti merak di bawah gua tempurung....

yg nih plak seperti merak di dalam gua tempurung.... x amik pakej yg masuk2 air sebab malas nak basah2. FYI,  kalo korang nak dtg sini sila bawak baju extra. 

kite teruskan pula perjalanan ke Teluk Intan. jangan betulkan mata anda, menara nih memang condong sedikit sebab tuh namanya Menara Condong. kalo dia terbalik, dah sah2 lah nama dia Menara Terbalik kan??

kemudian kami berdua drive sampai lupa diri dari teluk Intan hingga ke Kuala Selangor utk dinner. nih lah makanan yg sempat aku telan sambil feeling2 mengadap sunset. precious.

ha... itulah saja percutian cuti2 perak yg telah aku adakan pada hujung minggu baru2 nih. aku harap kalian semua terhibur. jika ada sebarang pertanyaan dan komen, bolelah hantarkan di kotak komen di bawah.

sehingga bertemu lagi dlm entry yang akan datang.... ingat tagline saya....


INGAT SAYA, INGAT SENYUM. 

OKEBAI!