Selasa, 26 Jun 2012

jalan-jalan terokai perak 2012.



Bday Boi posing di depan Kellie's Castle. Happy birthday!!! Bahu takyah senget sangat.

sempena bday Dato K yg ke 21++ pada June 22 harituh... aku ngan dia dah pakat2 buat segmen Cuti-Cuti Msia kami sendirik. memang mcm tuh pun biasanya kitorang celebrate bday dia. mesti nak keluar dari KL, kalo x jauh, dekat2pun jadiklah. n memandangkan jadual kerja kami agak ketat n cuti AL akupun dah abis, (ditambah plak dgn tahun nih tahun melawat negeri perak) so kali nih destinasi yg kitorg pilih ialah negeri perak sajork!

anyway, percutian kitorg nih dimulakan dari Kuala Kangsar turun ke Ipoh turun ke Batu Gajah ke Gua Tempurung ke Teluk Intan sampailah stop kat Kuala Selangor sebelum terus balik ke KL.

gigih, kan kami???

ha.... aku malas nak citer banyak, apa kata korang tgk jer pic yg aku sempat upload di bawah nih. enjoyz....


destinasi pertama, Istana Kenangan di Kuala Kangsar. Dulu masa kechik2 aku ngan kawan2 aku Tun Teja ngan Tun Fatimah slalu gak main batu seremban kat sini, sambil nyanyi lagu Aku Nak Kahwin Dengan anak Raja dgn harapan ada anak raja masuk meminang. okebai.

Istana Kenangan dari sisi tepi. Ayahanda dan Bonda Sultan marah aku kalo main nenek2 si bongkok tiga kat sini. dia tak kasi aku join2 orang kebanyakan. kasta rendah, katanya. 

dah tgk up close baru aku perasan yg istana nih macam kad board jer. heheh.

singgah Jumaatan di Masjid Ubudiah. Cantik masjid nih.

Dan tidak sah juga jika tidak pekena laksa dan cendol di Kuala Kangsar. org kata sedap, aku rasa biasa je. mcm lebih kurang sama je dgn apa yg ada kat KL. maybe kat kedai tuh laksa dia tak best. maybe lah....
destinasi kedua, Ipoh. takde buat apa2 except makan malam di Pakeeza Restaurant. Makanan northern Indian yg sedap. thanks tuh kawan aku si Lene yg promote tempat nih. Harga berpatutan sajork. kenyangnya sampai ke esok. 


destinasi ketiga, Batu Gajah. melawat Kellie's Castle. org kata istana tinggal nih berhantu. kata oranglah... aku tak jumpa apa pun...


nama pokok nih Bear Tree. nampak tak ada kepala Winnie the Pooh kat pokok tuh?

sebahagian lagi castle yg tak sempat nak siap. sian.

katanya area nih ada org nampak si Kellie nih lepak kat sini malam2. tak taulah apa dia buat. persoalannya, yg nampak dia lepak kat sini mlm2 tuh buat apa plak kat sini?
ya, pose tunjuk betis itu penting yer.... ada nampak mcm pose majalah Italia Vogue tak?

lorong utk ke bawah rumah.

salah satu bilik yg ada dlm istana tuh... sesuai utk pengambaran filem seram kat sini.

dah penat, nih lah hasilnya. cubaan utk pose abang2. taste tak? taste tak?

destinasi berikutnya, seperti merak di bawah gua tempurung....

yg nih plak seperti merak di dalam gua tempurung.... x amik pakej yg masuk2 air sebab malas nak basah2. FYI,  kalo korang nak dtg sini sila bawak baju extra. 

kite teruskan pula perjalanan ke Teluk Intan. jangan betulkan mata anda, menara nih memang condong sedikit sebab tuh namanya Menara Condong. kalo dia terbalik, dah sah2 lah nama dia Menara Terbalik kan??

kemudian kami berdua drive sampai lupa diri dari teluk Intan hingga ke Kuala Selangor utk dinner. nih lah makanan yg sempat aku telan sambil feeling2 mengadap sunset. precious.

ha... itulah saja percutian cuti2 perak yg telah aku adakan pada hujung minggu baru2 nih. aku harap kalian semua terhibur. jika ada sebarang pertanyaan dan komen, bolelah hantarkan di kotak komen di bawah.

sehingga bertemu lagi dlm entry yang akan datang.... ingat tagline saya....


INGAT SAYA, INGAT SENYUM. 

OKEBAI!

Jumaat, 22 Jun 2012

KOPI THE DVD.

ok, nih ada pengumuman yg ingin dibuat.

kepada sesiapa yg free pada Ahad June 24 nanti, silalah hadir ke The Annexe, CM utk menyaksikan tayangan 8 filem pendek (filpen) yang dicedok dari cerpen2 yg termuat dlm buku antologi KOPI.  *by the way, buku nih sudahpun habis dijual. harap maklum.

Antara filpen yg akan ditayangkan adalah spt berikut:

1. KOPI 3 RASA
(Pengarah: Nazri M Annuar. Cerpen Asal: Shaz Johar yakni Aku.)

2. KOPI & DIA
(Pengarah: Fikri Jermadi. Cerpen Asal: Syaihan Syafiq)

3. LUWAK & KRETEK
(Pengarah: Aidil Rusli. Cerpen Asal: Ridhwan Saidi)

4. KOPI, DONAT & BAYANGAN GADIS BERAMBUT HIJAU
(Pengarah: Bebbra Mailin. Cerpen Asal: Adib Zaini)

5. CINTA KOPI
(Pengarah: Sheryl Chong. Cerpen Asal: Gina Yap Lai Yoong)

6. KOPI JULIA
(Pengarah: Tan Bee Thiam. Cerpen Asal: Faizal Sulaiman)

7. KOPI JANTAN KAW
(Pengarah & Cerpen Asal: Nik Adam Ahmad)

8. KOPI PERCIK
(Pengarah: Azizulhakim Salleh. Cerpen Asal: Amal Hamsan).

tayangan akan bermula pada pukul 4 petang n masuk adalah percuma. korang yg hadir bakal menjadi manusia2 yg bertuah kerana inilah kali pertama kesemua filpen2 itu ditayangkan dlm satu event yg sama. n selepas tayangan kita akan adakan pula sesi bincang dengan kebanyakan pengarah. apa yg nak dibincangkan tuh aku x berapa sure lah plak. korang tunggu dan lihat jer lah, ok?





info untuk tayangan penuh KOPI THE DVD, ada DI SINI.

just FYI, acara ni adalah sebahagian daripada KL ALTERNATIVE BOOKFEST - ART FOR GRABS. maklumat lanjut tentang event tuh ada DI SINI. so sambil tgk2 dvd, tgk wajah anggun aku dr setiap sudut, korang bolelah jugak membeli-belah segala barangan yg dijual, kan?




oklah, x yah citer panjang2 lagi... kita jumpa saja di sana. insya-Allah.

Selasa, 19 Jun 2012

to you....







it’s so great to find that one special person you want to annoy for the rest of your life.

happy 9th anniversary.

congrats.

Jumaat, 15 Jun 2012

start where you are.





aku dapat pic nih dari dlm FB. ntahlah dari page siapa so aku share.

pada aku pic nih bagi 1001 makna tentang life aku. apa yg aku dah achieved sepanjang hari aku diberi nyawa oleh Tuhan? apa yg aku dah buat selama tuh? or yg belum buat lagi? or yg akan dibuat? or yg aku tak nak buat langsung? or yg aku malu2 nak buat? or semuanya aku buat2 tak tahu jer? apakah???

so far, aku x tau. takde jawapan.

so aku rasa aku nak print n tampalkan kat dlm bilik n kat ofis. biar aku nampak hari2.biar aku tau apa yg aku buat tuh betul....

kan? kan? kan?


ps: rasa macam dah 11 tahun aku tak update blog. Entahlah, aku pun tak tau kenapa. Nak kata aku busy, dulupun busy gak tapi ada je masa. Maybe aku dah tau nak tulis apa lagi. Maybe aku dah bosan ngan blogspot nih. Or maybe tak ada apa2 yg interesting utk ditulis.Anyway guys, aku x kan berputus asa. I’m going to do my best to keep my blog updated… so korang doa2kanlah ada citer2 yg interesting lagi dlm hidup aku nanti2, ok?

Rabu, 6 Jun 2012

kisah si Tinkerbell.



sari berita sedih.

spt biasalah aku terbaca citer lawak berunsur simpati nih kat Daily Mail. katanya, ada sorg budak pompuan nih yg dilarang masuk ke Disney World, Orlando, Florida sebab dia pakai costume Tinkerbell.

alasan pihak Disney, dorang x nak pengunjung lain confuse dgn budak nih sbb nnt dorang ingat budak nih mascot ke wakil Disney ke apa kat situ, kan... (manalah tau, kang pengunjung lain sibuk2 mintak autograf n amik gambar ko pastuh ko buat muke kewat, x ker Disney jugak yg dapat komplen?)

sudahnya, Disney kata kat budak pompuan nih, kalo nak masuk jugak, dia kena tukar baju atau cover ngan baju lain.

budak nih sentap! dia kata mekap dia jer dah amik 2 jam, set rambut tambah lagi sejam, glitter sembur satu badan lagi, nail polish lagi, last2 kene denied entry plak. plak tuh, dia buat semua tuh utk BF dia. kununnya nak kasi something spesial sempena kali pertama BF dia tuh jejakkan kaki kat situ. heheheh.

yg best, BF diapun gigih jugak pakai costume Peter Pan katanya. hallah hallah hallah. cinta mati sangatlah korang nih...

nih antara gambar budak tuh nangis2....





hahaha. lawaklah ko nih, Dik. lain kali buat survey dulu. tanya org yg lebih berpengalaman. apa2pun, sabar yer Dik yer... lenkali cuba lagi, ok?


Isnin, 28 Mei 2012

ada benda yg ko tak perlu nak like sangat!


siapa yg follow a/c twitter or FB aku taulah yg last Saturday, aku and beberapa org family member yg ada dlm kereta abang ipar aku telah menemui kecelakaan.

kami waktu tuh dlm perjalanan ke kampung. ada kenduri kahwin cousin n kebetulan haritu memang aku tak sihat (sewaktu blog nih ditulis aku still makan ubat yg mcm2 doktor bagi). so sepanjang perjalanan, aku lebih banyak membuta dan mamai2.

sampai kat satu kampung, tetibe kereta yg abang ipar aku pandu dah melanggar lembu yg nak commit suicide. aku x tau kenapa lembu tuh bole muncul tetibe plak dr dlm semak kat situ. maybe dia kechewa sebab kekasih dia dah dijadikan rondang. maklumlah, musim kenduri kahwin.

lembu tuh terpelanting tgh jalan n yg penting, hidup. aku rasa dia cuma patah kaki jer sebab dia terhinjut-hinjut n blah tanpa meminta maaf. kereta abang ipar aku plak dah rupa kereta potong lepas tuh. sian. cuba korang bayangkan kalo kereta kancil ke viva ke atau motor yg langgar lembu tuh, sah2 org tuh tak jadi pulang ke kampung akan tetapi pulang ke rahmatulah, kan? coi!!!!!

keadaan kereta selepas kejadian.
mangsa yg sempat melarikan diri sebelum digulai

sudahnya, aku pun postlah pic kereta yg dah tak rupa kereta tuh kat FB. masing2 yg nampak pic tuh terus like tanpa segan silu. aku blur kejap ngan kawan2 aku kat dlm FB nih. aku post aku demam pun dorang like, aku post aku accident pun dorang like. esok lusa, kalo aku post aku sakit masuk spital dah nazak pun aku rasa dorang like jugak. silap2 kalo aku post kata, "aku dlm kubur nih, baru kene pukul ngan malaikat tadi, sakit sangat..." pun dorang like jugak. haish!

aku x taulah apa masalah aku kat dorang. banyak kot dosa aku kat dorang agaknya, sampai dorang like kecelakaan yg menimpa aku sebegitu skalik?

hmmm....


Jumaat, 25 Mei 2012

and the winner is...


Hmmm… by the time aku tulis entry nih, semua orag dah tau yg Phillip Phillips dah menang American Idol utk season yg ke 11 nih, kan? Actually, walaupun org sibuk2 kata Jessica Sanchez or Joshua Ledet (serius aku rimas dgn mamat nih jerit2) yg bole pergi final tapi dari awal2 lagi aku dah agak yg dia nih akan menang.

Sebabnya,

1. dia nih tak penah langsung jatuh ke bottom three. So, fan dia ramai yg sudi vote.

2. dia lelaki chumel. Kechumelan dia aku rasa, memang layak buat wanita, lelaki yg berpakaian wanita n lelaki yg berpakaian lelaki tetapi mirip2 wanita, merembes.

3. suara dia fresh. Suara yg budak2 skang nak dengar. (Budak2 mcm aku yg dah agak rimas dengar lagu2 menjerit nih).

Tapi Jessica Sanchez juga ada pakej yg cukup lengkap. Muda, cantik, n berbakat cuma rezeki je takde kat dia. Lagipun, cara nyanyian dia very the 90s. Mat saleh dah tak layan dah style lagu2 Whitney or old Mariah atau Mary J tuh semua. Lagu2 mcm yg dia suka bawak tuh boleh popular kat Asia jer sebab Asians memang suke dengan lagu yg menjerit2 nih…lagi pecah anak tekak tuh lagi orang Asia suka. Power voice, katanya.

Apa2pun aku harap Tommy Mottola yg katanya akan buat album dia akan bagi dia lagu2 yg fresh. Yg penuh dgn killer songs n vocal yg mantap.



Grand finale 2 jam tadi memang best. Pada aku, performance yg tak boleh blah, adalah between Joshua n Fantasia yg aku rasa dah persis berada di gereja kat New Orleans. ex-Idol si Ace Young yg propose Diana DeGarmo pun agak mcm tak perlu. N tribute pun hanya dibuat khas utk Bee Gees je sempena Robin Gibb yg meninggal baru2 nih. Donna Summer takde ok. sedih.

Oh ya, a must-watch performance adalah between Jennifer Holliday and Jessica Sanchez yg nyanyi lagu And I Am Telling You I'm Not Going. Kudos to Jen Holliday. she still can belt her lungs out after 30++ years of playing Efie White on stage. What a true screamer.

dan sepanjang 11 thn American Idol ditayangkan di TV, aku bole katakan these 2 are my favorite finalists. Again, congrats to both.


Ps: aku sukalah dengar lagu baru si Phillip Phillips nih. sangat layan eh muzik dia…

Jumaat, 18 Mei 2012

i'm back, b1tch3s!









kembali kepada rutin biasa setelah lebih 3 minggu bercuti... kerja and cover balik duit yg dah banyak habis.

wouldn't it wonderful if i could turn back time?


ps: last dance to Ms. Donna Summer. RIP.

Selasa, 15 Mei 2012

anak dagang di rantau orang (finale)

hari nih merupakan hari terakhir aku berada di Florida. esok, pagi2 dah bangun utk flight terbang ke JFK sebelum catch another flight back to KL (via London and Kuwait). sekejap jer rasanya. malas betul aku nak mengadap balik ofis yg dah 3 minggu lebih aku tinggalkan tuh. umah aku pun ntah caner la rupanya agaknya. mesti pokok2 aku semua dah kering n mati, kan? sian.

anyway, aku akan berada jauh dari online lepas nih (lebih kurang 35 jam, kot?), so ini bermakna tiada twitter or FB updates selagi aku x sampai ke destinasi. utk mengubat kerinduan korang, apakata korang layan random pics yg sempat aku amik di hari2 terakhir aku berada kat sini dulu...

enjoyz!


posing depan burung egret (spesis bangau) yg mmg takde in KL. aku sgt dengki dgn leher dia yg jinjang itu.
Ybor City. mlm2 tempat nih jadik clubbing area mcm Changkat. aku lepak dinner kat Hamburger Mary's sambil tgk drag show.
minuman feveret dari McD, Cherry Berry Chiller. rasanya sgt sedap walaupun namanya iras2 diarrhea. harga cuma USD1.60 utk small cup. dah jual kat Msia ke belom, ek?
posing bersama replika misai Salvador Dali di luar Salvador Dali Museum. korang kenal tak siapa Dali nih? kalo x kenal, google saja!
gambar candid persis Us Weekly magazine waktu aku n Kris jalan2 kat St. Pete beach.
Madison tanya, "is that Uncle Kris and Juan (my American name) on the magazine? LOL. well, nampak sgt muke aku sebijik mcm Justin Bieber, kan?
signing Tabu utk Masita, Singaporean American reader kat sini...
tengok citer The Avengers kat wayang drive-in. siapa nak feeling2 kene gigit nyamuk, silalah bukak tingkap kereta anda. kalo tak, tune in jer kat local radio dlm keta tuh utk dapatkan audio. harga tiket just usd5 utk 2 movies. murah, kan?


 

terjumpa kedai utk org dewasa kat sini. masuk n beli dildo XXXL utk buat hiasan kat dinding. hahah. oke aku tipu. x beli apa2pun. oke aku tipu lagi. hahah.




stretch hummer parking depan shopping mall. ko ada?

redbox kat sini bukan tempat karaoke tapi adalah company yg sediakan vending machine utk rent dvd original. usd1 utk sehari. kalo kat KL buat macam nih mesti laku...
Madison n Riley. i'm gonna miss these 2 girls.

dah lah tuh. cukuplah eh. malas plak nak upload banyak2, nanti aku sedih.

bye! see u guys in KL!



ps: to the Williamsons, thanks for the hospitality. luv u guys so much n see you again in a year or two, insya-Allah (god willing).

Sabtu, 12 Mei 2012

10 sambutan Hari Ibu yang cam haram.

utk sesapa yg rasa sambutan Hari Ibu itu haram...

1. kalo ko celebrate hari ibu sambil minum2 wine ngan mak ko memanglah haram benda tuh...

2. kalo ko celebrate hari ibu ngan mak ko kat gereja lepas tuh semayang sama2 kpd Jesus kerana memanjangkan usia mak ko, itupun haram ya!

3. kalo ko celebrate hari ibu ngan mak ko tp ko sibuk main twitter/FB sebab nak tau apa lagi yg haram dr page Ustaz Azhar Idrus, yg tuh makruh jer kot?

4. kalo ko celebrate hari ibu ngan mak ko kat kelab dangdut pastuh ko suruh mak ko poco2 sambil pakai tutu... yg tuh haram gak. rasanyalah! tanya Rais Yatim for more info.

5. kalo ko celebrate hari ibu ngan mak ko siap ada suckling pig atas meja, yg nih haram yer. walaupun sucking pig tuh ko buat masak assam pedas n cicah sambal belacan. tetap hukumnya haram.

6. kalo ko celebrate hari ibu ngan mak ko kat kubur keramat sambil buat pemujaan haram... yg tuh sah2 haram! hahah!

7. kalo ko celebrate hari ibu ngan mak ko ngan sepak terajang... yg tuh ngan ko2 haram jadah!

8. kalo ko celebrate hari ibu ngan mak ko berdua2an dlm keadaan yg mencurigakan di bilik hotel.... yg tuh motif sangatlah... kau nih kenapa??

9. kalo ko celebrate hari ibu ngan mak ko dengan cara tinggalkan dia kat tepi jalan lepas dah bagi dia makan kenyang2, yg tuh memanglah ko nih spesis anak haram...

last but not least....

10. kalo ko celebrate hari ibu ngan mak ko hari2 sampai x jadik buat kerja lain yg tuh pun haram. sampai nak gi kerjapun malas, yg tuh haram di mata semua. ha, setuju tak?

so biar ada satu date yg bole buat mak kita rasa spesel. biar dia ingat, oh... harituh si baby shaz buat bende2 nih, bertuah ada anak mcm dia. tak sia2 ayah dia tak pakai sarung dulu... eh?

pada aku, sambutan tuh maksudnya kita buat something special dr kebiasaan. bukan setakat call atau jumpa2 kejap pastuh blah. biar ada satu tarikh, tak kiralah tarikh apapun asalkan tarikh tuh tinggalkan kenangan yg best kat dia n diri kita.

yg penting skalik nawaitu sambutan tuh macam mana. walaupun ko tuh anak haram (aka anak luar nikah) tapi kalo ko celebrate ikut cara Islam mcm ko jumpa mak ko, belanja dia makan, mintak maaf kat dia atas segala dosa2 yg dah ko buat, bagi dia duit, cium pipi n kaki dia lepas tuh solat sesama n doa kat Allah semoga pintu rezeki ko sentiasa dibuka utk ko bahagiakan dia dunia dan akhirat, insya-Allah yg tuh halal.

dok gitu?


ps: kepada Jaharah Yusof,  Selamat Hari Ibu. You have done so many remarkable things that I am so proud of you for doing.Thanks for being a great mother.

Khamis, 10 Mei 2012

anak dagang di rantau orang (part 4)

kembali bersiaran di bumi Florida...

spt yg dah aku plan sejak kat KL lagi, akhirnya aku berjaya jugak menjejakkan kaki kat Universal Studios Orlando. actually, aku dah singgah dah sini beberapa tahun yg lampau tp masa tuh xder Harry Potter theme park (wizarding world of harry potter). so this time aku nak visit park tuh jer... heheh...

tempat tuh ramai org walaupun aku g hari selasa. U dah start spring break kot kat sini, thats why penuh. anyway, sini ada few pics yg aku nak share ngan korang semua. aku harap korang puaslah tgk pics nih yer....


the adventure begins (yg penting muke still fresh masa nih)


one of the cute shop kat Seuss Landing
antara park yg ada di dlm

Kris and I at Wizarding World of Harry Potter. muke kami dah penat sket dah. ahaks!

pose depan train sementar menunggu Potter and the gang. dulu kitorg slalu gi sekolah sama2.

minuman enak di waktu panas. Butterbeer.

apa bendalah yg ada dijual kat dalam nih....

org2 yg tgh beratur nak beli wand. usd34 utk sebatang kayu yg bole buat tunjuk mengaji jer. perlu?
Hogwarts Castle!!!! dlm nih ada 4D ride. ko berterbangan dgn Harry Potter. sgt best!
. 
kualiti pic tidak memuaskan sebab suasana dlm castle nih  agak gelap. nih lah dia frame2 gambar yg boleh bercakap itu...

Sorting Hat. dia nihpun nak bercakap dgn ko jugak...

nih rumah Rubeus Hagrid. kenal x? kalo x kenal siapa dia, sila google.
Jurassic Park. main game2 air utk membasahkan diri yg kepanasan...

akupun x tau kenapa aku nak pose kat sini....

fossil katanya....

nih namanya masuk mulut gelongsor, kuar mulut dinasour.

aku memang suka main panjat2 dlm jaring... ya, aku memang kinky!

ok yg nih plak area Toon Lagoon. game air2 lagi. sila bawak baju ujan kalo x nak kuyup mcm aku...

nih kalo Bik Mah tau ada bom sebesar nih, dia mesti nak!

heheh, aku suke pose kunun2 terbang mcm nih, padahal pic nih aku rotate jer...



membaham burgers sebab lapar!!!!

heheh, sebelum balik. tak sah kalo x amik gambar depan benda alah nih...


ha, cukup? nak lagik? ada beratus lagi nih... nak?



ps: btw, baru dapat berita hairstylist Vidal Sassoon meninggal harinih. RIP Vidal Sassoon. Now who's going to bob my hair?