Rabu, 13 Mei 2009

sapa lah yang tag aku nih...

ada jejaka super duper hot (katanya) tag aku plak.
nak x nak layan jer lah....
kang x layan, sentap!

soalan ketama. anda rasa anda hot?
jawapan. tidak. saya anggun. reti?

soalan kedua. upload gambar kegemaran anda.
jawapan.

soalan ketiga. mengapa anda suka gambar ini?
jawapan. suke sebab banyak2 pondan yg aku penah kenal, pondan yg aku tak kenal nih la yg paling berani mati. tahniah!

soalan keempat. kali terakhir anda makan pizza?
jawapan. soalan x mencabar. lunch dua ari lepas. buat sendiri oke!!

soalan kelima. lagu terakhir anda dengar?
jawapan. Oet2an, Singgah Kawun, n Pacok Goang. lagu rehearsal gamelan cirebon tadi. ahad ni perform kat indonesian consulate. wish me luck eh!

soalan keenam. apa yang anda buat selain selesaikan tagged ini?
jawapan. menatap wajah sendiri di cermin sambil memuji keindahan ciptaan tuhan.

soalan ketujuh. selain nama sendiri, anda juga suka dipanggil dengan nama?
jawapan. nama bukan sendiri spt hey male supermodel of the year!! ataupun anggun nyer lah ko nih shaz johar oi!! ataupun oi makhluk tuhan paling seksi!! kire camtuh la....

soalan kelapan. Tagged lagi 6 orang!
jawapan. cam malas. byk yg aku tag bukan nak jawab pun....

soalan2 seterusnyer tidak dpt dipenuhi kerana tidak relevan utk dijawab.

ps: jejaka anggun meninggalkan dewan peperiksaan dgn hati yg bangga.
(walaupun kertas jawapannya kosong dan tulis bismillahirahmanirrahim dgn alasan pemeriksa tu kalo org melayu bg markah kesian. haha!)

Selasa, 12 Mei 2009

bila jessica simpson bersuara



dulu dia kata tuna (chicken of the sea) tuh ayam...
skang killerwhale tuh jerung plak....

hmm... nih statement buduh ker manja?

Isnin, 11 Mei 2009

bila ibu dan anak monyet berbual



double click kalo x jelas...

cabaran the blog squad yoyooh minggu kedua

aku baru terbaca mesej kat yoyooh.com tentang cabaran minggu kedua hari ini.
Tak serik2 mencabar aku.

Hmmm… katanya aku dicabar untuk menerangkan blog yg paling aku gemari
dan kenapa aku paling gemari blog yg aku paling gemari tuh
dan apa yg aku belajar dr blog yg aku paling gemari tuh.
Banyaknya paling gemari.

Dan yg kedua, diorang nak aku komen pasal blogger yg syok sendiri.
Sian.
Aku tak berapa reti nak komen tang ni sebab ramai orang yg syok kat aku dalam diam.
eh, nih statement syok sendiri lah ni kan?
anyway, diorg nak tahu apa yg perlu aku buat untuk mengelak dr digelar blogger simbol seks.
Eh bukan. Blogger syok sendiri nih.

Sila hurai dlm 100 patah perkataan. Oke tipu. Tuh aku yg memandai tambah.


Okelah, seperti biasalah nak dengar citer aku, adik2 amik tempat masing2 dulu.
Rapatkan saf yer.
Cik me jangan degil. berhenti melukis, letak charcoal tuh dulu.
Nak dengar citer tak?

citernyer bermula begini…

**Tetibe kamera fokus kat langit utk menayangkan flashback.



Blog yang aku paling gemari setakat ni cuma ada dua.
Yang ketama ialah blog vidadarisakura (cik vivi aku promo blog nkau bah!).
Meh aku citer kenapa aku suke baca blog nih.

aku nih periang orangnye.
bukan riang-riang itu serangga. periang.
dan blog yg ketama nih aku suke baca
sebab entry nyer mcm main game polis entry.
suke buat aku keletihan ketawa.
Gusi aku pun tak kering
so para datuk2 dan nenek2 yg memakai gusi palsu
ataupun sesiapa yg menghadapi masalah gusi kering,
rajin2lah baca blog nih.
Insya allah, berkesan.
Kalo x berkesan, pakai bonjela pun oke.

Selain tuh ayat dia memang sempoi dan selamba.
isinya pun ringkas dan menarik
itu yg buat aku teruja nak tunggu apa entry baru dia setiap hari.
usually, blogger nih cuma letak ayat-ayat dan story yg pendek tapi tebal.
Eh silap. Tapi ringkas.
Makanya itu membuatkan masa aku tak dibuang ketika membacanya kan?

Apa yg aku belajar dr blog nih? Ada tiga.

Ketama, aku blaja ketawa dari pankreas kalo perut dah senak.
Kedua, aku blaja ilmu mempertahankan diri. oke tipu.
Ketiga, aku blaja buat lawak dgn lebih selamba dan bermanfaat.



Blog yang kedua yg aku gemari ialah aku ->pelukis<- (cik me! Promo kire markah kene lebih nih!) pasal aku minat lukisan ngan fotography.
Lebih2 lagi lukisan ala2 andy Warhol.
Tp so far xder plak lukisan camtuh dlm blog dia.
Foto yg di snap pun menarik.
Ada satu foto aku dah curik.
Foto gambar kucing sebab aku rasa kucing tuh anggun cam aku.



So apa yg aku blaja dari blog yg nih plak?

Aku blaja caner nak melukis dgn baik.
Haha!! Buhung. Aku mana tau lukis.
Aku blaja apa ek?
Oh, amik gambar kot?
Kamera pula dah hilang!!!!
Entahla so far aku x blaja apa…
Aku suke jer layan blog dia.
Sebab foto n lukisan yg menarik tuh jer lah…
cik me lenkali ajar eh?

haha!!
dah panjang gile dah entry aku kali nih.
Dah macam hikayat merong mahawangsa dah panjangyer.
Aku sendiri x suke baca entry panjang2 dr blog org lain.
Sebab aku rasa cam syok sendiri la plak kan?

citer pasal syok sendiri nih....
aku tak kisah actually kalo aku dilabel sbg blogger yg syok sendiri
sebab kalo aku nak tunggu org lain yg syok ngan blog aku
mahu sampai ke mati lah aku nunggu eh dek non.
Walaubagaimanapun, aku menerima sebarang teguran n komen yg constructive.
Bukan construction, constructive.
Awek constructions ada dlm blog nih: video lawak malam ini
Sebab dr teguran dan komen2 yg sebegitu
Aku dpt belajar dan meningkatkan lagi diri ini
Untuk menjadi blogger yg lebih matang dan sempurna.
Amin.

Ahad, 10 Mei 2009

star trek 2009



hatiku tak gembira sehari dua nih.
so bila dah tak gembira aku mule buat kerja gila.
kerja gila yg ketama,
aku gi layan movie kat cinema sorang2.

aku tgk citer star trek.
hatiku tak pernah tertarik pun
nak tgk citer nih kat TV dulu
tapi entah kenapa bila hari2 disogokkan dgn trailer kat TV
aku rasa cam why not aku layan jer kan?
lagipun aku tengah sentap
so sejuklah sikit bila menatap muke Sylar (Zachary Quinto)
ngan mamat Chris Pine nih.

**kalo aku rasa dia letak muke pian cecupak ker mawi ker x kuasa aku nak tgk kot?

anyway,
aku x tau nak review caner
sebab jiwa tgh kaco sikit kan
lagipun aku bukan adam arjuna
(sekali lagi gue sebut nama lho!)

in short, aku bagi B lah out of Z
sebab aku rasa citer nih menarik
jln citer dia pun kemas
so pada sesiapa yg tgh kesentapan
n x tau nak buat apa
layan jer lah citer nih ek?
pasti terhibur!



ps: pic di atas merupakan pic barisan pelakon baru yg menggantikan pelakon asal.

Sabtu, 9 Mei 2009

mama aku ingin pulang

ini gambar kawin mak ngan ayah aku.
memang tak clear so jangan betulkan mata anda.
betulkan anda.

aku saja letak sebab aku teringat kat dia di hari ibu ini.
malas nak citer panjanglah nanti aku sedih.
nanti raya kita jumpa eh, mak?
insya allah...



ini pulak gambar anak buah aku kat KL.
yg si kecik tuh namanya raudhah
hari2 suka gaduh ngan mak aku tuh.
asal aku call jer mintak basikal baru.
macam aku nih tokey beskal.
yang besar tuh pulak namanya eera.
asik lah nak suruh betulkan bahasa inggeris dia
nak tahu kenapa?



sebab budak dua orang ni lah.
ini anak buah aku kat US
yg baby nama riley.
kakaknya nama madison.
degil2 gak budak bertuah dua ekor nih
dengan aku jer yang dia takut
sebab aku uncle yang garang...



so kalo eera n raudah bertemu riley n madison
jadilah begini kaedahnyer!!
ahaks!




to all of ma sis yg melahirkan baby2 comel nih....
happy mother's day guys...
hope korang dianugerahkan dgn title ibu mithali satu hari nanti!

Jumaat, 8 Mei 2009

video lawak malam ini

aku jumpa video nih masa sibuk baca blog kengkawan.
aku ketawa tak henti-henti
sampai nangis...
teman aku ckp jgn ketawakan org, tak baik.
aku ckp, aku bukan ketawakan orang
aku ketawakan troll.
jahat x aku?
kalo nak tau troll tuh apa,
enjoy video di bawah.


Khamis, 7 Mei 2009

bye allison...



aku baru lepas tgk American Idol tadi.
seperti yg aku dah ckp dlm blog yg lepas2 kan
si Allison Iraheta tuh kluar juga
meninggalkan top 3 - Kris Allen, Danny Gokey, n Adam Lambert akhirnya.

first time dlm sejarah AI top three dirangkul oleh peserta lelaki.
congrats guys!

harapan aku biar Danny Gokey kuar next week
dia tu suara ada tp cam pepoyo la...
tp aku tahu dia ada tanda2 bakal jadi juara
lepas Adam terkebottom two last week...

ish. bladi hel!

Rabu, 6 Mei 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu pertama



hehe. tajuk kat atas kenkadang buat aku tersengih sendirian.
berani mati mencabar jejaka anggun eh?
siapalah yg mencabar aku tuh?
tak tahu ke aku nih dulu pemantun terbaik peringkat wilayah persekutuan?
ahaks!

Photobucket

dua tiga hari lepas aku terpilih utk menyahut
satu cabaran dari pihak yoyooh
bukan cabaran Tariking
ataupun Cabaran minggu pertama pelajar AF
nih cabaran yg dipanggil cabaran the blog squad yoyooh
takut x?
takut?

cabaran nih memaksa aku utk bercerita tentang salahsilah dan liku liku hidup
yang pernah aku tempuhi sepanjang aku mengenali dunia blogging nih.
lebih kurang macam nak tahu
bagaimana aku boleh terjerat untuk menulis entry dlm blog
dan juga tentang bagaimana blog nih kadang2 bole menyesatkan aku dlm
dunia khayalan aku sendiri lah kan...

so oke, adik2 semua dah sedia nak dengar citer?
duduk duduk... rapatkan saf...
cik shaz nak citer nih.
en. me mulut tutup nanti masuk lalat!
(cik me mesti baca entry cik shaz kan?)

memula skali tajuk blog.
ramai gak follower/reader aku yg bertanya
kenapa jejaka anggun?
kenapa tak jejak chumel (setuju)?
atau jejaka hensem (setuju gak)?

jawapan demokrasi aku
sebab jejaka chumel ngan hensem dah ramai org tapau
so aku pilih anggun jer la.
lagipun aku ngan anggun c sasmi sedara.
tuh jawapan berbentuk demokrasi
kalo jawapan berbentuk sarcastic
berbunyi begini: sebab aku punye suke, kot?
ahaks!

pastuh ada lagi mulut nak bertanya
bila ko start blogging nih?
ngaji x nak, baca buku x nak
semayang jauh sekali
tapi blogging cukuplah pandai....

aku jawab blog nih aku mula tulis
pada hari Rabu bersamaan 11 Februari 2009 (baca seperti penyimpan mohor besar)
tajuk blog pertama aku ialah salam permulaan (klik here)
masa tuh aku memang busan giler
n ada hamba allah yang baca blog lama aku = jejaka anggun malaya (klik here)
minta aku tulis blog tentang diri sendiri
sebab blog jejaka anggun malaya nih aku tujukan khas untuk entertainment news & commentary jer.
aku mule2 malas gak nak citer pasal diri sendiri
sebab aku nih jenis low profile
merendah diri so malas nak citer lebih pasal kehebatan diri sendiri
tapi kawan aku tuh kata,
kalo nak org lebih dekat dengan tulisan kita
baik kita tulis pasal diri sendiri
sebab tuh yg lebih ikhlas dan benar.
aku diam. 2 minit kemudian aku terus setuju
maka terhasil lah blog yg tidak seberapa nih.
kalo x kerana dia maybe blog nih takde sampai sekarang
so tahniahlah pada hamba allah itu
yg berjaya menyesatkan akidah aku.

ada plak yg skema sikit tanya lagi tuh,
apa kategori blog ko nih?
18SX aku x leh baca. aku belum akil baligh.

aku jawab dgn tenang,
walaupun mak aku dr negeri sembilan darul khusus
ingin aku tekankan bahawa
blog aku nih takder kategori yg khusus.
(ada kene mengena x?)
so segala citer n bahasa rojak-pasembur-kuah kacang-lebih
mangga-ngan-timun-tak mo pun aku letak.

tapi aku cube jugalah mengetengahkan bahasa ibunda aku sendiri
dlm entry yg aku tulis.
sebab sebelum ni aku ada jugak blog lama aku kat myspace
aku guna 100% bahasa english
tapi sambutan terhadap blog tuh dingin n entry nyer terlalu personal
so aku tamatkan jer lah riwayatnya.
lagi satu, aku kira kalo aku yg tak usahakan menaik taraf bahasa aku sendiri
siapa lagi ek?
tak kan nak suruh bangsa asing?

pengaju soalan kemudiannya terkesima.
mungkin terpegun dengan jawapan aku.
mungkin juga leka dengan muke aku yang anggun
atau mungkin rimas panjang sgt dah aku berceloteh.
so aku berenti kat sini jer lah dulu ek?
lain jawapan bakal timbul di cabaran
soalan untuk minggu kedua.
till then,
au revoir n assalamualaikum.....



oke tak ngan jawapan cabaran nih?
tak oke, aku tulis baru....
hahaha...

Selasa, 5 Mei 2009

blog follower



nih aku nak citer pasal topik di atas...
baru2 nih aku diterjah bagai abang nas
ataupun kak michelle kechik
dgn soalan "kenapa u stop following my blog?"

aku terpinga-pinga gak ngan soalan berbentuk sialan sebegini.
lima minit juga lah aku amik masa nak carik jawapan jaga hati
tapi tak jugak jumpa2 babe...
perlu ke aku jawab, "becoz blog ko buhsan? xder isi? balik2 citer ko dikecewakan? x buat aku senyum? ataupun, ko asik citer berat badan ko dah naik tp ko tetap nak melantak mcm perut ko tuh mengalahkan perut bumi?"
perlu ker?
perlu?

last2 sifat aku yg anggun dan demokrasi nih beri jawapan ringkas...
"cuz i dont follow blog. i read them..."
penerjah soalan tuh diam. kalo abg nas ngan kak michelle sure tanya soklan sama ulang2 sampai org yg diterjah jadik rimas kan?

so insan2 di luar sana
kalo korang tanya pada diri sendiri
mamat nih kenapa kewat tak follow blog aku?
aku follow blog dia....
jgn pening2kan kapla jingga anda eh...
follow tak semestinya baca blog
tuh yg aku nampak lah....
correct me if m wrong!!

Isnin, 4 Mei 2009

mengejar pelangi

aku dah lama tak nampak pelangi
tapi tadi aku terpukau seketika
bila jalan2 mencari post office....



indah...sungguh indah...




oh yea, spt yg dijanjikan...
aku tonton filem X-Men Origins: Wolverine
sorang diri semalam
nih semua gara2 teman aku tak nak pergi
tak minat Wolverine katanya....
so aku gi lah sorang diri cam janda mati laki
tak ada kawan (sian)

secara keseluruhan aku bagi la C utk filem tuh
meaning, sapa yg suke ngan franchise X Men gi lah tgk
franchise KFC ker franchise McD ker jgn tengok
or sapa yg suke citer komik semata2
mcm superman ker
spiderman ker
hulk ker
yg penuh dgn adegan bunuh tetap tak mati
pun oke gak layan...
aku nak review panjang2 aku bkn adam arjuna (eh?)
so kalo rasa2 nak tunggu babak yang memerlukan penghayatan yg dalam ker
atau yg memerlukan persoalan ker x payahla buang masa anda.
tuh kena tunggu filem lain kuar!


ps: nak tengok filem Angels & Demons ngan Harry Potter plak lepas nih...

Ahad, 3 Mei 2009

aku berjiwa world.... mawi? no!

ya itulah jiwa aku sejak lately nih
hari tuh aku tgk konsert tina arena
kenal x pompuan yg nyanyi lagu zorro
I Want To Spend My Lifetime Loving You dgn Marc Anthony tuh?
dah lama tak tengok dia kat TV kan?
dia skang busy kat france nyanyi lagu2 french
dan yg terbaru lagu Je m'appelle Bagdad (my name is Bagdad)
sungguh indah melodi n lirik lagu ini
tentang wanita bernama Bagdad yg dulunya cantik telah dihancurkan jiwanya
gile puitis.
kire lebih kureng samalah dgn baghdad kat iraq tuh yg dah hancur dek perang...

Je m'appelle Bagdad (klik here)

lepas tuh esoknya aku tgk pula filem biography
tentang bintang sexy french Brigitte Bardot
dari zaman dia fofuler gile tahap A list celeb di thn 60an dulu
hinggalah menjadi aktivis pencinta haiwan sekarang
mulut dia daring gak pompuan nih
dia pernah dikecam oleh kaum Islam di Paris
sebab dia kutuk cara penyembelihan qurban di sana..



dan siang semalam ada kawan dr group gamelan datang umah
dia bagi DVD laskar pelangi
so aku layan filem hebat tuh sekali lagi.
dua kali aku tengok... dua kali jiwa aku sayu...
jiwang karat gak jejaka anggun nih eh?



n malam b4 aku tido ada plak filem spanish kat TV
tajuknya La mala educación (Bad Education)
citer nih mengenai sexual abuse di sekolah katholik, transsexuality, dan dadah.
menarik juga sebab ada unsur2 dark mystery sket...
tambah menarik lagi pelakon utamanya Gael García Bernal
aku start jatuh cinta dgn dia dlm filem The Motocycle Diaries
sebab dia comel giler..



anyway,
hari nih tak tau lak mood aku masih world ker apa
rasa2nya balik ke pengkal jalan kot
sebab aku plan nak tgk X-Men Origins: Wolverine
aku baca ratings dpt C (5/10)
cam kesian jer ek?
perlu aku aku tonton nih?
oke. perlu.
nanti aku buktikan
filem nih layak dpt C ke D
dlm blog aku yg akan dtg...
tungguuuu....

Jumaat, 1 Mei 2009

selamat hari buruh, buruh2 ku sekelian...


memandangkan aku nih bukan buruh
so ari nih aku kenalah bekerja...
lgpun kat victoria, tasmania n western australia
labor day jatuh pada second Monday in March
dan begitu juga di state2 australia yg lain
masing2 ada tarikh tersendiri....
jgn tanya aku kenapa
sebab aku pun x berapa nak ambil peduli

anyway,
aku terjumpa plak kuiz nih dlm facebook
so aku pun create n aku kira aku nak kongsi dgn pembaca semua
soklan2 dlm kuiz yg aku create sendiri nih
kat sini so relax n enjoy!!

Kenalkah anda pada Shaz Johar?


1) Dari mana anda mengenali shaz johar?
a) akulah yang membidankan mak dia dulu
b) jumpa kat tangga masjid masa dia baby
c) nampak muke dia catwalk kat milan
d) kenal masa kerja sama2
e) x kenal pun. add kat facebook sebab dia comel.

2) Anak siapa sebenarnya dia nih?
a) anak pak johar
b) anak angkat angelina jolie ngan brad pitt
c) anak emas
d) bertuah punyer anak
e) anak orang baik2

3) Apa yang membuatkan anda nak kawan dengan dia sampai mati?
a) sebab dia anggun
b) sebab dia baik sgt
c) sebab dia berbudi pekerti yang tinggi
d) sebab aku kena pulau ngan kawan2 lain
e) sebab semua yang di atas

4) Selalu tak terfikir kenapa dia anggun sangat?
a) selalu dengan rasa iri hati
b) kadang2 lah bila terasa tak tau nak pikir apa
c) jarang2 sebab aku pun anggun jugak
d) tak terfikir pun sebab aku memang pendengki
e) anggun yeh? bukan comel?

5) Bila kali terakhir anda berjumpa dengan jejaka bernama shaz johar ini?
a) tak pernah jumpa pun. slalu nampak online
b) dia tak suke jumpa paparazi. rimas
c) cane nak jumpa dia stay kat oversea
d) jumpa kat club minggu lepas. ok tipu!
e) jumpa kat masjid malam semalam. lagi tipu!

6) Kenapa sampai sekarang dia still bujang?
a) sebab dia tak nak kahwin
b) penah nak kahwin tapi tok kadi tak approve
c) saluran peranakan pecah so org tak mau buat bini
d) mak dia request hantaran juta2 lah plak kan...
e) sapa kata dia bujang?

7) Last question, apasal anda semua buat kuiz ni?
a) sebab takder bende berfaedah yang nak dibuat
b) sebab shaz tuh baik. apa dia buat aku ikut jer...
c) sebab sukati aku lah!
d) sebab tak buat kang ... sentap!
e) sebab aku suke dgn dia dlm diam2 tp malu nak ckp



so caner? anda sudah terhibur?

Khamis, 30 April 2009

what? adam in bottom two?


tuh la soalan aku masa tgk AI kejap tadi.
aku kalo dah mule berspeaking sorang diri tuh
maknanya terkezut bener la diri aku nih
kalo berspeaking ngan orang lain
tuh perkara biasa hari2
dah aku tinggal kat negara omputeh kan...
kang aku ckp melayu kang
blur plak masing2...

anyway mmg tadi aku terkezut bener
riak muka aku yg terkejut tuh
lebih kureng sama masa menang miss universe dulu
tekezut manja sambil buat2 menutup mulut la
lebih kurang...
walaupun tahu contestant lain mmg xder harapan
kalo dah aku yg masuk bertanding

hish! nasib baik Matt yang kuar
(tuh mmg aku dah jangka lah)
kalo x, sure aku berkabung sebulan
(perlu ke?)
hahaha....



ps: ada budak pompuan nih bagi aku epal dlm blog dia. alahai... thx eh. !!

Selasa, 28 April 2009

berita terkini



rumah aku dihujani dengan 53 missed calls
dan berbelas voicemail yg tak bersuara
yg semuanya datang dari nombor yg private

peringatan pada kalian semua
jgn sesekali memanggil nombor aku menggunakan private number
kerana segala panggilan anda
akan disamakan dengan panggilan telemarketer dari india
yg tak akan aku layan!!

tetibe aku risau.
mak sakitkah?
ada orang meninggal kah?

sudahnya teman rumah aku kata
itu kawan dia kat sydney
nak minta tolong jadi referee
kalo ada orang call dia pasal kerja.

haram jadah!!!!!!

ps: teringat kat KL, kalo ada telemarketer call, aku pass phone kat anak buah umo setahun. biar budak kecik tuh layan call diaorang... hehehehe...

aku tak cukup tido!!



mata aku dah macam beruang panda dah
lebam lebam sebab tak cukup tido lately nih
malam tadi plak aku tido lambat lagi
semuanya gara gara pucuk....
ish...

semenjak dua menjak nih aku jadi busy
nak habiskan story aku yg tak seberapa nih
aku harap2 ada yang sudi nak publish...
tolong jangan jadikan usaha murni aku nih
sia sia yer....
tolong!

*rayuan berbentuk amaran

ini anak kucing mak aku. nama dia panda. so kalo nak tau mata aku dah jadi cam nih la hitamnyer...

Isnin, 27 April 2009

Golden Girl sudah tiada



dulu masa aku kecik
semasa zaman2 sitcom Nanny, Mad About You, dan Growing Pains popular
aku dibesarkan dengan sitcom Golden Girls.
kisah 4 orang wanita separuh umur
yang menjalani hidup bersama sebagai janda2 kesepian
dan menghabiskan zaman2 tua mereka bersama kawan2...
kire konsep cerita lebih kurang sama dengan
Sex & the City lah...

kecik2 lagi aku dah suka dengan karekter mak2 janda ni semua
lepas show nih cancel kat TV
terus tak ada cerita pasal diorang.
cuma semalam aku dikejutkan dengan berita
salah seorang pelakon dalam sitcom tersebut
namanya Bea Arthur yg membawakan watak Dorothy
sudah meninggal akibat penyakit kanser.
sian. semoga rohnye dicucuri rahmat oleh tuhan mendiang lah ek?

pada yang ingat2 lupa atau tak tahu siapa Bea Arthur aka Dorothy nih lihat saja pic di bawah.


Sabtu, 25 April 2009

hujung minggu yang sejuk...



aku betul2 dah nampak cam orang pantang kat umah.
siap selimut, baju tebal ngan stokin. kunyit jer tak tempek kat dahi
kalo x sure orang ingat aku baru lepas beranak.

nih semua gara2 kesejukan. suhu dah semakin sejuk kat sini.
so untuk mengelakkan aku meroyan duduk kat sini
aku keluar jalan jalan ke melbourne.

kebetulan hari ni ada pre-screening filem Laskar Pelangi.
ingat lagi masa aku kat Indon awal tahun dulu
nak tengok filem nih tapi niat aku tuh dibatalkan
sebab aku takut tak faham, babe!!
most filem indon kan pakai javanese jakarta slang
manalah aku nak reti. bahasa melayu pun fail...
so aku tunggu DVD kuar at least ada subtitle english
or at least aku leh pause n play kalo aku tetibe blur.

tapi bila aku tonton filem nih tadi aku rasa happy sangat.
first diorang guna bahasa Melayu Riau
so 99.9% aku faham lah apa yg diorang carutkan
n sec, aku rasa filem nih sebuah filem jujur
dan antara yg terbaik yg pernah aku tonton...
teringat juga zaman aku kecik2 nak pergi sekolah dulu

*ehem ehem!! aku budak miskin tinggal kat kampung gak dulu!!!

so pada parents yg nak mengajar anak2 diorang
betapa susah payahnya anak2 kuli indon nih nak blaja
n nak jadik manusia
ajaklah dorang tonton filem nih
konpem nangis dan insaf sekejap....

ps: cebisan lirik Laskar Pelangi dari Nidji...

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

Jumaat, 24 April 2009

greatest fashion icons of the 20th century!!

aku menelek majalah New Idea dan terlihat nama insan2 famous yang telah dipilih untuk menjadi greatest fashion icons of the 20th century bermula dari tahun 1940an hinggalah ke 90an sebentar tadi.

pemilihan ni dibuat bulan lepas melalui undian orang ramai semasa Clothes Show Style Awards, so di sini aku lampirkan jer lah wajah2 fashion icon tersebut. enjoy guys!

untuk 1940s, Marlene Dietrich. entahlah aku pun x kenal sapa dia nih:

1950s, si cantik molek, Audrey Hepburn:

1960s, bintang Bond, Bridget Bardot:

1970s, singer kumpulan Blondie, Debbie Harry:

1980s, sapa lagi kalo bukan Madonna:

1990s, supermodel terkenal Kate Moss:

dan calon untuk 2000, aku:

nak jugak letak gambar separa bogel. jangan marah aaa...

Khamis, 23 April 2009

sudah pun aku duga!



seperti yang dah aku duga kan
akhirnya malam tadi Anoop n Lil Rounds
tersingkir juga untuk mara ke peringkat akhir AI.
minggu depan spt biasalah Matt Giraud.

lepas Matt si pompuan rambut merah tuh plak
ntahlah nama pun aku tak tahu
so nampak sgt la x kan ke mana dia...

kalo betul tekaan aku makanya
aku rasa ni first time peserta lelaki conquer top 3
aku harap2 si kris tuh ke final
tp rasa2nya america lagi suka kat danny poyo tuh kot?
so lantak dia lah...
apa2pun abang Adam Lambert aku juga yang bakal jadi juara kan?

ps: tukar cerita sket, sejak siang tadi eye lid aku belah kiri x abis2 kelip. org kata nak nangis. nangis pasal apa ek? menang award ke menang miss universe?