
semalam aku terima satu email kat ofis pasal kisah tragis sorang wanita dr Taiwan yg terlalu taksub dgn air. errr... maksud aku, minum air. dikatakan sehari dia minum 7 liter air dgn alasan utk "detoxify n reduce her blood pressure".
tabiat di luar tabii nih berlanjutan selama 3 bulan. mule2 dia mmg lah kerap buang air tp lama kelamaan badan dia pun terima jer lah air tuh masuk. tibe2 sebulan lepas tuh dia pengsan utk beberapa hari. apabila sedar jer, tahu2 pandangan dia dah gelap (buta). alah kasssimmm.... sian.
kata doktor, pompuan nih mengalami "chronic water intoxication" sebab jumlah air yg dia minum sehari lebih 3 x dr yg sepatutnya diambil oleh manusia dewasa. kalo unta dewasa lain, nih manusia dewasa yer. sila take note.
fakta scary:

banyak air dlm badan boleh mengakibatkan hyponatremia iaitu kekurangan sodium dlm darah. bila sodium dlm darah kurang, air tuh akan di absorb ke dlm sel2 badan hingga menyebabkan otak membengkak.
bile otak kiter membengkak, itu akan menyebabkan tekanan. tekanan tuh la plak yg akan menyebabkan pendarahan di occipital lobe iaitu visual processing center dlm otak yg mengandungi visual cortex.
so kalo dah berdarah tuh sah2 la visual ko rosak dek non!!!!
jadinyer, minum air ketika dahaga saja. jgn sikit2 ko nak minum air, sebab sedangkan paip pun bole tersumbat inikan pula tali perut. haru nanti!!
fakta best:

minum 2 gelas air selepas bangun tido - membantu mengaktifkan internal organs.
minum 1 gelas air 30 min sebelum makan - membantu pencernaan.
minum 1 gelas air sebelum mandi - menurunkan tekanan darah.
minum 1 gelas air sebelum tido - mengelakkan stroke atau heart attack.
minum 1 gelas air ketika berpuasa - batal lah puasa.... ahaks!
ps: tetibe aku raser mcm doktor plak bile tulis entry nih. taste!



































