Jumaat, 16 April 2010

cube carik betul2....

hari nih aku nak buat kuiz. nama kuiz nih sama tapi tak serupa. syaratnyer mudah. cuma cari 5 saja perbezaan pada setiap gambar di bawah. ada 3 pics kan so kene carik 15 lah (5 each).

hadiah misteri akan diberikan kpd pemenang2 yg memberikan jawapan yg tepat dan cepat so apa tunggu lagi? gunakan kepakaran jari, mata dan mungkin otak anda utk memenangi hadiah misteri tersebut.

ingat!!! anda buat, anda dapat!!!!!!









memang agak payah utk carik perbezaan lebih2 lagi pada gambar yg last....

tp ingatlah yer adik2... usaha itu tangga kejayaan. tangga tuh plak staircase. ngegehehe...


ps: thanx suara sepi yg buat entry khas utk blog ini... terharu sangat.

Khamis, 15 April 2010

tips meng-cover dahi licin sampai ke tengkuk


entry nih khas utk kaum lelaki.


aku terjumpa satu website yg berguna nih: Phil Says Head Design. website nih kepunyaan seorg mamalia kreatif bernama Philip dr London. dia nih katanya dah menggunakan kepala jingga dia tuh sbg canvas utk menghasilkan karya2 unik bg membantu menangani masalah dahi licin sampai ke tengkuk. kire selain cover ngan songkok atau shave kepala tuh, dia ada ide yg lebih bernas lah. lihat aje contoh2 di bawah:


*nak letak butterfly pun bole...


* kalo ada lebih2 jarum peniti pun bole buat hiasan cucuk2 ala akupuntur....


* nak jahit benang pun bole..... jahit tepi ngan tulang belut x sure la plak. mungkin bole jugak.



* nak letak glitter pun bole....



*letak bling-bling pada yg gile glitter pun boleh....


katanya skarang nih design2 kepala si phil nih dah jadik iconic utk fashion and art scenes di London & di merata tempat termasuk Japan & China. kat msia pun nampaknya dah ade org yg tiru. mcm pompuan kat bawah nih....



DIA LETAK TUDUNG SAJI DAAAAA.... KAU ADA X, DEK NON?????



so pada sesiapa yg mengalami masalah yg sama, kalo dah cube pelbagai jenis minyak bijan, kepala laut africa, & ramuan2 asli yg lain semata mata nak melebatkan rambut atau dah berabis ribuan ringgit kat yun nam tp ubun2 tetap jugak cukur bantal, so apa kata korang ikut jer idea "Head Art" si phil nih... mudah2an cita2 murni korang tuh kesampaian.... amin.

Rabu, 14 April 2010

mengapa masih setia?

sila klik pic di bawah kalo korang mengalami masalah rabun ayam atau mata bercili. mata bercili tuh yg mcm org yg ada tahi lalat sekeping mcm cili merah kat mata putih dia.

penah nampak kan?





siang tadi aku tanya kawan aku yg sedang jiwa kacau....

Q: apakah sebab seseorg tuh terus setia kat partner dia bertahun2 sedangkan hidup dia sendiri x happy bertemankan partner yg katanya slalu buat hidup dia miserable tuh?

jawapan pilihan:

1. sayang.
2. x sampai ati.
3. dah banyak invest.




dia jawab, depends. x sampai ati tuh kenkadang sampai gak kalo nak di sepak terajang, sayang tuh pun leh tukar jadik benci kalo dah idup siang mlm asik gaduh. so jawapan yg paling close biasanya, sebab dah banyak invest.

pastuh dia sambung lagi..... thn ke 6, 7, n 8 dlm rship adalah thn goyah sebab masing2 masa tuh dah sampai tahap boring tp kalo masing2 masih sayangkan rship tuh, ianya akan pulih n kembali mekar pd thn ke 9.

hmmm.... aku x tau plak buku love for dummies mana yg dia baca tp korang rase betul ker x fakta tuh???



ps: thanx saharil.com for the cute cartoons. love is fckng hurts, is it not?

Ahad, 11 April 2010

sampah masyarakat kata kau???

*gambar atas nih sampah masyarakat ker masyarakat sampah?


aku nak citer pasal si benjy ni ha. kenal x benjy yg mana nih? benjy saintis mude yg katanya buka makmal dlm umah tuh la. kenal?

tadi, kawan aku datang la keja masuk shif petang. blom sempat tarik nafas, terus kak nam sampaikan satu citer pasal si benjy punyer kes yg x abis2 nih.

dia kata kak yan nak pihak polis mintak maaf atas tuduhan dorang yg mendakwa anak dia tuh kene tahan sebab memiliki 800 gram kokain bernilai lebih RM650,000... padahalnya benda tuh cuma serbuk sodium bikarbonat atau serbuk penaik. ha.... kau ada?

*serbuk penaik tuh tabur sikit jer, dlm secubit... ha! naik lah kuih pau tuh setinggi langit nanti!


aku x sure plak camana kak yan tau bende alah tuh serbuk sodium bikarbonat. mungkin dia slalu buat kek atau kuih apam gula hangus so dia taulah rupenyer camner. aku carik2 gak berita pasal kisah benjy ngan serbuk nih kat online tp x jumpa plak.

balik2 aku jumpe entry dlm blog gossip. laporan polis ker, statement dlm berita online ker, mmg x der jumpa. so aku no komen lah... takut kene saman. aku pun xder duit... mcm kak yan jugak!

yg bestnyer, kawan aku musykil lagi. dia kata kalo betul serbuk tuh sodium bikarbonat, apa ke hey nyer siap nak bermakmal2 bagai? nak buat jualan secara besar2an ker? bazaar ramadhan blom bukak lagi. masjid india pun sunyi sepi jer lagi.



*sapa kata aku tokey dadah? aku tokey serbuk penaik la!! x nampak berat badan aku naik bagai di pam-pam nih??


skalik aku jawab, "esok kan perayaan hari vaisakhi utk penganut sikh, sah2 la tempahan kuih muih banyak. ko ingat org melayu jer yg reti beraya?"

pastuh dia sound aku balik.... "anggun, setakat manisan ngan ladu tuh perlu ke serbuk penaik?"

aku tergelak. ya tak ya jugak, kan?



ps: happy vaisakhi day to my fren; sushmita sen, aishwarya rai, n priyanka chopra. bile nak lepak2 minum kat starbucks pavi?

Khamis, 8 April 2010

sakit perut apa petuanye ya?




ari nih perut aku pagi2 dah buat hal. aku x tau la apa yg aku dah makan semalam. seingat aku, pagi aku makan muffin, tengahari aku makan french fries, petang aku makan nasi goreng kampung, malam aku makan nasi lemak dua bungkus, roti coklat dua bungkus, twisties kari sepeket besar. tuh jer....

apakah ianya bersangkut paut dgn apa yg aku makan? ntahlah. ubat sakit perut xder la plak. nasib baik ari nih cuti so maybe nak kuar jap gi beli panadol menstrual ataupun actifast.

dlm pada tuh aku sempat jugakla google2 carik ubat sakit perut secara tradisional. manalah tau aku bole petik bunga2 an kat luar rumah aku buat sup ker, makan rumput ker mcm kucing, atau hirup air akuarium kan.... cube jer la kalo mujarab. skalik aku jumpa citer nih....




dikatakan lelaki bernama Jiang Musheng, 66 thn dr provinsi Jiangxi nih makan katak & tikus hidup dlm diet dia utk mengatasi masalah sakit perut & batuk yg dialami sejak berumur 26 thn. katanya petua tuh dia dpt dr seorg tua bername Yang Dingcai. kire petua org dulu2 lah...

kata Jiang lagi, lepas sebulan dia mentekedarah katak, n ada satu masa tuh dia sampai telan 20 ekor anak tikus, baru sakit perut ngan batuk dia hilang.



aku teruja membacanya. memandangkan petua dia nih nampaknya berkesan so kalo sakit perut aku nih x ilang lagi sampai malam kang, aku nak gi tasik belakang rumah nak kutip katak jugak.

nak makan2 idup idak ler kan... tp mungkin aku nak buat kari ker, asam laksa ker, x pun goreng sambal.. hmmm... tentu menggiurkan selera.



ps: mungkin jugak aku datang bulan... maklumlah asik pregnant jer, dah lama x rasa senggugut... ahaks!!

Rabu, 7 April 2010

12 unbelieveable wedding & marriage records.... kau ada?



aku terjumpa story menarek nih dlm blog shine yahoo last month n memandangkan aku dah xder citer apa nak bagitau kalian pembaca tegar blog jejaka anggun nih semua maka mlm nih aku postkan lah story nih kat sini. hmmm... so enjoy jer lah!!!



1. perkahwinan paling lama bertahan.


rekod nih dipegang oleh pasangan Herbert n Zelmyra Fisher dari New Bern, North Carolina (US). mereka berdua (Herbert, 104, n Zelmyra, 101) telah berkahwin pada thn 1924 dan sehingga kini kekal menjadi suami isteri selama 86 thn. wow!!! inilah yg baru dikatakan jodoh sehingga ke akhir hayat. alangkah indahnyer kalo aku dpt pasangan yg sehidup semati u jump i jumpe mcm nih kan? hmmm...



2. perbezaan umur yg paling ketara.


jatuh kepada pasangan Sudar Marto dari Malaysia, 105, yang telah berkahwin dengan org gaji dr seberang bernama Ely Maryulianti Rahmat, yg berusia 22 tahun pd bln Sep 2006. jarak perbezaan usia antara mereka yg sebanyak 83 thn itu telahpun mengalahkan rekod nek wok dan cik musa. hahaha. kata tok sudar lagi, usia bukanlah satu penghalang utk mereka membina istana cinta yer... *oke. sila keji.

aku simpati dgn nasib atuk sudar nih sebenarnya. khabarnya, dia kawin dgn pompuan nih pun sebab nak jaga makan minum dia jer sebab isteri pertamanya waktu tuh sedang terlantar sakit.

okelah tuh kan? kang kalo bini dia xder at least ada bini baru cum org gaji yg boleh jaga makan minum dia kan? nak harap2 kan anak2 mmg nan ado lah. silap2 aribulan kene antar rumah kebajikan lah org tua nih, betol x?



3. pasangan suami isteri tertinggi


Keisha Bolton yg mempunyai ketinggian sebanyak 6 kaki 5 berkahwin dgn Wilco van Kleef, tujuh kaki setelah menjalinkan hubungan sebaik dijadikan pasangan menari dalam sebuah kelab di UK (Tall Person's Club).



4. pasangan suami isteri terpendek



jatuh kepada pasangan dari Brazil - Douglas Maistre Breger da Silva, 2 kaki 11 inci dan Claudia Pereira Rocha, 3 kaki. mereka telah berkahwin pd thn 1998.



5. kek kahwin terbesar di dunia.


Chef Lynn Mansel, pastry chef dr The Mohegan Sun casino telah mencipta sebuah kek setinggi 17 kaki dan seberat 15,032 lbs di dlm pameran New England Bridal Showcase pd thn 2007. dikatakan kek nih bole menampung 59,000 perut manusia yg kelaparan. hmmm... yummy!



6. pertunangan paling lama (pic dorang xder so aku letak pic org lain).


bukan nasha aziz dan faizal husin ataupun jejaka anggun dan dato K yer. nih pertunangan di antara pasangan Octavio Guillen dan Adriana Martinez dari Mexico. mereka berdua dikatakan telah mengikat tali pertunangan pd thn 1902 sewaktu berumur 15 thn dan hanya mendirikan rumahtangga ketika masing2 berusia 82 thn (67 years later). hmmm... perlu?



7. perkahwinan paling banyak.



rekod dunia nih dipegang oleh seorang paderi dr Blythe, California bernama Glynn Wolfe, org yg sama pegang title bercerai paling banyak jugak. sepanjang 88 thn dia hidup dia dah pernah berkahwin sebanyak 29 kali. gile kawin betul org tua nih... mesti dia suke kutip duit yg org bagi masa dtg majlis kawin dia kan? x pun dia 50-50 duit kutipan tuh ngan mak dia. mcm mak aku ngan adik aku buat. hahahah.

perkahwinan paling pendek dia selama 19 hari n yg paling panjang bertahan selama 7 thn. perkahwinan pertama pd thn 1926 n yg terakhir 1996. skang dah 2010.... aku x sure dia dah mati ke apa. kalo dia masih idup mesti dia fikir nak kawin lagi. barua betul. ahaks!



8. pasangan pengantin paling tua
(yg nih pun aku letak pic org lain).


jatuh kepada pasangan dr Perancis bernama Francoise Frenandez n Madeleine Francineau. mereka telah berkahwin di rumah orang2 tua pd thn 2002 ketika masing2 berusia 96 n 94 thn. how sweet...



9. renewal perjanjian perkahwinan terbanyak.


org puteh kalo kawin kan ada vow, i do u do, till death do us part, segala kan? korang mesti tau punyer sebab feeling2 tgk omputeh kawin dlm TV kan.... konon korang la pakai gown putih meleret2 tuh kan... jgn tipoooo.....

n yg korang x tau, ada jugak pasangan yg suke renew vow diorg nih or dlm erti kata lain kawin lagi skali lah. ada yg buat sethn sekali. ada yg buat 5 thn skalik. ada 10 thn skalik. 25 thn. 100 thn. kire ikut sukati pasangan nih la. dah namapun janji sehidup semati so dorang renew n review lah balik vow yg dorang buat masa kawin dulu apakah masih relevan utk diguna pakai lagik. kalo dah x relevan, dorang cerai. dpt duit pampasan juta2. senang kan gitu?

so adalah pasangan giler nih yg dah kawin semula sebanyak 83 kali. nama dorang Lauren Lubeck Blair dan David E. Hough. hmmm... aku x sure nak kata apa. maybe dorang nih banyak duit or giler kawin gak mcm Glynn Wolfe kat atas. yg bagusnya dorang kawin sesama sendiri. so aku wish kan all the best jer lah. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



10. perbezaan berat paling ketara.



berlaku di antara pasangan suami isteri Jon Brower Minnoch yg memiliki berat badan sebanyak 1,290 lbs n Jeannette, seberat 110 lbs. Jon meninggal pada thn 1983 selepas 5 thn bersama isteri dan dikurniakan dgn 2 cahayamata. masya allah.... dah mcm daging batang pinang!!!



11. perkahwinan paling mahal.


mungkin majlis perkahwinan aku satu hari nanti tp so far title nih masih dipegang oleh Vanisha Mittal, anak kpd lelaki kelima terkaya di dunia. dia telah berkahwin dgn Amid Bhatia, seorg investment banker & majlis diadakan di Versailles, Perancis.

majlis resepsi yg diadakan selama 6 hari tuh dikatakan bernilai $55 million dollars & telah menjemput Kylie Minogue utk membuat persembahan. hahah. rase2 datin paduka umi yg kawin baru2 nih jemput kak ziana nyanyi ada sampai kena bayar ratus2 ribu x? ker FOC sebab kire cincai, harga kawan2?



12. last but not least, bakal pengantin paling anggun.....


akulah............... kau ada?




ps: oke... tuh lah dia serba sedikit story menarik pasal org kawin. aku nih blom kawin so aku x tau lah nasib aku nnt macamana.... pd sesapa yg nak senaseb ngan aku, sila lah dptkan borang utk menjadi isteri atau suami aku di stokis2 yg berdekatan. harga boleh dirunding. tatak sumbung. sumpah!


Isnin, 5 April 2010

hiburan yg menyesatkan telinga.

memule skalik aku nak tanya, sapa di kalangan pembaca blog aku nih yg masih setia menonton AF?

huh?! maseh ada? kenapa?!!!!



setelah 3 minggu aku luangkan masa menonton AF, aku rase citer lawak nyanyian nih mmg betul mencabar intelektual aku sebagai penggemar lagu. aku rase macam menonton bintang RTM zaman siti menang dulu. no wait, aku rasa bintang RTM tuh pun lagi bagus. eh jap, bintang kecil lagi bagus dr bebudak tuh semua. budak2 AF nih dah lah xder bakat, rupa pun ke laut. sian.

aliff, pls la hentikan suara parau ko tuh cuz its very annoying n maulana, be realistic. you are in the competition so you shd smile and happy kalo ada org yg kuar so stop crying for god sake. ko ingat ko nangis tuh org nak vote ko? ko tetap kat bottom three every week kan? and sarimah, x yah jadik aznil. x yah nak buat drama sedih2 masa ko nak announce sapa yg kena kuar. your malay isnt that good so dont waste your time. ckp jer, "OK, you're out. adios. see you after the show," mcm ryan seacrest. kan abis citer....





then, mari kite beralih plak ke anugerah bintang popular 2009 (or "sort of award" bak kata dato khaty) malam tadi.

overall, i think it is just oke. pemenang semua dah well expected. siti again? of course. nabil? of course! aznil? fafau? rabbani? of course! of course! of course! tp aku x nak blame org msia cuz dah balik muke2 tuh jugak yg disogok kat mass media so muke2 tuh jugaklah yg glamer, kan?




n aku jugak setuju sgt bila siti kata dia dah x nak bertanding dlm anugerah nih lagi. 1st, dia sendiri dah muak jadik pemenang so hadiah keta yg dia dpt tuh dia bole beli lagi sepuluh bagi kat org lipis. n 2nd, better dia tarik diri sekarang b4 jatuh tersungkur mcm artis yg kene boo mlm tadik. sian ek?

performance, xder satu pun yg buat aku wow. aku tunggu gak gaya performance ala pink, or beyonce or gaga tp haram... yg ada gaya budak2 mana ntah nyanyi lagu feminin dgn pitching entah ke mana, penyanyi nasyid yg lupe lirik (how could you lupe lirik masa nyanyi lagu utk kawan sendiri?), and penyanyi rock (or pop rock) yg merasakan jeritan itu wajib jika anda mau menjadi pendengar setia lagu2 rock tegar.



x cukup dgn tuh, dress artis yg naik pentas plak mmg OMG. aku speechless so i thk i better reserve my comments la. i x nak jadik mcm joan rivers. ucapan2 pendek mmg bersesuaian so org x komplen cuma yg buat aku tertarik bile mendengar ucapan dato khaty yg dah mcm khutbah jumaat. n david teo.... kau kenapa?

oke. oke. cukup dgn komplen. kang ada plak org yg saman aku. tp apa2pun aku tetap nak ucapkan kudos pada kak engku n shira yg jadik host mlm tuh. at least lawak korang buat aku gelak sikit. n bebudak adnan sempit yg klaka, statement "ticklish ticklish stock" korang tuh mmg buat aku gelak cam shial. n 1 more thing, aku baru perasan yg tiz zaqyah tuh chantek orangnyer....






ps: buyui tanya napa aku x review american idol lagi. jawapannya mudah. american idol thn nih pun x best. so far, xder sorang pun yg berjaya kalahkan crystal bowersox. kalo dia kuar mcm nasib daughtry, mmg kesian.

Ahad, 4 April 2010

lelaki berhalkum kecil... apa kata survey!




ada kawan aku citer kat dlm phone tadik...

dia punyer partner sorang lelaki hensem tapi penuh tatasusila. ckp perlahan, lemah lembut, susah betul nak tinggikan suara.

memula, dia suke la dpt laki mcm tuh tapi bile lelama, dia rasa cam bosan plak. asal borak jer, dia x dengar apa yg laki tuh cakap. kalo kat umah rasenyer bole lah tutup TV ker radio ker sliding door ker kan semata mata x nak bagi gangguan dr pencemaran bunyi di luar tp kalo lepak kat luar, caner?




nak2 nyer kat kedai mamak. pastuh mamak tuh plak pasang game bola kat skrin besar. sah2 lah hiruk pikuk kan? so caner dia nak borak2 ngan partner dia tuh?

tadi dia org gaduh lagi. dia kata dia suruh bf dia tuh increase volume sket kalo nak bercakap sebab dia x dengar. pastuh bf dia salahkan TV terlalu kuat. fine, dia decrease kan volume kat TV tuh tp bile dia still x dengar, dia sound lah bf dia skalik lagi.

yg mencetuskan kemarahan bile bf dia buat x reti jer. terus jugak bercerita dgn nada ringtone yg termat lah rendah. last2 dorang gaduh. dia tensi bile bf dia ignore request dia so dia pun ignore jer lah citer yg dia x berapa nak dengar yg kuar dr mulut bf dia tuh...




hahahaha. klaka kan?

so skang, yg jadik mangsanya aku. bile aku suh dia mintak mahap balik, dia kata asyik dia jer yg mintak mahap. bukan skalik dua dia suh bf dia tinggikan suara sikit. n bukan skalik dua jugak dia mintak mahap sebab ignore citer bf dia tuh atas alasan yg sama.

nak tunggu bf dia mintak mahap plak, ntah bila la plak kan? memasing kalo dah stubborn susah lah kan?




aku tetap ngan nasihat aku suh dia mintak mahap jer lah. buat apa nak muncung2 ngan bf sendirik sebab bende kecil. sapa suh dia kawan ngan jantan halkum kechil cam tuh??? betul x???? or korang ada nasihat yg lebih bagus utk di sua kan ke muke budak nih?




ps: anyway, happy easter sunday everyone.... pada yg kristian tuh jgn puasa yang yok oke....

Sabtu, 3 April 2010

pengantin popular

happy good friday pada yang celebrate jumaat yg baik tadi n happy easter pada pekerja2 reban ayam yg dok sibuk mengutip telur2 gred A omega 3 utk dijadikan easter eggs pada tahun nih.....

aku xder citer apa. penat bekerja. meeting pagi2 buta tadik pukul sembilan sampailah ke pukul satu n lepas lunch break, sambung keje lapan jam sampai kul 10 mlm. gilo kan? balik umah, lepak2 tgk desperate housewives n sbl tido gigih jugak nak pose satu entry.

bukan apa, aku terjumpa gambar kawin pasangan pengantin nih n aku rase nak share kan la kat semua. menariknya bila aku tgk pic2 nih, pic pertama buat aku teruja, pic kedua buat aku terkesima, n pic ketiga menimbulkan rasa simpati.

hmmm... kenapa? gunakan imaginasi anda & renung2kan picz di bawah....







aku harap jodoh datuk n datin paduka berkekalan. nampaknya mereka berkongsi minat dan rahsia kecantikan yg sama. ;p



ps: salam takziah kpd keluarga allahyarham din beramboi. semoga roh arwah ditempatkan di sisi roh2 yg disayangi allah swt. amin.

Khamis, 1 April 2010

tamu tengah malam.


malam tadi tepat pukul 12.30 tgh malam hp nokia 3310 aku tetibe jer berbunyi. mulenyer aku ingatkan kawan aku yg kol nak ajak berembun tp rupe2nyer adik aku yg kol. dan2 tuh jugak darah aku berderau cuz slalunye kalo dia kol pasti ada family member yg masuk spital or meninggal.

bile aku jawab phone tuh dgn muke penuh ketakutan ala2 muke drew barrymore dlm filem the scream, skalik adik aku bgtau aku yg dia, mak aku ngan abg aku dah ada depan umah nak dtg bertandang..... hmmm... diulangi datang bertandang umah aku pukul 12.30 am. motif?


*sah2 la aku yg paling anggun dlm 4 jantan nih semua kan? pengantin tuh adik bongsu, yg manja tuh adik aku n yg muke poyo tuh abang aku la....


yer motif nyer lagi mengejutkan dr apa yg aku duga yer...

kata abang aku, dia dtg membawa niat. niatnya mudah jer. dia ada kenalan pompuan yg dia suke nak jodohkan ngan adik dia yg anggun sorang nih. budak tuh org johor, kerja sbg cikgu, orangya manis, sopan santun dan lemah lembut kire amat sesuai la dgn aku yg jugak manis, sopan santun dan lemah lembut nih kan???




blom pun dia sempat abis perenggan pertama ayat dia, aku terus gelak besar n jerit, "TAK MO LAH!!!"

dia terkejut. adik aku plak tumpang gelak. mak aku lagilah, gelak besar. lepas tuh ngan muke yg x reti nak cover terus tanya napa aku x nak plak?

aku lom jawab, mak aku dah jawab dulu.... "kalo dia kawin caner plak ngan dato K... sian dia tinggal sorang...." berani mati x statement mak aku?



skalik dia gelak. rupa2nyer abang aku tuh saja buat gempak jer. dia kata dia pun x hingin nak carik jodoh utk aku sebab kawan2 dia semuanyer x hensem. kaya pun x. hahahaha. baek punyer statement kan?

actually dorang dtg tgh2 malam semata2 nak bagi aku surat penting utk aku sign depan lawyer secepat mungkin. surat tuh utk tukar nama umah mak aku ke nama dia so lawyer nak lah semua adik beradik setuju b4 umah tuh bertukar milik.

motifnyer skang, perlu x gigih dtg ke rumah aku mlm2 buta semata2 sebab sekeping surat? nampak sgt aku kupu2 malam kan? ker dia yg gile harta? jeng! jeng! jeng!



ps: skang aku tgh fikir, nak pakai sunglasses besar yg mana mase jumpa lawyer tuh nanti. hmmm...