Jumaat, 20 November 2009

tapak kaki.



aku terbaca dua entry kawan2 blogger aku yg bercerita tentang tapak kaki dan syurga. sorang menyatakan bahawa syurga tu di bawah tapak kaki ibu. sorg lagi menguatkan fakta bahwa syurga isteri itu di bawah tapak kaki suami. apehal masing2 nak tulis pasal syurga ni ek?

aper2pun, aku senyum bile baca entry syurga di bawah tapak kaki laki tuh.... ahaks!!

katanya, ada kenalan beliau yg telah diminta utk tidak bekerja oleh suaminya atas alasan isteri selayaknya duduk di rumah saja melayan suami sementara suami yg harus keluar mencari rezeki.

logik? masuk akal? oke. malas nak citer banyak. baca jer story di bawah dan renung2kan...





nih story dr mak aku sendiri.

mak aku nih wanita kampung yg ayu. berkahwin plak ngan ayah aku dari bandar. dah la ayah aku gorgeous, bekerja so adalah duit setiap masa. mak aku plak yg tetibe feeling2 wanita kampung melayu terakhir nih kununnye bangga la dpt laki camtuh.

dia x reti bawak keta. dia x reti bekerja. yg dia tau buat kuih, masak lauk, buat anak n cantekkan diri. unfortunate event tuh kan berlaku di mana2. so satu ari tuh ayahku dipanggil utk menghadap tuhan.

waktu tuh mak aku jadik kelam kabut. duit xder. keje satu pun x tau buat. harapkan jer lah EPF ayah aku yg x seberapa tuh menyara anak2. duit EPF dulu bukan cam skang. sikit benar pastuh abis. so caner dia nak besarkan anak2 dia?

barulah terhegeh2 nak carik keje. dah xder pengalaman org pun malas nak amik. so dia end up kerja kilang. sambil2 tuh jual plak kuih. petang2 amik plak upah jaga budak2. mcm2 kerja buruh lah yg dia kene buat semata2 nak sekolah kan kami adik beradik.






bila kakak aku kawin, tau apa pesanan ringkas dr dia?

ko dah kerja elok2, jgn nak berangan berhenti kerja lepas kahwin. duit laki kau tuh, duit dia. kita org perempuan, carik duit sendiri. esok kalo dia ninggal ker, dia ceraikan ko ker, dia sakit x leh kerja ker, mana ko nak korek duit? apa ko nak bagi anak2 kau makan? zaman skang lauk x leh cabut kat belakang umah atau cekau kat tengah laman. semua kene beli.

waktu tuh aku dengar, aku ketawa besar. setuju sangat. korang setuju x?

x setuju? lantak korang lah!!!!






pada mamalia di luar sana yg bercita2 nak duduk di rumah melayan laki semata2, aku nasihatkan buatlah solat hajat dr sekarang. mintak kat tuhan temukan jodoh korang nnt dgn donald trump ataupun sultanah bolkiah. insya allah, doa insan yg teraniaya nih selalu diperkenankan....

n pada lelaki yg bagi alasan, "alah, xper aku mampu. lgpun aku jeles bini aku tuh nanti terjumpe ngan org lain kalo time bekerja tuh. dah lah bini aku tuh cantik, anggun, simbol seks plak tuh.....

haaaaa....ini pesanan aku plak.

"yg korang gi kawin ngan pompuan gatal tuh kenapa????!!!!"

*bingai.





ps: walaupun tapak kaki laki tuh ada syurga, tapi yg biasanya aku dengar, bini lebih banyak diberi penerajang dari bau2an syurga itu sendiri. renung2kan dan selamat beramal.

Khamis, 19 November 2009

berita hiburan malam ini.

sari berita penting.




aktor popular Johnny Depp, telah diumumkan sebagai The Sexiest Man Alive 2009 oleh majalah People semalam diikuti oleh Ryan Reynolds dan Jake Gyllenhaal, masing2 mendpt tempat kedua n ketiga.

ini merupakan kali kedua Depp menerima anugerah yg sama (1st time thn 2003) menjadikan beliau seangkatan dengan aktor George Clooney n Brad Pitt yg juge pernah menyandang gelaran ini sebanyak dua kali.





aktor separa-porno yg lebih popular dgn nama komersilnyer jejaka anggun tidak tercalon kali ini atas sebab2 keselamatan. beliau yg kini berada di bawah akta perlindungan saksi dinasihatkan utk duduk diam2 di rumah & jgn terlalu taksub utk menayang tubuh keringnya sendiri. wasalam.




berita luar negara.

aktres/singer Jennifer Hudson dikatakan telahpun bersetuju untuk membawa watak Winnie Mandela, bekas isteri presiden South Africa, Nelson Mandela.



filem yg diberi judul "Winnie" itu akan memulakan pengambaran pada 30 May depan di Johannesburg, Cape Town, Transkei and Robben Island - lokasi yg sama di mana Mandela pernah dipenjarakan dulu.

ianya bakal diarahkan oleh Darrell J. Roodt, orang sama yg terlibat dlm pembikinan filem hebat spt "Yesterday," "Cry, The Beloved Country," n "Sarafina!"

hmmm... apakah Ms. Hudson kite bakal memenangi Oscar sekali lagi? kita tunggguuuu....





ps: teringat arwah Yanti (my ex-off mate) yg bagi aku buku Cry, The Beloved Country utk aku baca dulu. sampai skang buku tuh ada aku simpan elok2. insya allah, kalo ada masa aku akan baca sekali lagi.

Selasa, 17 November 2009

biarlah...




actually aku ada dah tulis satu entry tapi aku takut ade mamalia2 di luar sana yg terasa so aku padam entry tuh balik. biarlah ek. aku nak jadi manusia yg lebih berguna kpd diri sendiri so lebih baik aku x tulis sesuatu yg boleh menimbulkan kesentapan berpanjangan kpd sesiapa.

lagipun mak aku cakap, kalo kita layan scumbag or despicable pathetic loser, kita akan jatuh dlm kategori tuh jugak. so biarlah si luncai itu pergi dgn labunyer kan??? syuh! syuh!

anyway, dlm kebengangan tuh aku mule berlegar2 membaca paper di online. yerlah dr aku melayan perasaan yg bengang ala2 akim AF, baik aku menambah ilmu di dada. layan punyer layan, tetibe aku terjumpa few pics dlm London Telegraph yg aku suke sgt utk kongsikan di sini.

so korang enjoy viewing the pics n selamat beramal.....



*pianist dr Taiwan, Chen Kuan-yu sedang membuat persembahan semasa konsertnyer di tengah sawah padi kat Chishang Township, Taitung County. motif????



*Lim, 66, seorg pesara dari China telah memaku kepalanya sendiri dgn paku sepanjang 20cm apabila dimarahi isterinya kerana kuat bermain judi. aku rase itu cume alasan. dia nih sebenarnya pontianak.

*nih bukan set lego yer. pic nih diambil dlm kejadian banjir di Jeram Perdas, Malaysia baru2 nih.



*designer dr Korea, Jaebeom Jeong mencipta satu alat yg dinamakan Cartrider iaitu gabungan dari shopping cart and a bicycle. hmmm.. skang, cube citer kat aku kat mana nak letak barang??



*setelah 52 tahun meneguk 2 liter brandy setiap ari, akhirnya brandy taster Liu Ge, 68, dari Beijing telah mengalami satu kondisi yg digelar rhinophyma, iaitu kondisi yg disebabkan oleh pembesaran blood vessels di dlm hidung hingga menjadikan hidungnye sebesar 2 inches wide - lebih kurang sama besar ngan bawang besar yg sekampit mengikut harga pasaran dlm rm5-6 itu.


*antara mereka2 yg ingin memecahkan rekod Guinness World Record for World's Largest Bikini Parade di Johannesburg, South Africa sempena mengutip tabung awareness utk breast cancer. yg penting, photographer tuh aim apa tuh?




* last but not least, antara mereka2 yg diminta secara lembut utk menarik diri dr mengikuti parade di atas. atas alasan pihak parademik tidak mempunyai kelengkapan yg cukup seandainya mereka rebah di tengah jalan.

heheh. oke aku tipu. gambar nih xder kene mengena ngan gambar di atas. lokasi nyer pun lain..... aku tunjuk kat mak aku siang tadi. dia ckp, yg hijau tuh x yah letak kain besar kat pepek. bukan org nampak pun. kuang haja x mak aku???




hahahahahahaha. setan!



ps: dunia ari nih sedih semacam. dari siang sampai ke malam asyik menangis jer. x tahu la apa yg disedihkan. mungkin sakit tua agaknya. sian.

Isnin, 16 November 2009

what-a-weekend.

gile penat aku hari nih. yg penting mata ngantuk but still nak post blog. tuh wajib cuz esok aku nak spend time ngan mak aku n Dato K plak nak guna usb broadband jadi makanya aku x kan dpt guna internet for almost a day jugak lah.







anyway, aku nak citer pasal kejadian hari minggu aku yg sungguh x dirancang nih terjadi.

memula aku plan nak gi ulu yam. nak mandi manda air terjun utk membasahkan tubuh sambil nyanyi lagu suriram ala2 latifah omar dlm citer Tun Fatimah (kot?) dulu2. tp memandangkan rakan pemandu yg katanya tertido sampai kul 5pm maka aku pun ajak Dato K ubah destinasi ke sogo.




sogo spt biasala. tiap2 hari ada sale. kalo xder sale, tuh bukan sogo namanya. tuh namenya, kedai jeans levis. ataupun kedai kak ara kat BB tuh.

so dlm tercarik2 brg tuh akhirnya aku pun sambar la langsir buat penutup tingkap kat master bedroom. brg lain yg aku nak mcm paintings ker, cermin ker, frames ker, aku xder beli cuz xder jual.

seriously, aku miss shopping kat wallmart or target masa kat US dulu. ckp jer apa yg aku nak, semua ada. kat sini, hampeh. brg sentiasa x cukup. or x der jual langsung. menci!





destinasi seterusnya, ke KLCC. x plan pun nak ke sana tp memandangkan banyak waktu terluang kitorg sudahnyer sanggup beratur panjang2 nak tgk movie. citer apa lagik. citer buhung 2012. sanggup nih walaupun dpt seat lane yg paling depan. ahaks!!

overall, aku rase citer nih menarik. teknik CGI n penceritaan kena dgn situasi yg digambarkan. part LA yg terbelah dua n dunia ditenggelami air tuh mmg betul mengikut facts dr scientist. tuh blom campur lg ttg hawaii yg dibanjiri dgn larva gunung berapi n dunia kehilangan semua kecuali part of benua afrika. masya allah.

tp yg aku x berapa setuju pasal airplane terbang melintasi dust yg timbul dr rekahan tanah or runtuhan bangunan. hmmm... c'mon guys, x kan ader flight yg bole lepas terbang ke mana2 kalo dunia dilitupi kabus tebal cam tuh. even dust dr gunung berapi pun bole buat flight terhempas. x tengok discovery channel ker?

and the big ship yg selamatkan semua orang...hmmmm... no komen la. bagus la kalo china betul2 bina ship tuh utk selamatkan manusia. hahaha. but again. utk manusia yg bertuah jer lah. yg kaya raya sahaja.

apa2pun, my personal view akan kata filem nih akan jadik filem yg dikenang sampai bile2. mcm filem titanic dulu. filem u jump, i jump tuh. ingat?





dah abis menonton, aku pun bergegas mentekdarah ke rasa sayang ngan si driver yg membuta sampai kul 5pm tadi. dah kenyang, sambung plak melalak kat karaoke superstar. hahah.

first time aku dtg sini. kat wangsa walk mall. konsep sama jer mcm karaoke Just K kat kepong cuma nampak classy sikit la dr karaoke jamban. lagu pun oke2 la. ada gak lagu2 baru yg xder kat redbox. satu jam pun rm18 jer. okelah tuh kan?

setelah dua jam lebih aku meraung kat dlm bilik karaoke tuh, kitorg finally decided nak balik umah jer. no more rayau2 lagi. masing2 dah kepenatan. contact lenses aku pun dah menjerit2 minta ditanggalkan dr anak mata aku yg dah merah kekuningan nih. sian ek jadik org buta nih?

hmmm.... tuh jer lah citer aku sepanjang hari minggu nih. panjang x citer entry aku kali nih? best x korang baca? best? bagus. nnt aku post lagi panjang biar kalah hikayat merong mahawangsa panjangnyer. hahahah.





okelah, mau tido sudah. nnt aku sambung lagi esok2 kalo aku ada citer baru. till then, talk later n ciao!

Sabtu, 14 November 2009

menyahut seruan si bulan

kata bulan dia mahu kami semua post gambar2 diri sendiri yg menarik. aku xder pic yg menarik. yg pose maut2. tp aku ada few pics yg aku suke nak letakkan di sini. yg aku kire punya ceritanye tersendiri. senang citer, yg aku rasa aku nampak anggun sgt. ahaks!










ps: sebenarnya aku xde idea nak tulis entry apa. so cik bulan bole x pic2 nih memenangi permintaan hati mu?

Jumaat, 13 November 2009

soalan x berapa cepu. sila jawab.



aku dan Dato K dah berjaya mendapatkan tiket flight Air Asia secara free (minus segala jadah tax n fees) ker Phuket, Thailand pd bln June thn depan.

kebetulan plak Dato K pilih date kitorg fly ke sana nnt sama hari ngan minggu harijadi dia so apa lagi, dia punyer bday next year kite berdua celebrate kat sana lah.

tetibe aku jeles.

bday aku bulan depan n aku x tau nak celebrate kat maner. rasenyer cam malas nak celebrate jer (sebab dah tua pun yer gak). ingat nak larikan diri ke negara luar tapi air asia nyer promo nih utk may-oct next year la plak kan...

so aku ada dua soalan yg x berapa cepu.

1. selain dinner, karaoke, n juge kenduri doa selamat, apa lagi agenda yg best utk celebrate bday aku yg ke super sweet 16 kali ke 2 nih nnt?

2. aku lom penah gi phuket. apa yg perlu aku buat di sana selain menonton pelacur pompuan, pondan, n lelaki berkeliaran mencari rezeki?





ps: sapa yg dpt bg jawapan yg paling bernas n masuk akal akan terpilih utk tidak memenangi apa2 hadiah. harap maklum.

Khamis, 12 November 2009

duduk sama rendah, berdiri x sama tinggi.


ada cute pics yg aku jumpa dlm internet masa aku sibuk buat keje siang tadi. pasal plus size/full-figured supermodel (yg dah x berapa full-figured) dari Britain bernama Sophie Dahl. kenal x? x kenal kalu, xper la. x penting pun.

dikatakan sekarang nih dia sudahpun bertunang dgn jazz pianist bernama Jamie Cullum. kenal x siapa Jamie nih plak? x kenal jugak? hmm... korang baca jer lah entry orang lain. jgn buang masa anda di sini.

pada yg nak baca tuh, sila rapatkan saf memasing.

ape yg menarik minat aku bile melihat story pasal pasangan dua sejoli ini ialah apabila British media n bloggers, mensensasikan kisah percintaan mereka yg diibaratkan sbg langit dengan bumi. kalo x caya tgk pic di bawah:











haha! nampak macam mak ngan anak ker? ker nampak mcm gergasi dan hobbit?

Sophie yg memiliki ketinggian 5'11" n Jamie, 5'6" menganggap kisah cinta mereka tidak langsung mengenal batas usia mahupun ukur lilit tubuh sesorang.

betul. aku setuju. cinta zaman sekarang nih x mengenal rupa, bangsa, color, mahu jantina sekalipun. so apa nak kesah org kata bf/tunang/laki kita tuh kecik ke tinggi. yg penting performance baik. ataupun kaya. eh, silap.

yg penting memahami dan beriman (pinjam statement artis)... dok gitu?





ps: mak aku kata dapat laki rendah, murah rezeki. jadi mana2 perempuan yg nak mahal rezeki tuh cepat2lah pinang aku. aku 5'10".

Rabu, 11 November 2009

apa ada pada nama



aku terbaca satu story yg menarik tentang sepasang suami isteri yg mempunyai nama yg sama iaitu Kelly Hildebrandt.

kisah unik nih berlaku di US di mana Kelly si perempuan dari Florida cuba saja2 nak mencari mamalia lain yg mempunyai nama
Kelly Hildebrandt jugak di Facebook. dia kemudiannya bertemu dgn sorang saja mamalia lain yg mempunyai nama tersebut iaitu Kelly si jantan dari Texas.

kebetulan profile pic Kelly si jantan nih pula x berbaju masa tuh so badannye yg ketul2 itulah yg menarik perhatian Kelly si perempuan ni utk mengenali Kelly si jantan ini dgn lebih lanjut. *boleh tahan gak merenyam nyer si betina nih pun.

kemudiannya mereka berdua mula saling membalas mesej, berjumpa di Florida beberapa bulan selepas itu, dan akhirnya setelah 8 bulan berkenal mesra, mereka berdua telah mengambil keputusan utk berumah tangga. kaaaaannnnnn.....

memandangkan dgn sebegitu mudahnye mereka berdua bertemu jodoh, aku pun menyahut cabaran diri sendiri dgn mencarik nama "shaz johar" dlm FB jugak. manalah tau kot2 bertemu jodoh gak ngan org yg sama nama. sudahnye xder sapa pun yg serupa nama ngan aku kat situ.

ada sorang jer yg bernama shaz johar dlm FB. shaz johar yg anggun ini lah! hahaha!!!

Shaz Johar | Create Your Badge




ps: jadik maknanya lambat lagi la aku bertemu jodoh nih kan? alahai.

Selasa, 10 November 2009

little mermaid



aku tertonton trailer Oprah di Hallmark sebentar tadi. tibe2 mata aku tertarik dgn apa yg aku lihat dlm trailer tersebut. tentang kisah seorang anak kecil bername Shiloh Pepin yg turut digelar Mermaid Girl kerana mempunyai sepasang kaki yg bercantum dr paras pinggang ke bawah semenjak lahir.

aku terus men google kisah sebenar disebalik anak istimewa ini. menurut doktor, Shiloh dilahirkan tanpa bladder, uterus, dan vagina. dia hanya mempunyai colon besar sepanjang 6 inci, suku buah pinggang dan satu ovari shj.

doktor menamakan sindrom ini sbg The Mermaid Syndrome & hanya meramalkan manusia yg mengalami sindrom yg jarang ditemui ini hanya mampu hidup selama beberapa bln shj selepas lahir. menariknya Shiloh sendiri telahpun menjangkau ke usia 10 thn sbl beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir pd 23 October yg lalu.

masya allah. tetibe jejaka anggun terasa sungguh kerdil dilahirkan dgn tubuh yg sempurna.



dan2 tuh jugak aku teringatkan anak buah aku di US. namanya Madison. namanya diambil sempena watak Darryl Hannah sebagai mermaid bergandingan dgn Tom Hanks dlm filem popular Splash di tahun 1984 dulu. ingat x movie tuh? kalo x, korang google jer lah.

coincidence nyer, setiap kali aku ke rumah dia masa aku stay kat Florida dulu, mesti dia suke tgk filem animasi Little Mermaid. and yg best, dah 2 yrs in a row dia pakai kostum mermaid masa Halloween. hmm..... suratan kah? atau kebetulan kah?



Ahad, 8 November 2009

**just married**



aku sedang mengalami kesakitan tekak yg teramat perit. suara aku hilang. aku x sure pasal aku nyanyi lagu ketulusan hati anuar zain dgn begitu baik semalam or aku banyak minum ais sambil melayan guest yg dtg ke kenduri kawin adik aku siang tadi.

xder apa yg aku nak citerkan. pada yg sempat datang, thanx. pada x sempat datang, thanx jugak. and pada yg x dtg cuz x dijemput tuh, sorryla. majlis kecil2an jer. lagipun bukan jejaka anggun yg kawin. kalo dia yg kawin, confirm dia akan ajak satu malaya. pastuh berarak naik kereta kuda kat KLCC sambil buat lambaian ratu sbl bersanding kat KL Convention Center. ahaks!!

* tapi rasa2nyer nak buat wedding reception kat tepi laut jugak. hmm.... bunga telur ganti ngan sunblock cream. oke?

okelah. nih ada few pics utk korang ceritakan kepada anak cucu korang satu hati nnt. pada yg bakal x beranak cucu tuh (macam aku lah lebih kurang), korang tatap jer lah pic anggun adik beradik anggun nih buat mainan tido. insya allah apa yg dihajatkan akan dimakbulkan tuhan. amin.



*majlis akad nikah.


*adik dah settle. abang bile lagi? soklan makcik/pakcik yg aku terima sbl aku lari duduk sebelah mak.


*2 jejaka separa laku bersama raja sehari yg melangkah jendul bendul abang2nyer. yg penting, ada guest ingat aku lebih mude dr adik2 ku dua orang ini. terima kasih botox. ahaks.


*memegang peranan sbg penyambut tetamu yg x bertauliah. sumpah aku x kenal sapa yg dtg.



*Dato K pun nak pose atas pelamin. ahaks.



puas tgk pic? x puas? x puas, tunggu aku kawin sok aku letak satu album kat dlm blog nih, eh? okelah. aku nak rehatkan badan sambil layan citer jennifer's body mlm nih. nampak cam best jer.....

bye and talk later!

Jumaat, 6 November 2009

bukan salah ibu mengandung. salah ayah tak pakai sarung.



entry aku kali nih berunsur 18sx. so pada sesapa yg berumur kurang dr 18 thn tuh, pls make sure dptkan kebenaran penjaga dulu b4 membaca.

*kalo x dpt pun xper, tunggu line clear sikit pastuh korang baca la. alah, mcm x penah buat plak kan?

anyway, nih perbualan yg berlangsung antara dua org mamalia dlm telefon tgh mlm semalam. sorang makhluk allah (aku) n sorang lagi makhluk halus (kawan aku).

dia: aku baru balik dr Thailand. jumpa kawan.

aku: ko jumpa kawan ker, jumpa teman tido?

dia: kawanla. kawan sekerja. tapi kengkadang ada gak aku keje kan dia.

aku: elokla. semoga ko aman di akhirat kelak. anyway, ko pakai kondom x? ko jgn main redah jer.

dia: aku x suke ah pakai kondom. lagipun aku main ringan2 jer. *alasan

aku: ringan ker berat ker, kondom tuh penting. skang mmg sedap, esok luse mcm2 penyakit singgah kat badan ko. *konon concern ah nih.

dia: aku pakai kondom selalu koyak. besar sgt kot? *poyo giler soalan.

aku: ko beli yg murah mmg ah koyak. cube beli yg ada kualiti. tahan lama n tahan lasak.

dia: aku dah cube mcm2. yg terbaru aku beli perisa rambutan. siap ada duri2 lagik. best gak masa pakai tuh. rasa geli2 tp tu pun koyak. skang, x tau nak cube yg mana. oren punyer ker, kelapa punyer ker? ko rasa mana yg elok utk aku beli? yg perisa mint punyer oke x?

aku: ko cube perisa ikan bilis plak. x pun bawang besar. sesak2 bole gak ko buat sambal tumis.

dia: laaa....nanti semut gigit!!! *ketawa

aku: bengong! *hang up dan terus tido.






ps: walaupun aku sedar aku nih bintang simbol seks, tapi apa motif sebenar dia call aku tgh2 mlm nak citer pasal kondom perisa buah2an tropikal????



Rabu, 4 November 2009

pompuan buduh.

sari berita penting (pada yg suke nak jaga muke).

Young Hang Mioku.



wanita di atas namanya Hang Mioku. dia berasal dr Korea. dia xde kene mengena ngan Hang Li Po atau Hang Tuah. ataupun mak hang.

ketika berusia 28 thn, dia telah berpindah ke Japan untuk bekerja di sana. dikatakan, sewaktu dia menetap di Japan, dia telah melalukan transformasi ke atas wajahnya dgn berlebihan.

sewaktu dia pulang ke Korea, parents nyer terkejut kerana x dpt mengecam muke anak mereka sendiri. lalu dia dihantar utk bertemu dgn pakar psychiatrist bg merawat masalah psychological disorder yg anak pompuannya yg buduh dan matang pepek ini alami.

malangnya, kos perubatan yg terlalu mahal mengakibatkan rawatan yg dilakukan terhadap Hang tergendala.

sebaik saja berhenti dr menerima rawatan, Hang mula kembali ke tabiat asalnya. tetapi kali nih bukan kopak2 muke lagi, yer. lebih advance. dia mencuba saluran yg terbaru iaitu suntikan silikon, dan yg bestnyer, dia yg membuat suntikan di wajahnye sendiri itu di rumah.

nak tambah lagi perencah secukup rasa, apabila silikon yg dibekalkan doktor telah habis, dia memandai plak menginjek mukanyer sendiri dgn minyak masak. jenama apa minyak masak tuh aku x tau la plak, tapi hasilnya mmg memuaskan. lihat saja pic di bawah:



Old Hang Mioku.


akibat muke nyer yg dah membuak2 ini, kanak2 korea telah menggelarkannya kipas berdiri (kuang haja budak2 korean ni kan? teringat citer sin chan ejek orang). dia juga telah dipanggil utk diwawancara dlm TV dan sudahnye penonton mula membuat tabung untuk mengumpul dana membaik pulih wajahnya semula. ahaks.

ketika procedure pertama dibuat, surgeons telah membuang 60g dr bahan luaran yg terkumpul di wajah dan 200g di leher. dan begitulah dlm procedure2 yg seterusnya. walaupun tidak berjaya mengembalikan wajahnya kembali kpd asal setidak2nya dia bukan kipas berdiri lagi. mungkin kini lebih afdal dia dipanggil kipas kotak plak.






so moral of the story, jgn suke2 injek muke ngan minyak masak. make sure minyak masak tuh melalui proses pemeringkatan kedua dahulu. wasalam.


ps: teringat kat nasha aziz ngan ummi aida yg dah kembung sana sini. rase2nyer dulu lagi cun muke korang.

Selasa, 3 November 2009

pondan anggun yer bukan jejaka anggun. harap maklum.


Haruna Ai, seorang TV personaliti yg terkenal di Japan telah dinobatkan sbg Miss International Queen 2009 di dalam satu pertandingan ratu cantik mak nyah yg diadakan di sebuah resort di Pattaya mlm semlm.

Haruna yang membawa pulang gelaran Miss International Queen 2009 beserta tiara, wang tunai USD10k, n gift vouchers telah mengalahkan peserta dari negara Thai sendiri, Kangsadal Wongducsadeekul menjadikan beliau peserta dr Japan yg pertama yg berjaya menyandang gelaran tersebut. you go, gurl!



*lihat klip di bawah:




pertandingan ratu cantik mak nyah yg sejak dari tahun 2005 diadakan ini telahpun berjaya menarik minat peserta2 dr negara luar yg lain spt China, Filipina dan USA. peserta dr Afrika pun teringin nak masuk sama tapi malangnya mereka telah awal2 tersingkir di peringkat saringan. lihat saja wakil2 yg dihantar dr benua tersebut.






* oke aku tipu. pic nih aku jumpa online. nih nak jadik jantan ker, pompuan ker, monyet ker, aku x tau lah. coi sangat! hahahahahahahaha.