Khamis, 18 Jun 2009

lelaki


ari nih aku terpanggil utk bercerite tentang sejenis mamalia yg diberi nama lelaki. weekend lepas, aku terpinjam satu DVD spanish mexican bertajuk Y Tu Mama Tambien (And Your Mother Too) dr library kat sini. hik hik. aku dah lama x masuk khutub khanah kat KL. library kat sana leh pinjam DVD gak ker?


filem ni road trip movie. ianya mengisahkan perjalanan 2 orang sahabat, Tenoch (Diego Luna) n Julio (Gael García Bernal) juga sorang rakan wanita mereka, Luisa (Maribel Verdú) utk mencari sebuah pantai bernama la Boca del Cielo (Heaven's Mouth). masalahnye pantai nih mmg x wujud n diorang ni actually nak main jer dengan pompuan nih. haha.


dlm perjalanan mereka mule bertukar cerita tentang kisah cinta, seks, onani, ganja dan kehidupan masing-masing. in short, pada aku ini sebuah filem tentang remaja lelaki yg jujur. aku dulupun remaja jugak so aku faham apa yg remaja lelaki suke buat. menariknya, dlm pada 2 sahabat nih sibuk2 citer kehebatan kejantanan masing2, akhir di penghujung citer, diorang berdua kissing dengan separuh rela. kenapa? haha!!! tuh kene tengok sendiri. aku x nak review filem nih panjang2 sebab aku bukan adam arjuna.



anyway, lepas tengok movie nih aku terus teringat dgn beberapa kenalan lelaki di KL. menarik citer diorang ni hingga akhirnya aku jadikan buku yg bertajuk PUCUK. buku nih dah siap sepenuhnya 2 3 minggu lepas tp masih belum hantar kat publisher lagik. insya allah, aku akan hantar dlm minggu depan n kalo ada rezeki or dlm erti kata lain publisher tuh berani nak publish story yg jujur dr penulis yg amatur mcm aku nih dptla korang membelinya di pasaran. kalo x, jawabnya, aku jual secara online jer la eh??



ps: maaf jejaka anggun dah lama x baca buku melayu. selain alaf 21, ada sesiapa yg tahu publisher mana yg sesuai utk dikirim?

Isnin, 15 Jun 2009

misi mencari kerja dengan gigih


visa aku bakal abis hujung tahun nih. kalo aku x inform immigration utk tax clearance atau dgn erti kata lain dpt kerja baru, maksudnye aku terpaksalah angkut barang2 dgn diri aku yg anggun nih pulang semula ke tanahair. masalah problemnya skang, bukan aku x nak balik ke kampung laman aku tuh (KL jer, heheh) tapi nak mengangkut barang satu rumah yg besar2 nih yg payah sikit.

*ongkos dah makin nipis babe... shipping barang mahal!!!!!



petang tadi, aku buat lawatan berkala ke job agency. lepas submit resume n fill up form, aku pun ringan2kan mulut bertanya selama mana diorg nak perap resume aku tuh sebelum ianya dicampak di tong sampah yg berdekatan.

kata pompuan cantik staf kat situ, "honestly, it has been slow lately."

*maknanya, bukan lah dia kata aku nih slow atau sengal, tapi keadaan ekonomi gawat kat sini yg buat bisnes agen pencari kerja nih makin slow.

aku jawab dgn senyum kelat, "ya, i thought so," pastuh blah dgn ati yg kecundang.

on da way balik kepala aku yg lonjong nih mula ligat berfikir.



1. perlu ker aku balik KL jer?
2. aku nak buat apa kat sana nanti kalo keadaan sama gak mcm kat sini? nak harap mak aku yg bagi makan? tak mo eh!
3. visa aku kat sini apa citer plak? sia2 jer kena batal. bukan senang nak dpt visa stay kat negara orang, babe!
4. furnitures aku yg bagak2 nih tak kan nak campak jer atau sedekah kat rumah kebajikan? mahal la!!
5. hish, perut nih lapar la plak. oke! singgah mcD beli french fries.

at last, aku dpt satu keputusan. malam nih, aku nak carik keje kat state lain. maybe rezeki aku bukan kat sini. maybe aku leh jumpa kat tasmania. lepas tasmania, aku nak carik kat adelaide plak. lepas adelaide maybe misi mustahil aku nih akan diteruskan ke cairns. yg penting, usaha.

usaha tuh tangga kejayaan! tangga tuh stair case!

ye, kalo wonderpets bole berjaya menyelamatkan anak haiwan yg lain, aku juga boleh berjaya menyelamatkan diri aku sendiri!!


"ya! saya boleh!" sambil mengangguk & jari tunjuk peace sign ala2 citer drama alihbahasa jepun.



ps: happy hunting to myself n wish me luck to you guys!





Sabtu, 13 Jun 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu ketujuh

tajuk: dapat RM300 - ke manakah hala tujunya?


aku suka kanak-kanak. aku kira semua kanak-kanak itu adalah satu makhluk yg jujur, suci, dan seni ciptaan tuhan. kanak-kanak istimewa yg dilahirkan dengan sifat dan kelebihan yang tiada pada kanak2 normal yang lain pula bagi aku adalah satu anugerah yang pastinya ada hikmah dan azimat yg tersendiri.

baru2 nih aku terbaca satu entry dlm blog favorite aku - Niamah!!! (klik here) tentang seorang reader blog yg bernama Mr. Yong (klik here) yg memerlukan bantuan demi meneruskan sumbangan amalnya untuk menubuhkan pusat baru bagi kanak2 yg menghidapi penyakit autisme nih.



Mr. Yong mempunyai 2 org anak yg autistik. menurut beliau, pusat autistik yg diuruskannya dahulu dijalankan secara percuma especially kpd keluarga yg tidak berkemampuan. mungkin kerana itu dia tidak mendapat pulangan dr segi wang ringgit yg cukup untuk meneruskan niat murninya itu. hasilnya, hujung bulan lepas dia telah diberi tempoh sehingga 14 Jun sebelum diarahkan untuk ditamatkan perkhidmatan. memandangkan hari ni hari terakhir tempoh yg diberi, aku kurang pasti dengan apa kesudahan kisah tragis nih.

timbul persoalan di dalam diri. dimanakah badan2 kebajikan kerajaan yang sepatutnya dapat menghulurkan bantuan? apakah kerana jumlah kewujudan anak2 istimewa spt ini yg dikatakan kecil untuk dibandingkan dgn penyakit "popular" kanak2 yg lain, maka mereka dilupakan begitu saja? sedarkah kita bahawa sesuatu yg kecil itu akan menjadi besar apabila tidak dibendung sedari awal?


aku tidak punyai wang untuk membantu. jika diberi RM300 ini mungkin ianya akan dapat diagihkan kepada pusat seumpama ini. aku akui, jumlahnya mungkin agak kecil tetapi ianya sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli makanan atau mainan ataupun alat tulis/lukis untuk digunakan bagi membantu perkembangan minda kanak-kanak sebegini.

mungkin juga hasrat aku untuk membantu Mr. Yong sudah terlambat memandangkan tarikh akhir yg diberi kepada beliau ialah hari ini tetapi itu tidak bereeri kita harus berhenti membantu. siapa tahu mungkin beliau dapat menggunakan wang yg dihulur bagi membuka pusat yang baru dan seterusnya membantu keluarga2 lain yg juga mengalami nasib yang sama.

renung2kan dan selamat beramal....




2 fakta tentang autisme:

1. Autisme bukan down syndrome. ia ialah gangguan perkembangan minda dlm interaksi sosial dan komunikasi kanak-kanak dan hanya tertumpu kepada pelakuan yg berulang spt menggerak2kan tubuh atau menyusun sesuatu di satu tempat yg sama ataupun mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.

2. kanak2 lelaki dikatakan mempunyai peluang 4 kali ganda untuk menghidapi penyakit ini berbanding kanak2 perempuan.


Jumaat, 12 Jun 2009

rezeki

mak aku dulu pernah berkata, "benda depan mata tak semestinye rezeki kita...."

dulu aku main2 dgn kata2 dia tuh tapi tuhan tuh kan maha kaya. dia turunkan balasan yg setimpal ke atas anak yg bermulut biadap aka hanj mcm aku nih.

korang mestilah pikir aku jadik ikan pari ker batu belah ke kan? korang nih suke fikir ngan bende2 khurafat kan? aku jadik burung merak lah!! oke tipu.

nih lagi worse actually.

last week, kan aku ada tulis entry pasal pergi interview so dlm seminggu nih aku teruja lah menanti jawapan interview aku tuh. pg tadi tetibe diorang call. aku punyerlah excited giler masa terima call tuh. dah siap sedia dah nak buat suara konon2 terkejut dgn nada gembira dlm tepon... alah, konon cam x caya lah padahal dah tau.... tup tup... dialog dia berbunyi begini...

"itu kerja bukan kau yang punya!!! ahmad albab yang punya!!!"


sentap tahap maha! terus aku terdiam dlm sejam dua. pala otak aku tertanya naper la aku x leh dpt kerja tuh. x cukup anggun ke resume aku beserta tuannya sekali? FYI, semenjak aku tiba sini, x penah sekalipun aku diterime keje. even aku apply keje kitchen pun kene reject. hampeh!

at last, aku gembirakan hati yg lara dgn membawa diri mentekedarah buffet kat smorgys. lantak ah. nak size zero punye pasal, lepas aku melantak 4 pinggan tadi sekarang pinggang aku dah size 2. caner nak catwalk dgn giselle bunchen lepas nih? muat ke tubuh anggun aku nih menyarung busana victoria secret siap kepak angel tuh nanti? adusss..... tensi lah!



* pic sebelum masuk. yg penting sempat pose dgn wajah yg masih separa sedih.

Rabu, 10 Jun 2009

chinna papa periya papa


sebelum aku cerita ingin aku terangkan situasi yg berlaku supaya korang faham. nih kisah yg berlaku dlm tren sewaktu aku nak gi melbourne utk rehearsal gamelan petang tadi.

penumpang A (MGR) - nak pergi melbourne tapi beli tiket sampai werribee.
penumpang B (rajhni khan) - nak pergi werribee tapi beli tiket sampai melbourne.

fakta 1. - melbourne lagi jauh dr werribee.
fakta 2. - dua2 nama di atas sengal tahap maha.

kisahnye:


MGR + rajhni khan borak x hengat dlm bahasa urdu + telugu tentang kehebatan lakonan mereka dlm filem masing2. oke aku tipu. aku x paham apa yg diorg borakkan sebenarnya.

tetibe, pemeriksa tiket datang dgn wajah: aku sejuk beku nih tapi bini takde plak nak lambakkan air dlm badan nih ha... atau dlm erti kata lain, muke x dapek2.

penjaga tiket: ticket pls!!
MGR: bla bla bla bla melbourne...
penjaga tiket: oke. aud5.60 or else turun kat werribee...
MGR: bla bla bla bla melbourne...
penjaga tiket: (ulang) oke. aud5.60 or else turun kat werribee...
MGR: (ulang jugak, ingat nih berbalas pantun?) bla bla bla bla melbourne...
penjaga tiket: (sentap). turun kat werribee kalo x nak bayar!
MGR: oke, oke. turun kat werribee.

sampai werribee, rajhni khan yg turun pastuh bg tiket melbourne dia kat MGR. seminit lepas tren gerak (betul kiraan masa nih aku x tipu), penjaga tiket dtg balik.

penjaga tiket: ko kata nak turun werribee kenapa kawan ko yg turun?
aku: suke ati dia lah nak turun mana2 ... err dlm ati.
MGR: no. no. melbourne - sambil tunjuk tiket kawan dia.
aku: chenna papa periya papa sangat ko kan? (masih dlm ati)
penjaga tiket: takde, takde, bayar. aud5.60. nih bukan tiket ko. x leh tukar hak milik tiket. kalo x, aku call polis sekarang. ko org mana? india eh? kat india x de undang2 ker?
aku: kat india org naik tren x payah beli tiket la bai... dia panjat atas tren! (dlm ati).
pompuan blondie giler: (tetibe berdiri) a ah takde, takde, tak boleh. tak boleh. turun. tak aci.
aku: eh eh, pompuan nih nyampuk plak (maseh lg bermonolog dlm ati).

dipendekkan citer, penjaga tiket naik syeh bila ada pompuan gile menyampuk. marah2. yg penting, MGR xder cash plak. org mintak aud5.60, dia bagi gold credit card. sentap x?

suasana hingar bingar hinggalah ada 2 org makcik2 omputeh mendamaikan keadaan. dia bagi duit kat penjaga tiket yg emo tu...

masing-masing bersurai.

persoalannya ialah: walaupun MGR dah beli tiket salah or sengaja beli tiket salah n tukar tiket tuh ngan kawan dia yg sengal jugak beli tiket salah, perlu x penjaga tiket tuh kesah org tuh pegang tiket melbourne sapa punya sebab kawan dia yg beli tiket tuh dah pun turun b4 sampai destinasi?

statement yg x bole lupa dia bole ckp kat australia undang2 mengatakan nak kuar rumah kene bawak duit. rase2 ada ke polis saman org x bawak duit? ngarut x?

Selasa, 9 Jun 2009

doggie style


korang mesti pikir lucah je kan?

nih aku terbaca kat E News pasal Paris Hilton dan hanjeng hanjeng nyer. dek kerana dah kaya yang melampau, pompuan giler nih bina mansion 2 tingkat (bukanlah dia, dia upah org la) utk hanjeng2 tuh menumpang teduh. aiyo!!

mansion 2 tingkat nih lengkap dgn spiral staircase, chandelier, and air-conditioning/heating utk keselesaan hanjeng tuh semua. nasib baik dia x kata ade TV ngan astro. kalo x, sure aku sentap tahap maksima.

* hanjeng gile posing macam tuannya. dari kiri: Marilyn Monroe, Dolce, n Harajuku Bitch.

* sekor lagi : Prince Baby Bear (yang nih comel giler kan?)


so kalo rasa2 nak dtg menumpang bermalam ke tapi x dpt masuk umah dia, tidur ngan hanjeng2 nih pun oke. kalo korang rase muat la...


ps: teringat kat kucing mak aku yg semuanya tidur kat luar umah. terus aku nak nyanyi lagu tema Bersamamu...

"berbumbungkan angkasa kelabu, lantainya bumi retak seribu....
setiap langkah perjalananmu, beronak berliku"


Ahad, 7 Jun 2009

drama dua benua


aku suka drama melayu. drama opah yg paling aku suke. aku suke drama omputeh. aku tunggu desperate housewives season 5 nih setiap mlm isnin kat sini. aku suke gak drama jepun. ingat lagi ngan drama oshin yg beratus2 episod tuh. drama cina masa aku sekolah dulu, aku dah lupa tajuknyer tp pasti aku tonton setiap hari kul 6 petang. drama tamil plak, drama chenna pappa periya pappa, trust me, drama tuh kelam kabut n kelaka tahap gerila tamil tiger tak hengat.

cuma satu jer drama yg buat aku sakit jiwa, kusut, celaru, marah, jerit, nak bunuh diri, nak hentak2 kepala kat dinding, dan akhir sekali, nak panjat bumbung umah pastu terjun.

drama antara dua benua antara aku ngan dato K kat sini.


*dialog di atas xder kene mengena dgn drama yg berlangsung....


soalan kuiz hari nih: perlu ke aku lari jauh2 balik ke KL? atau aku yg keterlaluan?

Sabtu, 6 Jun 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu keenam

Tajuk: SAYA ANAK MALAYSIA

Masa aku kecil dahulu, aku dibesarkan di satu kawasan kampung. Hidup sebagai anak penoreh waktu itu boleh dikatakan hanyalah sekadar kais pagi. Ayah sudah hampir setengah tahun tiada di sisi keluarga. Bila aku tanya Mak ke mana dia pergi, jawapannya ringkas.

"Ayah naik kapal terbang. Pergi jauh-jauh!"

Sejak dari itu aku mula menanam niat. Aku pun ingin naik kapal terbang seperti Ayah. Asal lalu saja kapal terbang di atas kepala, aku sorak gembira kerana aku bangga Ayah aku ada bersama dengan orang lain waktu itu.


Mak menangis. Kadang-kadang dia sorokkan tangisannya itu dengan senyuman lembut. Bila aku tanya kenapa dia menangis, jawapan yang sama juga diberi.

"Mak sedih tengok citer Oshin ni…"

"Mak, nanti Shaz dah besar, Shaz nak naik kapal terbang macam Ayah, eh?" Soal aku pula.
Dia tergamam, "Jangan nak mengada-ngada. Naik kapal terbang, nanti tak balik-balik. Dah! Gi mandi! Sembahyang!"



Aku terkedu tiba-tiba apabila Mak mula meninggikan suara sebegitu. Seperti anak kecil yang lain, makin ditegah makin sifat ingin tahu itu terus melekat dalam diri. Aku janji. Habis sekolah, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan merantau jauh-jauh ke negara orang.

Masuk sekolah rendah, kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Aku berkawan baik dengan Lim, anak doktor berketurunan cina. Dia bijak dan baik. Dia ajar aku bahasa Inggeris seperti mana aku ajar dia bahasa Melayu. Dia ajar aku Matematik, seperti mana aku ajar dia macamana nak main tikam 50 sen sebab selain BM, aku memang tak pandai belajar.

Hobi Lim baca kamus. Aku teruja tengok setiap kali ada masa terluang, dia akan duduk baca kamus sambil buka buku buat rujukan. Aku waktu itu sibuk dengan main SOS ataupun Hangman dengan budak-budak yang pilih jalan gelap yang lain.


Selepas UPSR, Lim dan aku masuk ke sekolah menengah yang sama. Tetapi kami ditempatkan di kelas yang berlainan. Waktu itu keadaan sudah jauh berbeza. Jika dulu, dia dan aku sama-sama duduk di bawah pokok menunggu bas sekolah ataupun makan bersama di kantin, kini masing-masing telahpun membuat haluan sendiri. Aku perhati, anak Melayu seperti aku lebih senang untuk bersama pelajar Melayu manakala kaum yang lain lebih mudah untuk bersekutu dengan kaum mereka sendiri.

Waktu itu, aku mula terfikir. Apakah faktor budaya dan bahasa sudah semakin menjauhkan kami?



Tamat tingkatan 5, aku terus bekerja. Di sana, aku terjumpa lagi besar lingkungan manusia yang pelbagai ragam. Aku mula kenal pada Kak Nab yang lebih suka duduk di meja kerani hingga bertahun lamanya, Abang Ramu yang lebih senang menggunakan kekuatan kipas yang ada untuk berjaya menaik taraf hidup, dan tak lupa juga pada Mr. Tan, yang bermotto kan hidup dan matiku hanyalah di pejabat ini.

Aku baik dengan semua kerana aku kira hidup akan lebih berwarna jika kita bersosial dengan manusia yang pelbagai ini. Jika di sekolah menengah dulu, rakan karib aku cuma satu bangsa, di sini, aku kembali rapat dengan rakan dari bangsa dan agama yang lain. Aku ada Lourdes, perempuan serani yang hanya ke gereja setiap Ahad semata-mata kerana hendak menunjukkan baju dan kasut yang baru, aku juga baik dengan Brett, kasanova yang pernah meniduri semua wanita yang ada di pejabat, Halim yang memang alim orangnya, dan juga Ranjeet, satu-satunya manusia dalam dunia ni yang menggunakan tangan kiri untuk menyuap makanan.


Kemudian, aku bertukar kerja sebagai penulis sambilan di syarikat yang baru. Kerja sambilan memberikan aku peluang untuk menguruskan masa dan lokasi kerja aku sendiri. Maka aku memilih untuk menggunakan peluang yang ada itu dengan bekerja sambil bercuti di negara lain.

Destinasi aku yang pertama ialah Melbourne, Australia. Kemudian, tahun berganti tahun, aku luaskan langkah ke negara lain. Ke Amerika, ke Eropah, ke Egypt, ke negara-negara Asia, dan akhirnya aku kembali ke Australia dan mengambil keputusan untuk bermastautin di sini.


Aku tinggalkan Mak, aku lupakan tanahair seketika, dan yang paling penting, aku kotakan niat aku untuk naik kapal terbang untuk pergi jauh-jauh.

Rindu? Ya, aku rindu. Aku anak Malaysia. aku rindu dengan teh tarik. Teh tarik dalam paket yang aku beli di kedai runcit tak sama dengan teh tarik yang panas berasap di kedai mamak tepi jalan. Roti canai yang cuma kurang dari seringgit sekeping di KL dulu kini aku bayar hampir RM5 harganya, dan nasi lemak, aku kira tiada yang dapat menandingi kehebatannya di Kg. Baru.

KLCC. Satu-satunya bangunan yang aku rindu di KL itu. Segah manapun Eifel Tower menyinar di Kota Paris, atau rekahan-rekahan batu Coloseum di Rome itu, belum dapat menandingi Twin Tower yang tersergam berdiri di dalam hatiku ini.


Dan Mak, walaupun aku kini mempunyai keluarga baru di US, sayang mereka tak sama dengan sayang yang Mak beri sejak aku kecil lagi. Susah payah dia membesarkan aku dulu aku kira sampai ke mati tak akan dapat aku lupakan.

Akhir sekali Malaysia, cuma satu saja yang aku tidak rindu. Politik di dalam negara. Kalau di sekolah dulu, aku percaya dengan apa saja yang disogokkan di dalam berita, kini semakin jauh aku berjalan, aku sudah semakin bijak untuk menilai. Maaf. Terus terang aku akui, pentadbiran negara masih lagi kucar kacir, 2020 sudah semakin hampir tetapi wawasannya entah hilang ke mana. Dan satu Malaysia seperti yang dicanangkan kerajaan dahulu, pada aku sama seperti canangan yang lain. Hanya sekadar hiruk pikuk yang kosong.






Kata Mak aku dulu, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri."
Aku jawab, "emas dengan batu mana yang boleh kayakan kita, Mak?"

Mak terdiam.
Aku tersenyum.

Jumaat, 5 Jun 2009

happy birthday kakak!!!!


aku ternampak satu pic lama masa aku visit las vegas setahun dua lepas. gambar aku dengan pompuan yang paling gorgeous di alam semesta nih. pada aku, aku rase xder wanita lain yang boleh celen dia lah so kalo mak aku suruh aku kahwin, aku akan carik pompuan yg mempunyai ke-beauty-an yg memang au natural cam nih. sah2 x kan jumpa. haha!!

* alasan, x nak kawin sebenarnye....


semalam, birthday dia yang ke 34. dengan 6 org anak n partner hensem (kapel aku dulu tuh tapi dia caras) yg tercinta, aku harap dia bahagia n kekalkan ke-beauty-an dalaman n luaran tuh dengan sempurna spt mana aku kekalkan keanggunan dari sari pati minyak cenceman nyonya mener aku selama nih dengan seadanya.



n sbg birthday present dari aku, baru2 nih aku telah bekerjasama dgn magazine ternama Forbes dan menamakan dia sbg Top Forbes Celebrity 100 Most Powerful Celebs mengalahkan juara bertahan Oprah Winfrey di tempat ke2, Madonna ke3, Beyonce ke4, n Tiger Woods di tempat yg ke5. Brad Pitt cuma berada di tempat ke9 n sehingga kini aku masih lagi belum tersenarai. xper, thn depan cuba lagi (saya akan cube buat yg terbaik spt mana kata pelajar AF...yang ado!)



again, wish u all the best n remember, you are not old... you just youthfully challenged!!!!

luv;
shaz jolie-pitt johar aka jejaka anggun.

tido awal bangun gile awal!!!!

amik kau!!!!



malam tadi dengan semangatnya aku tido kul 9.30pm. nih semua gara2 aku bangun awal pagi so aku pun ngantuk awal lah.


n yang paling best, pagi nih aku bangun tepat kul 3am cuz aku mmg biasa tido dlm 5 6 jam jer.

so skang apa aku nak buat?

cek email?
sambung keja?
semayang istikharah?

atau sambung tido?

oke. jap agi aku sambung tido!!!


nyte!

Khamis, 4 Jun 2009

baru balik interview


peghhh!!!

pagi tadi punyer semangat bangun pukul 7.30am. x pernah dibuat2....


aku ada interview kul 9am kat Diversitat, jadik manager katanya. katanya lah... entah apa yang diorang nak aku manage aku pun x sure..... manage gerai pun manager gak kan?


anyway, i think i did well. tp tau2 jer lah kalo mat saleh2 yg interview aku tadi tuh tensen ngan muke melayu anggun aku yg x setaraf dgn tahap piawaian keanggunan omputeh lain spt di atas, x dapek lah aku nak nolong kan?



jadi korang doa2kan lah aku berjaya eh?

Selasa, 2 Jun 2009

happy birthday urban gothix!!!!


hey birthday boi!

I am sad actually that I couldn't celebrate ur bday with u this year. I don't remember a year since we first met (when we were 18?) when I wasn't there to celebrate with you.

Anyway, I hope u like our lil gift. I am pretty sure you will like it though. It's a fun toy!

Enjoy your party, don’t drink n drive… n don’t forget to upload the pics too. I bet it'll be an awesome night!!



ps: remember, you are not old.... you just youthfully challenged!!

Manohara Odelia Pinot

kenal dengan nama di atas?

bukan. tuh bukan nama angel anda dalam facebook. bukan jugak nama ahli sihir atau nama porno. itu nama seorang socialite n bekas model di Indonesia yg baru2 nih gempar dengan kes dia didera oleh suaminya sendiri, Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra Shah, putera kepada sultan kelantan.


kisah drama bawang putih bawang merah ni bermula pada bln april yg lepas apabila ibunya, Daisy Fajarina membuat claim di media Indonesia mengatakan menantunya, putera kelantan tuh dah culik anak dia.

diorg ni kahwin last year, dlm satu ceremony yg x dipersetujui oleh bapa manohara tuh sendiri. bapa manohara, mat saleh warga US, katanya x agree anak dia kawin kerana waktu tuh dia masih lagi berumur 16 tahun... hmmm... nih mak ngan anak gold digger ker apa nih?


selepas dia dibawa pulang utk stay di istana kelantan, manohara dikatakan telah didera secara fizikal n mental oleh suami. bentuk deraan nih memang tragis siap ada razor cuts n seksual abuse and dia berjaya melarikan diri semula ke indonesia selepas itu.

tapi setelah dipujuk... ehem ehem... dgn wang ringgit, akhirnya dia kembali juga ke pangkuan suami. kaaaannn.....

kemudian spt biasalah, penderaan tuh berterusan semula sekembalinya mereka berdua n family manohara dr umrah. dia dikatakan telah diculik, tak dibenarkan menghubungi familynya, malah jika ada cubaan melarikan diri dibuat, dia akan disuntik dgn dadah.... takut tak!!!!!!!!!!!



pd tanggal 31 mei tempohari, dia berjaya jugak melarikan diri dgn bantuan polis singapore dan juga US embassy sewaktu melawat ayahanda sultan kelantan yg sedang gering n mendapat rawatan di sana. macam filem hebat Jakarta Undercover, dia melarikan diri dgn menekan butang emergency di dlm lif n menjerit meminta tolong. polis guard kelantan tidak berjaya menangkap kerana takut terpecah lobang akibat kamera CCTV merata-rata di kawasan tersebut. hahah.

sekarang dia sudahpun berada di jakarta. menurut sumber2 yg aku dapati di sini, dikatakan sebarang laporan masih juga belum dibuat secara rasmi. ibunya dikatakan akan menggunakan khidmat doktor dr Singapore, London, n Australia utk mengesahkan aduan yg mengatakan dia didera tuh n manohara juga telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suami.



hmmm.... aku pasti kisah ni tak keluar di paper malaysia. maybe keluar tapi kecik jer column tuh kot? takper, aku faham. aku baca pun dari paper kat sini n online paper di Singapore n Indonesia.

nih actually pengajaran utk kaum wanita di luar sana.

1st.. kalo nak kahwin agak2 jugak siapa suami kita tuh. jgn sibuk nak mengejar harta dunia.
n sec, kalo setakat baru lepas PMR, jgn la dah gatal nak berlaki... kenal dunia luas2 dulu baru fikir pasal nikah kawin nih oke....

yang orang lelaki ni pun sama jugak. tuhan menciptakan isteri tuh untuk dibelai ya, bukan utk dipijak-pijak!!!



** berita yg baru aku baca dr Malaysia Kini. wakil Tengku Muhammad Fakhry aka Tengku Temenggung Kelantan (Tengku TT) hari nih berkata, beliau memberikan tempoh tujuh hari kepada Manohara Odelia Pinot bagi mengemukakan bukti penderaan yang didakwa atau bakal menghadapi tindakan undang-undang. Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina juga dituntut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaan yang dibuatnya sebelum ini. harap maklum.

Malaysia Kini (klik here)




ps: pepatah ada berkata: menyesal dulu tuh pendapatan.... menyesal kemudian, kurang lah pendapatan... kan?!!!!

Isnin, 1 Jun 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu kelima

Dlm tugasan minggu kelima nih, aku diberi amanah utk menyiapkan satu entry bertajuk kerohanian/spiritual. Aku tahu, tentu ramai di kalangan blogger yang lain yang akan bijak menulis tentang Islam dan ajaran yang terkandung di dalam agama suci itu. Terus terang aku akui, aku sudah terlalu banyak didedahkan dengan ajaran agama suci tersebut. Kali ini untuk menarik minat pembaca membaca sesuatu yang baru dan di samping untuk merubah persepsi masyarakat tentang makna kerohanian itu sendiri, aku akan menulis tentang satu agama kuno yang diberi nama Wicca yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan ajaran Witchcraft di zaman English Tua di Eropah satu ketika dulu.

*plus, aku memang suka story pasal witches witches ni…. Hahah!!!

Sebelum tu, aku nak beritahu kepada reader semua, bentuk penulisan aku kali ini berbau serius dan anda seakan-akan seperti membaca buku ataupun Wikipedia ketika membaca entry ini. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada pengkritik di luar sana bahawa, selain menulis dengan cara yang bersahaja, aku juga mampu untuk menulis artikel dengan nada serius. Diminta, reader di luar sana yang ingin mendapatkan mood, sila baca dengan nada yang sama seperti pembaca berita, ya!!! Harap maklum.




Wicca dianut oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai witchcraft, iaitu ahli sihir. Tujuan mereka mewujudkan agama ini ialah semata-mata untuk mengelakkan segala tanggapan negatif yang diberikan oleh masyarakat kepada ajaran mereka. Wicca juga dipercayai sebuah agama yang menyanjung alam semesta dan setiap kejadian atau kehidupan di dalam alam itu sendiri adalah suci. Di samping itu, penganut Wicca juga mempercayai kewujudan sepasang tuhan (deity) yang dikatakan telah saling bekerjasama untuk mencipta alam semesta ini.



Tiada ilmu hitam atau putih di dalam ajaran Wicca kerana mereka menghormati roh alam (human nature) itu sendiri iaitu roh yang dikatakan tidak langsung mempunyai elemen positif ataupun negatif. Bacaan mentera (spells) yang digunakan oleh penganut ajaran ini pula adalah sama seperti ritual atau sembahyang yang bertujuan untuk meminta pertolongan atau mencari sesuatu di dalam hidup. Setiap bacaan itu hendaklah berteraskan amalan Wiccan Rede iaitu amalan yang mengharamkan penggunaannya untuk memanipulasi, mendominasi, atau mengambil kesempatan ke atas orang lain. Setiap bacaan itu juga berbeza mengikut personaliti pengikut Wicca tersebut.



Sama seperti agama lain, mereka juga mempunyai sebuah kitab suci yang diberi nama A Good Book of Shadows di mana di dalamnya tertulis petunjuk, bacaan, dan ritual yang perlu diikut atau digunakan. Maksud mistik yang terkandung disebaliknya juga dipercayai dapat membantu penganut ajaran ini dalam melalui kehidupan mereka berlandaskan agama yang mereka anuti.

Undang-undang Witchcraft yang diberi nama Threefold Law pula dipercayai digunakan ke atas ahli sihir yang telah menyalahgunakan kuasa mereka. Seperti karma, undang-undang ini menekankan bahawa setiap perlakuan yang dibuat itu akan dibalas kembali kepada si pelaku sama ada dengan cara baik ataupun tidak.




So itulah serba sedikit entry aku tentang kerohanian dan kepercayaan masyarakat Eropah kuno dahulu. sehingga kini aku masih percaya bahawa ajaran Wicca ataupun Pagan ini masih lagi diikuti oleh sesetengah pihak yang mempercayai terhadap kewujudan ilmu mistik dan mandrem mandrem nih. di Malaysia ni pun ramai juga bomoh khurafat ataupun Mak Esah 12 yang kita dengar cuma nama jer saja yang berbeza, kan?


Esok lusa, aku tulis pasal agama kerajaan langit pulak eh….