Ahad, 13 Oktober 2013

Aku Penganggur.


 


Lamanya tak update blog... Huhu....

Anyway, nak cerita yang Rabu ni merupakan hari terakhir aku bekerja kat tempat aku sekarang. Dah 3 tahun aku kerja kat sana. Dek kerana dapat bos yang sengal dan bingai akhirnya aku decided utk letakkan jawatan. Simple, kan?

Nope. Not that simple actually. Mula2 berat juga hati aku nak blah memandangkan aku dah selesa kerja kat situ. Gajipun OK. Environment pun OK. Tapi entahlah sejak tukar management, aku jadi rasa tak best. Dan bila rasa tak best makin lama makin jadi tak bestest, aku rasa ada baiknya aku blah sebelum aku susahkan sesiapa especially diri sendiri.

So, sehingga blog ni ditulis, aku still menganggur lagi. Korang doakan je la aku dapat kerja yg sesuai dgn gaji yg bagus. Setakat ni hidup aku ditampung dengan balance gaji yg tinggal + upah menulis yg tak banyak.

Speaking abt menulis, aku baru siap novel SANCTUARIA. Ingat esok nak antar kat publisher. Siapa yg dah beli CERPEN SHAZ JOHAR taulah novel ni pasal apa. Siapa yg tak tau, novel ni secara ringkasnya mcm a bigger, badder version dari cerpen dgn tajuk yg sama dalam CERPEN SHAZ JOHAR tu lah. Tapi aku tak leh cerita lebih2 buat sementara waktu ni. Kalau ada rezeki, dapatlah kau orang baca, ya?

Selain tu, aku jugak dah siap satu cerpen Inglish tajuk THE HOUSE utk satu projek podcast. Info tak boleh reveal lagi (sebab akupun takde banyak info, yg aku tau akan keluar untuk Halloween). Cerpen ni kisah seram yg berlaku kat dalam rumah... Duh!

Aku jugak ada tulis satu cerpen Melayu dgn tajuk NICE. Yg ni projek dgn publisher lain, bukan Fixi. First time aku tulis untuk publisher lain dan dibukukan. Kita tengok macam mana sambutan dia nanti ek? Cerpen ni pasal apa yang berlaku kat kedai mamak. Hehe. Aku suka cerpen ni sebenarnya. Feel aku tulis cerpen ni sama macam KOPI 3 RASA.

So ya, I keep myself busy. Lepas ni busy nak cari kerja baru plak. Lepas tu insya Allah, busy dgn projek novel baru. This time maybe co-write dengan penulis lain. Dengan siapa dan pasal apa, tak confirm lagi. Tengah bincang.

Apa2pun, untuk korang semua yg sentiasa bagi sokongan. Thanks so much. Untuk yg sentiasa tak bagi sokongan. Keep it up!

Oh, sebelum aku lupa, Salam Aidil Adha. Jangan jadikan diri anda mangsa korban percintaan. Amin.


Love,

Shaz Maceo Johar.