Hari ni sebenarnya genap hari ke 7 aku berada di You Ass of Ehhh...
Seperti yg dijanjikan, entry kali ni aku nak cerita pasal pengalaman menarik aku kat Newark airport sebaik mendarat di negara ni, Sabtu lepas.
First aku nak cerita ni kali ke 5 aku masuk ke negara ni dan sepanjang aku ulang-alik, keluar-masuk, tak pernah dalam sejarah hidup aku kena tahan dgn pihak imigresen. And kali ni, nasib aku kurang baik sikit.
Ceritanya begini....
*mata pandang siling, camera fokus kat lampu pastu ujan....
Mula2 bila aku sampai kat immigration counter, dia tanya aku soklan2 standard mcm nak buat apa kat sini, berapa lama nak stay kat sini, nak stay kat mana, bila last time aku stay kat sini, dulu berapa lama aku stay kat sini, maximum time aku penah stay kat sini, kerja apa, etc etc etc.
OK. fine. standard procedure tapi bila lepas dia scan semua jari aku n panggil org escort aku masuk immigration office, aku mula seriau.
Masuk2 kat situ, aku tgk ada ramai lagi yg kena tahan. ada yg takde visa, ada yg tengah tunggu visa dia siap, ada yg overstay, ada yg tak reti cakap omputeh, ada student, macam2 hal lah. Lepas sorang, sorang dia panggil, unfortunately turn aku sampai bila bilik tu dah kosong. Motif?
Staf immigration tu (nama dia Mercedes) terus tanya aku, "how long were you in Cancun, Mexico last year?"
"3 days, I guess. I don't remember. Why?"
"Dude, I still remember my trip 5 years ago. How come you don't remember yours?"
Menyirap plak darah aku dengar statement dia. Terus aku reply, "I am a frequent traveller. I travel a lot in and out of my country. I took 4 flights to come over here. Dont expect me to remember everything. If you need further info, allow me to check my laptop, I probably saved it somewhere on the desktop. Or do you have wifi here so i can check it in my email?"
"Nope. We don't have public wifi. You cant use your laptop or phone here as well. You know what, our record shows that you didnt leave this country after your last visit... what do you wanna say about that?"
Darah aku terus naik mendadak bila dengar ayat2 cinta dia tu. "What? Thats ridiculous. If I didnt leave this country, then how is it that I just arrived on the plane from Germany?"
"Dude, you were in Mexico and entered this country from Miami last time, you dont know how many people come here illegally from Mexico and leave this country using the same way too..."
Oh, aku terus meroyan especially bila dia kata kalo aku tak leh prove yg aku keluar dr negara ni secara legal last year, dia akan campak masuk jail. Dia kata dia just nak nama airlines n exact date utk dia check ngan airlines tu betul ke tak aku ada berambus keluar.
Sudahnya aku mintak permission utk buka laptop n phone. mula2 dia tak bagi tapi diapun rengsa tgk aku meroyan, last2 dia benarkan jugak. Yg penting tak jumpa apa2 kat laptop aku. obviously, aku saved kat email.
Aku mintak plak permission utk on phone. nak SMS Dato K yg dah lama tunggu aku kat luar. kitorg pun balas2 SMS, yg penting staf imigresen tu baca SMS kitorg, nasib baik Dato K tak ckp apa2 yg buruk. Cek punya cek, jumpa flight apa (Kuwait airways) tapi exact date tak dapat view sebab laptop dia abis battery plak. Haha! drama gila, kan?
Last2, lepas 3 jam aku stay kat situ, staf tu pun fed up. dia cakap dia nak bagi aku benefit of the doubt, dia lepaskan aku je memandangkan dia kata aku tak penah buat hal kat mana2 negara sebelum ni so dia anggap je ni semua salah airlines (well actually, salah immigration staff kat US lah cuz kalo dorang yg tak hilangkan data aku keluar dr negara ni, sah2 la ada record, kan? bangang.)
Aku nak sound lebih2 tapi malas plak, kang kata aku tak berterima kasih. Tapi aku tanya next visit aku nanti ada problem yg sama ke tak sebab aku memang planning nak datang selalu kat sini, n visa aku abis 2016, so aku taknak sebab benda2 bodoh ni aku takleh renew visa aku nanti. dia kata insya allah tak
*ok, insya allah tu aku yg tambah sendiri. dia kata 'hopefully'
Tu bukanlah jawapan yg aku nak dengar tapi kepala aku malas dah nak fikir benda2 lain. aku nak keluar je dari bilik tu. lagipun aku kene catch another flight utk ke Tampa plak....
Ha... so, itu jer lah cerita menarik yg berlaku kat aku hari tu. Sangat hari ni dalam sejarah.. boleh dibuat cerpen tak rasa2??? Yg best, aku tak pernah terfikir US boleh buat silap macam ni jugak. Aku ingat kat Msia je yg buat hal2 bangang macam ni... oh well....
Aku harap masa keluar negara ni nanti takde hal mengarut2 lagi macam ni.... Uggghhh!!!
|
Aku jumpa pic ni dalam in flight magazine Lufthansa on the way to US from Turkey. Fesyen khas utk wanita bertudung yg hanya mahu menutup rambut. Bergembiralah... |
To travel is to discover that everyone is wrong about other countries - Aldous Huxley