Selasa, 26 Jun 2012

jalan-jalan terokai perak 2012.



Bday Boi posing di depan Kellie's Castle. Happy birthday!!! Bahu takyah senget sangat.

sempena bday Dato K yg ke 21++ pada June 22 harituh... aku ngan dia dah pakat2 buat segmen Cuti-Cuti Msia kami sendirik. memang mcm tuh pun biasanya kitorang celebrate bday dia. mesti nak keluar dari KL, kalo x jauh, dekat2pun jadiklah. n memandangkan jadual kerja kami agak ketat n cuti AL akupun dah abis, (ditambah plak dgn tahun nih tahun melawat negeri perak) so kali nih destinasi yg kitorg pilih ialah negeri perak sajork!

anyway, percutian kitorg nih dimulakan dari Kuala Kangsar turun ke Ipoh turun ke Batu Gajah ke Gua Tempurung ke Teluk Intan sampailah stop kat Kuala Selangor sebelum terus balik ke KL.

gigih, kan kami???

ha.... aku malas nak citer banyak, apa kata korang tgk jer pic yg aku sempat upload di bawah nih. enjoyz....


destinasi pertama, Istana Kenangan di Kuala Kangsar. Dulu masa kechik2 aku ngan kawan2 aku Tun Teja ngan Tun Fatimah slalu gak main batu seremban kat sini, sambil nyanyi lagu Aku Nak Kahwin Dengan anak Raja dgn harapan ada anak raja masuk meminang. okebai.

Istana Kenangan dari sisi tepi. Ayahanda dan Bonda Sultan marah aku kalo main nenek2 si bongkok tiga kat sini. dia tak kasi aku join2 orang kebanyakan. kasta rendah, katanya. 

dah tgk up close baru aku perasan yg istana nih macam kad board jer. heheh.

singgah Jumaatan di Masjid Ubudiah. Cantik masjid nih.

Dan tidak sah juga jika tidak pekena laksa dan cendol di Kuala Kangsar. org kata sedap, aku rasa biasa je. mcm lebih kurang sama je dgn apa yg ada kat KL. maybe kat kedai tuh laksa dia tak best. maybe lah....
destinasi kedua, Ipoh. takde buat apa2 except makan malam di Pakeeza Restaurant. Makanan northern Indian yg sedap. thanks tuh kawan aku si Lene yg promote tempat nih. Harga berpatutan sajork. kenyangnya sampai ke esok. 


destinasi ketiga, Batu Gajah. melawat Kellie's Castle. org kata istana tinggal nih berhantu. kata oranglah... aku tak jumpa apa pun...


nama pokok nih Bear Tree. nampak tak ada kepala Winnie the Pooh kat pokok tuh?

sebahagian lagi castle yg tak sempat nak siap. sian.

katanya area nih ada org nampak si Kellie nih lepak kat sini malam2. tak taulah apa dia buat. persoalannya, yg nampak dia lepak kat sini mlm2 tuh buat apa plak kat sini?
ya, pose tunjuk betis itu penting yer.... ada nampak mcm pose majalah Italia Vogue tak?

lorong utk ke bawah rumah.

salah satu bilik yg ada dlm istana tuh... sesuai utk pengambaran filem seram kat sini.

dah penat, nih lah hasilnya. cubaan utk pose abang2. taste tak? taste tak?

destinasi berikutnya, seperti merak di bawah gua tempurung....

yg nih plak seperti merak di dalam gua tempurung.... x amik pakej yg masuk2 air sebab malas nak basah2. FYI,  kalo korang nak dtg sini sila bawak baju extra. 

kite teruskan pula perjalanan ke Teluk Intan. jangan betulkan mata anda, menara nih memang condong sedikit sebab tuh namanya Menara Condong. kalo dia terbalik, dah sah2 lah nama dia Menara Terbalik kan??

kemudian kami berdua drive sampai lupa diri dari teluk Intan hingga ke Kuala Selangor utk dinner. nih lah makanan yg sempat aku telan sambil feeling2 mengadap sunset. precious.

ha... itulah saja percutian cuti2 perak yg telah aku adakan pada hujung minggu baru2 nih. aku harap kalian semua terhibur. jika ada sebarang pertanyaan dan komen, bolelah hantarkan di kotak komen di bawah.

sehingga bertemu lagi dlm entry yang akan datang.... ingat tagline saya....


INGAT SAYA, INGAT SENYUM. 

OKEBAI!

Jumaat, 22 Jun 2012

KOPI THE DVD.

ok, nih ada pengumuman yg ingin dibuat.

kepada sesiapa yg free pada Ahad June 24 nanti, silalah hadir ke The Annexe, CM utk menyaksikan tayangan 8 filem pendek (filpen) yang dicedok dari cerpen2 yg termuat dlm buku antologi KOPI.  *by the way, buku nih sudahpun habis dijual. harap maklum.

Antara filpen yg akan ditayangkan adalah spt berikut:

1. KOPI 3 RASA
(Pengarah: Nazri M Annuar. Cerpen Asal: Shaz Johar yakni Aku.)

2. KOPI & DIA
(Pengarah: Fikri Jermadi. Cerpen Asal: Syaihan Syafiq)

3. LUWAK & KRETEK
(Pengarah: Aidil Rusli. Cerpen Asal: Ridhwan Saidi)

4. KOPI, DONAT & BAYANGAN GADIS BERAMBUT HIJAU
(Pengarah: Bebbra Mailin. Cerpen Asal: Adib Zaini)

5. CINTA KOPI
(Pengarah: Sheryl Chong. Cerpen Asal: Gina Yap Lai Yoong)

6. KOPI JULIA
(Pengarah: Tan Bee Thiam. Cerpen Asal: Faizal Sulaiman)

7. KOPI JANTAN KAW
(Pengarah & Cerpen Asal: Nik Adam Ahmad)

8. KOPI PERCIK
(Pengarah: Azizulhakim Salleh. Cerpen Asal: Amal Hamsan).

tayangan akan bermula pada pukul 4 petang n masuk adalah percuma. korang yg hadir bakal menjadi manusia2 yg bertuah kerana inilah kali pertama kesemua filpen2 itu ditayangkan dlm satu event yg sama. n selepas tayangan kita akan adakan pula sesi bincang dengan kebanyakan pengarah. apa yg nak dibincangkan tuh aku x berapa sure lah plak. korang tunggu dan lihat jer lah, ok?





info untuk tayangan penuh KOPI THE DVD, ada DI SINI.

just FYI, acara ni adalah sebahagian daripada KL ALTERNATIVE BOOKFEST - ART FOR GRABS. maklumat lanjut tentang event tuh ada DI SINI. so sambil tgk2 dvd, tgk wajah anggun aku dr setiap sudut, korang bolelah jugak membeli-belah segala barangan yg dijual, kan?




oklah, x yah citer panjang2 lagi... kita jumpa saja di sana. insya-Allah.

Selasa, 19 Jun 2012

to you....







it’s so great to find that one special person you want to annoy for the rest of your life.

happy 9th anniversary.

congrats.

Jumaat, 15 Jun 2012

start where you are.





aku dapat pic nih dari dlm FB. ntahlah dari page siapa so aku share.

pada aku pic nih bagi 1001 makna tentang life aku. apa yg aku dah achieved sepanjang hari aku diberi nyawa oleh Tuhan? apa yg aku dah buat selama tuh? or yg belum buat lagi? or yg akan dibuat? or yg aku tak nak buat langsung? or yg aku malu2 nak buat? or semuanya aku buat2 tak tahu jer? apakah???

so far, aku x tau. takde jawapan.

so aku rasa aku nak print n tampalkan kat dlm bilik n kat ofis. biar aku nampak hari2.biar aku tau apa yg aku buat tuh betul....

kan? kan? kan?


ps: rasa macam dah 11 tahun aku tak update blog. Entahlah, aku pun tak tau kenapa. Nak kata aku busy, dulupun busy gak tapi ada je masa. Maybe aku dah tau nak tulis apa lagi. Maybe aku dah bosan ngan blogspot nih. Or maybe tak ada apa2 yg interesting utk ditulis.Anyway guys, aku x kan berputus asa. I’m going to do my best to keep my blog updated… so korang doa2kanlah ada citer2 yg interesting lagi dlm hidup aku nanti2, ok?

Rabu, 6 Jun 2012

kisah si Tinkerbell.



sari berita sedih.

spt biasalah aku terbaca citer lawak berunsur simpati nih kat Daily Mail. katanya, ada sorg budak pompuan nih yg dilarang masuk ke Disney World, Orlando, Florida sebab dia pakai costume Tinkerbell.

alasan pihak Disney, dorang x nak pengunjung lain confuse dgn budak nih sbb nnt dorang ingat budak nih mascot ke wakil Disney ke apa kat situ, kan... (manalah tau, kang pengunjung lain sibuk2 mintak autograf n amik gambar ko pastuh ko buat muke kewat, x ker Disney jugak yg dapat komplen?)

sudahnya, Disney kata kat budak pompuan nih, kalo nak masuk jugak, dia kena tukar baju atau cover ngan baju lain.

budak nih sentap! dia kata mekap dia jer dah amik 2 jam, set rambut tambah lagi sejam, glitter sembur satu badan lagi, nail polish lagi, last2 kene denied entry plak. plak tuh, dia buat semua tuh utk BF dia. kununnya nak kasi something spesial sempena kali pertama BF dia tuh jejakkan kaki kat situ. heheheh.

yg best, BF diapun gigih jugak pakai costume Peter Pan katanya. hallah hallah hallah. cinta mati sangatlah korang nih...

nih antara gambar budak tuh nangis2....





hahaha. lawaklah ko nih, Dik. lain kali buat survey dulu. tanya org yg lebih berpengalaman. apa2pun, sabar yer Dik yer... lenkali cuba lagi, ok?