Isnin, 30 April 2012

anak dagang di rantau orang (part 1)

ahad, malam ke 4 di Florida.

baru lepas abis tgk Desperate Housewives. next week fnal episode n lepas tuh dah xder dah story pasal isteri2 gorgeous di Wisteria Lane kat TV. hmmm.. kat Astro maybe ada, sebab Astro kan suka ulang citer 1000x. okebai. aku maksudkan TV kat sini.

anyway, speaking about Desperate Housewives, Dato K cakap kat aku b4 aku sampai sini dulu yg neighbor mak dia skang nih ada dua tiga org yg sesuatu n since aku bakal jadi jiran dorang yg baru, dia kata aku jgn nak berangan mcm Renee (Vanessa Williams) sgt! hahah....

sebagai contoh, semalam mak ayah dia buat dinner utk kitorang n panggil neighbor sebelah2 umah datang. so mamat sebelah umah nih yg mmg aku syak sesuatu ada dtg. mamat nih comey yer, org Puerto Rican. cakap bunyik2 Ricky Martin sket. Dato K dah jeling2 dah sebab mamat nih pegang2 aku  tapi malangnya, xder apa yg berlaku di antara kami sebab mamat nih dtg bawak +1. so, malaslah aku nak mencaraskan? (walaupun si individu +1 itupun jeling2 aku jugak, tunggu masa nak cakar muke aku ngan garpu. hahah...)

oh,  pada yg dok sibuk2 mintak gambar dia kat FB semlm, korang gi lah tgk sendirik kat frenslist aku under Octavio Rodriguez. dia dah add aku dah. 

n tadi plak adik Dato K introduce kan aku dgn neighbor dia, Masita. dia nih pompuan Singaporean Malay yg kawin dgn omputeh. dorang dah ada 2 org anak. sorang nama Ethan aka Abang n adiknya plak, Nuri (kot?) atau nama manja Adik. masing2 x reti cakap Melayu katanya, boleh faham apa org cakap jer, nak cakap balik x reti, gitu. (hmmm... anak2 aku besok, haruslah aku paksa dia blaja cakap Melayu, Inggeris, Spanish n Mandarin sampai fasih. berguna tu, ya!)

next week, kalo ada rezki, aku akan dtg umah si Masita nih plak. dia nak buat makan2. nak masak rendang ayam utk aku. so, korang tunggulah next entry ya. aku akan post gambar2 aku posing kat umah dorang plak.

meanwhile, korang enjoyzz jer dulu dgn few pics yg aku sempat amik harinih....

ok, aku dah ngantuk. bye!


with Madison and Riley. Madison kata muke aku persis Shark Boy aka Taylor Lautner. siap puji aku ada perfect skin and tone lagi... korang jangan jeles!!!

main game Wii Tenis dgn Madison and aku kalah 2-1. laha!

at Flea Market: Tutu dress yg haram di Msia tuh dijual di gerai bersebelahan Kabobs (Kebab) yg halal di sini... heheh...

jumlah loteri yg terkumpul so far is USD50 mil!! terniat jugak nak main, manalah tau ada rezeki...

diva in the making: Riley tengah nyanyi lagu Justin Bieber, "Baby, Baby, Baby oooo"




Jumaat, 27 April 2012

dari kota lumpur ke kota dunia (part 5).

April 25, 2012. last day in Cancun.

mentari merah di ufuk timur


aku bangun pagi gile semata2 nak tgk sunrise kul 6 pagi. flight gerak kul 1.25pm, hotel check out kul 10am. teksi datang pick up bawak gi airport kul 10.30am. check in kul 11.25am. so ada banyak masa, kan?

lepas feeling2 tgk keindahan ciptaan tuhan dari lautan Cancun, akupun balik utk bersiap2. hati rasa sayu nak tinggalkan laut Carribean yang biru nih. insya-Allah, kalo ada rezeki, aku akan dtg balik...

perjalanan diteruskan ke Miami. sampai kat Miami aiport dlm pukul 3pm, aku kene beratur mengalahkan org nak beli burger kaw-kaw. gila bapak punyer lama - lebih 2 jam setengah. kunun mcm ketat sgtlah security kat immigration counter tuh. dah 6 kali aku keluar masuk US, blom penah skalkikpun aku kene beratur lama mcm nih, c'mon lah, ini bukan KL. kat JFK n LAX yg super duper busy tuh pun x penah yer. laha!

sampai turn aku, dorang tanya macam2. kenapa aku dtg sana, kerja apa, berapa lama stay, blah blah blah. standard procedure. (tips: kalo ko dtg ngan org sana, ko cakap jer korang couple, x kisahlah ko dtg ngan laki ke pompuan. sure dia cepat lepaskan ko.... hahah!)

setelah aku disoalsiasat, spt yg dah diduga aku dah miss flight yg patut sampai kul 5.55pm utk ke Tampa plak. nasib American Airlines faham so dia mmg ada buat rebooking utk passenger yg missconnection. (maknanya dorang mmg tau yg airport nih slalu buat hal. sian).

next flight yg aku dapat kul 10.30pm. aku ada lebih 4 jam tersapau kat airport, x tau nak buat apa. last2 aku sambung edit next novel aku (hopefully dijadikan novel lah yer) utk membuang masa yg dah banyak terluang...

finally, aku tiba jugak kat Tampa, itupun dah tengah malam. mak ayah dato K jemput dgn kereta baru dan juga anjing baru. kellez! dlm kereta aku banyak tido dari berbual. terlalu penat n ngantuk... hehehe.

ok, itu jer perjalanan aku dari KL ke sini. penat, yes. fun pun yes jugak. aku akan ada kat sini sampai May 15. so far, aku x decide lagi apa nak buat kat sini. tujuan asal dtg sini dulu just nak melawat family kat sini jer. n shopping2. n gi Harry Potter theme park kat Universal Studio, Orlando, Florida.

so, kalo ada apa2 hal nanti korang tunggu jerlah entry2 yg berikutnya oke....

till then, ciao!


Khamis, 26 April 2012

dari kota lumpur ke kota dunia (part 4)

tak sah kalo tak datang sesuatu tempat tuh tanpa tau di mana asal-usul rakyat tempatan. so aku n dato K decide kitorg nak gi day tour ke Chichen Itza. Chichen Itza tuh bukanlah tempat fast food mcm Kentucky Fried Chicken tuh. dia nih kompleks Mayan temple ala2 Borobudur di Indon or Angkor Wat di Cambodia or Giza di Egypt or Candi Lembah Bujang di Malaysia. ok, Candi lembah Bujang tuh aku x penah pergi but aku rasa dari apa yg aku nampak kat dlm Google, hmmm... tempat tuh okebai sangat.

anyway, aku naik bas gi sana. perjalanan dlm 3 jam setengah. cost dia depends on ko nak gi tour ngan sapa. kalo ko feeling2 anak raja macam aku, ko bayarlah USD112 sorang. kalo ko miskin2 atau bajet2, dlm USD35 pun ada. tapi aku nyer pakej siap ada tour guide n makan2 buffet. dlm bas pun minuman dan makanan halal dan haram disediakan utk mengisi masa terluang.

sambil2 tuh, tour guide kitorg (nama dia Felipe) pun citerlah sejarah Cancun n org2 Mayan n temple nih. dia nih aku kira mcm Wikipedia bergerak. semua benda dia tau. katanya dah 20thn buat keje nih so dia kenelah tau semua. aku x taulah sama dia dia tipu ker apa, so kalo dia tipu aku nnt kalo korang tanya, aku tipulah korang plak.... standardlah.

yg best dia kata tempat nih dikenali sbg Ma Yap (bukan Mak Ayam). Ma Yap tuh bermaksud Land of Nothing. sebab dulu masa Spanish dtg sini dgn harapan nak carik emas tapi kat sini xder apa2pun. sian. dorang pakai cacao beans sebagai matawang. oh another interest thing, dorang jamu mat saleh spanish nih dgn air dr cacao beans nih, dorang cakap chaco latte (means be careful hot) tapi spanish nihpun gelar air tuh hot choc. heheh.

ok, nih ada few pics yg aku sempat amik masa aku kat tour tuh... korang enjoy lah eh....

El Castillo. siapa yg dah tengok citer Apocalypto, taulah apa fungsi temple nih

close-up picture of dinding temple

nih tempat King duduk sambil tgk game ala2 basketball. team mana yg menang game, captain dia akan kena sacrifice. mampu?
more ruins scattered around the complex.

yer cuaca sangat panas. sila bawak sunglasses, sunblock cream dan payung. kalo ada aircond bergerak pun boleh bawak skalik.

rumah orang Mayan dulu2. kata Felipe, orang Mayan kecik, dark skinned, squinted eyes, hairless, n lactose intolerant.
Ik-Kil Cenote (the sink hole). ada perigi besar, dulunya kawasana tadahan air utk minum but skang dorang jadikan tempat manusia berendam dlm nih.
Mexlish. Swin pun Swin lah....



esoknya, aku dah pulang ke USA. nanti aku akan ceritakan pengalaman aku last day in Cancun n apa yg jadi kat Miami airport. tunggu....

Rabu, 25 April 2012

dari kota lumpur ke kota dunia (part 3)

seperti yang dah dijanjikan, nih pics2 aku bermain2 di gigian air laut Carribean in Cancun, Mexico. tak tau apa yg boleh aku tulis actually sebab ia terlalu indah sangat. mulutpun tak mampu nak kata apa melainkan memuji2 kecantikan ciptaan Allah sahaja. MEMANG BERBALOI.

so utk menyentapkan lagi mata korang, tgklah pic di bawah dgn penuh riak jeles...

Kris and Shaz take Cancun
lautan Cancun yang membiru...
underneath pokok kelapak!
nak berlari2 mcm Baywatch tapi costume tak berapa nak kena
merenung keindahan ciptaan Tuhan

ok, tuh jer yg aku sempat upload. destinasi berikutnya spt pic di bawah. tunggu entry berikutnya:

Mayan Temple, Chichen Itza.

Selasa, 24 April 2012

dari kota lumpur ke kota dunia (part 2)


aku jumpa topi Wan Maimunah kat sini...

holla!!

flight sampai Cancun, Mexico dlm pukul 10.30am. perlu diingatkan, kat sini walaupun guna matawang peso, semua barang mcm sama jer harga ngan USD. sangat laha yer. so korang kena pandai2 lah bajet sendiri.

another thing, org kat sini akan dulukan bahasa kebangsaan dorang dulu sebelum bahasa english. sebab utamanya dorang nih x berapa fasih sgt ckp omputeh (mcm aku jugak) n sebab yg keduanya, muke aku dah sah2 iras Miss Mexico campur Zac Efron, haruslah dorang ingat aku nih rakyat tempatan. so, banyak2kan lah tgk telenovella kalo nak tau dorang nih umpat ker ko tidak.... heheh.

anyway, aku amik teksi dr hotel dgn cost USD50 (pergi balik). sampai hotel Westin Lagunamar Ocean Resort dlm pukul 12pm tapi blom bole masuk bilik cuz check in kul 4pm. laha kali kedua. so, utk membuang masa, aku jenjalan kat mall La Isla Shopping Village n lunch kat cafe Blu. cute cafe mengadap Nichupte Lagoon. makan dia pun not bad. layanan biasa2 jer tapi waiter anak ikan muke tak boleh blah. la usurpadora sgt!

lepas penat2 sambung jln n makan, aku balik ke bilik. harapannya lepas upload pics dlm FB, nak kuar balik makan. last2 sedar, aku terbangun tido dah pukul 3 pagi.... nak makan apanya? okebai.

esoknya, aku spend pagi dgn breakfast yg sedap lagi mahal kat hotel (600 pesos) sebelum spend time membakar diri kat tepi laut n berendam dlm swimming pool.

hmmm... ok, itu jer story buat masa nih. satu pic tepi pantai dimasukkan sebagai teaser. pics yg lain akan dimuatkan di entry yg akan datang.

ciao!









Isnin, 23 April 2012

dari kota lumpur ke kota dunia (part 1)...

ok, aku sudah berada jauh dari Malaysia.

badan still penat2 dgn jetlag after 35 hours in transit. flight kuwait airways yg kununnya gerak kul 3.15am, delay sampai pukul 5.50am. sudahnya aku tersapau kat airport cam org homeless. merayau2 seluruh terminal n tido kat seat b4 boarding.

flight lama. maklumlah flight murah, mcm naik bas sangkut2. ada 2 transits. sekali kat kuwait. sekali lagi kat london. ingat nak beli souvenir kat kuwait airport tapi harga sekeping fridge magnet mengalahkan harga sehelai baju zara. ko mampu? org kuwait mmg semua nampak kaya2, aku x tau yg miskin mana pergi. staf airport semua org filipino. stewardess pun filipino, x taulah kenapa. maybe sebab yg pompuan sibuk berjilbab so x sesuai kalo ada kes emergency. n yg lelaki plak sibuk dgn jubah n x ramai yg pandai cakap ingrish!

kat london, transit x lama. tapi beg n badan kene raba lagi skalik sebelum masuk gate. yg raba tuh muke dia sgt tak taste (arab mat saleh ngan janggut panjang sgt) so aku jadik marah sgt!

dlm flight, aku sambung baca novel Amerika. aku penah cakap kat saudara Amir Muhammad, aku memerlukan trip yg jauh2 tanpa internet kalo nak aku habiskan buku nih n so far aku dah berjaya baca 50 bab, tanpa gangguan. tahniah. citer nih best, aku paling suka part kat Miami sebab teringat kat pengalaman sendiri dtg negara US thn 2006 dulu. gila jakun masa tuh so aku rasa apa yg dia rasa...

oklah, taknak citer banyak. korang enjoy jer lah pic yg aku sempat amik kat bawah ....


dalam ERL menuju KLIA...


refreshment dari Kuwait Airways sebab delay flight. dulu Air Asia Indonesia bagi nasi campur jer... sian.
KLIA, sambil tunggu flight, sambil habiskan novel Amerika dari Ridhwan Saidi

finally, meninggalkan KL dgn penuh harapan. the journey begins....
anyway, aku sampai NYC kul 11pm. aku tak lama pun kat sini, sekadar transit jer, tinggal kat hotel yg dekat2 cuz kul 2.20am, aku dah paksa diri nih utk bangun dari tido. esoknya, aku kena catch 2 lagi flight. (yer terbang lagi. gile!). dari New York ker Miami and Miami ker destinasi di bawah.

ke mana destinasi tuh, korang bacalah entry seterusnya...

picture dari dalam airport sajer... tak sempat jalan2 kat luar. sian.
Westin Lagunamar Ocean Resort, Cancun, Mexico.

Isnin, 16 April 2012

drama LIHATLAH DUNIA!


Mengikut Wikipedia, drama bermaksud “the specific mode of fiction represented in performance.” Terma drama tuh datangnya dari perkataan Greek yg memebawa maksud, “action”. 

Ok, kenapakah aku memulakan entry nih dgn citer pasal drama adalah kerana kat ofis aku especially department aku, E channel ada banyak drama.

E channel tuh membawa banyak erti. Erti sebenarnya adalah Electronic channel, yakni kami hamba abdi di sini melayan kerenah pelanggan melalui surat-menyurat dan caci-maki yg dihantar melalui elektronik sahaja. Akan tetapi, semenjak aku bernaung di bawah empayar Clive Davis di sini (bukan Dato M. Nasir, Aubrey Suweto ataupun Ahmad Dani), aku mula dapat aura yg E yg ada kat dlm dept nih membawa sejuta makna.

Antaranya, Entertainment channel, Emergency channel, Exit channel, Eating channel, Experience channel serta Eh eh eh channel. (Tang eh eh eh tuh yg paling aku geram).

Harinih telah berlaku lagi satu insiden di mana staf kesentapan dgn bos gara2 tak dapat cuti. Cuti di sini membawa maksud annual leave (AL). Staf yg dimaksudkan tuh bising kenapa dia tak dapat cuti sedangkan dia sakit dan tak larat utk bekerja.

Staf tersebut tidak mahu mengambil MC kerana undang2 hamba abdi di sini menyatakan bahawa bonus bulanan akan dipotong separuh jika staf ada sehari MC n burn habis jika ada 2 or more. *Baguslah company buat mcm tuh utk avoid pengambilan MC secara berleluasa.

Aku faham, staf yg betul2 sakit akan rasa terkilan ngan undang2 tuh n sedaya upaya nak jugak mintak kat bos tuh supaya approve dia punya cuti as AL instead of MC. Tapi kalo dah kat department tuh short-handed staff, xkan bos nak bagi lepas mcm tuh jer, dia pun kene jawab ngan bos dia jugak, kan?

Yg penting, bos tuh bukan x bagi dia blah langsung, bos cakap kalo dia sakit, amik jer MC tuh. Rehat kat umah. Dia plak bila bos tak bagi dia amik AL, mulalah dia nak mengamuk bagai.

Hmmm… persoalannya di sini, kalo staf tuh betul2 sakit, apakah dia perlu fikir pasal AL, bonus dan duit lagi? kan lebih afdal jika dia fikir pasal hidup mati dia?

So, tang nih yg aku x berapa nak faham... Ada sesapa yg sudi explain?


ps: ok, entry aku panjang kali nih.... mungkin aku takkan tulis entry baru sampai jumaat nanti...

Jumaat, 13 April 2012

sawang

haish... dah agak lama jugak blog nih bersawang. Sorry, kehidupan aku busy sedikit dari normal. Selain sibuk buat keje2 tak berfaedah, aku jugak sedang siapkan novel yg ketiga.

N bila xde keje2 yg berfaedah plak, otak aku tetibe jadi blur x tau apa yg nak ditulis. Kalo dulu, at least bole gak aku browse tenet kat ofis n cari berita2 ilmiah utk dikongsi bersama tp skang blogspot dah kene blog plak. Bole view jer, xbole post/edit so apa kejadahnya kalo aku ada sari berita penting sekalipun tp x bole diblogkan, bukan?

Anyway, aku saja je update blog nih utk memberitahu semua pembaca2 di luar sana yg blog nih masih wujud. jgn marah aaa ;)

Oh ya, speaking about novel ke3 itu, actually aku dah siap sepenuhnya. cuma nak touch up bagi kemas dan cantek sket. working title nya is MENTAL. Dari tajuknya je dah buat korang tau citernya pasal apa, kan? So kalo nak tau lebih lanjut, silalah beli bila dah berada di pasaran nanti yer. (Ayat konfiden habis yg story aku nih akan dinovelkan).

Heheh...

 ps: lagi seminggu nak terbang jauh. Mcm2 berita plak aku dengar kat tv. Doakan aku selamat pergi dan kembali, ya!

Rabu, 4 April 2012

bunga rampai ditabur-tabur....

"sapalah yang tabur bunga rampai sampai berselerak nih...." kata pengapit perempuan.
ingat lagi tak entry sebelum nih yg aku tulis pasal dialog nak pinjam sampin ngan mak aku tuh?

sudahnya, aku dah dapat pun sampin tuh. aku pinjam dari ofis mate aku jer. n aku dah pakaipun sampin songket yg mahal lagi regal tuh kat majlis perkahwinan kawan baik aku, si cantik manis Leli Marlena ngan suami dia, yakni ex-bf aku, Nashriq. 

meriah gak lah kenduri dia nih. buat kat Bora Ombak, feeling2 Que Haidar ngan Linda Jasmine sgt. n tambah meriah lagi majlis tuh bila aku plak yg jadi co-host bersama kakak yg super confident, Kak Gee. Dato K plak jadi pengapit. heheh. ko penah ke tgk omputeh jadik pengapit? tak, kan?

anyway, malas nak citer panjang lebar. so Leli n Nash, entry nih khas aku buat utk kalian berdua. selamat pengantin baru, semoga berbahagia selalu n kekal hingga ke akhirat. insya-Allah.

enjoy, gambar2 yg sempat diambil (dari FB org lain dan ditampal di sini)...

dua pengacara yg menghuru-harakan majlis. pose2 dulu sebelum pengantin sampai.
tengah main balas2 pantun dua kerat nih....
tetibe rasa nerves berdiri atas pelamin tuh... ntah kenapa ntah.
tiga tingkat jer kek? hari tuh ko kata 18 tingkat siap ada penthouse, kan?
pengacara bersama pengapit. bergabung, meletop.
sama cantik, sama sepadan.... eh?
last but not least, aku pose solo. tetap!!! tapi ada nampak macam ciri2 gaya penyimpan mohor besar tak?
ok, tuh jer gambar2 yg aku ada... ada lagilah few tapi cam malas nak upload. nanti org kata aku plak yg lagi vas dari pengantin. caner?

OKEBAI!

ps: semenjak blog dah berwajah baru nih, aku dah takleh nak update new entry kat ofis lagi n kat umah plak, line internet mengharapkan line jiran. kalo jiran sebelah tutup line intenet dia, akupun x dapeklah peluang nak melayan tenet sambil main2 laptop. so jgn marah kalo aku jarang update blog skang eh?