Selasa, 31 Januari 2012
7 What Ifs part 5
anyway, dia berminat nak jadi guest blogger utk blog jejaka anggun nih ha. so, aku ada few soklan2 RM1 money dropped yg aku bagi utk dia jawab. korang enjoy lah eh....
jika anda diberi peluang utk membuang satu jenis cuaca yg ada dlm dunia nih, yg mana satukah yg anda akan pilih?
Soalan yang bagus. Disebabkan aku ni gila sopan dan gila benci turbulence, aku nak lupuskan cuaca buruk. Tak ada cuaca buruk, maka tak ada la turbulence. So aku boleh fly dengan girangnya *sambil pintal-pintal rambut* dan tak payah jerit suara kepit lagi. Orang sopan mana boleh jerit suara kepit. Lagipun tak anggun la kalau cabin-cabin crew tu tengok. Where to put my water face dowh!
jika anda dibenarkan utk ketagih terhadap sesuatu tidak kira sama ada halal atau haram, apakah bendanya yg anda ketagihkan itu?
Kalau akau cakap aku nak ketagih dengan diri sendiri you rasa nak bunuh diri tak Shaz? Hahaha ampun Shaz beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun…
jika anda dapat membingkaikan jockstrap atau underwear of any sports figure dan gantung di dalam bilik atau ruang tamu (ikut kesesuaian feng shui rumah anda), siapakah manusia yg bertuah tersebut?
Baik aku gantung jer terus sports figure tu. Nak gantung underwear jer buat apa? Logic tak? Hahaha *gelak horny*
jika anda dilantik utk meluluskan polisi imigrasi malaysia, apakah bentuk polisi yg anda akan luluskan?
Imigrasi? Apa tu wak? *flip rambut dan pakai lip gloss*
jika anda tiba-tiba mendapati diri anda bertukar menjadi sekecil 6 inci, apakah perkara pertama yg akan anda buat?
Jadi kecik nak buat apa? You know what they say about guys with big feet? *lari tajuk dengan sangat tetiber*
jika anda dapat memiliki satu jenis baju/kostum/pakaian yg anda sangat suka di dalam filem, pakaian apakah yg menjadi pilihan hatimu dan mengapa?
Mesti la costume Superman. Aku akan pakai hari-hari gi keje. Lepas tu aku nak jalan mengiring ke pantry sambil libas-libas mantle merah aku tu dengan handsomenya. Mesti boss-boss aku akan makan hati. Gi semayang jumaat pun aku akan pakai tau. Duduk saf depaaaaaaaaan sekali.
jika anda diberi kuasa magic utk satu hari, apakah kuasa yg anda inginkan dan apakah kepentingannya memiliki kuasa tersebut?
Aku nak jadi se-magic hantu Kak Limah. Idola aku tu. Kepentingannya? Sangat penting. *Sorry arr, karangan BM UPSR aku dapat C*
begitulah jawapan2 dia yer. jawapan imigrasi yg dia x tau tuh adalah bukti bahawa dia adalah jejaka bimbo yer. awas. apa2pun, bagi sesiapa yg ingin mengenali beliau, boleh pergi ke blog beliau di sini
ataupun baca biodata lengkap beliau di sini:
Seorang auditor grumpy kelahiran Sarawak yang sgt takut naik kapal terbang dan alergik kepada nenas. Pencinta alam yang gemar menghabiskan masa melakukan aktiviti2 riadah seperti membeli barangan keperluan dapur dan berlari setempat. Masih bujang dan permohonan untuk menjadi kekasih masih terbuka.
Untuk yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang D, E dan R beserta salinan kad pengenalan, 4 keping gambar berukuran pasport dan sekeping gambar penuh. Permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.
KAU MAMPU?
Khamis, 26 Januari 2012
anda ngantuk? bacalah Kopi.
Greetings,
ramai dah org tertanya-tanya pasal novel aku yg ketiga. gile hebat dorang nih bagi sokongan bertalu2 mcm tuh kat aku. terima kaseh ya....
well, di sini aku nak tegaskan bahawasanya novel aku yg ketiga masih lagi dlm pembikinan n insyaallah akan siap dlm bulan June or July tahun nih. so kalopun ada publisher yg sudi nak publish, novel aku tuh maybe akan menemui pasaran tempatan dan global pd thn depan sahaja.
meanwhile, pada yg gigih menunggu tuh, dlm bulan Mac nanti aku dan Fixi (together2 dgn 18 penulis yg lain) akan muncul dgn projek yg seterusnya iaitu sebuah buku kiut yg mengandungi kumpulan (antologi) cerpen yg diberi tajuk KOPI.
ada 19 cerpen dlm buku kiut nih n kesemua cerpen yg ada, ada unsur2 kopi. utk maklumat lanjut sila ke fenpej FB KOPI di KOPI - Sebuah Antologi Cerpen Fixi dan 'like' banyak2.
Insya-Allah perlancarannya akan dibuat pd 24 or 25 Mac nanti di Art for Grabs, The Annexe Gallery. Promo juga akan diadakan di Pekan Frinjan Shah Alam pd 30 Mac. Sila datang yer!!
yg best, 4 daripada 19 cerpen yg ada dlm buku ni akan dijadikan filem pendek (filpen). waktu tayangan dlm 5-10 minit gitu. 4 pengarah tengah pilih yg mana yg sesuai untuk diadaptasi. cerpen mana yg berjaya dipilih tuh, biarlah tokey Fixi yg reveal.
oh, another thing. novel nih memang takkan dijual di kedai buku. ia hanya boleh didapati di online dan di pesta2 buku sahaja. cetakan pun tak banyak. dlm 1000 copies jer kot? so sapa cepat dia dapat...
ha, teruja tak? teruja tak?
*aku nak letak pic aku baca buku sambil minum kopi tapi takder. so aku paste pic aku baca buku (before night falls by Reinaldo Arenas) sambil pekena hot choc in Vienna, Austria. jgn marah eh...
ps: speaking about Pekan Frinjan, esok aku akan berada di Pekan Frinjan Shah Alam (klik info di sini: FRINJAN) utk mempromosi novel Kelabu dan Tabu pd jam 8.30 malam. sesapa yg xder kerja tuh, datanglah sana. kita chill2 borak2 ok?
Isnin, 23 Januari 2012
makcik2 bermulut naga...
Ok, aku balik umah mak aku tadik. cuti sempena tahun baru cina. Sampai2 jer kat umah, mak aku dah ada 2 org tetamu dtg
Mcm2 yg dorg bualkan, aku x berapa nak dengar semua sebab anak dara mcm aku nih, terus meluru masuk bilik yer. Malu.
Antara topik perbualan yg sempat aku curik2 dengar adalah spt berikut:
1. Citer pasal govt bagi RM500 kat org miskin. Masing2 nak tau cara2 terbaik nak mengutip duit tuh dan juga cara2 membuat rayuan jika govt x nak kasi sebab laki masing2 kaya.
2. Citer pasal IC hilang. Kisahnya, makcik sorang nih sepupu ICnya hilang sebab jatuh motor. Sebulan lepas tuh, polis dtg umah sebab ada aduan dari syarikat kereta sewa yg si polan nih dah sewa keta tapi x pulang2. Kau mampu, ada org curik IC dia, pastuh guna IC tuh untuk sewa keta n curik keta tuh. hebat manusia skang yer. dulu setakat curik duit jer, pastuh IC tinggalkan saja dlm wallet. Skang, dgn IC2 ko dorg kebas utk curik identiti ko. Mampu??
3. Citer pasal sorang lagi jiran yg mengata jiran lain yg pakai wheelchair. ntah apa yg dia dengki org tuh pakai wheelchair pun aku x tau. maybe sebab diapun pakai so dia bukan lagi the only 'wheelchairer' in the village.
4. Citer pasal anak org nih isap dadah, anak org tuh ragut n curik barang. Haha. yg penting, anak dia ok je. Baik2 belaka. Oh by the way, citer pasal anak buah aku 6thn yg dah pandai shuffle pun terselit dlm story nih. anak buah aku siap buat demo depan makcik2 tuh semua. semua tepuk2 tangan. Happy. cam bengong.
5. Citer pasal rumah dia kene rompak. Jumpa wallet dlm longkang depan umah dia, yg penting org yg merompak tuh elok lepak depan umah dia borak2 ngan sepupu dia tadi. Bile dia tanya, “ko nampak x sapa masuk umah aku tadi? Wallet aku hilang.” mamat tuh bole reply, “wallet ko warna hitam eh? Aku cam nampak dlm longkang.” motif lah ko bole pecah lobang sendirik kan?
Masuk citer ke 6, aku dah rengsa. bukan apa, agak lama gak lah dorang lepak kat umah mak aku tuh. dah dekat 2 jam, kot? Yg penting waktu lunch. Pelik gak aku, dorang nih x reti nak masak lunch utk laki atau anak2 kat umah sendirik ker?
Last2 aku kuar dari bilik, terus sound kat Mak aku. “Mak, Baby lapar. Mak masak apa, ya? ker x masak sebab seronok berbual?” ya, Baby tuh panggilan manja aku kat rumah. Jangan jeles.
Kesemua makcik2 tersenyum n pandai plak angkat kaki blah. Terasa lettew...
ps: moral of the story, taulah tahun nih tahun naga, tapi mulut tuh x yah berapi sangat!!! sedangkan Heidi Klum n JLo yg meletup tuh pun bole bercerai ngan laki masing2, jgn ko yg muka ala kadar nih menerima nasib yg sama yer. AWAS!
Rabu, 18 Januari 2012
7 what ifs part 4
beliau nih sorang yg penyayang, sopan santun, dan hatinya juga mempunyai taman seluas taman tema Sunway (dlm erti kata lain, beliau amat berkaliber dan layak utk dijadikan calon suami). syabas kepada beliau.
so, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita saksikan jawapan2 soalan Mr. Universe yg telah aku beri utk beliau jawab. kita saksikan:
1. Jika anda tidak bekerja, berapa lamakah masa yang diluangkan utk menonton TV?
Lama. Selagi tak rajin nak keluar rumah, selagi tu aku lepak tengok tv.
2. Jika anda dapat meneka 2 org rakan sekerja yg sedang buat affair, siapakah rakan sekerja yg terlintas di dlm fikiran itu?
Aku rasa adib dengan awek 'trench coat'. Sebab haritu Adib nampak dia make-up dekat Red Oven. Sebenarnya awek tu make-up untuk Adib. Wawawa.
3. Jika anda dapat memilih untuk merealisasikan sebuah filem cereka sains, filem apakah yg anda pilih?
Cereka sains? Science fiction eh? House kot. Boleh ke jawapan ni?
4. Jika anda tiba2 diberi peluang utk menjadi perempuan, apa yg anda akan lakukan?
Aku akan buat perancangan bagaimana aku akan dapatkan status diva. Lepas tu aku buat acah-acah artis. Ko mampu?
5. Jika anda dapat memberikan satu nama insan yg memiliki suara yg paling seksi di telefon (selain Shaz Johar), siapakah nama insan yg anda rasa layak?
Akulah, ramai awek cakap suara seksi...........dowh.
6. Jika anda diberi wang utk berada di kawasan yg jauh dari tamadun manusia, lokasi manakah yg anda pilih?
Banyak ke dapat duit tu? Dahlah jauh dari tamadun manusia. Ko nak suruh aku buat unggun api ke guna duit tu? Tak pun gulung-gulung, bakar, sedut dan hembus. Fuuuhh.
7. Jika anda dijemput untuk bercakap dengan Tuhan, namakan satu perkara yg anda akan tanya.
Er...Er...
itu saja yer jawapan2 beliau. jawapan x bole blah utk soalan no. 5. hahaha. dia pun x nak kalah.... hebat kau ya!
kpd sesiapa yg ingin berkenalan dgn beliau atau nak ajak kuar date ker, silalah carik beliau di laman2 web di bawah. FYI, beliau adalah jejaka straight tapi aku rasa masih ada peluang utk dibentuk ke jalan yg salah nih... takper, kita cuba.
blog: www.zoelisme.blogspot.com & www.inikewl.blogspot.com
laman twitter: ZoelisZul
laman youtube: tak reti aku nak buat
laman bukumuka: Zoelhilmi
email: zoelhilmi@gmail.com
HAHA!
Ahad, 15 Januari 2012
baca @ babis.
nih pic2 nyer...
*tekun babi-babi nih dengar aku mengomel....bukan senang aku nak pose depan babi yer. selalunya aku pose dengan org yg mcm babi jer, tapi semlm aku skalik lagik mencemar duli utk pose depan babi betul2. so siapa yg x dtg tuh memang rugi yer....
*ada juga yg tertidur kite aku membaca, bukti suara aku lunak dan melalaikan....
*bos fixi, amir muhammad sedang mencarut yg bukan2....
*bersama penulis Kelabu, Nadia Khan dan penulis Zombijaya, Adib Zaini serta bakal2 penulis yg lain. hebat2 semua nih yer....
*last pic, bersama azwan ismail, jejaka saya oke dan rosy, wanita 17 countries yg dtg memberi sokongan....
well, thanx pada yg datang. thx juga kepada sharon bakar yg sudi menjemput n amir muhammad yg x serik2 suruh aku tulis buku n tolong terbitkan tabu. tahun nih aku xder novel baru kot... heheh... maybe antologi cerpen jer... cerpen apa? aku xleh story panjang2. nanti2, ok?
bacaan seterusnya akan berlaku di pekan frinjan, shah alam. 27hb nih, mlm dlm pukul 830pm. lokasi aku x sure plak katner. kat area2 gravy baby jugak kot. ill keep u guys updated.
masalahnya, aku xder transport n again, shah alam. aku mmg fail area tuh.... tapi kalo korang free, korang datang jerlah sana eh? beli buku aku skalik. jgn datang tengok jer.....
okebai!
Khamis, 12 Januari 2012
kisah penyakit angan-angan raja ema
cerita nih berkenaan dgn sorang pemuda yg berasal dr antah berantah. dia nih mempunyai penyakit Angan-Angan Raja Ema. penyakit yg jarang2 berlaku di kalangan manusia normal spt kita.
antara simtom penyakit ini yg paling nyata adalah mempropakan diri sendiri sehingga membuatkan org lain muak dan annoying mendengar, melihat apatah lagi membaca status FB dan BBMnya.
antara propa2 pesakit adalah spt berikut:
1. memakai trench coat berjenama (mungkin seed atau soda) di kala rakan sekerja hanya memakai jeans dan t shirt saja. paling2pun cardigan atau sweater jer kalo aircond sejuk benor. nok, zaman2 inspector gadget telah lama pupus yer. awas!
2. mengatakan kpd org ramai bahawa dia ada vokal training dgn studio rakaman terkemuka. sgt x bole blah yer, ko ibaratkan diri sendiri persis datuk siti atau ziana zain yg buat album setahun sebuah. syabas!
3. mengaku sedang breakfast di hotel bertaraf 5 bintang, walhal ko makan di gerai yg panas dgn atap zink saja. kalopun ko lupe ko berada di mana waktu itu, ko kene ingat air teh tarik yg ko minum tuh singgit jer bukan lima belas hinggit. ingat tuh!
dan yg paling2 aku rasa nak minum racun yg aku ikat kat sanggul wig aku nih (wah, tetibe aku feeling2 erra fazira dlm sanggul beracun yer)...
4. mengaku sebagai branch manager yg sentiasa busy dgn meeting di ofis. walhal keje ko jawab kol jer, henfon ko kene sorok dlm locker sebab tuh ko xleh jawab kol. haiyoh!!!
persoalannya,
kenapakah beliau yg dimaksudkan itu sedemikian rupa? apakah terlebih hormon?
*PITAM.
Rabu, 11 Januari 2012
PEKERJA DISPATCH YANG BERKUALITI
QUALITY DYNAMICS CONSULTANCY SDN BHD (Co. No. 620717-P)
(PSMB Reg. No: 0938) (MoF Reg. No: 357-02064214)
PEKERJA DISPATCH YANG BERKUALITI
(Fasilitator:En Hamdi Othman)
19 Januari 2012, Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam.
OBJEKTIF
- Mebentukan kemahiran dan meningkatkan ilmu.
- Mengenalpastikan sumbangan dan mefokuskan anda terhadap objektif organisasi
- Penonjolan profesionalisma dan keyakinan di tempat kerja.
- Meningkatkan kemahiran interpersonal apabila berinteraksi dengan pekerja daripada pelbagai peringkat.
KANDUNGAN KURSUS
Sikap Kerja Positif / Mengawal Disiplin Diri
- Menilai sikap diri
- Kepentingan sikap positif
- Kejujuran dan proaktif
- Memastikan kerahsiaan tugasan
- Kepentingan pengurusan masa
- Mengutamakan keselamatan dan penyelenggaraan kenderaa
- Kebolehan menghadapi cabaran
Amalan Kerja Cemerlang
- Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti kerja
- Merancang dan mengurus kerja
- Motivasi dan keyakinan diri
Komunikasi Berkesan
- Pendekatan yang betul menyambut orang
- Kaedah yang efektif menyoal dan menyampaikan mesej
Keterampilan dan Maruah Diri
- Kepentingan keterampilan diri
- Faedah beruniform
- Kepentingan kebersihan diri
- Kejayaan pengurusan diri
Enquiries
Please call 03-78054587/03-78044196 for more information. Our phone line operation hours are from 8.30am to 6.00pm from Monday to Friday.
Log on to our website www.qdc.com.my for more details.
Isnin, 9 Januari 2012
mari membaca...
aku di invite sekali lagi ke Seksan Gallery utk membaca di hadapan piggies (spt pic di bawah) pada 14th Jan ni sempena mempromosikan novel kedua, Tabu.
spt biasa, aku x sure page mana yg harus dibaca so kalo boleh sile choose yg mana yg korang nak aku share ngan pendengar2 yg ada kat situ nanti. ko jgn suruh aku baca satu buku plak. pilih few pages jer yer...
pada yg free tuh silelah hadir. butir event ada kat poster di atas. lokasinya berdekatan dgn Bangsar Village. aku nak explain pun x reti. korang google jer lah. xpun guna GPS. ok?
jumpa di sana.....
ps: hakim dah putuskan anwar dah tak bersalah. baguslah. kalo aku jadik BN, sure aku kemaluan sebab tuduh org tua tuh x pasal2 dulu. nampak sgt bengong. x buat case study betul2. pastu gi hire si saiful yg sengal tuh, suker2 bagi contradict punyer statement. sekejap kata kene rogol, sekejap kata suker sama suker, sian. anyway, x kisahlah. kalo aku jadik anwar, aku move on jer lah. malas nak press charges kat sesapa. aku dah letih naik turun court, kot?
Jumaat, 6 Januari 2012
7 What Ifs part 3
anyway, guest blogger yg ketiga nih datangnya jauh dari Texas. aku mengenali beliau di laman blog nih ketika beliau gigih memfolo ke mana jua aku pergi. aku x sure kenapa dia nih gigih nak folo aku. mungkin dia taste pada blog nih. atau mungkin juga kpd tuan nyer.
aku juga baru dpt tahu yg dia nih mmg peminat setiaku di sini dgn novel2 yg aku buat. x sure plak dia ada baca tulisan2 aku dlm online yg lain. yg aku dah lupe password n username nyer sehingga aku x leh bukak or edit page tuh. sian.
anyway, nih dia soalan2 ratu miss tourism yg aku bagi utk dia jawab... kite saksikan.
1. Jika anda dapat memberikan satu nama orang yg paling anda dengki, siapakah nama insan yg bertuah itu?
KIM KARDASHIAN - sebab, dia lawa, make up pandai , yang penting kaya..belajar SPM pun tak ambik seriyes aku jeles macam mana dia boleh kaya lawa semualah org suka dekat dia. Jeles la aku dekat dia!
2. Jika anda dapat memastikan satu undang2 yg tidak akan dilanggar oleh sesiapapun di dalam dunia ini, apakah undang2 tersebut?
Aku nak buat undang2 sapa yang belum kahwin [dalam fikiran aku ni lelaki la aku bg dulu, sorry no offense lelaki2] akan diberi infection sexual disease yang berjangkit and boleh bertahan sampai umur tertentu saja. So kalau lebih had umur akan kojol, means kalau tak nak kojol dia kena kahwin (sebab kalau ko main sebelum nikah perempuan tu akan kena jangkitan pulak] so penawar akan diberi untuk pulih. Bila buat macam ni semua orang akan kahwin untuk dapatkan immunization and sekaligus dapat kurangkan sex bebas yang over sangat nowadays kan?so sapa yang nak mati, silakan..so ada sesiapa berani nak langgar undang2 aku tak? Haha!
3. Jika anda ditakdirkan bercerai dengan suami anda sendiri satu hari nanti (harap2nyer tidaklah yer), apakah satu perkara yg anda akan lawan/rebut sehingga ke titisan akhir selain anak2?
Mula-mula aku akan pastikan laki aku kahwin tu over kaya raya la of cos, so kalau aku kena cerai aku akan kira berapa hari aku dah kahwin dengan dia lepas tu aku darab la dengan berapa USD [ USD ok RM tak main] aku nak charge, kalau ada anak aku triplekan harga tu. So menjawab pada soalan ni harus la DUIT UPAH aku kahwin dengan dia dan beranakkan anak dia akan aku fight hingga titisan peluh aku yang terakhir. Tambahan : harga untuk anak2 asing2 ye :)
4. Jika anda dapat membuang satu kesan calar atau parut di badan anda, di mana kesan yg dipilih dan mengapa ia terjadi di situ?
Ni ha parut chicken pox aku kat pipi ni. Tension aku dari dulu.
5. Jika anda tiba2 diberi peluang utk menjadi lelaki, apa yg anda akan lakukan?
Aku ada dua misi:
1. Aku nak kahwin dengan Kim Kardash songlap duit dia sampai dia muflis! Lepas tu aku nak lenyapkan [biar orang kenal aku pulak] dia dengan family dia dari reality tv di dunia ini dengan pesanan "kalau nak buat other reality tv sila pergi planet lain [alien2 lain tak kenal kau lagi] dunia ni tak perlukan kau sekeluarga dah" .
2. Lepas tu aku akan buat sampai semua org fikir Justin Bibir tu gay. Miahahahaha. Eh ke dia memang gay?
6. Jika anda dapat hidup di satu era selain era rentak muzik terkini kerana anda menggemari fesyen yg dipakai di dlm era tersebut, era mana yg anda pilih? (jawapan Erra Fazira tidak diterima) .
Aku teringin nak hidup zaman cerita hitam putih tahun macam cerita nujum pak belalang tu, pakai baju kebaya panjang kain kasa [kot?] , yang dating bawah pokok , bf hensem macam Dato Mustafa Maarof tu , lepas tu time aku basuh kain kat sungai ada pulak anak raja datang naik kuda tengah berburu. Sangat klasik!
7. Jika anda dapat melakukan apa saja di malam tahun baru, apa yg anda akan buat dan dengan siapa?
Aku nak naik Genting masuk kasino main judi sampai aku la jadik tokei kasino genting tu. Dengan sapa? Aku sorang je aku tak suka share!
ok, puas? xleh tanya lebih2, nanti dia tensi.
kpd sesiapa yg ingin berkenalan dgn beliau, sile folo beliau di laman blog: ceritakuduniaku atau twitter @buyuiazliana. mungkin kalian akan bertemu jodoh di situ. ameen.
ps: jika ada sesiapa lagi yg ingin menjadi blogger jemputan utk minggu2 yg akan datang, sila letakkan alamat emel anda di ruangan komen.
Isnin, 2 Januari 2012
MMXII
buku ni salah satu hadiah harijadi yg aku dapat sempena ulangtahun kelahiran yg ke 17 hari itu (menjadikan jumlah buku yg belum dibaca buat sementara waktu nih, dlm 10 buah). Datuk K yg bagi. dia kata sesuai utk org yg ingin menjadikan tahun baru lebih baik dan sempurna dari tahun yg sebelumnya.
entah bile aku nak baca, aku pun x sure. maybe aku harus mulakan mlm nih supaya aku leh planning ahead gitu. the best part, setiap satu chapter represent satu bulan. so, chapter kedua, aku akan start pada bulan feb nanti. begitulah, sampai abis ujung tahun 2012. mampu?
anyway, bagi mereka2 yg masih tidak menyedari, harinih sudah hari kedua kita di tahun baru. congrats kepada semua on making it this far n good luck for surviving armageddon.
insya-Allah.