Ahad, 27 Februari 2011

alkisah tokey wayang

baru2 nih ada member aku kecoh pasal chanel baru astro, astro first. dia kata semenjak dua menjak astro buat chanel baru tuh kat umah, dia tetibe dapat jumlah tambahan dlm bil tiap2 bulan.

bile dikaji selidik, ruper2nyer laki dia yg punyer keje. dlm diam2 laki dia tuh dah order filem ngankung. punyelah kawan aku nih naik hantu. nasib baik dia x belangkung laki dia.... hahah.



tadi, dia kecoh lagi. dia kata semalam bile dia balik keje, tetibe tv jadik gelap gelita padahal ada 3 pasang mata duduk ngadap tv tuh sambil kunyah koci bagai. motif? bile dia bukak tv tuh balik, wajah anak yusof haslam kuar dgn poyonya... ahaks!

sah lah laki dia buat hal lagik, kan? laki dia order filem khurafat plak. turun naik gak lah nafas dia menahan geram. bukan seram yer.. geram. dan utk mengelakkan dia menjadik khurafat plak di depan khalayak penonton waktu tuh (laki dia, adik dia, mak mertua dia), akhirnya dia mengambil pendekatan yg lebih positif.

dia trus bukak table kaunter tiket kat situ. Caj rm5 sorang. ko mampu?





hahahahah.....


Ps: so moral of the story ialah kepada sesapa yg xder astro kat umah tuh mcm adib n nina silelah dtg umah aku kalo nak tgk movie2 baru yer. Aku caj murah jer... dlm rm7 sorang. utk student plak caj dia rm5. murah jer kan? mampu kan?

Khamis, 24 Februari 2011

cabaran n pengalaman boleh bayar sewa rumah x?

bagi yg memiliki mata palsu atau bebola matanya satu menghala ker kutub utara manakala yg satu lagik ke arah kutub selatan, sile klik pic di bawah untuk visual yg lebih jelas.



entry kali nih nak menyentuh isu bos dan pencacai pekerja bawahan.

dialog di atas sama dgn apa yg dah berlaku ngan kawan aku kat ofis dia bila mana dia bertanya kpd bos dia dgn soklan, "kenapa keje aku nih x berbaloi ngan gaji yg aku dapat?"

jawapan bos dia lebih kurang samalah dgn jawapan bos dlm kartun tuh. dan jawapan itu telah menimbulkan kesentapan dlm diri dia sendirik. sian...

aku nih nak citer banyak pun cam malas. aku rasa orang buduh jer kot yg nak percaya dgn kata2 hikmah bahawasanya kite bekerja jgn pikir pasal duit sangat. pikir pasal cabaran n pengalaman berharga yg bakal atau telah kita dapat.

pasal apa, aku ada bbm oprah winfrey baru2 nih. aku tanyalah caner dia leh jadik jutawan kan.... dia kata kalo setakat berpandukan cabaran n pengalaman semata2 dia bukan saja x mampu nak bukak sekolah kat Africa, malah dia x akan larat nak bagi sorang penonton sebijik keta dlm show dia. tok siti punyer talk show pun x bagi hadiah camtuh apatah lagi dia kan?

so, berbalik kpd kawan aku tadi (serta reminder utk diri sendirik), kalo raser2 keje ko tuh menyesakkan fikiran tp gaji yg ko dpt tuh x setimpal, baik ko blah jer lah. stay lelama pun buat sakit jantung buat apa....



ps: soalan ulangan: ada sesapa yg nak bagi aku keje part-time dgn gaji rm1000 sejam? Ada? Mampu?

ps2: rasa2 lepas KOUGAR publish nanti, aku leh jadik jutawan x macam Candace Bushnell?

ps3: sile klik Bobby Bikin Panas utk membaca sambungan apa yg terjadi pada si Alfie. enjoy!

Isnin, 21 Februari 2011

cuti ada. duit tak ada. ko ada?

Aku nih ada ramai kawan. N kesemua kawan aku nih jenis yg suke travel. So bile aku dah duduk berkumpul ngan dorang nih mcm2 plan percutian lah yg kuar.....


Bile aku duduk ngan kelompok A, dorang ajak gi Cameron Highlands hujung bulan nih. Aku dah lama x gi sana, the only time aku gi sana thn 2000 kot? pakai camera yg guna kodak lagi masa tuh. Sedih aku tgk hasilnya bile di scan kat komputer. Retro sgt! Hahah.



Dgn kelompok B plak, dorang ajak aku gi Borneo bulan April nih. Maybe to Sabah or Sarawak, tapi lom decide lagik.



Kelompok C, gi Perhentian Island. Aku x penah gi sana lagi n aku dengar laut dia cantik. Teringin gak nak snorkeling (walaupun aku nih x reti berenang). Yg penting, yg nih mcm dah confirm sebab aku dah apply cuti. So GBS semua, jgn x jadik plak ek….




Kelompok D ajak gi Finland. Ko mampu? Bukan Filipina tetapi Finland. Ada kawan dia yg dah bermastautin kat sana, so at least ada lah khidmat local utk bawak kitorg jimba-jimba sekitar negara tuh nnt. Yg nih date/month x confirm lagik.





Lagi satu kelompok ajak aku gi Paris n Milan. Paris aku dah gi n memang kalo ada rezeki, aku akan ke sana lagik. Aku sangat terpesona dgn keindahan Paris. Sangat2 menarik. Rasa jatuh cinta sangat lah…. tp Milan x penah g lagik. Dulu masa jadik catwalk model, aku x sempat buat fashion show kat sana…. tyra banks x bagi.




N somewhere in December plak, satu lagi kelompok ajak balik US. Nak celebrate christmas kat sana thn nih. thn lepas x balik n aku rasa lain mcm jer… rasa mcm hadiah yg aku dapat x cukup banyak. heheh. Plus, shopping kat sana …. Aiyo…. Matilah! Aku teringin nak shopping kat sana masa xmas. Harga runtuh sangat!!!!





dan ini pula persoalannya. Walaupun nampaknya kehidupan aku thn nih mcm very exciting tapi apakah aku ada masa, cuti n DUIT untuk ke destinasi2 yg disebut di atas?? memang xder rasenyer....

*pitam.





ps: ada x sesapa nak hire aku buat kerja part-time dlm waktu2 terdekat nih? Kerja apa2pun aku x kisah asalkan bole dapat gaji rm1000 sejam. Ada? Mampu?

ps2: kelmarin baru habis buat photoshoot utk media cetak for KOUGAR. buah dada makin berdebar-debar rasanya. agaknya mcm nih lah perasaan org yg menunggu anak sulung, ek?

Khamis, 17 Februari 2011

lelaki lesbian. kau ada?

ini pic Roger Steed dan isteri pertamanya, Audrey Morris. mereka berkahwin pd thn 1966 n dikurniakan dgn sorang anak perempuan. nampak normal. setuju?



ini pula pic Roger Steed n isteri keduanya, Sylvia Rogers. mereka kahwin thn 1978, n cerai thn 1987. sampai skang dorng berdua nih tak berbunyik (maksudnya x bercakap langsunglah. gaduh teruklah kot?) . masih kelihatan normal. setuju?



oke, pic dia kawin kali ketiga aku xder, mungkin sebab dia kawin lari so x sempat amik gambar.



tp aku ada pic dia kawin kali yg ke 4, dgn isteri ketiga jadik hos n pengapit dlm majlis tuh... so sweeeeettt.... lihat pic di bawah:




comelkan mereka bertiga? yg baju merah tuh 3rd wife, Cindy Steed n yg baju hijau tuh plak isteri yg baru, Alcia Evans. Alcia Evans nih lesbian so maybe sebab dia tak jumpa perempuan lesbian lain yg setanding n secantik Kerry Whybrow (nama drag Roger Steed), so dia pun nekadlah kawin dgn lelaki nih. eh silap. perempuan nih. terkesima x korang melihat pasangan bahagia ini? terkesima kan?





kata Roger aka Kerry, lepas dia kawin kali yg ketiga baru dia sedar dia terperangkap dlm tubuh sorang wanita. so x sampai sethn dia kahwin, dia nekad bercerai ngan 3rd wife dia tuh n terus drag sepanjang masa. sian. agak terlambat di situ.

apa2pun, marilah kita sama2 mendoakan semoga dia happy dgn jln yg dia pilih n semoga perkahwinan dia dgn lesbian tuh kekal hingga ke anak cucu.... cuma yg buat aku konpius sket, perlu ker susah2kan diri jadik drag queen kalo nak kawin ngan perempuan? perlu?



ps: ada budak kat ofis nih takut ngan golongan gay. haha. lawak sungguh. kenapa takut sayang? takut kene makan ker takut pecah lobang?

ps2: i always beleive that the greatest homophobe is a homosexual in denial.

Isnin, 14 Februari 2011

gigih!

lihat pic di bawah:






Kisah tragis nih berlaku kpd sorang gadis gigih bernama Janie Brown. Dia nih baru kene dumped dgn boyfriend dia setelah 6 bulan ber-couple… 6 bulan tuh. giler lama kan?

Dek kerana kesentapan sebab xder boyfriend nak menyambut hari Valentine hari nih, so dia pun gigihlah buat sandwich board advertise diri dia sendirik kat tepi jalan. Hahaha… giler gigih kan? Korang mampu buat camnih?

So pada sesapa yg ternampak pompuan nih tgh menjaja diri kat tepi jalan tuh, tolonglah jadik valentine utk dia. Kalo x jadik valentine pun, jadik bapak ayam dia pun hokey. Laku gak muke dia nih kalo kene jual… ahaks!!!!



Ps: aku x faham org dok sibuk2 kata valentine tuh haram lah, jgn buat maksiat lah, abis tuh kalo buat maksiat di hari maulidur rasul x haram ker?




* sila klik di sini utk kesinambungan BOBBY BIKIN PANAS enjoy!!!

Khamis, 10 Februari 2011

jangan nak suke mencuri sangat....

apa lagi lah ko nih Lindsay oiii....




pompuan giler nih x abis2 ngan publisiti murahan. yg terkini, dia dituduh mencuri seutas rantai berharga $2,500 dr Kamofie and Company plak. katanya, ada org nampak dia pakai rantai yg sama sehari selepas Kamofie and Company buat report polis kata rantai tuh hilang.

yg best, dia kata dia ingat rantai nih dipinjamkan kat dia so dia pakailah. apa maksud term "dipinjamkan" tuh aku x berapa sure la plak. kalo pinjam reta org tapi x mintak ngan si peminjam tuh ertinyer mencurik lah kan? atau pinjam reta org pastuh x reti2 nak pulang, pun mencurik jugak kan? ker ada jenis pinjaman yg bole buat jadi reta sendiri? ada? kalo ada, aku nak pinjam?

pastuh biler dia dah kantoi, tetibe dia hantar bunga plak kat kedai tuh. konon nak mintak mahap lah atas segala salah faham. heheh. dek non, ko ingat nih kat Msia ker, semua boleh under table? nih kat US lah. sikit2 saman, sikit2 saman, x kire lah ko raja ker, tuhan ker, kalo salah tetap dapat surat lawyer yer....




atas sebab tuh mahkamah dah banned dia dr menghampiri kedai tuh n dia jugak kene bayar jaminan $40,000 kalo x nak tido lokap sehingga kes dibukak pada 23 Feb nanti. aku rase dia apa heran dgn $40,000 tuh kan? skang ko mintak, lagi sejam dia dah bole bayar dah. hahah!

anyway, nih bukan 1st time dia buat keja giler nih. In 2008, dia penah dituduh mencurik mink coat dari sebuah nightclub di NYC yg berharga $12,000. 2009, dia dituduh plak mencurik rantai berharga $400,000 masa buat photo shoot dgn Elle Magazine. n last yr, dia curik jam tangan Rolex berharga $35,000 dr sorang kawan. tuh blom lagi kes dia pukul staf kat Betty Ford masa dia spend dlm rehab tuh awal thn nih. thn 2007 plak, dia kantoi memandu dlm keadaan mabuk. kes tuh pun x abis2 lagi.... alahai....

aku yg baca pun jadik pitam sekejap. macam2 lah kerenah dia nih kan?




aku rase dia nih bukannya apa. dia ada hobi yg pelik. mcm ada sesetengah org kan suke kumpul setem lah, suke memancinglah, yg dia nih punyer hobi plak suke gi mahkamah. tuh pasal lah dia slalu buat hal.... dok gitu???

Sabtu, 5 Februari 2011

surat cintaku yang pertama.

sempena bulan percintaan nih aku nak mengambil pendekatan utk menulis entry2 yg berkaitan dgn cinta. cinta sesama manusia, tuhan, binatang malah tumbuh2an sekali. boleh kan? x jiwang2 kan?

utk entry yg pertama nih, aku nak tulis kisah cinta di antara seorang anak kecil kepada keluarga dia. nama kanak2 istimewa nih Elena Desserich. masa dia berumur 6 thn, dia dah disahkan menghidap brain cancer n doktor waktu tuh cakap dia hanya boleh hidup selama 135 ari sahaja. sian...




masa hari2 terakhir dia, dia dah tulis (conteng?) banyak notes2 utk ceritakan tentang kasih sayang dia kat family, n then dia sorokkan dlm sock drawers, backpacks, celah2 buku kat shelves, n mcm2 tempat lagilah kat sekeliling rumah. only after dia dah mati baru mak dia jumpa notes2 tuh semua n kumpulkan dlm satu journal. hmmm... so sweet.

honestly, aku sedih biler tengok lukisan2 n contengan2 dia. wonder jugak how small little things mcm tuh bole buat orang ingat kite sampai biler2 n bole buat kiter terasa yg org tuh caring n sayang kat kiter jugak. so pada sesiapa yg teringin nak membaca kisah2 pasal Elena nih, silalah dapatkan buku “Notes Left Behind, 135 Days with Elena.”



n these are some of the photos yg dia buat... cute kan? lebih kurang cam lukisan aku jer... lukisan umur sekarang yer... bukan masa 6 thn dulu so ko paham2lah tahap kesenian aku tinggi mana kan.









bak kata satu quote dlm buku nih, "when something beautiful is found, it should be shared. There is nothing more beautiful then someones expression of love." gitu. aku ada banyak gak lukisan2 n contengan2 yg aku simpan dlm kotak hikmat kat umah. bukan aku yg lukislah, tp org lain yg lukis utk aku. nnt ada masa aku masukkan dlm entry hadapan. tunggguuuu....



ps2: ada sorang kawan yg sedang melawan penyakit pancreatic cancer stage 4. semoga dia hadapi dugaan yg besar itu dgn tenang. masya allah.

Rabu, 2 Februari 2011

kongsi kongsi lah kiter yer...



mengikut kepercayaan cina, thn arnab nih dikatakan tahun kedamaian. tahun x leh gaduh2. tahun di mana tumpuan harus diberikan utk kite create a safe n peaceful lifestyle. N kalo kita force jugak diri utk gaduh2 ngan sesiapa, kita akan fail.

hmmm... spt fasha sandha, aku pun nak bagi jawapan no komen kalo korang tanya aku pasal bende nih. 1stly, aku mmg susah sket nak percaya bende2 bidaah nih. Aku rasa apa yg berlaku dlm hidup tuh xde kene mengena ngan org mahupun binatang lain.

Kita gaduh, kite sendiri yg carik pasal. n then, kite sendiri jugak yg kene settle. Kalo xleh settle, x yah tunggu tahun binatang lain punyer citer plak. fikir masak2, renung2kan n pilihlah jln penyelesaian yg terbaik.

jln yg terbaik tuh biasanya x berapa menyeronokkan (kengkadang amat menyentapkan) but that’s life. You gain some to lose some. Sometimes, ko x gain apa2pun, lose jer memanjang. sian.

so pada dunia yg sedang berperang tuh, cepat2lah carik jln pendamaian. kalo rasa rakyat dah x suke ko, ko blah jer lah. pimpinlah keluarga sendiri plak. jgn nak tamak2. n pada org perseorangan yg suke nak gaduh2 or bercerai berai tuh, bawak2 lah beristighfar. xyah nak sakit2 ati sgt, kang x pasal2 korang yg meninggal awal. reti?

okelah, enough merepek. kepada semua rakyat msia yg sedang bercuti, happy chinese new year to korang. Kepada yg bekerja mcm aku, selamat dikerjakan oleh customer yg sedang bercuti.

memang cibai! *mode: tengah sentap.