Jumaat, 29 Oktober 2010

kenapa orang cun2 dan anggun kengkadang x berapa nak laku?

5 Ugly Truths About Dating
  1. Half of daters aren’t pretty so instead of fishing in a small pool of prettiness and getting nowhere, dive into an ocean of uglies and have more choice.

  2. Ugly people are a better calibre of human - pretty people generally aren’t very nice and tend to be a bit shallow

  3. Ugly people have had a tougher life and therefore tend to be more considerate and more loyal. A recent Uglydate survey also proved that they try harder in bed.

  4. Once with an ugly partner it is unlikely that anyone will try and take them from you meaning you can let yourself go completely once you’re together.

  5. Ugly people have lower expectations.


betul ker??????


sbg contoh, lihat couple di atas.

itu pasanganTom Clifford and Janine Walker. mereka akan berkahwin pd bln December nih selepas bertemu di laman web http://www.theuglybugball.com. laman web online dating yg diwujudkan khas utk mangsa2 berwajah astaghfirullahalazim spt mereka.

yg best, reporter UK daily mail tanya dia soklan sengal kenapa dia nak kawin ngan lelaki nih, tak takut ngigau ker nanti? tapi dia mampu menjawab soklan itu persis finalist miss jumbo blue boy dgn tenang...

"I appreciate that Tom isn't Brad Pitt, but then I'm no Angelina Jolie either."

kelaassss jawapan dia kan? tahniah! jawapan tuh mmg tepat dan layak diberi 100% markah. itu tandanya dia sedar wajah dia astaghfirullahalazim jugak. x macam sesetengah org, hidup asik nak memilih, nak yg comel2 or yg cute jer... walhal diri sendiri.... hmmm... pitam!


Selasa, 26 Oktober 2010

ko tengah ngorat aku ker? sorry, aku blur sikit.



entry kali nih ditujukan khas buat rakan2 yg suke menggatal x kire di mana jua mereka berada.

aku ada terbaca satu artikel bertajuk 10 fascinating flirting facts dr Laura Schaefer. artikel nih mengajar n memberitahu kita serba sedikit tentang tips2 bagaimana nak mengenyam mengorat n apa kepentingannya di mata masyarakat setempat amnya. (gigih x ayat aku? nampak intelektual sgt kan?). tp aku malas lah nak letak 10 fakta kat sini sebab mcm panjang sgt so aku letak 5 yg terbaek jer. enjoy!!!!


1st, dia kata flirting is good for you. kajian menunjukkan org yg suke mengenyam n flirt2 nih mempunyai kadar kandungan white blood-cell yg lebih tinggi (which boost both immunity and health) berbanding org yg rase dia stok nur kasih atau mamalia lindungan kaabah. dlm erti kata lain, kalo ko jenis keturunan mahsuri (mcm aku), yg darah putih membuak-buak, sure ko mmg jenis yg suke flirting2 manja kan? jangan tipoooo.....

2nd, saintis mengatakan ada 52 “flirting signals” yg digunakan oleh manusia. cara yg paling common ialah dgn melibas2 kan rambut. *dgn syarat anda memiliki rambut yg menawan lah yer. kalo rambut sama mcm tali rafia, ataupun ada buah2an n haiwan yg tidak perlu bersarang di situ, diminta kerjasama anda utk mencari cara menggoda yg lain, oke?



3rd, flirting tidak semestinya dgn cara berdepan atau face to face. menurut Pew Research Center, 40% manusia mencari partner secara online cuz dorang kata dgn cara itu mrk lebih senang nak flirt tanpa segan silu. heheh. cam ada kene mengena plak ngan diri sendiri. malu ai.

4th, menurut Social Issues Research Centre plak, most common mistake yg org buat ialah dgn menggunakan eye contact dgn terlebih2. bukan pakai contact lenses biru yg terlebih (mcm kiran) tp bermain mata dgn terlebih2 lah. contohnya ada budak pompuan mata besar nih terjegil2 nampak adib jantan, kononnya dia ingat ayu sgt lah dia buat camtuh, walhal astaghfirullahalazim. so jgnlah ikut perangai dia. not nice.



last but not least....

semasa era Victorian dolu2, kipas merupakan props penting utk menyampaikan niat yg tertanam di dlm hati. kalo kipas tuh didekatkan di hati bermaksud, “you have won my love.” kipas yg dibuka separuh n ditekan ke bibir bermaksud, “you may kiss me.” menyorokkan mata di belakang kipas plak maksudnya, “I love you,” sementara membuka n menutup kipas utk beberapa kali membawa maksud, “you are cruel.”

sementara kipas yg disangkutkan ke chopstick bermaksud noodle aku panas, sampai x terbukak mulut aku nak makan nih....


boleyyyyy!!!!!!!!!!!!




tapi apa yg mesej hakak di bawah nih cube sampaikan melalui kipasnya, aku x berapa nak faham plak. aku x tau dia dtg dr era mana. mungkin dr radio era, rentak muzik terkini. heheh.




ps: flirt2 juga yer kengkawan, jgn sampai kene claim sexual harassment sudah....


ps2: BOBBY BIKIN PANAS ch 6 sudah boley dibaca di blog wordpress.

Jumaat, 22 Oktober 2010

giler besar manusia nih. ko nih orang kaaa.... barang?

apakah anda rasa seakan-akan ingin menyepak pipi budak yang gumuk ini???


namanya Xiao Hao, berumur 3 tahun. tahniah kepada adik bertuah ini kerana telah berjaya digelar "world's fattest toddler." in China. Yay!!! hoyeh!!! hoyeh!!!

berat badan dia nih dikatakan 5 x ganda lebih berat dr kanak2 yg sebaya dengannya. atau dlm erti kata lain, seberat anak gajah sumatera. dan oleh kerana kesihatan badannya yang terlampau itu maka banyak preschools di Southern China dah banned dia dr menuntut di situ.

atas alasan: membahayakan pelajar lain. hahah. dorang takut dia makan bebudak lain, kot?




kenapakah manusia bertuah nih seberat sedemikian rupa? allahu alam. ada yg kata dia nih terkena growth hormone disorder and ada fakta lain pulak mengatakan dia nih mangsa sindrom "Little Emperor". sindrom di mana keluarga di China yg terlebih manjakan anak dorang sebab anak sorang jer kan....

sian....

*mak, hisap!!! (cam apa jer gambar nih kan?)



Selasa, 19 Oktober 2010

anda huduh!!!!

sari berita penting bagi mamalia2 di luar sana yg ingin mengetahui sejauh mana taraf kechantekan (atau kehaukan) wajah mereka sendiri.

iPhone baru2 nih ada mengeluarkan satu apps baru yg diberi nama Ugly Meter. The Ugly Meter app nih membolehkan tuan empunya (atau tuan empunya nak pedajalkan org lain pun boleh) dgn mengambil gambar pastuh analisis contours gambar tersebut dengan skala markah 10.

*maksudnye, lagi tinggi markah yg diperolehi bermakna.... tahniah, anda mmg huduh dan layak bunuh diri dgn kadar segera.

kat bawah nih ada contoh2 markah yg telah diperolehi oleh mamalia2 yg gigih ingin mengetahui tahap kechantekan (atau kehaukan) wajah beliau.















so ada sesapa yg berani?

kalo ada, sila download apps nih di iPhone anda. bg yg guna nokia 3310 mcm aku, ataupun yg masih gunakan phone rumah/awam... sila beli iPhone dulu. x yah lah korang gigih nak download plak... kat mana nak downloadnya pun.....

peringatan kpd mereka yg menerima berita buruk tuh, terimalah qada n qadar dgn hati yg terbuka yer... dunia belom kiamat. hahah.


ps2: aku dah masukkan BOBBY BIKIN PANAS ch 4 kat blog wordpress aku. sile lah baca...

Sabtu, 16 Oktober 2010

rumah ku syurga ku....


dlm aku lepak2 mengadap TV sekejap tadi, tetibe aku terjumpa satu citer dlm paper online pasal sorang jutawan India (Mukesh Ambani) yg buat rumah setinggi 27 tingkat berharga £630 juta (RM3,150 juta) di Mumbai. diulangi yer, 27 tingkat. ko ader??????

aku tahu korang pun stay kat umah 27 tingkat jugak, tp korang stay satu unit kat tingkat 3A ker, tingkat 10 ker, tingkat 15 ker kan.... berbeza ngan org tua nih seluruh bangunan tuh hak milik dia.... hahaha!

umah dia yg katanya mengadap bandaraya Mumbai dan Laut Arab tuh lengkap dgn fitness club (gimnasium), at least satu studio menari, dewan, beberapa bilik tetamu n beberapa ruang istirahat serta panggung wayang 50 tempat duduk. selain drpd tuh ada jugak taman tergantung, ada 3 landasan helikopter kat atas bumbung n parkir bawah tanah utk memuatkan 160 buah kereta.

persoalannya, apa jadah dia nih buat rumah tinggi2. taulah duit dia berkepuk2 tp x ker lebih afdal kalo amik 2-3 floor jer n yg lain convert jadikan office? boleh sewakan kat org lain kan? x pun, buat sekolah ker.... buat umah2 anak yatim ker.... buat hotel ker.... nih semua floor dia gigih nak duduk. ker dia duduk tinggi2 sebab senang nak terus pergi ke syurga???

buduhlah!




lepas balik kerja tadi kengkawan ofis dtg jenguk2 pondok buruk aku. heheh. segan jer bile aku kenang2kan balik, maklumlah umah dah seminggu x kemas. air dlm balang max and ruby pun dah 2 ari x basuh. keladak giler airnyer. pokok2 botanical aku semuanya dah tukar ke warna kuning. hahah.

tp nasib baik view luar mengadap tasik yg breathtaking di waktu remang senja (walhal kalo siang, hijau berlumut uollzz) mengaburi penglihatan... kalo x, sah2 lah aku jadi bahan hinaan korang kan?????

hampeh!!!

Khamis, 14 Oktober 2010

teka teki di dalam tren.

1. siapakah perempuan itu?







2. berapa jauhkah auntie ini berjalan hingga menyebabkan kulit kaki beliau mengelupas dan berkeluping?





3. apakah lirik lagu itu ada kena-mengena dgn cara lelaki ini membelakangkan tubuhnye?




sapa dapat jawab, dapat pahala.... heheheh.


ps: visit my wordpress blog: JEJAKA ANGGUN PUN MENULIS utk baca sambungan Bobby Bikin Panas. enjoy!

Ahad, 10 Oktober 2010

makan-solat-cinta.

"why they always look so serious in yoga? You make serious face like this, you scare away good energy. To meditate, only you must smile. Smile with face, smile with mind, and good energy will come to you and clear away dirty energy. Even smile in your liver" - Ketut Liyer, Eat Pray Love.


aku dah tgk dah filem yg aku nanti2 thn nih mlm tadi. honestly aku leh katakan julia roberts did a great job again n bakal ada chance utk masuk dlm carta best actress skalik lagik dlm golden globe/oscar utk thn depan.

for some people, mesti ingat citer nih meleret. tambahan plak masa yg ditayangkan panjang (dlm 2 jam setengah) tp memandangkan aku yg dah baca buku dia last year, aku rase masih ada byk lg yg ada dlm buku yg x dpt nak di transfer kan ke movie n kalo disumbat semua, hmmm... mau filem nih sampai 5 jam kot....

pd yg x berapa tahu pasal citer nih... citer nih mengisahkan sorang pompuan yg meroyan sebab dia rase hidup dia x puas ngan apa yg dia dah miliki. so dia ceraikan laki dia n then gi travel ke italy utk cari makan, india utk menghambakan diri kpd tuhan, n bali utk jumpa ngan pawang bali bernama ketut liyer n cari cinta yg sebenar.

FYI, dia pompuan kaya. kalo korang rase hidup korang mampu nak drop semua n gamble cam pompuan nih, try lah. or else, selesakan lah diri korang dgn makan di mapley, solat kat surau ofis, n bercinta sesama rakan sekerja saja tuh yer.... jgn nak berangan.



ketut liyer is so much fun in a book however uncle yg bawak watak ketut in a movie nih still buat aku tersenyum ngan bahasa indolish dia. heart dikatanya liver n yg best, bali cremation dikatanya fun (tp serius beb, aku penah tgk memang meriah. balinese berhabisan utk funeral, ok!).

christine hakim as wayan sgt2 limited watak dia walhal dlm buku, dia byk bagi tips about sex. dia jugak try to lengah2kan buat rumah dr duit yg dah si liz nih kumpul. so sepatutnya adalah scene yg si liz nih sentap n sound dia n aku rase kalo dimasukkan mesti buat citer nih lebih catchy.

apa2pun overall, aku puas hati sebab duit rm13 yg aku invest mlm tadi rasa berbaloi sgt2. next movie dlm carta wajib tonton aku is Life of Pi karya Yann Martel. also citer pasal kehidupan. filem nih diarahkan oleh pengarah tersohor Ang Lee n probably akan tayang either thn 2011 or 2012 in 3D format.

mantap.



ps: aku post entry nih pada pukul 10.10 am on 10-10-10. what a special day.

Jumaat, 8 Oktober 2010

bobby bikin panas!!!!



ada org yg dah remind aku tentang janji yg aku dah buat dlm entry yg lepas2. aku kata dlm entry tuh, kalo aku dpt kerja baru, aku akan post story Bobby Bikin Panas utk follower/reader blog jejaka anggun yg tersayang nih baca secara free. tapi sampai la nih, dah 3 minggu kot aku kerja kat tempat baru still aku x post2 lagi kan story aku.....

hehehe. 1st of all, aku nak mintak mahap lah eh. aku nih hanyalah wanita insan biasa. yg sering melakukan kesilapan tanpa (kengkadang dgn) disengajakan.... (sila baca dengan nada penuh simpati). alasan aku cukup simple, aku skang nih busy sangat n agak kelam-kabut nak bahagikan masa so jgn ingat aku kaki propa eh?

so utk membuktikan yg aku nih memang jenis mamalia yg suke patuh pada janji maka aku akan post kan citer tuh mulai hari nih kat blog wordpress aku. (setiap minggu aku akan post kan 1 bab yg baru so rajin2 kanlah diri korang view blog aku tiap2 minggu oke).

pada sapa yg masih blur2, sile klik blog wordpress aku:- JEJAKA ANGGUN PUN MENULIS utk membaca story nih. n pada sapa yg x interested tuh, duduk jer diam2...

oke, time's up. nak gerak gi kerja dah! ciao!

ps: citer ANAK IKAN yg aku tgh tulis skang terpaksa dirombak. ada author lain yg gunakan tajuk yg sama n takut2 kalo jln citernyer yg agak sama. hmmm....

Isnin, 4 Oktober 2010

apa yang magik sgt????

hajat di hati nak buat review utk filem Eat, Pray, Love ari nih tp cita2 murni aku kecundang biler tiket filem tuh sold out plak semlm. so x dpt tgk, xder lah review yer dak??? n sudahnyer aku ngan dato K gigih lah gi tgk citer Magika.

korang tau x citer apa nih? citer muzikal buatan KRU. yer biler aku ckp muzikal dr KRU tuh sila bayangkan drama muzikal hauk Hotel Mania yg penuh ngan adik2 tuh tp kali nih korang gantikan plak ngan barisan artis2 terkenal negara mcm Mawi. yess!!!! Mawi!!!!! (FYI, i'm screaming his name not in a good way.)

pada yg masih menyokong industri perfileman tempatan yg masih tahap piawaian yg sama ngan zaman studio jln ampas, gi lah tgk citer nih. tp kalo utk org yg mcm aku, yg berkire ngan duit rm12 yg dilabur, rentikan lah niat murni ko nak tgk citer nih cuz ko akan rasa cam marah2 n cam nak baling jer blackberry korang kat screen wayang selepas 30min filem nih bermula. (tetibe feeling naomi campbell).


kerana pada aku, takde apa yg menarek pun citer nih. jln citer lebih kurang mcm Alice in Wonderland minus teknik CGI yg terlalu lemah (fine, bajet x cukup). lagu2 tak menarek (aku rase aku suke lagu M. Nasir jer kot?) n last but not least, lakonan suam2 kuku jer dr Diana Danielle n Mawi (lakonan paling best pun aku rase dr Ning ngan Sabri Yunus jer, sgt klaka n bersahaja) ....

in short, aku bagi 1 drpd 5 bintang. 1 bintang tuh utk effort n kelainan so oke lah drpd takder kan? heheheh.


notakaki: nih aku punyer personal opinion jer.... kalo korang ada pendapat lain n rase citer nih best n layak menang award best picture dlm FFM nanti, tuh terpulanglah. tepuk dada tanya selera.

notaibujarikaki: lakonan kak ziana agak dissapointed. kan best kalo dia tiru sikit watak bette midler dlm hocus pocus.... hmmm.....