Sabtu, 30 Januari 2010

sentap.


ceritanya begini, ada kawan sekolah aku kat FB tulis status yg berupa makian terhadap laki dia sendiri. katanya dia kesentapan bila laki dia tuh bergurau senda dgn bini org lain kat ofis sedangkan bini di rumah mati kelaparan. *oke. aku tipu. aku curik peribahasa lama tuh. dia xder la mati kelaparan cuma sentap jer lah laki dia buat begitu.

aku tgk bukan main ramai lagi yg reply status pompuan malang nih. ada yg kata sabar. ada yg kata lumrah kehidupan.

yg best, ada satu plak komen yg dtg dr sorang pompuan nih yg buat aku geli hati. ayat dia x abis2 menyalahkan kaum lelaki jer. dia siap bagi suggestion dgn menyuruh kawan aku si mangsa keadaan nih bergurau senda plak ngan laki sesapa yg ada kat ofis dia utk retaliate apa yg laki dia dah buat. kire mcm girl power lah! apa kejadah!!




aku pun atas rasa "apa ke bangang sgt nasihat kau ni" pun advice la kat kawan aku nih. aku kata, kalo kita x suke ngan apa yg laki kita buat... kita pun jgn buat benda yg sama. memang lah puas bile tgk muke laki kite bengang tapi x ker nampak cam hipokrit tuh?

plus, kan life is short, so live it wisely lah. kita nak berlaki bini sampai mati. bukan cinta ala bebudak sekolah menengah dulu, abis spm terus break up. kalo setakat idup berumahtangga asik nak bertelagah, nak tunjuk sapa menang sapa kalah, susah lah beb. kau ingat kau selebriti hollywood ke yg kalo bercerai berai laki ko bagi juta2?


pastuh, pompuan matang pepek nih gi maki aku plak. dia kata aku defensive. back up lelaki. aku sabar jer lah. dah tuh opinion dia apa lagi yg aku bising, kan? cuma yg paling aku pantang bile time aku malas nak layan, dia perli2 aku plak dgn berspeaking london.

alamak ai, kalo dah muke ko tuh cam org parit raja ataupun kuala pilah, x yah lah nak berspeaking ngan aku. aku yg duduk bertahun2 kat oversea pun x teringin nak ckp omputeh dah. betulkan grammar ko tuh dulu sebelum menaip. jijiklah mata aku pandang, tau x?

klakanya bile aku bidas balik kata2 yg kuar dr mulut longkang dia tuh dlm bahasa inggeris juge, pandai plak dia senyap. entahlah. dia x faham kot. sian.





ps: utk perempuan bingai itu... dengar wisdom words dr jejaka anggun nih, eh!!

"x kirelah pompuan ke laki ker, kita hidup x yah nak benci2 org lain sebab kita x tau plak berapa ramai plak org yg bencikan kita. so buat apalah ko nak hina org sana, hina org sini, hanjingkan org sana, hanjingkan org sini.... ko ingat ko azwan ali?"



Jumaat, 29 Januari 2010

bob ying



aku terima SMS ni tadi.
"BOB YING ask me 2 ask u y 2day never go 2 schol."

aku reply
"cuz i hate you, i hate bob ying and please dont talk to me again!"

dia reply balik
"what? why?"

aku reply
"i dont wanna talk about it. you shd ask him. he knows!"

dia reply
"are you sick? he hit you? are you pregnant?"

aku x balas. dia call berkali-kali lepas tuh pun aku x angkat. konon2 tgh berdukacita sgt lah. yg penting, aku bukan kenal pun sapa Bob Ying. aku x tau pun sapa yg antar SMS tuh. padan muke diorang sebab ganggu aku yg tgh kebosanan bekerja. hahah!

2 3 jam lepas tuh aku dpt SMS sekali lagi.
"i thk u gotta wrong person. sorry"

sudahnyer aku yg wrong. bingai.


ps: moral of the story, cek no dulu b4 SMS. dpt pelakon handalan mcm aku mmg tertekan la hidup korang!



Khamis, 28 Januari 2010

masih anggun yang sama.



hehehe. aku jumpa layout baru semalam. thx to akukahmilikmu yg susah payah bagi site layout yg baru nih. korang suker x? ada aku kesah?kalo x suker xper. jejaka anggun pun manusia biasa jerk. x bole memuaskan hati semua pihak.

tujuan sebenar ketama aku tukar nih sebab aku dah malas asik guna layout yg sama. maybe aku akan kerap tukar layout lepas nih supaya aku sendiri x boring tgk blog aku sendiri.

tujuan sebenar kedua plak, aku nak gak tau org baca blog nih sebab entry yg menarik ker or sebab gambar jejaka yg anggun terpampang kat muke depan blog nih semata-mata. hehehe. yer lah, jejaka anggun nak dikenali dgn bakat bukan setakat paras rupa jer, eh! kalo setakat paras rupa jer yg malatop tp bakat cam haram, x kemana juga seseorang artis itu, kan?

*hahahaha. tetibe aku rasa mcm Dina Malaysian Idol bile org tanya kenapa dia x laku.
coi!

so lepas nih jgn confuse2 eh. ianya masih dari pena yg sama yg masih juga penuh dgn story & entry yg menyegarkan.


ps: berminat nak menulis skrip. ada sesiapa yg sudi nak ajarkan?


Rabu, 27 Januari 2010

10 fakta menarik.


1. manusia adalah satu2nye spesis di mukabumi ni yang main secara face-to-face. menatang lain semua main apom dari belakang. i loike!!

2. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321. x caya, amik calculator skang.

3. karekter kartun donald duck di banned di Finland sebab dia x pakai suar. hehehe. faizal tahir plak di banned kat malaysia dulu sebab x pakai baju.




4. kebanyakan lipstick mengandungi sisik ikan. so sesapa yg pakai gincu merah2 mak ngah tuh x terasa ke mulut korang hanyir?

5. 3 nama yg paling berharga dlm dunia - Marlboro, Coca-cola,n Budweiser. nama Jejaka Anggun jatuh ke tangga ke 4.

6. zirafah boleh membersihkan telinganya dgn lidahnya sendiri yg sepanjang 21 inci itu. wow!

7. purata hanya 1 dr 2 billion manusia yg berjaya hidup sehingga 116 tahun atau lebih. tapi kan, walaupun hidup seribu tahun, kalo x semayang apa gunanya.... ;p



8. org yg intelligent memiliki kandungan zinc n copper yg lebih banyak pada rambut mereka berbanding org yg bingai. hmmm... patut rambut aku keras.

9. lipas bole hidup selama 9 hari tanpa kepala. so, kalo nak bunuh lipas pijak jer bagi hancur eh, kengkawan semua.

10. beetles rasa spt epal, tebuan spt kacang pine, n cacing spt fried bacon jika dimasak. vivi, ko makan ulat sagu kan? apa rasa dia ek?



Isnin, 25 Januari 2010

cintailah sungai kita

aku terjumpa pic World's Dirtiest Rivers and Lakes dlm treehugger.com.

xder apa ayat yg terkeluar dlm mulut aku selain mengucap panjang diikuti dgn muntah kecil sikit. ada 15 pics sebenarnya tapi aku cume masukkan yg top 4. top 4 nih aku yg pilih sendiri randomly sebab yg lain tuh xder lah ngeri sgt kekotoran dia kalo nak comparekan ngan sungai2 kat bawah nih.

peliknya, sungai kelang ngan sungai gombak x termasuk plak dlm top 15. tasik kat belakang umah aku pun sama. aku rase cam nak nominate jer kat blog treehugger.com nih. biar satu dunia tgk betape bersihnye sungai kita yg ala2 warna teh tarik tongkat ali ginseng kurang susu isian pekat manis tuh.




Sungai Kuning di China yg sering dicemarkan oleh sisa-sisa kilang & empangan yg membuatkan sungai nih menjadi kering atau bertukar warna ke warna merah. so lebih afdal dipanggil Sungai Merah la kan?


Tasik Tai, tasik ketiga terbesar di China. airnya berlumut & bertukar hijau akibat dr industri pembuangan & pembentungan. mcm kaler air spirulina pun ada gak, kan?


Sungai Yangtze di China. selain dicemari oleh sisa-sisa & bahan buangan dr industri di sekeliling, penambahan bilangan penduduk pun jadi faktor penyumbang kpd kekotoran sungai nih. dikatakan sungai nih juga bertanggungjawab menghasilkan sebanyak 35% fresh water fish supply utk keseluruhan negara itu.

tahniah. mesti ikan2 kat situ gemuk2 belaka.
atau mungkin jugak diorang supply ikan bandaraya skalik. heheh.


Sungai Citarum di Indonesia yg dikelilingi oleh 500 buah kilang disekelilingnya. digelar sebagai sungai yang paling tercemar di dunia. nih sungai ker jalan raya?



ps: dah lama x mandi manda kat sungai. skali skala nak feeling2 jadik anak dara berendam sambil nyanyi lagu suriram ala2 latifah omar oke gak kan?

Sabtu, 23 Januari 2010

ayah.

memandangkan entry kali nih berbentuk keinsafan, aku nak mulakannya dengan....



jejaka anggun selak2 blog org n terjumpa satu artikel dlm blog Nuraina A samad.

dia pun copy paste jer artikel nih dlm paper metro. kisah pasal seorang bapa yg kena buang oleh anaknya kat tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, Kangar, Perlis. *odelina, nih bapak kau ke? kau org kangar kan?

aku x tau la anak dia nih derhaka ker atau bapa dia yg merajuk ngan anak sendiri. maybe kata dia betul, anak ngan menantu dia tinggalkan dia tanpa sebab. maybe dorang dah malas nak jaga org tua tuh. maklumlah org tua2 nih kengkadang byk songeh. mudah tersentuh.




so kalo betullah anak2 dia mcm tuh, aku doakan semoga dorang semua aman lah di akhirat kelak. insya allah, bile dorang dah tua nanti, anak2 dia plak yg akan tunjuk ajar bagaimana cara2 hormat org tua dgn betul. sesuatu yg dorang x sempat buat kat bapak dia sendiri dulu.

kalo x, aku doakan pakcik nih berbaik2 balik la ngan anak2 dia. mungkin ada kesilapan kita sendiri yg kita x perasan dah buat anak2 kita kecil hati. jgn terlalu ego sangat sebab kita anggap kita dah tua. bak kata org kampung aku, if you want to earn a lil respect, you also must show a lil respect (x kisahlah kat org tua ker budak2). dok gitu?





ps: berjanji akan jadik anak yg baik sampai ke syurga. insyaallah.

ps2: nasihat poyo2 mcm aku dah ada anak sepuluh orang. hahahahah.

Khamis, 21 Januari 2010

macam kenal...



ada sorang mamalia nih request nak jadik kawan aku dlm FB 2 ari lepas. aku x kenal dia. x penah nampak pun muke dia kat mana2 tp dia tanya, kita pernah kenal ke?

dah lah pic letak sekeping jer so aku pun confuse dia nih sapa. aku fikirkan dia ex-school mate aku memandangkan lately nih ramai betul bebudak sekolah aku dulu yg nak add aku dlm FB. so no harm kan, aku pun approve kan lah dia.

*sorry lah, zaman aku tinggalkan sekolah dulu thn 90an. sah2 la ada wajah2 yg dah aku x berapa nak cam. diorang lain, ingatan memasing tajam kat wajah aku yg anggun nih. student glamer la katakan...

tetibe mlm tadi dia pop up kat chat box. nih soalan2 dia...




dia: nama sapa?
aku: shaz johar

dia: stay mana?
aku: rumah.

dia: keje apa? banyak travel nampak dlm pics?
aku: pelancong tetap.

dia: study kat mana dulu?
aku: sekolah.

*perbualan dipendekkan sebab banyak part merepek. konon2 terhibur ngan lawak jenaka aku.




tetibe....

dia: boleh x datang umah saya lepak2?
aku: huh? untuk apa?

dia: saja nak tambah kawan....
aku: lepak2 umah tuh bukan utk tambah kawan, beb... tuh nak tambah zuriat.

dia: hahahaha. lawak lah awak nih. bole x? meh la....
aku: *gulp! tanpa buang masa aku terus delete dia dlm FB.


ps: very lame la excuse awak yg nak bersenggama ngan saya tuh. awak ingat saya fasha sandha bohsia ker?

most stylish men



baru jer 2 bln lepas aktor hensem Johnny Depp diberi gelaran sexiest man alive oleh People Magazine, semalam dia telah digelar the Most Stylish Men in the World oleh GQ magazine plak.

25 nama2 stylo lain yg turut tersenarai spt Jude Law, Robert Pattison, David Beckham, Cristiano Ronaldo even Brad Pitt terpaksa tunduk kpd aktor yg berusia 46 thn nih. congrats. nih baru org kata makin tua makin mengancam.

memandangkan jejaka anggun pun sebaris dlm kategori makin tua makin anggun n mengancam, so next year dia akan mencuba nasib utk merampas takhta nih dr tangan johnny. marilah kita sama2 mendoakan agar cita-cita beliau terlaksana. amin.




ps: pic di atas masa aku date ngan johnny kat vegas. muke dia masam sebab sentap bile aku cakap, walaupun tuhan kita sama nama tapi jodoh kita tetap xder.

Selasa, 19 Januari 2010

gosip artis tempatan ala2 mama juwie.

*first of all nak ucap congrats to james cameron kerana telah berjaya merangkul title best director n best picture utk avatar. nampak gayanya avatar telah me-repeat kejayaan Titanic 13 thn dulu. kudos.




gosip artis tempatan.


nih kisah benar bukan main-main. terjadi dlm satu negeri antah berantah yg diberi nama malaya. kisah nih berlaku antara satu makcik (ibu kpd artis popular satu malaya ni) dgn seorg artis yg ais beku kuku. *bkn suam2 kuku lagi dah sebab dah lama x act pun.

makcik nih mengadu kat artis ais beku kuku nih yg kawan artis ais beku kuku nih (yg juga artis ngetop masakini) dah buruk2 kan nama anak dia kat artis baru yg lain masa launching satu pilim baru2 nih.

aku dgr kata2 makcik nih memang pedas. dlm luar kain semua dia selak. dia kata dulu anak dia kecoh2 ngan reporter pun org buat citer. anak dia dah senyap skang pun org still nak buat citer. so dia pelik napa org still kecoh2 lagi pasal hidup anak dia yg memang dah huru hara tuh.




n dia pesan kat artis ais beku kuku nih suruh warning kat artis yg ngetop lagi satu tuh supaya berwaspada cuz beberapa tindakan drastik bakal diambil. contohnya:

1. kalo dia jumpa artis tuh kat mana2 dia akan ganyang cukup2. biar satu malaya saksikan tragedi tuh pun xper. biar kene terjah melodi. dia x heran.

2. n dia jugak ckp, dia tuh keturunan mona fandey so dulu kalo ada reporter yg kene baling darah ngan kepala ayam, dia plak akan baling kepala gajah skalik. mungkin dia kene mintak permission dgn perhilitan. tp insya allah, dia akan cuba usahakan utk buat yg terbaik.



aku paling suke dgr kata2 dia yg terakhir...

anak dia tuh artis gred A. payment berlakon meletop puluh2 ribu so walau macamana teruk pun kene hentam ngan reporter still ada aura. artis ngetop lagi satu nih konon2nye berlakon berpuluh drama ngan pilim, tp still x ke mana jugak perginya. katanya lah.

since aku x berapa kenal kedua2 artis ngetop nih so aku sendiri x sure la sapa betul sape salah. cuma aku byk gelak bile dengar citer kawan aku tuh.

cume pada pandangan aku pacal yg hina nih lah, kalo hal budak2 x yah lah mak ayah sibuk nak masuk campur. mmg lah artis tuh anak ko tp kalo dah namapun artis, sah2 lah dlm 100 org yg suke, ada la 10, 20 org yg x berkenan.

kalo x hingin anak ko tuh kene keji jangan suh dia jadik selebriti. suh dia duk kampung ternak ayam ataupun lintah secara komersil.






ps: bak kata artis ngetop yg kene tuduh tuh, "alah mak ngan anak sama jer perangai. xder bukti ape2 terus nak serang2 org. taulah ABP dah nak dekat. saja nak carik publisiti lah tuh!!"

ps2: ABP tuh anugerah bintang popular. harap maklum.

ps3: kenapa aku rasa cam aku nih mama juwie masa tulis gosip nih?


Isnin, 18 Januari 2010

berpisah secara baek.


ada citer pasal kawan aku. katanya dia nak buat sesuatu yg radikal n aku telah diberi penghormatan sbg rakan dia yg pertama yg dia nak bagitahu apakah sesuatu yg radikal itu.

aku tanya, apa bende yg radikal sgt tuh?
katanya, dia nak tamatkan relationship dia ngan lover dia yg dah terjalin selama 7 8 thn itu.

hmmm.... aku nampak diorg berdua bahagia jer. dia sendiri pun tau dia ngan lover dia tuh bahagia. tp ada something yg buat dia rasa threaten ngan rship dia tuh.




aku tanya, apa yg buat dia nak tamatkan rship yg bahagia tuh?
katanya, dah macam ada gap antara diorang berdua. masing2 dah makin jauh walaupun pada dasarnya x berapa nak nampak kejauhan tuh. lover dia dah makin berduit, lebih banyak income dr dia. n yg penting, dia nak cuba utk bersendirian utk seketika n mencuba sesuatu yg baru.

aku senyum jer.
dia pun senyum.

aku tanya, kau x sayang rship yg dah bertahun2 tuh?
dia senyum.



*hmmm.... soalan tulah yg aku cube ingatkan kat diri sendiri selama ini.......


ps: semua rship ada problem n sometimes cara yg paling baik utk solve kan problem tuh ialah dgn berpisah secara baek. agree?


Jumaat, 15 Januari 2010

Kepercayaan kepada tuhan.

Dialog yg berlaku antara Aku dan Si Kecil yang sedang tekun membuat homework.



Aku: Allah tu nama tuhan siapa?

Si kecil: Allah tu nama tuhan orang Islam…

Aku: bukan nama tuhan orang kristian?

Si kecil: bukanlah. Nama tuhan dia orang, God.

Aku: God tu maksudnye tuhanlah bkn nama tuhan tu. Macam nama awak A, nama saya B, tapi kita ni manusia. Samalah macam tuhan. Mesti tuhan pun ada nama, kan?

Si Kecil: *angguk.

Aku: so kalo tuhan kita nama Allah, tuhan kristian nama apa pulak?

Si Kecil: Entah. God lah!

Aku: so awak percaya kepada Allah ke kepada tuhan?

Si kecil: Allah lah. Tuhan tu untuk orang Kristian.

Aku: cuba tengok kat buku latihan tu. *kat belakang buku latihan tuh ada 5 rukunegara. Dia tulis, "kepercayaan kepada tuhan bukan kepercayaan kepada Allah"…. So sekarang ni kita kena percaya kepada tuhan ke kepada Allah?

Si kecil: *lama diam. Allah lah!!! Ibu!! Tengok dia nih kacau orang nak study!!!

Aku: *ketawa macam setan.


Ps: moral of the story, jangan bikin confuse otak budak kecil.

Ps2: bagi yg masih lagi keliru sila klik video sensasi dr Al Jazeera kat bawah n renung2kan lah sendiri yer.


Khamis, 14 Januari 2010

American Idol's last season?


semalam American Idol utk season yg ke 9 dah pun bermula. aku x sure plak napa Posh Spice dipilih utk jadik guest judge. maybe dia boleh pilih based on look or appearance bdk2 yg teringin nak jadi penyanyi tuh kot? yerlah nak suh dia betulkan teknik2 vokal kang nampak sgt mcm sengaja nak membunuh diri kan?

anyway, semua org pun dah sedia maklum Paula Abdul dah menarik diri dr menjadi judge dlm AI season nih. tempatnya digantikan dgn TV host popular, Ellen. harap2 Ellen x sesengal dia la masa bagi komen.



last week plak, Simon Cowell dah canang satu dunia yg season nih merupakan season dia yg terakhir. alasan dia sebab nak concentrate on american version of X Factor.

*bagi sesapa yg x tau, X Factor ialah sebuah rancangan singing competition yg sedang hangat di UK skang nih & simon
sendiri merupakan format creator, producer, judge n mentor utk show tersebut.

the best part, X Factor US telahpun dibeli oleh channel Fox (channel yg sama menayangkan AI skarang) & akan ditayangkan pada thn depan.

hmmm.... kalo Fox dah beli X Factor, apa plak yg bakal terjadik kat AI ek? x kan lah same network nak buat dua competition yg agak2 hampir sama konsepnyer kan? and kalo Fox dah jual right AI kat channel lain plak, masih ada lagi ke org nak tgk show tuh kalo simon dah xder? hmmm....




ps: out of 8 seasons, Jejaka Anggun tetap memilih Adam Lambert sbg produk Idol yg terbaek!

Selasa, 12 Januari 2010

tubuh ke tubuh

masih lagi citer pasal travelling.





Aku seorang mamalia yg celebrates differences. Mungkin kerana itu, dalam flight on the way nak balik KL ari tuh, aku habiskan masa membaca buku berjudul Body2Body.

Buku nih actually antologi cerpen (ada 23 stories) edited by Jerome Kugan n Pang Khee Teik. Ianya menceritakan tentang seksualiti alternatif di Malaysia or pengalaman Malaysian yg berseksualti alternatif di mana jua mereka berada.




Tau apa tuh seksualti alternatif? seksualti alternatif nih nama komersil utk golongan LGQBT la. Tau plak apa tuh LGQBT? LGQBT tuh maksudnya Lesbian, Gay, Queer, Bisex, & Transeksual. Tau x apa yg aku merepek nih? Kalo masih tak faham lagi, aku bagi dua pilihan mudah.

1. Apa kata korang tutup window blog nih, pergi solat n baca doa penerang ati sekalik.
2. Ataupun korang gi kedai buku yg berhampiran n dapatkan yg original sebuah. *jgn x tau, kat Cambodia ada jual buku cetak rompak, oke?




Mesti ada yg tertanya kenapalah diorang buat buku pasal manusia songsang nih. Takde ke citer lain pasal bohsia ke, mat rempit ke, hantu ke. *Aiyo!!!!!! Tolonglah!!!!!!!

Actually, tujuan mereka hasilkan buku nih utk masyarakat membuka mata tentang kehidupan golongan2 macam nih la. Masyarakat kita kan lebih bersikap denial & prejudice ngan orang2 mcm nih. Yer lah, ada tuh ramai kawan ngan org2 macam nih tapi bila anak (or adik) sendiri jadik camnih dia marah pulak. Sian.




So maybe bile kite baca buku nih, sikit sebanyak kita fahamlah cara hidup mereka yg x semuanya akan jadik pelacur atau mati dgn AIDS spt yg slalu digembar gemburkan dlm TV tuh. Cliché sangat kan?

And pada sesapa yg konon2nya straight tapi takut2 nak baca buku nih, don’t worry. Buku nih x kan ubah sexual orientation seseorang sebab sepanjang aku hidup, belum pernah plak aku dengar org berubah jadik bangang lepas baca buku hikayat pak pandir.

so kalo rase terminat nak carik buku baru, cubelah baca buku nih. lagipun kan buku itu pelita hidup..... pelita itu plak nama restoren mamak. tau?



Ps: dlm 23 cerpen, aku paling suke Muslim 2 Muslim dari Shanon Shah - jujur sangat story dia.



Isnin, 11 Januari 2010

10 tanda kita sedar kita dah tua tapi malu nak ngaku.




*dah masuk hari yang ke sebelas.... dah ada azam yg tercapai???




1. Dahi dah semakin luas dari parameter asal.

2. Rambut yg jatuh kat lantai lebih banyak jumlahnya dari yang jatuh ke bahu sendiri.

3. Kita dah malas2 nak jawab bila orang tanya pasal umur.




4. Kawan2 skolah dah beranak lima tapi kita maintain bujang.

5. Spend banyak masa kat kaunter mekap utk cari age defying product. Yer lah, nak hilangkan wrinkles you all.

6. X cukup dgn tuh, kita spend banyak masa jumpa skin specialist (atau dukun santet) yg bertauliah atau tidak utk meng-alter wajah asal.




7. Teknik photoshop, airbrush, & super impose seakan2 dekat di hati.

8. Kalau dulu org panggil adik manis, skang org dah tukar title kite jadik akak, abang, uncle, auntie atau lebih dahsyat, "alah, orang tua tu!"

9. Purata kita rasa x sedap badan dlm setahun, lebih banyak dari kite sedap2kan badan sendiri ngan org lain.




Last but not least, yang nih memang obvious you all…..


10.Secara sengaja atau tidak, minda kite terlupa nak letak year of birth kat kite punye online profile page.




So caner nak jawab tuh?!




ps: Jejaka Anggun sedar dirinye dah x seanggun masa mudo2 dulu. sob. sob.

Ahad, 10 Januari 2010

10.01.10


cute kan date ari nih????
semalam pun cute gak. 09+01=10. rasa2 korang, sama x cute ngan pic kat bawah?? ahaks.




aku tibe sini around 11 pagi setelah capek lebih 24 jam dlm flight (seattle to narita to singapore) plus transiting 4,5 jam kat changi airport utk flight balik KLIA.

sampai2 umah jer, segala plants yg aku tanam, mati. ingatkan letak kat luar bole la mandi2 hujan setiap ari, sekali nampak kering jer. KL kemarau ke you all?

carpet aku plak kotor. maybe ujan masuk thru sliding door dah membasahkan carpet bulu2 aku tuh. jahanam.



air paip warna hijau+itam. yuck! dekat sejam gak aku biarkan air tuh flush sampai dia jernih. kat umah kampung aku pun x camni air dia walaupun 4 5 bulan skali baru jenguk.

lantai bathroom melekit n kotor. puas gak aku jadik nirmala bonat sental jamban.



pastuh dah settle semua, konon2 plan nak mop living room n tido sampai ke mlm. tetibe kawan dari Australia plak call. dah tibe kat depan umah katanya.


jadik korang faham x entry aku kali nih berbentuk keluhan hati seorg jejaka anggun yg kepenatan?

x faham? oke. sila abaikan. terima kasih.




ps: balik KL dikejutkan dgn berita gereja dibom. x faham. perlu ker bom gereja sebab marahkan nama tuhan dikongsi? sebab org2 mcm nih lah, dunia asik memandang islam tuh sebuah agama yg memperjuangkan kekerasan.


Khamis, 7 Januari 2010

sleepless in seattle.... yer la!!!



aku tiba seattle/tacoma airport dlm pukul 4pm. ada citer lucu masa aku tgh beratur utk airport security checks sbl masuk departure gate. korg yg penah naik flight (especially international) mesti tau kan adab n cara sopan ketika security check nih. pd yg x tau, meh aku ajar supaya senang keje ko nnt.

1st, korang kene kuarkan laptop dr dlm carry on beg n masukkan dlm tray. airport police tuh nak scan laptop tuh kot2 ada wayar2 yg bole cantumkan jadik bom ke apa kan?

2rd, segala jenis besi2an di badan sila tanggalkan utk mengelakkan bunyi2an masa ko lalu scanner tuh nnt. kang x pasal ko kene raba2 seluruh anggota. silap2 haribulan celah lobang pun kene intai nnt. nak?


3rd, liquid n bende2 bendalir jgn bawak. tuh pun bole buat bom gak tuh. ataupun manalah tau, korg bwk masuk minyak tanah ker. x pasal2 kapal terbang tuh terbakar.


last, kasut n jaket kene bukak jugak. so make sure la kaki ngan badan tuh kasi tawas dulu. kang x pasal2 ada pencemaran bau.




oke back to citer lucu. dlm aku sibuk punggah brg2 dlm carry on tetibe ada mamat blondie nih kuarkan jugakla brg2 dlm beg dia. skalik dia letak satu box besar sebelah laptop aku. aku fikirkan, laptop dia punya lah gedabak, zaman2 80an dulu pakai sampai skang. rupe2nyer dia bawak CPU.

ha!!!! perlu bawak CPU naik flight? aku tgk2 gak kalo dia angkut monitor skalik. xder la plak. heheh. kalo ada mesti lagi klaka citer aku kan?

x klaka ker? oke xper. aku faham. anyway, kite citer pasal seattle plak.





sejuk giler bandar besar ni. buildings dia reminds me of melbourne actually. penduduk dia pun. ramai immigrant dr somalia, china, n india. sesapa yg dah gi melbourne tuh fahamlah apa yg aku ckp. aku sempat jln kejap jer cuz sampai town pun dah lewat n then esok pagi2 buta dah kene gi airport sambung flight balik KL.

cite2 aku nak lepak2 kat original starbucks kat pike place market pun terbengkalai cuz bile aku sampai jer org dah tutup dah pintu masuk pasar tuh. cibai. tapi aku jumpa building nih. dinding dia penuh ngan chewing gum. aku x sure plak org lekat chewing gum sbg decoration ke apa. nampak mcm kena dajal ngan budak2 nakal jer adalah ek?



so aku naik lrt n monorel gi space needle. space needle nih di antara tower2 terawal yg dibina di dlm dunia jugaklah. tp xder la setinggi KL or Petronas tower. aku cube gak pose2 kat depan tower tuh tp malangnya fotographer x berjaya menghasilkan shot yg menarik. satu pic nih jer yg aku suke. tanpa aku. cibai.



pastuh aku jumpa plak building nih. pacific science center namanya. nampak sexy, kan?




ada satu interesting fact. LRT kat sini operates dr airport terus ke downtown Seattle. so sesapa yg ada waktu sekejap jer kat sini baik x yah sewa hotel kat luar. duduk jer dlm airport tuh n then naik lrt sampai ke downtown. lagi satu, ada few underground stations yg share ngan bus punyer line so agak jem sikit bila LRT terpaksa berhenti belakang bas. lucu ek?

haaa.. panjang x entry aku kali nih? lepas nih aku xder tulis apa2 for 2 3 days. aku dlm flight mana leh online. aku sampai KL on the 9th. balik umah jer layan guest yg dtg dr australia plak. ngan deadline research yg aku kene buat lagi so maybe aku akan sibuk or menyibukkan diri.

till then, ciao n see ya in KL.