Isnin, 30 November 2009

Milah

* ini bukan milah. milah x pandai tunjuk bahu & celah kangkang. heheh. nama dia mas natasya. ampang mali. baik. tatak sumbung. ada berani?



aku sekarang sedang menyiapkan sebuah cerpen berjudul Milah. ada satu publisher yang sedang mencari cerpen utk dimuatkan dlm buku antologi dorang so aku pun terpanggil nak menghantar karya aku sendiri.

insya allah, kalo ada rezki dapatlah citer aku nih dibukukan. kalo xder rezki, x perla. cube lagi.

PUCUK buat masa ni aku biarkan begitu saja. hati nih belum berminat nak transferkan benda alah tuh ke dlm manuskrip. so pd sesiapa yg nak baca tuh, boleh lah baca kat label PUCUK oke.

4 DARA plak aku hentikan pembikinannye buat sementara waktu atas alasan sibuk dgn kerja, rumahtangga, dan urusan2 kehidupan dunia & akhirat yg lain. n idea yg tulen nak menulis pasal kisah 4 org dara nih susah betul nak sampai dlm otak. takut org kata aku tiru sex & the city. bole?

so pada sesapa yg ada citer menarik utk dikongsi bersama tuh, apa kata antar kisah riwayat yg indah2 korang kat aku. mudah2an aku boleh olah buat satu cerita untuk dijadikan teladan.

kan???




ps: aku bakal bertemu dgn budak degil dua ekor di bawah nih x lama lagi. i am excited.


Jumaat, 27 November 2009

di mana dia yang ku tunggu....



sapa dah tgk citer Sex & the City? kalo dah, ingat x scene di mana Samantha Jones (Kim Cattrall) tabur sushi di seluruh badan buat hadiah harijadi boyfren dia. tp malangnya, boyfren dia sampai kejung dia tunggu, haram nak balik umah. naseb baek dia x letak wasabe, kalo x pijar gak la celah bedah dia, kan?

begitula keadaan aku di hari yg mulia nih. siang tadi ada mamalia bernama sahabat membuat panggilan. katanya nak ajak kuar sebab dia kebosanan. aku pun tunggu la di rumah menantikan kereta mewah dia dtg menjemput.

sudahnyer dari kul 4pm ker kul 5pm ker pukul 6pm ke pukul 7pm, akhirnya 9pm n sudahnya 1145pm baru kol n ckp on the way. alasan, hari raya la. nak kena layan org dtg... so faham2 jer la.

hmmm... naseb baik la hari nih hari raya. dgr jer alasan tuh ati aku pun sejuk balik. kalo x, mau aku ngamuk satu malaya.






ps: sori kat Dato K terkena tempias emo aku sat tadi. mesti dia tgh sentap. dah lah dia susah2 carikkan tiket aku balik US bln depan. xper. nanti aku pujuk, eh?


Khamis, 26 November 2009

ini hadiah ahmat albab yang punya!

* nih kenalan2 aku. maafkan mereka, mereka mmg giler pose. mak yang suruh, katanya.




oke sekarang sila rujuk pula pada peta di bawah. bagi yang blur2:

* Gap tuh nama clothing line.
* Macy's, JC Penny, n Sears tuh plak nama pusat membeli dan belah.




tujuan aku mengupload peta di atas dlm blog aku nih sebab aku nak menyangkal sekeras-kerasnya formula yg pelukis peta nih cuba war2kan.

citernyer begini.

bulan november nih bulan kelahiran geng bas sekolah aku. boleh dikatakan ada lah dlm 3 4 orang yg menyambut hari keputeraan/keputerian masing2 dlm bulan yg x berapa bersejarah nih. yg penting, masing2 pandai plak beranak ikut turn. setiap minggu ada jer mak diorg beranak kan diorang. tensi aku.

yg menensi kan aku bukanlah sebab mak aku bidan mak diorang dulu. ataupun aku sendiri yg jadi bidan mak diorang dulu. aku tensi sebab bile masing2 dah buat party liar, itu maksudnya aku kene hadir meliarkan diri (yg jinak2 merpati ini) disamping membawa bersama hadiah2 yg grand di tangan. *beb, member2 aku nih jenis hadiah beli kat kedai RM2 x sentuh. haha.

pokoknya, bukanla aku tensi kerana terpaksa membeli hadiah2 yg grand. aku x perlu tensi dgn itu semua cuz bln depan, turn diorang plak membalas jasa baik aku nih kan?

yg aku tensi ialah apakah bentuk hadiah grand yg harus aku sedekahkan kepada makhluk perosak itu semua. apakah yg berupa tiket ulang alik dari Masjid Jame kesemua destinasi Rapid KL? ataupun kereta mewah edaran Perodua? atau hadiah grand spt grandfather aku sendiri?



puas jugaklah aku memikirkan hadiah apa yg paling sesuai utk individu2 tersebut n sudahnyer apa yg berlaku pada aku hari nih?

aku keluar rumah dari pukul 1pm, berpusing dari celah ke celah, dari Times Square ker Sungei Wang ker Pavilion ker KLCC dan akhirnya bile KLCC dah nak hampir tutup baru aku berjaya convince kan diri utk mendapatkan hadiah yg sesuai kepada mereka2 itu. *jgn tanya hadiah apa, nnt x surprise.


so sekarang sesuai x peta tuh mengatakan yg kaum wanita saja kuat berpusing2 n menyinggah dlm shopping mall? kaum jejaka anggun spt aku pun sama jugek!!!!!!!

*pengsan.

ps: mungkin aku harus mencari kawan baru. mungkin dengan hidupan2 laut di bawah nih. nampaknye mereka terlalu taksub untuk menjadi mermaid spt citer Dyesebel. aku suke. haha!!


Selasa, 24 November 2009

cinta Adam dan Hawa



Adam Lambert telah bikin panas Ahad lepas bila dia melakukan aksi lucah di atas pentas sewaktu menjayakan persembahan penutup untuk American Music Awards yg ke 37. haha. dia dikatakan membuat aksi hip gyrations (faham?), simulated oral sex dgn penari (faham x?) disamping bercomolot dgn salah sorang band member lelaki.

sapa2 yg x faham dgn istilah2 di atas cek lah kamus. atau nak senang layan jer lah klip di bawah:




ps: teringat citer faizal tahir buka baju atas stage masa konsert jom heboh. katanya aksi lucah, peliknya xder plak aku stim tgk dia buka baju tuh. sian.

Ahad, 22 November 2009

ting tong tag.



ntahla aku x paham tag2 nih sebenarnya. siap ada award2 lagi. wajib ke bagi award tuh cik Prof Ir Dr. Takamine Kyomaro oi? ker makruh jer?

tapi x kesahla. memandangkan mood aku nak bagi award tuh agak menegak memuncak mlm nih, aku pun bg la ko award yg x seberape nih. simpan elok2 yer.



honestly, aku buat tag nih sebab ko cakap ko jeles dgn keanggunan aku. dah ramai dah yg kata dia jeles kat aku, tp selama nih aku dengar dr molot ke comolot jer.

tahniah la sebab ko jadik org pertama yg berani menampilkan diri menulis sedemikian ruper dlm blog ko. serius aku terharu.





oke. soklan2 tag.

1. tulis 5 fakta menarik tentang si pemberi tag.

- aku x kenal dia lah. kenal kat blog jer. pastuh chenta kami beraleh arah ker FB plak.

- aku rasa dia comey kot. boleh la drpd xder. (jgn marah).

- dia ada suke awek, tp awek tuh anggap dia biase jer. sian. *hehehe. mak aku ckp, benda dpn mata x semestinya rezeki kita, babe. tp aku ade kenal sorang bomoh nih, dia mmg power dlm bab2 minyak pengaseh nih. ko nak?

- dia suke kat aku jugak tp malangnye hubungan kami terlarang sebab aku anak raja n dia org kebanyakan. mak aku ada 3 cincin emas. mak dia ada 3 cincin suasa jer. so faham2 la eh.

- dia suke makan cendol. yg nih aku x buhung sebab aku slalu baca dlm blog dia. (ker aku salah org?)


2. tulis 10 fakta menarik pasal diri sendiri.


- nama sebenar dia pengiran bini shaz johar ibni almarhum pengiran laki mak dia.

- dia lahir dec 29, 1977. tuo dah!

- org kata dia datang dari keturunan baik2.

- angelina jolie penah offer nak jadik mak angkat tapi brad pitt x mo. jeles katanya.

- baru blk msia setelah lama bergelumang ngan noda & dosa di negara2 asing.

- idup dia 24 jam ngadap laptop. kalo xder laptop, dia jadik gile.

- x faham napa org kata citer Nur Kasih ngan Spa Q tuh best sangat. best ker?

- suke warna putih, hitam, merah. seksi sangat.

- suke menulis buku tapi selalu cam xder masa so blog la jadi teman setia pelepas emosi.

- tgh kumpul duit sebanyak EUR1 bil utk menyelamatkan diri di hari akhirat kelak. (perlu?)



3. mamalia dari golongan homosapien dan homofloresien yg ingin aku tag.


- teda sapa. malas.





ps: okelah tuh jer. nampak sangat aku dah xder keje nak buat kan? xder sapa nak ajak aku dating ke malam nih??

Sabtu, 21 November 2009

senggol-senggolan. ikut-ikutan



siang tadi sambil2 aku buat keje yg berfaedah (sebab mendatangkan duit), aku sempat jugak la curik2 masa utk membukak blog kengkawan blogger yg telah lama memfolo blog aku yg x berapa anggun nih.

mcm2 citer yg aku baca dlm entry dorang. ada yg sedih. ada yg suke. ada yg penat. ada yg rimas. x kurang jugak yg merapu. best3x. byk gak bende baru yg aku x tau jadik tau. thanx.

tetibe aku termenung. dlm keadaan guruh yg berdentam dentum kat luar, minda aku pun jauh menerawang memikirkan sesuatu.


aku terfikir, ramai2 yg follow blog aku nih.... kenapa 99% xder yg bersuara kat aku? xder antar komen ataupun say somethin kat shout out box langsung. bile dorang sepi, aku pun sepilah dr mengunjungi blog dorang balik.

ada 2 kemungkinan:

1. maybe diorg lagi suke jadik silent reader.
2. or maybe diorang klik jer button follow tp bukannya follow pun.





tapi aku x kesah la. janji at least aku tau ada gak mamalia di luar sana yg baca.

pada yg follow aku tapi takut2 nak bersuara tuh, jgn malu2 bersuara yer. i wont bite. i just swallow. ahaks.

and pada yg baru baca tapi x nak follow, dont worry jugak. jejaka anggun x kan suruh pengikutnya minum air kaki mcm pengikut2 ayah pin. promise!






ps: jejaka anggun dah lama x jadik pengikut Oprah Winfrey's talkshow, tau2 tadi dia mengumumkan persaraannye dr show itu selepas 25 thn ianya ke udara. sad.

Jumaat, 20 November 2009

tapak kaki.



aku terbaca dua entry kawan2 blogger aku yg bercerita tentang tapak kaki dan syurga. sorang menyatakan bahawa syurga tu di bawah tapak kaki ibu. sorg lagi menguatkan fakta bahwa syurga isteri itu di bawah tapak kaki suami. apehal masing2 nak tulis pasal syurga ni ek?

aper2pun, aku senyum bile baca entry syurga di bawah tapak kaki laki tuh.... ahaks!!

katanya, ada kenalan beliau yg telah diminta utk tidak bekerja oleh suaminya atas alasan isteri selayaknya duduk di rumah saja melayan suami sementara suami yg harus keluar mencari rezeki.

logik? masuk akal? oke. malas nak citer banyak. baca jer story di bawah dan renung2kan...





nih story dr mak aku sendiri.

mak aku nih wanita kampung yg ayu. berkahwin plak ngan ayah aku dari bandar. dah la ayah aku gorgeous, bekerja so adalah duit setiap masa. mak aku plak yg tetibe feeling2 wanita kampung melayu terakhir nih kununnye bangga la dpt laki camtuh.

dia x reti bawak keta. dia x reti bekerja. yg dia tau buat kuih, masak lauk, buat anak n cantekkan diri. unfortunate event tuh kan berlaku di mana2. so satu ari tuh ayahku dipanggil utk menghadap tuhan.

waktu tuh mak aku jadik kelam kabut. duit xder. keje satu pun x tau buat. harapkan jer lah EPF ayah aku yg x seberapa tuh menyara anak2. duit EPF dulu bukan cam skang. sikit benar pastuh abis. so caner dia nak besarkan anak2 dia?

barulah terhegeh2 nak carik keje. dah xder pengalaman org pun malas nak amik. so dia end up kerja kilang. sambil2 tuh jual plak kuih. petang2 amik plak upah jaga budak2. mcm2 kerja buruh lah yg dia kene buat semata2 nak sekolah kan kami adik beradik.






bila kakak aku kawin, tau apa pesanan ringkas dr dia?

ko dah kerja elok2, jgn nak berangan berhenti kerja lepas kahwin. duit laki kau tuh, duit dia. kita org perempuan, carik duit sendiri. esok kalo dia ninggal ker, dia ceraikan ko ker, dia sakit x leh kerja ker, mana ko nak korek duit? apa ko nak bagi anak2 kau makan? zaman skang lauk x leh cabut kat belakang umah atau cekau kat tengah laman. semua kene beli.

waktu tuh aku dengar, aku ketawa besar. setuju sangat. korang setuju x?

x setuju? lantak korang lah!!!!






pada mamalia di luar sana yg bercita2 nak duduk di rumah melayan laki semata2, aku nasihatkan buatlah solat hajat dr sekarang. mintak kat tuhan temukan jodoh korang nnt dgn donald trump ataupun sultanah bolkiah. insya allah, doa insan yg teraniaya nih selalu diperkenankan....

n pada lelaki yg bagi alasan, "alah, xper aku mampu. lgpun aku jeles bini aku tuh nanti terjumpe ngan org lain kalo time bekerja tuh. dah lah bini aku tuh cantik, anggun, simbol seks plak tuh.....

haaaaa....ini pesanan aku plak.

"yg korang gi kawin ngan pompuan gatal tuh kenapa????!!!!"

*bingai.





ps: walaupun tapak kaki laki tuh ada syurga, tapi yg biasanya aku dengar, bini lebih banyak diberi penerajang dari bau2an syurga itu sendiri. renung2kan dan selamat beramal.

Khamis, 19 November 2009

berita hiburan malam ini.

sari berita penting.




aktor popular Johnny Depp, telah diumumkan sebagai The Sexiest Man Alive 2009 oleh majalah People semalam diikuti oleh Ryan Reynolds dan Jake Gyllenhaal, masing2 mendpt tempat kedua n ketiga.

ini merupakan kali kedua Depp menerima anugerah yg sama (1st time thn 2003) menjadikan beliau seangkatan dengan aktor George Clooney n Brad Pitt yg juge pernah menyandang gelaran ini sebanyak dua kali.





aktor separa-porno yg lebih popular dgn nama komersilnyer jejaka anggun tidak tercalon kali ini atas sebab2 keselamatan. beliau yg kini berada di bawah akta perlindungan saksi dinasihatkan utk duduk diam2 di rumah & jgn terlalu taksub utk menayang tubuh keringnya sendiri. wasalam.




berita luar negara.

aktres/singer Jennifer Hudson dikatakan telahpun bersetuju untuk membawa watak Winnie Mandela, bekas isteri presiden South Africa, Nelson Mandela.



filem yg diberi judul "Winnie" itu akan memulakan pengambaran pada 30 May depan di Johannesburg, Cape Town, Transkei and Robben Island - lokasi yg sama di mana Mandela pernah dipenjarakan dulu.

ianya bakal diarahkan oleh Darrell J. Roodt, orang sama yg terlibat dlm pembikinan filem hebat spt "Yesterday," "Cry, The Beloved Country," n "Sarafina!"

hmmm... apakah Ms. Hudson kite bakal memenangi Oscar sekali lagi? kita tunggguuuu....





ps: teringat arwah Yanti (my ex-off mate) yg bagi aku buku Cry, The Beloved Country utk aku baca dulu. sampai skang buku tuh ada aku simpan elok2. insya allah, kalo ada masa aku akan baca sekali lagi.

Selasa, 17 November 2009

biarlah...




actually aku ada dah tulis satu entry tapi aku takut ade mamalia2 di luar sana yg terasa so aku padam entry tuh balik. biarlah ek. aku nak jadi manusia yg lebih berguna kpd diri sendiri so lebih baik aku x tulis sesuatu yg boleh menimbulkan kesentapan berpanjangan kpd sesiapa.

lagipun mak aku cakap, kalo kita layan scumbag or despicable pathetic loser, kita akan jatuh dlm kategori tuh jugak. so biarlah si luncai itu pergi dgn labunyer kan??? syuh! syuh!

anyway, dlm kebengangan tuh aku mule berlegar2 membaca paper di online. yerlah dr aku melayan perasaan yg bengang ala2 akim AF, baik aku menambah ilmu di dada. layan punyer layan, tetibe aku terjumpa few pics dlm London Telegraph yg aku suke sgt utk kongsikan di sini.

so korang enjoy viewing the pics n selamat beramal.....



*pianist dr Taiwan, Chen Kuan-yu sedang membuat persembahan semasa konsertnyer di tengah sawah padi kat Chishang Township, Taitung County. motif????



*Lim, 66, seorg pesara dari China telah memaku kepalanya sendiri dgn paku sepanjang 20cm apabila dimarahi isterinya kerana kuat bermain judi. aku rase itu cume alasan. dia nih sebenarnya pontianak.

*nih bukan set lego yer. pic nih diambil dlm kejadian banjir di Jeram Perdas, Malaysia baru2 nih.



*designer dr Korea, Jaebeom Jeong mencipta satu alat yg dinamakan Cartrider iaitu gabungan dari shopping cart and a bicycle. hmmm.. skang, cube citer kat aku kat mana nak letak barang??



*setelah 52 tahun meneguk 2 liter brandy setiap ari, akhirnya brandy taster Liu Ge, 68, dari Beijing telah mengalami satu kondisi yg digelar rhinophyma, iaitu kondisi yg disebabkan oleh pembesaran blood vessels di dlm hidung hingga menjadikan hidungnye sebesar 2 inches wide - lebih kurang sama besar ngan bawang besar yg sekampit mengikut harga pasaran dlm rm5-6 itu.


*antara mereka2 yg ingin memecahkan rekod Guinness World Record for World's Largest Bikini Parade di Johannesburg, South Africa sempena mengutip tabung awareness utk breast cancer. yg penting, photographer tuh aim apa tuh?




* last but not least, antara mereka2 yg diminta secara lembut utk menarik diri dr mengikuti parade di atas. atas alasan pihak parademik tidak mempunyai kelengkapan yg cukup seandainya mereka rebah di tengah jalan.

heheh. oke aku tipu. gambar nih xder kene mengena ngan gambar di atas. lokasi nyer pun lain..... aku tunjuk kat mak aku siang tadi. dia ckp, yg hijau tuh x yah letak kain besar kat pepek. bukan org nampak pun. kuang haja x mak aku???




hahahahahahaha. setan!



ps: dunia ari nih sedih semacam. dari siang sampai ke malam asyik menangis jer. x tahu la apa yg disedihkan. mungkin sakit tua agaknya. sian.

Isnin, 16 November 2009

what-a-weekend.

gile penat aku hari nih. yg penting mata ngantuk but still nak post blog. tuh wajib cuz esok aku nak spend time ngan mak aku n Dato K plak nak guna usb broadband jadi makanya aku x kan dpt guna internet for almost a day jugak lah.







anyway, aku nak citer pasal kejadian hari minggu aku yg sungguh x dirancang nih terjadi.

memula aku plan nak gi ulu yam. nak mandi manda air terjun utk membasahkan tubuh sambil nyanyi lagu suriram ala2 latifah omar dlm citer Tun Fatimah (kot?) dulu2. tp memandangkan rakan pemandu yg katanya tertido sampai kul 5pm maka aku pun ajak Dato K ubah destinasi ke sogo.




sogo spt biasala. tiap2 hari ada sale. kalo xder sale, tuh bukan sogo namanya. tuh namenya, kedai jeans levis. ataupun kedai kak ara kat BB tuh.

so dlm tercarik2 brg tuh akhirnya aku pun sambar la langsir buat penutup tingkap kat master bedroom. brg lain yg aku nak mcm paintings ker, cermin ker, frames ker, aku xder beli cuz xder jual.

seriously, aku miss shopping kat wallmart or target masa kat US dulu. ckp jer apa yg aku nak, semua ada. kat sini, hampeh. brg sentiasa x cukup. or x der jual langsung. menci!





destinasi seterusnya, ke KLCC. x plan pun nak ke sana tp memandangkan banyak waktu terluang kitorg sudahnyer sanggup beratur panjang2 nak tgk movie. citer apa lagik. citer buhung 2012. sanggup nih walaupun dpt seat lane yg paling depan. ahaks!!

overall, aku rase citer nih menarik. teknik CGI n penceritaan kena dgn situasi yg digambarkan. part LA yg terbelah dua n dunia ditenggelami air tuh mmg betul mengikut facts dr scientist. tuh blom campur lg ttg hawaii yg dibanjiri dgn larva gunung berapi n dunia kehilangan semua kecuali part of benua afrika. masya allah.

tp yg aku x berapa setuju pasal airplane terbang melintasi dust yg timbul dr rekahan tanah or runtuhan bangunan. hmmm... c'mon guys, x kan ader flight yg bole lepas terbang ke mana2 kalo dunia dilitupi kabus tebal cam tuh. even dust dr gunung berapi pun bole buat flight terhempas. x tengok discovery channel ker?

and the big ship yg selamatkan semua orang...hmmmm... no komen la. bagus la kalo china betul2 bina ship tuh utk selamatkan manusia. hahaha. but again. utk manusia yg bertuah jer lah. yg kaya raya sahaja.

apa2pun, my personal view akan kata filem nih akan jadik filem yg dikenang sampai bile2. mcm filem titanic dulu. filem u jump, i jump tuh. ingat?





dah abis menonton, aku pun bergegas mentekdarah ke rasa sayang ngan si driver yg membuta sampai kul 5pm tadi. dah kenyang, sambung plak melalak kat karaoke superstar. hahah.

first time aku dtg sini. kat wangsa walk mall. konsep sama jer mcm karaoke Just K kat kepong cuma nampak classy sikit la dr karaoke jamban. lagu pun oke2 la. ada gak lagu2 baru yg xder kat redbox. satu jam pun rm18 jer. okelah tuh kan?

setelah dua jam lebih aku meraung kat dlm bilik karaoke tuh, kitorg finally decided nak balik umah jer. no more rayau2 lagi. masing2 dah kepenatan. contact lenses aku pun dah menjerit2 minta ditanggalkan dr anak mata aku yg dah merah kekuningan nih. sian ek jadik org buta nih?

hmmm.... tuh jer lah citer aku sepanjang hari minggu nih. panjang x citer entry aku kali nih? best x korang baca? best? bagus. nnt aku post lagi panjang biar kalah hikayat merong mahawangsa panjangnyer. hahahah.





okelah, mau tido sudah. nnt aku sambung lagi esok2 kalo aku ada citer baru. till then, talk later n ciao!

Sabtu, 14 November 2009

menyahut seruan si bulan

kata bulan dia mahu kami semua post gambar2 diri sendiri yg menarik. aku xder pic yg menarik. yg pose maut2. tp aku ada few pics yg aku suke nak letakkan di sini. yg aku kire punya ceritanye tersendiri. senang citer, yg aku rasa aku nampak anggun sgt. ahaks!










ps: sebenarnya aku xde idea nak tulis entry apa. so cik bulan bole x pic2 nih memenangi permintaan hati mu?

Jumaat, 13 November 2009

soalan x berapa cepu. sila jawab.



aku dan Dato K dah berjaya mendapatkan tiket flight Air Asia secara free (minus segala jadah tax n fees) ker Phuket, Thailand pd bln June thn depan.

kebetulan plak Dato K pilih date kitorg fly ke sana nnt sama hari ngan minggu harijadi dia so apa lagi, dia punyer bday next year kite berdua celebrate kat sana lah.

tetibe aku jeles.

bday aku bulan depan n aku x tau nak celebrate kat maner. rasenyer cam malas nak celebrate jer (sebab dah tua pun yer gak). ingat nak larikan diri ke negara luar tapi air asia nyer promo nih utk may-oct next year la plak kan...

so aku ada dua soalan yg x berapa cepu.

1. selain dinner, karaoke, n juge kenduri doa selamat, apa lagi agenda yg best utk celebrate bday aku yg ke super sweet 16 kali ke 2 nih nnt?

2. aku lom penah gi phuket. apa yg perlu aku buat di sana selain menonton pelacur pompuan, pondan, n lelaki berkeliaran mencari rezeki?





ps: sapa yg dpt bg jawapan yg paling bernas n masuk akal akan terpilih utk tidak memenangi apa2 hadiah. harap maklum.

Khamis, 12 November 2009

duduk sama rendah, berdiri x sama tinggi.


ada cute pics yg aku jumpa dlm internet masa aku sibuk buat keje siang tadi. pasal plus size/full-figured supermodel (yg dah x berapa full-figured) dari Britain bernama Sophie Dahl. kenal x? x kenal kalu, xper la. x penting pun.

dikatakan sekarang nih dia sudahpun bertunang dgn jazz pianist bernama Jamie Cullum. kenal x siapa Jamie nih plak? x kenal jugak? hmm... korang baca jer lah entry orang lain. jgn buang masa anda di sini.

pada yg nak baca tuh, sila rapatkan saf memasing.

ape yg menarik minat aku bile melihat story pasal pasangan dua sejoli ini ialah apabila British media n bloggers, mensensasikan kisah percintaan mereka yg diibaratkan sbg langit dengan bumi. kalo x caya tgk pic di bawah:











haha! nampak macam mak ngan anak ker? ker nampak mcm gergasi dan hobbit?

Sophie yg memiliki ketinggian 5'11" n Jamie, 5'6" menganggap kisah cinta mereka tidak langsung mengenal batas usia mahupun ukur lilit tubuh sesorang.

betul. aku setuju. cinta zaman sekarang nih x mengenal rupa, bangsa, color, mahu jantina sekalipun. so apa nak kesah org kata bf/tunang/laki kita tuh kecik ke tinggi. yg penting performance baik. ataupun kaya. eh, silap.

yg penting memahami dan beriman (pinjam statement artis)... dok gitu?





ps: mak aku kata dapat laki rendah, murah rezeki. jadi mana2 perempuan yg nak mahal rezeki tuh cepat2lah pinang aku. aku 5'10".