Sabtu, 31 Oktober 2009

very disturbing!!



happy halloween!!!

aku berkesempatan utk mengunjungi War Criminal Conference and Exhibition kat PWTC siang tadi.

walaupun aku rasa bilik exhibition nyer x der la sebesar mana,(sesuai la bayaran masuk pun rm5) tapi aku rasa cukup disturbed dgn apa yg aku nampak depan mata aku sendiri especially bila dia orang tayang keadaan mangsa perang di Iraq, mental dan fizikal tortures yg mereka alami di tahanan Guantanamo Bay, n anak2 kecil yg cacat akibat radiasi dari kesan penggunaan depleted uranium weapons seluruh dunia.




hmmm... bak kata Ken Gillespie; "war does not make boys men but makes men dead" so aku tak tau la apa faedah sebenar yg rakyat dpt dr peperangan nih cuz usually yg kaya dr kesan perang ialah tokey weapons, pemerintah yg kejam, n konco2nyer yg hanya nak mengaut kekayaan ekonomi yg dijajah semata-mata.

renung2kan dan selamat beramal.




ps: tetibe plak aku rasa entry aku kali nih mcm komedi yg kritikal tapi stabil. alahai.

Jumaat, 30 Oktober 2009

paus bertemu ruas.

aku tgh transfer gambar2 nikah adik aku mlm semalam. aku kire aku nak kumpul gambar nikah dia, and then resepsi kat umah belah pompuan, and then resepsi kat umah belah lelaki (umah mak aku lah tuh) baru aku nak post entry pasal wedding of the year nih dlm blog aku. senang, skali harung kan? xder lah balik2 org kata citer yg sama jer....

so buat masa nih aku nak hidangkan korang semua dgn gambar yg aku jumpa online masa aku tgh sibuk bekerja semalam. aku bagi title utk gambar yg menyeramkan nih paus bertemu ruas.

so hayati, renung2kan dan selamat beramal.








ps: walawe. banyak air siot awek nih... kene buat overtime kalo nak settle kan awek nih. ahaks!

Khamis, 29 Oktober 2009

hadiah kahwin


aku gi carik hadiah kawin adik aku semalam. malas nak pikir panjang2 aku bagi dia gift voucher jer. aku rase zaman2 bagi pinggan mangkuk ker, tiket penerbangan pergi balik ker, comforter ker, dah lama abis. so dgn gift voucher tuh dia nak buat apa ker, nak beli apa ker, tuh sukati dia laki bini lah ek?

bile aku dah bungkus hadiah tuh baik2, aku pun tulis la kad untuk dia. yer lah kang dia x tau plak sapa yg bagi hadiah bernilai jutaan ringgit tuh plak kan?

tetibe aku blur kejap. nama bini dia sah2 aku x tau. maklumlah jumpe pun x penah. kad kawin dia pun aku x simpan. caner aku nak ingat nama dia? chantek ke yg penting?

tp aku dgn selambe gak tulis kat dlm kad tuh :- to: adik and wife. congratulations.

skalik dato K bising. dia kata aku kurang ajar tulis camtuh. hahah. kurang ajar ke tulis camtuh, you all? kurang ajar eh? kalo camtuh aku beli lah kad baru nanti. ahaks!





ps: malam ni diorang nikah. nak amik berkat malam jumaat katanya.... kaaaannnnn.....

Selasa, 27 Oktober 2009

BABI betol!

adik aku nak kahwin hujung bulan nih. haha. ternyata dia lebih laku dr abang2nyer sehingga sanggup melangkah mayat bendul abang2 nyer terlebih dahulu. tapi xper, sbg abang yg sporting, aku relakan. lagipun, dah memang sah2 la tok kadi x nak kawinkan aku, tuh pasal aku x kahwin sampai sekarang. haha.

dan memandangkan kenduri kawin dia tuh x lama lagik, siang tadi aku pun buat2 lah busy mencantikkan diri (mencantas rambut) yg mmg dah semulajadi anggun nih.

kononnya biler sedara mara n jiran tetangga sibuk nak tgk pengantin nanti, pandangan diorang tersipi2 gak lah kat aku kan... alah, aku tau mesti dorang tanya kat mak aku nanti, nih anak dara sapa nih? dah berpunya ke blom? elok dibuat menantu nih.... ahaks!!

jejaka anggun dan bakal pengantin.

anyway, lepas rambut aku yg semakin nipis nih ditebas, aku pun dgn bangganye berjln sorang diri di lot 10 n pavilion utk mencarik long sleeve shirt buat hiasan tubuh aku yg sexy dan anggun nih pada hari bersejarah adik aku tuh nnt.

malangnyer dah lebih sejam aku berpusing2 sorang diri kat area BB yg rentung tuh, satu haram baju yg aku berkenan pun aku x jumper. memang memenatkan & membuang masa jer rasenyer.

sepanjang jln on the way balik, mulut aku x sudah2 memanggil nama BABI (aku rasa adalah dlm 44 kali) utk melambang rasa kesentapan tahap kronik yg aku alami tuh.

sampai2 jer kat umah, lepas mandi, pekena air sejuk nak bagi hati sejuk sikit, aku pun sambung la keje yg aku tinggalkan sebelum aku kuar umah pagi tadi. first buku yg aku kene research adalah tertera spt di bawah:



ha amik kau!!!!! seru sangat nama tuh kan???????



ps: betullah kata2 mak aku bahawasanya setiap apa yg kita tuturkan adalah niat. hampeh.

Ahad, 25 Oktober 2009

cuci cuci kuala lumpur



mlm semalam, aku pergi tgk teater Cuci the Musical kat Istana Budaya (IB). itu lah pertama kali aku masuk Istana Budaya yg gah disebut org tuh, n itu jugak teater melayu pertama yg aku tgk sepanjang hayat. kire sejarah utk diri sendiri lah nih.

so rezeki semlm tuh dtgnyer dr sorang umat muhammad yg aku panggil seniwati kak yan. katanya, bos dia funder teater tuh so dgn senang lenangnye dia dpt tiket free. dan memandangkan dia dah tgk 2 x, dia pun agih2 kan la lebih2 tiket yg dia ada tuh utk aku n geng2 bas sekolah dia yg lain. terima kasih bebanyak yer kak yan!

hmmm.... mesti korang nak tau teater tuh best ker x, kan? well aku x reti review panjang2 so aku bagi beberapa point jer lah eh? alah, sekadar utk renungan kite bersama jer.




1. cerita nya ditukar sedikit dr jln citer yg pernah ditayangkan di filem so jadik panjang. almost 3 jam setengah. letih gak lah aku nunggu bile nak abis.

2 balu erra fazira, awie n hans isaac x mo berlakon ngan si-ratu-filem-yg-dah-turun-taraf-ke-drama-astro tuh, so watak CJ (erra fazira) dlm filem dibawa oleh vanida imran (yg dah semakin puteh sekarang. haha. berapa botol ko injek vitamin C, kak?)

3. afdlin shauki suara serak2 sexy beb! sakit tekak kot. hans n vanida bukan penyanyi so understandable biler teknik vokal diorang ada kelemahan sikit.

4. dr segi lakonan, kudos to awie n diba noor. selamba n cute abis. dr segi nyanyian plak, of course lah diberi kpd diva malaya kita, si diba noor. siap org bagi standing-o lagik. vokal dia mantap giler khinzir, oke!!!

5. last but not least, yg aku paling tak boleh blah, dancer istana budaya. aiyo.... dancer adik2 (lelaki) bukan main lentik menari mengalahkan dancer pompuan. kenapa tuh?




hmmmm... so tuh jer lah yg bole aku huraikan. yg lain2 aku dah tak hingat dah nak tulis apa. kalo korang nak tau sendirik, korang gi lah tgk teater nih. support sikit teater melayu.

semalam aku tgk Istana Budaya full house. x tau lah semua dpt tiket free ke apa but salute jugaklah pada penonton teater malaysia yg dah semakin ramai. seingat aku masa zaman2 aku sekolah dulu, xder org yg nak dtg tgk teater nih. nih semua penangan Puteri Gunung Ledang lah ni, kan?

okelah, aku nak tido sudah. kalo ada rezki maybe lepas nih nak tgk teater Natrah arahan kak erma plak. kalo ada sesapa yg nak bagi tiket free tuh, contact2 lah aku lagi yer. thanx.


ps: dulu kat sekolah masuk pertandingan drama antara kelas yg bertemakan kami benci dadah. aku jadik anak bermasalah yg isap dadah. sesuai?

Jumaat, 23 Oktober 2009

ummi qazrina



aku ada sorang kawan. namanya ummi qazrina (bukan nama sebenar). ummi qazrina yg aku kenali nih sejak dr zaman kitorg belasan tahun sampailah sekarang couple nyer semua orang melayu.

katanya mudah. org melayu lebih dekat dgn adat resam kita. org melayu cebok pakai tangan bukan tisu. orang melayu x makan babi. dan yg penting, org melayu kalo x semayang pun at least alif ba ta boleh la kot baca. diulang, kot.

tapi masalah ngan cinta melayu bersama ummi qazrina nih, cintanya dah beberapa kali jugak bersepai di tengah highway Duke. ataupun MRR2. sbg contoh:

melayu yg kesatu, tunang ngan org lain.

melayu yg kedua, kaki mandrem n pau duit dia plak.

melayu yg ketiga, dgn senang hati membuat statement org x pernah dump dia, dia yg dump kan orang (sesuai la si ummi qazrina nih dump kau!)

melayu yg ke empat, jadik gigolo pastuh pau duit org lain utk bg kat ummi qazrina duit shopping.

melayu yg kelima, berchenta x hengat 7-8 tahun, last2 buat affair ngan org lain. apakah?




cukupla aku bg lima contoh. bg banyak2 bukan masuk dlm kertas soalan SPM pun. nyatanya, aku mmg kesian ngan nasib ummi qazrina nih. dia penah kata ngan aku dulu, ada bagus dia couple ngan omputeh cam kawan kitorg lg sorang tuh. dr dulu sampai sekarang bahagia. (kononnya lah).



tapi aku cakap, semua org sama jer ummi qazrina oi. melayu ke, cina ke, india ke, omputeh ker, puak semah beri ker, malahan kaum dayak sekalipun, kalo dah jenis mamalia yg x reti jaga relationship, x ke mana jugak relationship tuh kan?

ummi qazrina diam n aku bangga sebab dpt menyepikan dia buat seketika. ahaks!

tapi diam2 dia, diam2 ubi. tau2 skang dia dah ada kat london. aku ingatkan dia bawak diri nak jumpa cousin dia kat sana sebab si ummi qazrina nih mmg jenis clingy sikit. ruper2nyer dia pergi jumpa omputeh.

hmmm. ummi qazrina... ummi qazrina... sapa yg ajar ko jadik camnih, Nak?



ps: tak kan melayu hilang di dunia? abis tuh hilang kat mana?

Rabu, 21 Oktober 2009

bruno

haha!


malam nih kerja aku siap cepat plak. maybe sebab aku skip 2 nama utk diresearch. salah satunyer talk show host kat CNN si larry king tuh. dah memandangkan aku adsa masa nak melepak lepas kejer, aku gunakanlah kesempatan yg ada tuh utk memanja2kan diri di depan TV utk menonton DVD cetak rompak filem Bruno lakonan Sacha Baron Cohen.

pada sesapa yg dah menonton Borat, filem nih lebih kurang buat lawak live macam filem tuh jugaklah. ianya mengisahkan seorg model lelaki (Bruno) dari Austria yg ingin mencari jln bermati2an utk menjadi popular. so pada sesapa yg blom tgk tuh, kalo rasa nak hiburkan hati dlm sejam setengah, gi lah tengok.. sure korang gelak2 geli.

tapi pada sapa yg x gelak atau rasa diperbodohkan ker apa lepas tgk citer nih, tuh masalah korang lah cuz org2 awam dlm citer tuh mmg diperbodohkan hidup2 pun. hahah.

okelah. aku nak buat ulangkaji sket. esok pagi2 ada test kat bangi (kot?). maybe mlm esok, or lusa ker aku nak tonton filem Inglourious Basterds plak. nak gak tgk hebat sgt ker filem nih sampai pelakonnyer Til Schweiger digembar gemburkan dlm blog akak jed kita nih.



ps: lagu Time for Miracles dari soundtrack filem 2012 nyanyian Adam Lambert best giler. setanding lagu hit Aerosmith - I Don't Wanna Miss a Thing utk filem Armageddon dulu. caya lah!!

Isnin, 19 Oktober 2009

male dancer




kawan aku: babe, kau ada member yg buat event tak? aku perlukan khidmat exotic male dancer utk bachelorette party next month.

aku: ada. tapi kau nak exotic yg camner?

kawan aku: nak yg hensem2. yg gagah perkasa. yg straight. x mau serong2.

aku: oke. aku bagi number, ko tanyalah dia sendiri. mana lah aku tau taste ko n geng bas sekolah ko yg miang mcm birah keladi tuh semua camner. so baiklah ko jumpe dia sendiri n discuss kan?

kawan aku: oke babe. thanx so much. luv you....

* perbualan ditamatkan.

aku tau kawan aku tuh mesti tengah sengeh panjang skang sebab membayangkan wajah iras2 robert pattison sedang menari ala2 vampire depan diorang semua nanti.




tapi yg dia x tau, senyuman aku lagi meleret sampai ke telinga apabile membayangkan wajah male dancer yg aku propose tuh memang cukup exotic seperti di bawah...






ps: eksotik ngan etnik lebih kurang sama jer kan?

Sabtu, 17 Oktober 2009

happy diwali everyone



jejaka anggun ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari deepavali@diwali to all hindu fella dengan ucapan kalo minum todi malam ni ingat2 sket orang belakang!!!!!!

okelah. ni ada klip lagu hindi yg paling aku suke dlm abad nih... so pada siapa yg sedang leka makan maruku ker, gentel ladu ker, lukis kolum ker, sambil pose dengan sari yg penuh dgn juntaian manik dan batu2 permata tuh, enjoy lah video klip di bawah nih yer!!!


mujhe rang de (klik)

ps: tiket beyonce yg paling murah dah abis. yg ada dlm RM200 jadi perlu ke aku membazirkan duit membeli tiket yg mahal2? ataupun apakah lebih afdal jika aku gunakan duit itu utk pergi beli baju yg mahal2 or pergi spa utk mencantikkan diri saja?

Jumaat, 16 Oktober 2009

see your halo...



halo tuh maksudnyer bulatan atau le bih tepat lagi bulatan cahaya atau bak kata org kg aku, "circle of light". (spt gambar di atas la.....)

so lagu beyonce HALO tuh mengatakan yg bf nyer ibarat "circle of light" ala2 angel la yg ada bulat2 kat atas kapla tuh. bukannyer dia main2 tepon "helo, helo, siapa tuh..." yer adik2 yer... ngerti?

anyway, aku bukan nak citer pasal beyonce ataupun lagu halo nyer. aku nak citer pasal halo ataupun "circle of light" yg wujud di langit moscow minggu lepas. kecoh satu europe pasal bende alah nih yg kononnya ada kaitan dgn aliens n ufos.



tp seperti biasalah, pihak jabatan kajicuaca di sana membantah kaitannya dgn kewujudan UFOs ataupuan aliens. mereka memaklumkan org ramai di sana bahawa kejadian ini adalah diakibatkan oleh optical effect shj.

kata mereka, pelbagai jenis angin telah melalui ruang udara Moscow baru2 nih termasuklah kitaran angin sejuk dari Artik yg telah bergabung dgn angin biasa di sana yg akhirnya mengakibatkan fenomena nih terjadi.

hmmm.... malas nak citer banyak la sebab aku bukan saintis ataupun ahli nujum. ilmu yg aku blaja dari atuk ahli nujum dlm FB blom katam.

tapi aku percaya pada kewujuan UFO n alien nih. tuhan menciptakan sesuatu planet itu bukan saja2 nak isi ruang kosong di angkasa so bagi yg konfius ker apa ker tepuk dada tanya selera sendiri jer lah eh.....


ps: puak Mayan dulukala mentafsirkan dunia kita nih akan habis pada 20-12-2012. so, rase2nyer sempat x bertaubat dlm masa less than 3 thn nih?

Rabu, 14 Oktober 2009

kisah spenda mahal mahal....

sari berita penting malam ini.




bintang soccer Portuguese, Cristiano Ronaldo kali ini telah dilantik untuk menjadi wajah kepada kempen jeans and underwear dari jenama popular Emporio Armani menggantikan superstar soccer kesayangan ramai, David Beckham.

Ronaldo yg menggantikan tempat Beckham itu akan mula menunjukkan bulge nya di billboards and print ads seluruh dunia (sah2 lah kat malaysia x lepas) bermula early next year utk spring/summer 2010 campaign.

ini bukan bermakna, Beckham dah x seksi lagi yer cuz dia yg pernah menjadi spokesmodel utk Armani since January last year, kini sedang menguruskan jenama underwear lelaki keluaran syarikatnya sendiri.



Posh Beckham yg dulunya juga pernah posing utk Armani Underwear secara solo dan bersama suami juga telah menyatakan hasrat untuk memberi fokus kpd jenama fashion keluaran syarikatnya sendiri. walau bagaimanapun, pihak Armani masih lagi belum mengumumkan siapa yg bakal mengambil tempat utk mengganti perempuan seksi yang keding itu.



**oi, uncle Armani.... aku dah lama xder job nih. apa lagik?



ps: haiii.... bertuah betul jadik org sukan kat luar, ek. tunjuk body dpt job juta2. org sukan kat malaysia nih, setakat iklan shelltox, milo, ngan masuk sehati berdansa jer lah... ahaks!!!

Selasa, 13 Oktober 2009

sah! aku memang manis orangnyer.



aku benar2 tensi skang nih. umah aku semakin ari semakin dipenuhi oleh sejenis serangga yg bergelar semut. kiri kanan atas bawah bersepah bende alah tuh. kecik-kecik, warna itam. memang geram jer aku nengoknyer.

asal aku letak jer air manis atas meja, lima minit mulalah laskar2 pelangi semut nih mencari air aku. tadi dato K beli pisang, konon dgn harapan nak sangkut pisang tuh kat atas meja. belum apa2 semut dah hurung pisang tuh dulu. even makanan kotor yg aku buang dlm tong sampah pun jadik juga semut nih selongkar dgn kejam!

tensi, tensi, aku carik punca apa yg banyak semut kat umah nih. last last aku sedar...
... dah aku memang manis orangnyer sebab tuh semut datang. cibai.

tapi xper, aku dah nekad. memandang aku mmg menci dihurung dgn semut kat muke bumi nih so aku akan mengambil kesempatan yg drastik dgn menghapuskan menatang yg cube utk menghirup kemanisan aku tuh secara hidup-hidup....

tapi tuhan itu maha adil la plak. merata aku carik kat area umah aku nih siang tadi, xder plak racun semut yg mcm serbuk tuh.

hmm, korang tau kat mana aku leh carik bende tuh di kaw sekitar KL dan yg sewaktu dengannya?? tolonglah aku. dah rimas sangat dah nih!!! spray utk insects tuh plak mmg x jalan, beb! dia datang balik. so patut ker aku bela tenggiling atau anteater jer di rumah nih?


ps: orang tua2 kata mati semut kerana gula. mati noordin mat top sebab dia berani mati. mati MJ sebab dadah. mati aku esok, mati dlm iman... insya allah...

Ahad, 11 Oktober 2009

papadom pada aku...




aku n dato K ari nih berhajat nak buat train ride ke nilai. nak tgk2 la apa yg bole dibeli. plus, aku mmg x penah pergi ke sana pun tp bile tetibe plak KTM komuter jahanam di tengah jalan (ada insiden off track kat segambut-putra), kitorang finally batalkan jer niat murni nak ke situ.

sudahnyer aku ngan dia decided nak pusing2 KL jer. so kitorang catch lah LRT to hang tuah. kononnya nak gi pavilion utk window shopping tp aku teringat plak ada member aku sorang nih (thanx jed) yg bagi aku tiket free tgk wayang kat TGV.

dari pavilion, aku heret plak dia ke KLCC (cuz TGV xder kat pavi). aku tanya filem apa dia nak tgk, dia ikut aku jer n memandangkan aku dengar mcm2 review utk filem Papadom yg menang byk award baru2 nih so kitorang pun terjebak jugakla utk menonton film tuh kat sana.

hmmm.... nak tau review aku pasal filem nih?

oke, aku rasa baik aku mule dgn reminder kpd pembikin filem tentang penonton yg mcm aku.

aku mmg particular terhadap duit yg aku spend (walaupun rm12) utk menonton movie di layar lebar. semasa menonton gezet di TV, aku benar2 membayangkan filem nih akan sehebat filem2 pasal bapak yg mmg gempak2 mcm Pursuit of Happiness ataupun Kramer vs. Kramer. tapi lepas abis aku menonton, aku x nampak filem nih ada ciri2 award material pun.




pada aku filem nih mmg klaka abis. gaya pelakonnyer semua mmg selamba, dialog pun selamber jer, n jln ceritanyer teramatlah ringan. n dek kerana terlalu ringan tuh lah aku rase filem nih akan menerima nasib yg sama dgn light movie yg lain yg akan memeriahkan hari raya di astro tahun depan.

mungkin korang akan kata aku yg bagi hope yg terlalu tinggi kat diri sendiri, kot? aku jawab, ya mungkin. tapi dah memang aku jenis manusia yg camtuh, suke ati aku la kan? anyway, aku x reti nak review panjang2. ko tunggulah review dr blog adam arjuna nanti (ker ko dah review dah dam?). mesti dia bagi 3.5 bintang. kan adam kan?



ps: sudahnyer sebab nampak sedap jer papadom dlm citer tuh, aku ngan dato K pekena mee goreng mamak ngan papadom 5 keping kat pelita KLCC. ahaks!

Jumaat, 9 Oktober 2009

69

haha! tuh angka pengikut ajaran sesat aku dlm blog nih skang. tetibe plak aku terasa sexy bile aku tengok angka tuh. ahaks!!


pada pengikut aku yg dok sibuk ikut aku ke hulu hilir dlm blog aku ni, thanx bebangat. ajak kawan2, keluarga serta sanak saudara follow aku eh... meriah kan blog jejaka anggun ini.

pada yg follow blog aku tapi x bagi komen apa2, sila2 lah bagi komen so aku tau lah ko baca blog nih ker x. and pada yg add as a follower tp x penah buka, sian kat korang sebab korang dah miss satu opportunity besar utk mengenali seorang jejaka yg mmg anggun di malaya ini.

cerita pasal 69 nih, aku nak bgtau semua ada sorang kenalan lama telah memberitahu aku semalam bahwa kenalan kami yg sorang lagi yg memang yg dah lama aku x jumpe (giler comel mamat nih) khabarnya telahpun meninggal dunia pada hari raya ketiga yg lalu akibat jangkitan kuman HIV.

hmmm... macamana dia kena tuh, allahualam. aku x nak sentuh lah aktiviti dia di dunia nih cuz itu urusan dia dgn tuhan. sbg seorg kenalan yg penah sama2 duduk hang out bersama dulu, aku cuma ingin mendoakan semoga rohnya aman di sisi org2 yg beriman. amin.

oke. aku nak berhenti merepek. aku nak sambung menulis EMPAT DARA. ciao!!




ps: congrats to President Obama yang baru dianugerahkan 2009 Nobel Peace Prize di Oslo, Norway siang tadi. semoga dia berjaya menjernihkan semula nama buruk Amerika especially di mata org Islam yg ditinggalkan oleh President Bush dahulu. insya allah.

Khamis, 8 Oktober 2009

tok lat di mana mana




aku balik umah mak aku siang tadi. rutin biasa sebulan sekali jumpa mak, kan? aku terkesima sekejap bila aku nengok bilik bujang yg aku duduk masa stay kat umah tuh dulu dah jadi tongkang pecah. mak aku kata, nak kemas bilik tuh untuk dijadikan bilik pengantin.

*siapa yg bakal menjadi pengantin itu? tunggu entry aku yg akan datang....

dlm sibuk aku menyibukkan diri nak mengemas barang tuh, tetibe aku terjumpa komik2 Tok Lat yg aku simpan sejak turun temurun yg dulu. ada banyak. Kampung Boy, Town Boy, With a Little Bit of Lat, Budak Kampung, Lat gets Lost, n Lots of Lat. tuh yg aku jumper. rasenyer cam ada lagik yg ilang. tp xperlah, itupun dah buat aku rasa cukup happy cuz komik2 nih lah yg dulunya slalu buat aku senyum...

cerita pasal karya Tok Lat nih, dua tiga ari before raya ari tuh aku gi KLCC. tetibe aku nampak Tok Lat nyer rumah kampung dijadikan set utk raya deco for this year. teruja aku sekejap. terus aku amik gambar dgn HP Dato K. x banyak pic yg aku amik tuh. 2 keping jer (sebab aku segan nak pose depan khalayak) but aku rasa best sangat.




dlm teruja tuh aku tertanya, lepas filem Mat Som lakonan Imuda, bile lagik org nak bikin filem dr kartun dia ek? maybe next time bole bikin filem dr komik Keluarga Si Mamat plak ker? mana2 director tempatan yg baca blog aku nih, ada sesapa yg berani?





ps: muke Tiara sbg Yam dlm Mat Som dulu lain benar ngan muke dia sbg Datin Seri skang. apa rahsianyer yer.... ahaks!!

Rabu, 7 Oktober 2009

jangan biasakan hidup kita dgn menumpang org lain

aku terjumpa gambar nih masa aku sedang sibuk buat research kejap tadi. gambar seekor burung kecik yg menenggek di belakang burung besar ketika ia sedang terbang.



ada 2 perkara yg terlintas.

1. apakah burung kecik nih dah malas sgt nak terbang sampai suruh burung lain bawakkan dia ke destinasi yg sama2 ingin dituju? (ala2 amik kesempatan la plak kan?)

2. atau burung nih dah patah sayap and dah x bole terbang?

hahah. lu fikirla sendiri kawan2...


ps: so moral of the story, lekas2 la beli keta cik shaz. jgn asik nak menumpang teksi jer....

Isnin, 5 Oktober 2009

antara plastik ngan kaca


penat lah weekend nih. penat dgn makan2 yg x habis n aku memang pantang kalo sebut pasal makanan so mana2 teman yg offer aku utk mentekedarah makanan yg ada, tanpa segan silunyer aku akan mari.

dlm pada bergumbira melantak tuh tetibe aku dikejutkan dgn dua story. 1st story dr kenalan aku yg bergaduh dgn kenalan kitorg yg lain atas alasan berwajah plastik (bkn plastik surgery tp plastik tupperware yg kedap udara depan lain belakang lain).

then, aku dikejutkan plak dgn SMS yg aku terima dr kenalan aku yg sentap dgn kata2 aku yg menyentuh tentang bab2 makanan terhadap beliau di FB. org yg jenis mcm nih aku labelkan sbg kaca sebab hati dia fragile.

aku termenung. kalo aku 17 tahun, aku rasa aku dah jerit kat telinga masing2 tp memandangkan umur aku dah sama ngan org yg layak beranak lima, memula aku balas SMS yg diterima dr rakan kaca tuh dgn cara yg cukup diplomasi.

bunyi SMS aku: i didnt know that it bothered u so much. i just meant it in play. sorry zahir dan batin.

bunyi SMS dia: apology accpeted. blah blah blah...

by the way, lepas nih rase2nyer tiada lagilah komen2 gurauan dari aku kat dia cuz takut plak kalo nanti ada lagi kata2 aku yg menyentapkan, kan?

n pesan kenalan aku yg dulunya join dgn geng muke plastik nih lagi klaka...

pesanan dia: berhati2 lah ketika berkawan... especially skang harga facial lifting ngan plastic surgery dah murah.

jawab aku plak: thx for the reminder but saya bukan jenis mammal yg bergerak secara berkumpulan. saya lebih independent n senang berada di kelompok yg kecil sahaja.





ps: so moral of the story... drpd biak kawan yg jenis2 mcm di atas, baik kita biak haiwan. at least bole jual. dok gitu?

Jumaat, 2 Oktober 2009

zoom langkawi

aku baru tiba dari langkawi mlm semalam. patutnya aku tiba lebih awal tp knowing air asia lah plak kan... dari delay sejam sudahnyer aku terkandas kat airport sampai lebih dua jam setengah.

walau bagaimanapun, aku tetap puji jugaklah flight nih. dah banyak jasa dia dengan aku. dulu masa aku nak gi europe pun naik flight nih jugak ker bangkok(before naik air berlin ker germany) so kalo xder flight yg murah and simple mcm nih, passenger yg simple2 mcm aku nih x sampai ker mane2 kot?

anyway, aku nak citer pasal langkawi. aku stay kat Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort. first time stay kat sini and aku suke sgt2 ngan environment nyer. bak kata org kampung aku, very cosy and unwind.

angin kat langkawi plak, kalo aku pakai sarong, sah2 mcm kak nita ngan arwah sudir bercanda di tepian pantai dulu. ribut berbuai2 sampai tertelan pasir.

n yg paling best, aku lah satu2nyer pelancong melayu kat dlm resort tuh. semua yg ada kat situ, either mat saleh, arab, atau jepun. memule pelik jugak tp lame2 aku baru terperasan. agaknya, org melayu masih sibuk ngan open house lagi kot?

okelah, pada sesapa yg x penah gi langkawi tuh, kat bawah nih ada few pics yg aku amik masa bercuti kat sana. so korang enjoylah sambil makan hati tengok wajah anggun aku oke.... ahaks!

- sunset di langkawi.

- view bilik dari luar.

- view bilik dari dalam

- tetap tersengih walaupun kepenatan baru tiba dari KL.


- jgn tertipu dgn senyuman aku yg anggun. pasir dah penuh kat muke nih...


- bikini tertinggal kat KL so sempat pakai t shirt peace jer. jadi la.....


- dah penat pusing2 oriental park, tetibe terasa nak apum plak si pikachu sekejap.


- x sah mai sini kalo x lawat umah arwah nenek sendiri - mahsuri.


- dah jenuh aku mendaki telaga tujuh yg xder apa2 tuh .... pekena plak nyok muder.



ha. amacam? puas x tengok pic aku? x puas? manusia macam tuh la. tamak. heheheh....


ps: melihat keindahan bumi sendiri, membuatkan jejaka anggun ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan takziah kepada mangsa bencana alam di manila, samoa, dan padang. semoga negara malaysia yg tercinta ini tidak ditimpa musibah sebegitu. amin.