Jumaat, 31 Julai 2009

barah tetek part 2

ingat lagi post lama aku barah tetek (klik here)?



ini kesinambungan dari entry yg lama tuh. tujuan aku nak menulis nih sebab rakan aku yg masuk contest tuh dah pun berjaya merangkul anugerah grand prize. so atas rasa ingin mengucapkan tahniah n dlm masa yg sama ingin beliau (tetibe beliau) belanja makan kat tony romas pavilion sebab dah menang, so aku pun post lah entry sekalung tahniah kat sini....

again cik zul aka mr. rebel... congratulations. x sia2 i vote 15 kali tau! now ur design bakal dijual satu malaya. dah kire setanding dgn Hermes Birkin lah nih kan? hehe.




ps: oh ye. ini blog mr. rebel kiter... Rebel Prince (klik here). dulu aku dah promised nak promote Vlog dia so pada sesiapa yg nak mendekati beliau secare lebih mendalam... ataupun nak tgk wajah comei beliau berkata2 di skrin komputer masing2... layari lah blog beliau yer.... jgn malu2!

Rabu, 29 Julai 2009

jejaka anggun di alam fantasi


sebelum aku blah dr Melbourne semalam, aku ade tertonton satu berita hiburan kat TV tentang filem terbaru dr pengarah yg aku minati, Tim Burton. filem nih diadaptasi dr novel kanak2 terkenal Alice in Wonderland. korang tahu x citer nih? kalo x tahu, xper. x yah pening2kan kepala nak amik tau.

aku ingat lagi masa kechik2 dulu aku selalu dilambakkan dgn kartun Alice di alam fantasi nih. dr kartun tuh aku dpt tahu bahawasanya yg aku mmg dilahirkan sebagai seorang yg akan terus membesar menjadik pari2. haha.

so bile aku dpt tau si Tim Burton ni dah bikin filim nih dan akan ditayangkan pada Mac thn depan, aku dah mule pasang niat nak tgk. sama la aku pasang niat nak tgk lord of the rings and hary potter dulu. ah, malas nak citer panjanglah! apa kata korang view jer trailer kat bawah....

Alice in Wonderland (klik here)

n lagi pics kat bawah....







* so kalo berminat apa kata kite serang cinema mac depan. kalo x minat, abaikan jer. mudah!


ps: alhamdulillah. aku tibe dgn selamatnyer pagi tadi. yg penting ramai betul doktor kat dlm flight. ingatkan ada pertubuhan doktor sedunia ker rupe2 nyer pessenger yg pakai mask ala2 michael jackson. oke lah tuh kan.... prevent is better than cure!!

Isnin, 27 Julai 2009

so long geelong!!

So long
Farewell
Aufwiedersehn
Goodnight
I hate to go and leave this pretty sight




aku dah start mula packing luggage malam nih. esok pagi2 buta org removal dtg nak packing segala barang rumah termasuklah internet modem aku skali so aku nak ucapkan farewell utk umah aku yg huduh dan kechik dlm blog nih siap2 cuz walaupun x berapa lama aku stay kat sini tp aku rase umah nih dah terlalu banyak tinggalkan kenangan.

flight aku akan depart dr melbourne airport tgh malam n sampai kat KL awal pagi rabu. harap2 x der sesapa la yg membawa penyakit dlm flight tuh nanti kang x pasal2 aku kene kuarantin seminggu plak. coi!!







so umah aku yg huduh dan kechik... lain tahun kalo ada rezki kite jumpe lagi yer!!

pada kawan2 semua, lepas nih jejaka anggun akan menulis dari KL. dont worry, lokasi jer berbeza, isi ceritanya tetap semua. sebelum aku mengundur diri, aku ada klip lagu farewell yg aku rase paling kiut n best skali kat bawah. enjoy!!

Ahad, 26 Julai 2009

gone too soon...

dear yasmin ahmad... the brilliant director.



"Born To Amuse, To Inspire, To Delight. Here One Day. Gone One Night"

jejaka anggun sedih dapat SMS dr kawan pagi tadi. director yg kita berdua sayang akhirnya telah kembali ke rahmatullah malam semalam. ingatkan rumor cuz 2 3 days b4 this pun org rumorkan dia dah pergi rupa2nyer kali nih niat org yg menghantar rumor tuh dikabulkan tuhan. tahniah.


ps: my deep condolences to her fam and frens. may her soul rest in peace.....


Sabtu, 25 Julai 2009

perihal bromance



What is a friend? A single soul in two bodies ~ Aristotle

aku ada sorang teman yg aku gelarkan dato K. dia nih aku dah kenal lama. sejak 6 thn lepas. lucu jer kisah perkenalan aku ngan dia. sebijik mcm drama nur kasih. oke tipu. aku x tau menatang apa drama nur kasih tuh. tp yg mcm drama tuh mmg betul sebab sepanjang 6 thn persahabatan yg terjalin tuh mmg banyak naw drama yg melanda kitorang.


pagi tadi dia tanya aku soalan cepumas, "kenapa dlm blog ko xder citer pasal aku. ko marah kat aku ke?"

aku jawab, "well, blog nih kan blog aku. pasal life aku lah. citer pasal life ko, ko tulis la kat blog ko sendirik," kewat x jawapan?

pastuh dia sound secara halus balik. "kalo blog nih pasal life ko, aku dah xder dlm life ko ker? napa semua org lain ada tp aku xder? ko nak exclude aku dlm idup ko eh?"


aku terdiam sekejap. bukan sebab aku bisu ataupun sakit gigi tp aku tersentap sebab kata2 dia tuh betul. ntah camner aku leh ter flashblack zaman2 pengenalan aku dgn dia dolu2.

2002 - berkenalan di alam maya.
2003 - jumpe first time kat melbourne.
2004 - jadik akrab kat KL.
2005 - dia stay kat US.
2006- aku plak stay kat US.
2007 - kitorang stay kat KL/US/KL.
2008 - on and off KL/US/KL.
2009 - back to australia n KL.

* tuh belum lagi aku campur cuti2 luar dan dlm negara yg lain dr thn 2002 -09 tuh.

so caner aku leh x selitkan citer pasal dia? nope. actually ada aku selitkan citer pasal dia tp masa tuh aku tgh emosi so banyak citer pasal dia yg x berapa positif. hmmm.... mcm hanj!@%


oke dato K. aku nak mintak mahap secara terbuke nih. actually ada banyak citer positif yg aku leh tulis pasal ko tp aku tak tau kat mana harus aku letak mukadimah. sorry yer.....

in short, cukuplah aku kata ko seorang teman yg amat penyabar yg selama ini bersungguh-sungguh ingin melembutkan hati/kapla jejaka anggun yg keras macam batu ini. bertuah kalo sapa dpt kawin dengan ko.

n honestly, aku kire ko bkn sekadar seorang sahabat jer, malah guru dan juga facilitator yg banyak mendorong aku untuk terus melangkah ke hadapan melihat dunia. terima kasih banyak banyak. sesungguhnyer jasamu amat2 dihargai.

sekian. wasalam.


ps: despite our differences, i am still looking forward to seeing our friendship grow. thanx for everything.

Khamis, 23 Julai 2009

sesi ucapan selamat tinggal


majlis pengucapan selamat tinggal kepada geng2 gamelan dah pun berlangsung dgn jayanye semalam. sedih jer aku tgk muke masing2 melepaskan wajah anggun nih pergi. kitorg masak2 nasi siap bawak microwave lagi utk hangatkan lauk2. x yah la citer menu apa, kang korang mintak resepi plak. masakan melayu yg telah di fusion kan jer... ahaks!!



lepas tuh, kitorang lambakkan brg2 dapur yg x kan dibawak balik ke KL utk disedekahkan pada mat saleh2 nih semua (satu kotak besar tuh babe). malas aku nak berat2kan luggage bukannya xder jual kat KL tuh pun so utk mengelakkan kerugian.. aku sedekahkan jer la. untung2 leh dpt pahala...

menariknyer, mat saleh nih tanpa segan silu berebut. kalo org kite mesti cam malu2 nak amik tp mata memasing.... kechik jer.. gegham jer.. tgk mende tuh kan? ala... aku tau la taktik malu2 swine org kita. aku pun slalu gak buat.




lepas tuh aku jumpe lak pompuan giler nama lisa nih ngan ex-laki dia subik. klaka la diorg nih. best layan. especially si lisa tuh. lawaks sungguh. selasa nih before flight aku nak jumpe dia lagi. nak bagi beras ngan lebih2 makanan yg ada kat umah. hahah. tetibe aku terasa mcm angelina jolie plak sebb bg makanan kat dia.

buk lisa, maafin gue deh! lho sudah jadik kayak anak2 miskin gitu.


malam masing2 dah kejung baru drive balik. kul 2 3 pagi baru sampai umah. sempat lagik upload pics nak paste kat sini. ada org bising napa aku lambat post entry... yer la... jejaka anggun sibuk berembun.. mahap la xder masa nak puaskan ati semua pihak!!!!!! (tengah susun jari mintak mahap nih)



ari nih bangun tengahari... tetibe ada 2 org budak pompuan tercegat depan pintu. borak ngan jiran sebelah pasal umah aku. yg penting jiran yg tuh x tegur aku. dah la tua, x hensem, malas aku nak tegur. dia pun x slalu ada kat umah so manala dia tau umah aku tuh ada tuan ker x.



so aku pun tegur la budak tuh. muke sebijik cam org melayu. skalik betul. malaysian student kat deakin rupenyer n diorg terperanjat bile aku ckp aku pun orang malaysia. dlm erti kata lain diorg ingat aku australian lah kan... laaa... tau la anggun tp ada muke mat saleh ker?



lepas aku bawak pusing2 satu umah aku yg semak giler nih, aku nampak gaya cam diorg interested jer nak masuk. harap2 diorg masuk lah supaya aku x kene bayar penalty kat agent sebab breach contract. duit dah habih ni ha!!!!




hehehe. tuh jer la aktiviti x berfaedah aku semlm n ari nih. sampai sudah aku x buat keje lagik. jap agi sure bos jerit kat tinger. so gua ciao dulu babe... lain hari sambung entry baru eh!!! kak dalia eh!!!!!


* murianti aka agnes monica n ibunyer frederika (betul ke aku eja nama ko nih nok?) ... penyeri kelas gamelan setiap minggu. m gonna miss u both, dear!




Selasa, 21 Julai 2009

hari ini dlm sejarah


pada July 16 1969, kru Apollo 11 yg diketuai oleh Neil Armstrong, bersama 2 org lagik astronauts - Buzz Aldrin and Michael Collins telah berlepas ke bulan melalui Launch Complex 39A di Kennedy Space Center, Florida, USA. dan 4 hari berikutnye (July 20), mereka mencatatkan sejarah menjadi manusia pertama yg menjejakkan kaki ke situ. wow!!

kini setelah 40 tahun sejarah itu tertulis, USA dan negara maju yg lain masih lagi terus berlumba-lumba utk terus mencari misteri yg ada di sebalik angkasa lepas yg berjuta juta batu jauh nyer dr muke bumi nih.


kemudian , aku pun tercari2 artikel tentang astronaut kita yg penah ke angkasa sethn dua dulu - Sheikh Muszaphar Shukor. aku nak tahu apa yg dia bawa pulang n apa yg dia dah dapat selain percutian percuma ke angkasa dgn tajaan sepenuhnya dr kerajaan. menariknyer, aku terjumpe satu artikel lama yg dikeluarkan oleh salah sorg mamalia yg aku kire berstatus bijak tentang apa yang dia mahu si pak sheikh kita nih buat di angkasa. hmmm....




Wednesday November 15, 2006
KUALA LUMPUR: Malaysia's first astronaut will do what no one in space has done before: play traditional Malay children's games without gravity.

The astronaut - yet to be selected - will play "batu seremban,'' or "five stones'' and spin traditional Malay tops in space, Agriculture Ministry parliamentary secretary Rohani Abdul Karim told parliament on Wednesday.

Rohani, who was replying on behalf of the Science, Technology and Innovations Ministry, said the astronaut would also do batik painting and making teh tarik.

She said this in reply to comments made by MPs on what the Malaysian astronaut might do in the International Space Station.




babe... cik kak kita nih bergurau ker apa? cukup2 lah kita ada menara tertinggi atau orang tertinggi dlm dunia nih. tak kan nak ada teh tarik tertinggi sampai ke angkasa skali beb??? mat saleh sibuk nak carik samples, UFOs, aliens semua... yg kita dok sibuk fikir nak canting batik kat bulan? aiyo!

sori aku ada kat US ketika pak sheikh nih take off ke angkasa lepas so aku x tau la plak apa yg dia buat kat sana. but aku ada satu soalan cepumas yg aku nak tanya kat reader aku yg cerdik pandai semua nih lah...

sesuai ke istilah astronaut tuh diberi kat dia? lance bass (kump. N'Sync) dulu pun ada ura2 nak ke space gak tapi org gelar dia space tourist so apa beza astronaut ngan space tourist ek?




ps: astronaut.... hik! hik! sure or not?

Ahad, 19 Julai 2009

9 hari 10 bende



semalam hari yg sungguh memenatkan n ari nih aku nak chill out sebanyak mana yg mungkin.

bayangkan pagi aku bangun mengajar anak murid aku yg ada di turkey. tengahari tunggu org dtg nak inspect umah. petang pergi melbourne jumpa kawan for tea n dinner. n then, jumpa kawan lagi lepak kat bar main pool (babe! dah dekat 10 thn aku x main pool tuh. pukul bola pun dah mcm hanj dah!) and tgk live show. ada group reggae dari mixed Australian n Timur Timor nama Sol Nation. balik sampai umah kul 2.15am aku terus collapsed. ari nih bangun2 pukul 12pm. hamik kau!!!

anyway, aku nak citer ari nih merupakan ari yg kesembilan terakhir aku berada kat sini. semlm b4 tido aku dah fikir2 apa yg akan aku miss bile aku balik kat KL nanti...... nih list yg aku dapat.



1. mulut berasap di pagi hari. bukan asap rokok tapi asap dari nafas aku yg kesejukan. pegh!

2. tido dgn track suit, long sleeve shirt, socks ngan electric blanket. babe, rentung aku kat KL kalo tido mcm nih....

3. mandi dgn hot shower sepanas2 alam sampai bole masak telur rebus... pastuh kuar toilet menggigil nyesal mandi lama2...



4. kuar rumah ngan baju 3 lapis siap gloves, skarf, beanie...

5. nampak possum yg ala2 comel tapi sebenarnya perangai cam tikus.

6. koala n kanggaru yg kaki posing n burung2 eksotik yg bersarang kat belakang umah.

7. tram yg kongsi jalanraya dgn vehicles lain. sama lah lebih kurang konsep ngan LRT tp yg nih instead of kat atas dia kat tgh jalan.




8. kelas gamelan dgn bunch of mat saleh every wednesday. aku plan nak sambung kelas nih kat KL kalo ada.

9. makan kat kedai mamak or restaurant malaysia or kopitiam yg harga teh tarik ngan roti canai mengalahkan makan kat five star restaurant kat KL tuh.

10. last but not least, orang putih yg gile setiap malam sabtu. australian football fanatic fan yg kecoh2 lepas mabuk. jiran tetangga yg tegur, "hey mate!" setiap kali nampak ko kuar umah. perempuan dan lelaki yg sexy2 belaka. dan juge white trash yg walaupun suhu tahap beku tetap x pakai kasut.


tapi lepas aku dpt 10 lists di atas, aku terfikir betapa bertuahnya aku berada di negara sendiri. sebab aku dapat jumpe mak aku. jumpe kawan2 lame. dapat gi karaoke. dapat gi shopping lepas pukul 6pm. dapat lepak2 kat kedai mamak pagi2. dan best of all, dapat jadik org malaysia yg penuh dgn suasana korup di kalangan polis, politik dan masyarakatnye. amin....

Khamis, 16 Julai 2009

wajah kesayangan hamba - lagu hail amir

aku terbaca kisah sedih di akhbar siang tadi pasal seorang wanita yg bernama Connie Culp. lihat pic di bawah. ini gambar dia sebelum kejadian. cantik kan?


kisah tragis Connie bermula pada September 2004 apabila dia ditembak di bahagian muke oleh oleh suaminya sendiri di luar sebuah bar di bar Hopedale, Ohio yg menyebabkan seluruh tisu di bhg hidung, pipi, mulut dan matanya hancur. lihat wajahnya selepas kejadian. nauzubillah....


pada December 10, 2008, dia telah menjalani 30 jenis pembedahan pemindahan wajah (face transplant) dgn dibantu oleh pakar bedah Maria Siemionow bersama doktor2 yg lain. pembedahan yg mengambil masa 22 jam itu telah berjaya menggantikan 80 peratus dari keseluruhan wajahnya dgn menggunakan wajah wanita lain yang baru saja meninggal dunia.


walaupun matanya kekal buta tetapi doktor mengatakan bahawa dia telah boleh bercakap, senyum, bau, dan rasa dengan baik semula dan baru2 nih juga dia telah tamat belajar membaca tulisan braille. wajahnya yg bengkak, bersegi dan agak menggeleber (betul ker aku eja ni?) itu kata doktor hanya sementara kerana ianya akan dapat dibetulkan semula apabila tisu2 dan muscles baru mula terbentuk kelak.

takut taaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

yang paling best apabila ditanya sama ada dia marah atau tidak pada suaminya yg kini di penjara selama 7 tahun atas tuduhan cubaan membunuh, dia cuma kata dia telah memaafkan suaminya itu dan akan menunggunya sebaik saja dia keluar dari penjara nanti. tapi dia x kata plak dia nak tunggu ngan machine gun ke sagat ubi kayu ker cuke getah ker apa... cume dia kata dia nak tunggu jer... so same2 lah kita tunggu apa dia nak buat ngan laki dia nanti kan?


ps: hmmm... tetibe jejaka anggun rasa takut plak. yer lah, wajah yg sering menjadi kesayangan orang ramai nih anytime jer tuhan tuh bole tarik bile2 masa dia nak. masa tuh botox ker, collagen ker, plasenta ker, minyak sapi ker dah xder apa yg bole nak tlg lagi dah! coi!!!!!

Selasa, 14 Julai 2009

PUCUK di reject!



aku terima rejection dr salah satu publisher kat msia yg mengatakan PUCUK tidak sesuai dgn konsep buku yg mereka cube terbitkan. setelah aku kaji2 baru aku sedar yg publisher nih terbitkan buku berbentuk keagamaan n PUCUK ternyata penuh dengan skandal dan putar belit manusia.

aku keliru benar2 nih. apakah maksud buku yg bercirikan keagamaan itu.



tidakkah skandal dan putar belit itu juga boleh menimbulkan keinsafan dan kesedaran di dlm diri?

atau adakah kisah agama itu perlu dilambakkan dgn surah2 dan kisah wanita bertudung yg bersolat lima waktu sehari yg redha suaminye berkahwin lain semata-mata kerana ingin menjadi isteri yang solehah?

c'mon guys... life is full of SH*T.... kalo nak tulis yg baik2 saja... tunggu jadi penulis di syurga!




ps: on the other hand, aku fikir mungkin juge citer aku terlalu merepek untuk dipublishkan...




Ahad, 12 Julai 2009

kisah melayu di twilight zone


semalam, aku gi lunch ngan kawan kat Melbourne. satu2nyer org melayu yg aku kenal kat sini. dia sedih cuz x dpt beraya ngan aku kat sini nanti (katanya dia x dapat balik KL masa raya. oleh kerana itu bln Nov nnt family dia nak buat gathering kat New Zealand... sentap aku dengar!)

so dia bawak aku gi area Prahran. Prahran nih ala2 cosy sikit lah tempat dia. mcm kat area bintang walk tuh. penuh ngan adik2 kat sini. tp restaurant yg kitorg gi tuh tersorok sikit. nampak dodgy sikit. american restaurant. makan bleu cheese n cajun burger. sedap giler!!!!


lepas tuh, kitorg back to the city. dia nak gi shopping kat myers yg aku plak nak gi dockland, so kitorg berpisah. on the way nak ke city, aku jumpe 3 org budak melayu dlm tram. ya ampun! kecoh benar berbualnya, mcm dlm tren LRT plak! dr gaya nampak sangat bebudak nih keje kat sini. bukan apa, nampak comot semacam. mcm baru balik dr keje kantin (keje kilang kot? x pun, petik anggur). aku pun sengih jer la tgk gaya diorang tuh... bagus. sampai ke sini carik rezeki.

lepas tuh tibe kat dockland, aku jumpa lagi satu family melayu. yg nih over sikit. taulah tourist, tp yg si mak tuh pakai baju bulu2 warna merah beb! mengalahkan queen elizabeth. nasib baik pakai tudung x pakai topi. kalo x, aku mmg nak tunduk jer tanda respect. patuh yg si bapak plak pakai jaket jeans. muke riak x hengat. mcm agung. uncle, mana ada org pakai jaket jeans lagik... very the 80an tau! yg penting dia leh pandang aku atas bawah. mesti dia confuse sama ada aku org sini ker or pendatang cam dia jugak. sian.


aku beli satu baju pastuh blah. malas nak layan. masuk kedai lain, jumpa lagi 2 org budak melayu. yg nih aku cam terharu sikit lah. student lah kot dr gayanya. baru sampai rasenye cuz diorang pakai wind breaker jer dlm cuaca sejuk2 nih (11°C). diorg survey harga la nak beli jaket. pastuh cam was2 nak beli ker x takut duit JPA ker PTPTN ker mak ayah ke lesap ke selai baju. teringat zaman2 aku blaja dulu. kalo setakat nak beli 1 barang, kene buat dana siot... x pun main kutu.


pastuh on the way balik umah, jumpe lagi satu family melayu, budak pompuan nih bawak mak ayah dr kampung jln2. pastuh jumpa lagi budak pompuan tgh pusing2 sesat dlm mall. pastuh pusing kanan jumpa lagi satu family melayu. sengih2.

sudahnye aku pelik. aku nih kat malaysia dah ker apa? cepat2 aku larik. rasa mcm kat twilight zone.

ps: sebelum aku tido baru aku teringat. July intake dah start rasanyer... tuh yg mak ayah nak antar anak2 dia blaja tuh ek? baguslah adik2. blaja rajin2 ek? jangan jadik cam jejaka anggun nih. SPM pun gagal....

Jumaat, 10 Julai 2009

hidup kaya mati lagi kaya!!!


nih aku terbaca satu artikel pasal mendiang (ker arwah?) Michael Jackson. yer, citer MJ lagi.....

katanya MJ nih semasa hayatnya dia membelanjakan wang sebanyak US25Mil setahun. so bile dah sampai ajal ari tuh, lawyer dia pun buat announcement. harta peninggalan MJ kepada anak2 n family ialah hutang yg berlambak di sekeliling pinggang. US500Mil. ha! amik kau!


tapi media, recording co. n family dia bijak2 belaka. diorang x abis2 buat duit lepas tuh. jualan album MJ dikatakan naik mendadak, itu belum lagi royalti yg dia dpt dr stesen TV masa memorial service ari tuh. umah dia (Neverland ranch) tuh pun bakal dijadikan museum so boleh dikatakan, harta pusaka dia x akan abis sampai bile2.




aku tersenyum kecil. terfikir2 betapa bestnyer menjadi anak orang kaya yg glamer. dari kecik sampai ke tua org tabur duit. yg si mati kat kubur, sendiri mau ingatlah. kalo kat dunia nih org puja, kat kubur belum tentu tuhan skip ko nyer balasan.... renung2 kan dan selamat beramal!!


ps: hidup jejaka anggun cuma kaya dengan budi bahasa jer... cukup lah tuh ek?

* aku ada tulis artikel yg bau2 bacang mcm nih dulu. refer to this entry: top earning dead celebrity (klik here)