Khamis, 30 April 2009

what? adam in bottom two?


tuh la soalan aku masa tgk AI kejap tadi.
aku kalo dah mule berspeaking sorang diri tuh
maknanya terkezut bener la diri aku nih
kalo berspeaking ngan orang lain
tuh perkara biasa hari2
dah aku tinggal kat negara omputeh kan...
kang aku ckp melayu kang
blur plak masing2...

anyway mmg tadi aku terkezut bener
riak muka aku yg terkejut tuh
lebih kureng sama masa menang miss universe dulu
tekezut manja sambil buat2 menutup mulut la
lebih kurang...
walaupun tahu contestant lain mmg xder harapan
kalo dah aku yg masuk bertanding

hish! nasib baik Matt yang kuar
(tuh mmg aku dah jangka lah)
kalo x, sure aku berkabung sebulan
(perlu ke?)
hahaha....



ps: ada budak pompuan nih bagi aku epal dlm blog dia. alahai... thx eh. !!

Selasa, 28 April 2009

berita terkini



rumah aku dihujani dengan 53 missed calls
dan berbelas voicemail yg tak bersuara
yg semuanya datang dari nombor yg private

peringatan pada kalian semua
jgn sesekali memanggil nombor aku menggunakan private number
kerana segala panggilan anda
akan disamakan dengan panggilan telemarketer dari india
yg tak akan aku layan!!

tetibe aku risau.
mak sakitkah?
ada orang meninggal kah?

sudahnya teman rumah aku kata
itu kawan dia kat sydney
nak minta tolong jadi referee
kalo ada orang call dia pasal kerja.

haram jadah!!!!!!

ps: teringat kat KL, kalo ada telemarketer call, aku pass phone kat anak buah umo setahun. biar budak kecik tuh layan call diaorang... hehehehe...

aku tak cukup tido!!



mata aku dah macam beruang panda dah
lebam lebam sebab tak cukup tido lately nih
malam tadi plak aku tido lambat lagi
semuanya gara gara pucuk....
ish...

semenjak dua menjak nih aku jadi busy
nak habiskan story aku yg tak seberapa nih
aku harap2 ada yang sudi nak publish...
tolong jangan jadikan usaha murni aku nih
sia sia yer....
tolong!

*rayuan berbentuk amaran

ini anak kucing mak aku. nama dia panda. so kalo nak tau mata aku dah jadi cam nih la hitamnyer...

Isnin, 27 April 2009

Golden Girl sudah tiada



dulu masa aku kecik
semasa zaman2 sitcom Nanny, Mad About You, dan Growing Pains popular
aku dibesarkan dengan sitcom Golden Girls.
kisah 4 orang wanita separuh umur
yang menjalani hidup bersama sebagai janda2 kesepian
dan menghabiskan zaman2 tua mereka bersama kawan2...
kire konsep cerita lebih kurang sama dengan
Sex & the City lah...

kecik2 lagi aku dah suka dengan karekter mak2 janda ni semua
lepas show nih cancel kat TV
terus tak ada cerita pasal diorang.
cuma semalam aku dikejutkan dengan berita
salah seorang pelakon dalam sitcom tersebut
namanya Bea Arthur yg membawakan watak Dorothy
sudah meninggal akibat penyakit kanser.
sian. semoga rohnye dicucuri rahmat oleh tuhan mendiang lah ek?

pada yang ingat2 lupa atau tak tahu siapa Bea Arthur aka Dorothy nih lihat saja pic di bawah.


Sabtu, 25 April 2009

hujung minggu yang sejuk...



aku betul2 dah nampak cam orang pantang kat umah.
siap selimut, baju tebal ngan stokin. kunyit jer tak tempek kat dahi
kalo x sure orang ingat aku baru lepas beranak.

nih semua gara2 kesejukan. suhu dah semakin sejuk kat sini.
so untuk mengelakkan aku meroyan duduk kat sini
aku keluar jalan jalan ke melbourne.

kebetulan hari ni ada pre-screening filem Laskar Pelangi.
ingat lagi masa aku kat Indon awal tahun dulu
nak tengok filem nih tapi niat aku tuh dibatalkan
sebab aku takut tak faham, babe!!
most filem indon kan pakai javanese jakarta slang
manalah aku nak reti. bahasa melayu pun fail...
so aku tunggu DVD kuar at least ada subtitle english
or at least aku leh pause n play kalo aku tetibe blur.

tapi bila aku tonton filem nih tadi aku rasa happy sangat.
first diorang guna bahasa Melayu Riau
so 99.9% aku faham lah apa yg diorang carutkan
n sec, aku rasa filem nih sebuah filem jujur
dan antara yg terbaik yg pernah aku tonton...
teringat juga zaman aku kecik2 nak pergi sekolah dulu

*ehem ehem!! aku budak miskin tinggal kat kampung gak dulu!!!

so pada parents yg nak mengajar anak2 diorang
betapa susah payahnya anak2 kuli indon nih nak blaja
n nak jadik manusia
ajaklah dorang tonton filem nih
konpem nangis dan insaf sekejap....

ps: cebisan lirik Laskar Pelangi dari Nidji...

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

Jumaat, 24 April 2009

greatest fashion icons of the 20th century!!

aku menelek majalah New Idea dan terlihat nama insan2 famous yang telah dipilih untuk menjadi greatest fashion icons of the 20th century bermula dari tahun 1940an hinggalah ke 90an sebentar tadi.

pemilihan ni dibuat bulan lepas melalui undian orang ramai semasa Clothes Show Style Awards, so di sini aku lampirkan jer lah wajah2 fashion icon tersebut. enjoy guys!

untuk 1940s, Marlene Dietrich. entahlah aku pun x kenal sapa dia nih:

1950s, si cantik molek, Audrey Hepburn:

1960s, bintang Bond, Bridget Bardot:

1970s, singer kumpulan Blondie, Debbie Harry:

1980s, sapa lagi kalo bukan Madonna:

1990s, supermodel terkenal Kate Moss:

dan calon untuk 2000, aku:

nak jugak letak gambar separa bogel. jangan marah aaa...

Khamis, 23 April 2009

sudah pun aku duga!



seperti yang dah aku duga kan
akhirnya malam tadi Anoop n Lil Rounds
tersingkir juga untuk mara ke peringkat akhir AI.
minggu depan spt biasalah Matt Giraud.

lepas Matt si pompuan rambut merah tuh plak
ntahlah nama pun aku tak tahu
so nampak sgt la x kan ke mana dia...

kalo betul tekaan aku makanya
aku rasa ni first time peserta lelaki conquer top 3
aku harap2 si kris tuh ke final
tp rasa2nya america lagi suka kat danny poyo tuh kot?
so lantak dia lah...
apa2pun abang Adam Lambert aku juga yang bakal jadi juara kan?

ps: tukar cerita sket, sejak siang tadi eye lid aku belah kiri x abis2 kelip. org kata nak nangis. nangis pasal apa ek? menang award ke menang miss universe?

apa?!! ahli muzik?!!




haha...
tadi aku telah diberi peluang untuk join putra panji asmara
satu group gamelan cirebon
untuk main satu alat muzik yg diberi nama keblok.
* refer to sec pic for keblok.

haha...
sumpah aku tak pernah dengar nama keblok nih
seingat aku masa kat sekolah rendah dulu
ada aku pegang alat muzik nama recorder
lepas abis sekolah
ada lah aku cube tekan tekan piano
petik petik gitar
tapi semua ke laut bunyinya...

so bila mike
omputeh ketua gamelan nih dgn bangganya
mengoffer aku jadi pemain keblok group tuh
aku terharu campur gembira campur gelabah sikit....

nampak senang jer lah ketuk benda alah tuh kan
tapi bila dah duduk kat situ
pegang pengetuk tuh
huru hara lah aku kejap nak fokus
n fikir time bila nak ketuk
time bila nak masuk.

hahah...
apa2pun kalo si mike tuh tak serik2 ngan pitching aku yg off tuh
minggu depan aku akan datang rehearsal lagi.

korang doa2kan aku berjaya yer....

Rabu, 22 April 2009

mari jual anak kat orang kaya




lagi cerita tentang kanak kanak dalam filem hebat Slumdogs Millionaire.

kali ni pasal Rubina Ali. pelakon yang menjayakan watak Latika kecil. dikatakan baru-baru ini dia cuba dijual oleh bapanya dengan harga £293,000 kepada seorang wartawan akhbar Britain's News of the World British yang menyamar sebagai jutawan Arab.

bapanya Rafiq Quereshi yang kini sedang disoalsiasat oleh pihak polis, menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa ini semua adalah tindakan wartawan luar yang cuba bermain api dengannya.

hmm... aku tersenyum kecil. kalau tidak benar perkara ini berlaku bagaimana situasi jual beli ini boleh terjadi?

mulanya, wartawan luar ini mendapat aduan dari keluarga terdekat Rubina (dipercayai ibu kandungnya sendiri) bahawa bapanya cuba menjual anak kecil ini dengan nilai setinggi mana yang boleh dengan alasan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga disamping untuk memastikan masa depan anak kecil ini terjamin. ketika sesi perundingan harga dibuat di hotel mewah Leela Kempinski, dengan tanpa usul periksa tentang latar belakang "si saudagar Arab" ini dan tujuan pembelian kanak-kanak tersebut, Rafiq bersetuju untuk menyerahkan anaknya dengan nilai jutaan rupee melebihi £200,000. alasannya, "anak ini istimewa sekarang. ini bukan kanak-kanak biasa. ini kanak-kanak Oscar!"

katanya lagi, dia cuma bekerja sebagai tukang kayu yang mendapat gaji harian sebanyak £2 to £3 sehari. setakat ini anaknya cuma diberi 150,000 rupees (£2,040) sepanjang bekerja di dalam filem hebat tersebut. janji kerajaan untuk memberikan keluarganya sebuah apartment mewah bernilai £12,000 di Kerala juga hanya sekadar kata-kata kerana sehingga kini apartment itu masih lagi dalam pembinaan. tambahnya lagi, jika apartment itu sudah siap didirikan, berkemungkinan besar dia tidak akan berpindah ke sana kerana katanya dia tidak mahu meninggalkan Mumbai. alahai.

babe, kalau tak mahu berpindah, bagaimana hidup nak berubah?

lama aku termenung. penjualan kanak-kanak miskin India ke Timur Tengah ini adalah penyakit baru di negara itu. kebanyakan dari mereka tidak mengira nasib anak-anak kecil yang bakal dieksploitasi sebagai camel jockeys atau dijadikan mangsa penderaan seksual bawah umur di sana. yang mereka fikirkan cuma wang ringgit. kalau semasa kecil bapa sendiri sanggup menjual anaknya, jangan berasa sedih jika apabila dewasa kelak, anak itu derhaka pada bapa kandung itu sendiri. itukan pusingan alam?

renung-renungkan dan selamat beramal....

Isnin, 20 April 2009

uhuk uhuk



tekak aku terasa gatal sejak akhir akhir ni...
aku tau lah aku nih memang gatal orangnya
tapi bila tekak aku pun
turut sama nak menggatal
aku jadik tension....

aku dah telan dua biji pil
pagi tadi
aku harap2 tekak aku nih
takder menggatal nak menggatal lagi
ish... batuk aku nih pun satu
nak menggatal gi lah Sabah
kat situ kan ada tempat nama Menggatal
yang menyemak kat tekak aku plak kenapa?

uhuk uhuk....
ish.....

Sabtu, 18 April 2009

mari kita minum nenen




dalam aku sibuk mencari cari idea untuk menulis siang tadi
aku terjumpa pula satu artikel dalam majalah New Idea.
nih artikel pasal seorang wanita di Australia
namanya Georgia Browne
yang bukan saja menyusukan anaknya
malah dia turut menyusukan bapanya
dengan susu dari badannya sendiri....
kau orang terkesima?

menurut Georgia Browne,
dia ada menonton dokumentari
mengenai sorang lelaki di US
yang telah pulih dr penyakit kanser prostat
setelah meminum susu ibu dari bank susu
dengan mencampurkannya ke dalam milkshakes...

Georgia yang kebetulan mempunyai bapa
yang menghidap kanser kolon
turut sama mencuba kaedah tersebut
apabila dia membenarkan bapanya
meminum susu badannya sendiri
untuk dicampurkan ke dalam cornflakes.

**tak ada lah dia bagi bapak dia nenen tetek dia... kau gila gila.....

so far alhamdulillah (tetibe)
selepas sebulan meminum nenen
doktor mendapati yang kanser yang dialami telah mula beransur pulih
dan walaupun doktor ada mengatakan yang susu badan itu
belum terbukti lagi berkesan dalam mencegah penyakit kanser 100%
tapi Georgia berkata dia akan terus menenenkan ayahnya
selagi nenennya berair....

lucah tak citer aku ari nih?
hehehe.... harap2 aku tak kena kanser sebab aku tak suke minum susu!!!

Jumaat, 17 April 2009

perlu ke Matt diselamatkan? ha?! perlu?



aku rasa tujuan judges dalam American Idol
selamatkan Matt Giraud tak memberi apa apa erti.
kerana hakikatnya minggu depan
dia dan Anoop ataupun Lil Rounds
mesti tersingkir jugak.
kerana rancangannye sudah begitu
selamatkan seorang hari ni
minggu depan dua orang tersingkir!
sian.

dan aku kira Adam Lambert
pasti menjadi juara AI tahun ni
dia mungkin bersama Danny gokey
yang poyo itu ke pusingan akhir.

kalo x caya,
terus teruskan lah menonton AI!!

Khamis, 16 April 2009

aku nak kawin dengan artis

err... bukan artis malaysia.
artis malaysia bile dah cerai
nak tuntut nafkah anak anak
pun kene gaduh gaduh dalam melodi
aku nak kawin dengan artis hollywood.
bole?



aku baca kisah Mel Gibson
yang telah pun sah bercerai dengan isteri
yang dah dikahwininya selama 28 tahun
gara gara hubungan sulit beliau
dengan russian pop star Oksana Pochepa.



bekas isteri Mel dikatakan
bakal menerima setengah dari harta
sepencarian bersama yg bernilai £640 million!!!
iaitu termasuk
£26 million Catholic church di California,
private island kat Fiji
ranch kat Costa Rica
dan beberapa properties di Malibu.

heheh.
kalo aku kahwin ngan artis malaysia
ada aku dapat semua nih?

ps: rumahtangga pelakon sex in the city, sarah jessica parker pun sedang bergolak. khabarnya dia takut hubbynya, pelakon suam suam kuku si Matthew Broderick merampas harta beliau yg dikatakan sebanyak £110 million itu. scary!!!

bermain main dengan gambar



aku menelaah gambar gambar lama yang aku simpan dalam myspace
pastuh aku transfer masukkan dalam facebook pulak.
sebab niat aku nak abaikan jer myspace aku tuh.
malas nak simpan online profile banyak banyak

sesungguhnya aku teramat free.
salah. aku bukan free.
aku ada keje
tapi keje transfer pic nih buat aku jadi leka
heheh...
sudahnye keje aku lambat siap
dan aku pun lambat masuk tido.
naskhah PUCUK pun aku tak sempat sambung....
so bila la citer aku tuh nak abis?!!

ps: pic di atas ialah pic aku yang terbaik buat masa nih. percayalah, akan datang lagi pic2 terbaik yang lain dari aku dalam masa yang terdekat. insya allah... (riak tak statement tuh?)

Selasa, 14 April 2009

back to geelong




flight aku tinggalkan sydney
seawal enam pagi.
di ulang seawal enam pagi.
tu bererti aku kene pergi airport
seawal lima pagi.
tuh bererti aku kene siap siap
seawal empat pagi
tuh bererti aku tak tido langsung
sepanjang hari semalam.
sebab kalo aku tido
jawapannya
aku masih lagi ada kat sydney skang!

sekarang aku ting tong.
dalam flight aku tido
tapi kene kejut
bila stewardess tua bagi makan.

dalam bus ke city pun aku tido
tapi sebab bas penuh aku rasa
kepala aku asik head banging
sepanjang masa.

dalam tren pun gitu
tau2 dah sampai.
nasib baik seat dia lebih selesa
dari seat KTM.

sampai umah
aku terus passed out
sampai ke petang.

sekarang aku ting tong lagi
nak buat keje aku yang delay lagi
nak masak dinner lagi
nak rehat2 lagi

geez... sesungguhnya travellin itu memenatkan!!!!

Isnin, 13 April 2009

hujan



bukan nama kumpulan
tapi kejadian bener nih.

hujan lebat di sydney.
lepas lunch tadi aku terus balik umah.
hajat hati nak gi bondi beach
tapi dah hujan
balik jer lah.
main tenet lagi bagus!

dalam email
aku terima few gambar
dari kawan
kakak
dan teman di MSN.

kawan bagi beratus ratus pic
masa diorang cuti kat victoria.
salah satu gambar terbaik kami
ada di bawah.
*cayala, asal ada muke aku konpem gambar tuh jadi terbaik!!



kakak pulak hantar video
anak buah aku mengaji dan berdoa
entah apa yg dia doakan
aku pun tak tau!



dan teman di MSN hantar satu gambar lucu.
pasal kejadian ribut pasir di Beijing.
enjoy!!




ps: baru terima SMS, ada kawan aku on the way dari KL nak datang melbourne. makin ramai pulak yang sudi jadi tetamu aku. heheh.

Ahad, 12 April 2009

easter di sydney.



aku rasa macam dah nak balik dah.
semalam aku jalan jalan sekitar bandar sydney
yang aku kira tak ada banyak beza
dengan bandar melbourne.

paginya aku ke brighton beach.
pastuh ker botany bay
pastuh back to teh city ker oxford street plak.

just FYI,
oxford street tuh lebih kurang mcm jln p ramlee
yang penuh dengan clubs dan kedai
dan lokasi mardi gras setiap tahun.
malam minggu kat area situ
meriah dengan adik adik dan atok atok
letih lah nak melayan....

dari sana aku terus jalan
ke circular quay
kat situ ada harbour bridge
n opera house.
walaupun orang penuh
aku rasa damai dan tenang duduk kat situ.
borak2 kat tangga opera house
teringat time borak borak kat starbuck KLCC
suasana sama.
view jer beza.

at last
aku balik ker oxford street
kawan ajak gi clubbing plak.
lagi?
ya, lagi.
kitorang gi midnight shift.
alah, ramainya budak melayu kat dalam tuh.
pakai lah caner pun
muke melayu tuh aku kenal sangat.
sian, mak suruh gi study
diorang gi meronggeng plak eh
apa nak jadi nih....

balik umah kul 4 pagi
aku dah setengah collapsed.
kul 630 pagi aku terima SMS mengejutkan.

"aku dah email few pics yang kau mintak tuh. lagi separuh aku email later eh!"

cis! tetamu aku hari tuh rupanya.
otak aku yang lebih besar dari matanya nih
excited nak tengok gambar yang dikirim
tapi mata aku yang lebih sepet dari telinga kiri aku plak
dah tak leh buka langsung!!

nanti2 aku post gambar tetamu aku tuh eh....

Jumaat, 10 April 2009

mari ketawa beramai ramai



aku call mak aku semalam.

mak: dah dengar berita boy meninggal?
aku: dah. sue cakap.
mak: dah dengar berita adik nak bertunang?
aku: huh? (ketawa besar).

adik tuh adik bongsu aku.
dia anak jantan.
ada lagi dua orang abang atas dia.
aku ngan adik lelaki aku seorang lagi.
sudahnye dia langkah dua bendul.
gatal dah nak kahwin.
aku gelak besar.
mak aku gelak lagi besar.

aku tahu aku gelak besar
sebab aku tak sangka aku akan dapat adik ipar.
aku tak tahu pulak kenapa mak aku gelak besar.
mungkin dia tahu aku akan dapat adik ipar
dan adik ipar lagi
dan anak buah ipar
dan cucu ipar
sebelum adik beradik aku sendiri
dapat ipar dari aku....
alahai.

ps: aku rasa begitu gumbira akhirnya scott OKU telah pergi meninggalkan American Idol. mari ketawa beramai ramai!!

Khamis, 9 April 2009

tamu dah pulang. aku pula terbang.



tamu kehormat aku dah pulang semalam.
aku nampak muke diorang sedih
aku tak sure sedih sebab tinggalkan aku
atau sedih sebab lega dapat juga balik akhirnya.

aku dah lakukan sedaya upaya jadik host yang baik
dan berperibadi mulia.
aku harap diorang gembira
dan berpuashati dengan layanan istimewa yang aku beri.
heheh.

malam nanti
aku pulak yang jadi tetamu orang.
aku akan fly ke sydney
duduk sana dalam enam hari.

aku harap aku akan jadi tamu yang baik
dan berperibadi mulia.
and aku harap host kat sana pun
tak segan silu
memberi layanan istimewa
kat tetamu yang yang baik
dan berperibadi mulia ini.
amin.

ps: still tunggu gambar2 percutian di melbourne/victoria dr tetamu aku nih...

Isnin, 6 April 2009

dua buku satu hati

aku terima dua buah buku dari amazon.com
siang tadi.
posmen kat sini begitu curang skali.
aku takde kat rumah masa dia datang
so dia boleh letak buku aku kat belakang tong sampah
pastuh letak note yang berbunyi begini:

"sorry, your package is behind the garbage bin"

aku tak tau nak ketawa ker
atau nak sentap.
sudahnya aku amik keputusan berdiam diri jer lah.
yang penting buku aku dah selamat sampai.

satu buku tajuk: The Taqwacores
buku karangan Michael Muhammad Knight
yang menceritakan kisah Islamic punk rock scene
di New York.
kira lagu lagu ketuhanan islam
dalam muzik punk gitu.
interesting, no?



satu lagi: Are You There, Vodka? It's Me, Chelsea
buku ni karya stand up comedian favorite aku
namanya chelsea handler
dia ada late night talk show sendiri kat channel E
yang bertajuk chelsea lately.
buku ni pasal kisah kehidupan dia
dari kecil hinggalah dia popular di US skang
aku tak sure plak orang malaysia kenal dia ker tak
sebab banyak program/show channel E kat sana yang kene tapis
so tak dapek la korang yang ada astro nak tengok muka dia kan.
jadi jangan peningkan kepala anda, ya!



apa apapun aku tak tau la
bila aku nak start baca buku buku comel nih.
kene tunggu naik flight jauh jauh lagi lah nih...

ok, skang aku mau tido!
ngantuk sudah bah...
nyte nyte!!

tamu yang datang



dah tiga hari aku sibuk melayan kerenah
tetamu yang datang.
dari jauh diorang sampai.
nasib baik la aku xder keje lagi
so aku bolelah usung diorang ke sana ke mari
jalan kaki, naik tram, naik tren
ari nih naik kereta.
esok jalan kaki lagi.
lusa naik kereta.
pastuh tulat (betulkan lepas lusa, tulat?)
aku hantar diorang balik ke airport.

aku harap diorang balik
dengan seribu satu kenangan.
harap2 kenangan yang baik lah.
boleh jadikkan teladan kan?

tapi kalo ada yang tak baik tuh...
lantak diorang la...
aku dah susah payah bawak berjalan
banyak songeh plak!!!!

ps: gambar kat atas nih gambar lama. aku curik dr facebook. nanti aku post gambar kitorg yg baru ek....

Khamis, 2 April 2009

bye to megan



kata ryan seacrest over 30 mil vote masuk.
tapi dalam juta2 vote yang masuk tuh
tak cukup pulak untuk selamatkan megan corkrey

dia nyanyi lagu favourite aku
Turn Your Lights Down Low dari Bob Marley
tapi seperti biasa la bila dia nyanyi
dah jadi macam kawan aku si Chucky
nyanyi kat karaoke. sian.
*aku nyanyi kat karaoke meletup ok!

jadinya,
aku setujulah dengan keputusan rakyat amerika tuh.
cuma aku tertunggu bila plak time
Scott OKU tuh plak terkeluar
dah rasa tak sabar sangat dah nih.

lagi satu
aku memang minat giler dengan lady gaga.
show dia dalam Idol tadi memang meletop.
terus aku teringat show cher kat vegas.
penuh draggish la dia tuh.
siap letak zip kat mata tuh.
dengan piano yang penuh bubble.
heheh....
ni yang buat aku teruja nak beli album dia nih....



ps: Can't read my, Can't read my, No he can't read my poker face!!!!!

Rabu, 1 April 2009

april yang buduh



aku mulekan april yang buduh aku pagi nih
dgn satu klip video yang buat aku tak kering gusi malam semalam.
dalam sedih mendengar berita mengejutkan
akhirnya tersenyum juga bibir munggil aku nih bila aku tengok video nih.

aku suke talkshow ellen.
aku rasa dia pengkid yang clever.
aku suke jen hudson
aku rasa dia pompuan yang talented.
dan aku suke lagu And I'm Telling You
aku rasa lagu ni lagu yang tak akan pudar sampai bila bila
bak kata orang kampung aku
lagu evergreen

jadi bila mereka bertiga bergabung dan menghasilkan
lawak jenaka yang tidak slapstik ini.
aku ketawa besar!!

so aku kongsi dengan korang semua...
enjoy....