Sabtu, 25 Jun 2016

NOTA:2, CERPEN HARI JUMAAT dan MOREH BERSAMA SHAZ JOHAR




kembali bersiaran.

dah 6 bulan tak tulis blog. last entry dec 2015, pasal launch buku CERPAN II and before that June 2015 pasal NOTA. Rasanya, sekarang ni nak tulis blog pun pasal launching buku baru je lah. Huhu. Malas dah nak ngomel macam dulu2 lagi, bukannya ada org baca pun.

Anyway, semalam bertempat di The Port, Bandar Utama, buku NOTA:2 telah dilancarkan dalam suasana yg penuh temteram dan permai. Mungkin suasana Ramadhan menguasai diri masing2. Perlancaran bermula jam 10pm, dengan tema MOREH BERSAMA SHAZ, dan berakhir before midnight (faham2lah, aku Cinderella).

Kepada sesiapa yg hadir, spt biasa, aku ucapkan tahniah kerana korang menjadi pembaca novel Shaz Johar yg tegar. Atau mungkin pengumpul Buku Fixi. Atau mungkin, ntahlah, kebetulan je ada kat area tu so korang singgahlah. Apa2pun, skali lagi aku ucapkan terima qaseh sebab ada jugak org yg datang n sudi beli. Sila review dlm Goodreads atau blog, atau mana2 yg korang suka, lepas baca. Walaupun dah 6 novel serta berpuluh cerpen yg aku tulis, aku still rasa ada banyak lagi yg aku kena perbaiki utk jadi yg lebih baik.

Bagi sesiapa yang tanya, ni sambungan buku NOTA ke?

Jawapannya, yes. Ni sambungannya.

Kenapa ada sambungan sedangkan dari KOUGAR sampailah ke SANCTUARIA dulu takde sambungan?

Sebab ramai sangat dah orang yg tanya takde sambungan ke buku ni? Mindfuck ah... ahhh... tolong... sakit kepala kitteeww... so aku rasa, why not?

dan apakah akan ada NOTA:3 plak nanti?

Jawapannya, mungkin. Dgn syarat kalo sambutannya menggalakkan. Hihi. Mana tau, mungkin akan ada sampai NOTA:4, 5, 6, 7 pulak lepas tu?

Ceritanya, pasal apa?

Pasal Ray yg terus membongkar misteri utk tahu apa cerita yg sebenar.

Kenapa tajuk dia NOTA:2? bukan dah kira dua perkataan ke tu?

Jawapannya, eh sukalah!

Selain buku NOTA:2, buku antologi CERPEN HARI JUMAAT dan NOTA pun turut dijual malam tu.

CERPEN HARI JUMAAT ni senanya boleh dibaca secara free dlm akaun Wattpad Buku Fixi tapi kalo korang malas nak baca online and nak support Buku Fixi dan suka pegang, bau n baca buku, so dapatkanlah yg original di toko2 buku berdekatan. Kot.

Aku ada sumbangkan dua cerpen dalam buku CERPEN HARI JUMAAT ni. Tajuknya, EMPAT DARA dan RIVER KWAI. Bacalah dengan tenang dan semoga terhibur.

Panjang dah aku tulis ni. Dahlah tu. Ni ada few pics dari perlancaran semalam. Bergembiralah.

antara yg datang.

ada yg datang beli buku tapi tak baca, just nak pose2 je.

ada yg datang mintak sign

ada jugak yg datang suruh check dia punya assignment.

bersama teman penulis Faizal Sulaiman.

Dah tu je. Babai.

ps: publisher dah bagi hint suruh buat NOTA:3. Dia nak satu watak tu kena bunuh. Taktaula kenapa dia benci sangat ngan watak tu. Huhu.

Ahad, 6 Disember 2015

CERPAN II

shaz johar kembali bersiaran. sari berita penting.


semalam bertempat di MIECC (Malaysia International Exhibition & Convention Centre) telah berlangsungnya perlancaran sebuah buku cerpan (cerita panjang yg tak berapa nak panjang) terbitan Buku Fixi dengan kerjasama BBW (Big Bad Wolf) yang berjudul CERPAN II.

Buku ini edisi terhad, hanya 3000 copies saja dijual dan takkan diulangcetak dan dijual hanya di BBW saja, selagi sementara stok masih ada. so konsepnya, siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia kempunan. padan muka korang. hihi.

Kenapa aku beria-ia promote, sebab ketamanya, aku terlibat dalam ini projek. dan sebab kedua, selain aku, sorang lagi penulis prolifik Fixi, Dayang Noor juga ada bersama. In short, dlm buku ni ada dua stories. hence, tajuknya CERPAN II.

story yg aku tulis tajuknya, LELAKI SESUATU ITU. ceritanya pasal perjalanan seorang lelaki yg pergi honeymoon ngan wife dia kat Roswell and then terjumpa dua ekor aliens. apa yg alien2 tu buat kat dia yg tu korang kena bacalah dan fahami.

so, kepada yg sudi datang semalam, beratur panjang2 semata2 nak dapatkan buku ni utk diri sendiri atau kawan2 (pastu nak jual balik kat pasaran gelap?), terima qaseh yg tak terhingga la aku ucapkan. gigih jugak korang. dahlah jauh. malam pulak tu. terharu kita, wak.

honestly, first time dlm hidup aku sign buku non-stop for 2 hours. rasa dah tak cukup tangan semalam nak sign. but it was fun! bukan slalu org nak mintak sign kita, wak...

and kepada yg tak sempat (sudi?) nak datang, ni ha ada few pics untuk korang tatap. semoga jeles.



stok buku yang masih virgin, belum disentuh.
sesi foto bersama peminat2 tersayang. ahaks!


jutaan manusia yg berpusu2 mencari kebenaran dalam buku ni.

antara yg sudi beratur dan meminta tandatangan

adik ni aku tanya dia, "mak tak marah ke baca buku uncle ni?" skali mak dia menjawab kat belakang, "tak apa. boleh je." LOL! 

entourage. datin paduka (yg pakai spek) nak carik buku tutorial tudung katanya. 

Isnin, 8 Jun 2015

Nota dan Pekan Pekan Kertas



Hai pemirsa!

Saja je nak update blog. Lepas ni maybe dah tak update dah. (sampaila bila ada benda yg aku nak melalut panjang2). Just nak beritau korang semua yg buku Nota dan Pekan-Pekan Kertas dahpun berjaya dilancarkan pada 6 June aritu. Bagi sesiapa yg taktau pasal kedua2 buku ni, sila refer previous blog.

Alhamdulillah, perlancaran berlangsung dlm suasana aman, takde polis atau pengawal keselamatan yg bawak aku turun dr stage seterusnya escort aku keluar. Takde juga berlaku pergaduhan di luar The School haritu. Malah tiada sebarang tangkapan dibuat. So, takyahlah korang nak propa sangat.


Kepada yg sanggup meluangkan masa datang utk bagi sokongan, terima qaseh kerana sudi datang. Siapa yg tak dapat datang tu, maybe takde rezeki. Takpalah, insya Allah lenkali boleh bertemu lagi.

Dan yg paling penting, kepada sesiapa yg dah baca tu (salah satu atau kedua2 buku), janganlah lupa tinggalkan komen atau review atau kutukan kat mana2 laman sosial yg korang ada. Juga jgn lupa letak #notashazjohar atau #pekanpekankertas dlm review/komen korang tu sebab nanti senanglah aku nak carik n baca.

Spt biasa, korang tulislah apa yang korang suka. Mana yang baik tuh aku jadikanlah teladan. Mana yang buruk tu, aku ignore kan je lah. Mudah. 

 OKlah, tak nak cerita banyak, kat bawah ni gambar2 masa perlancaran haritu. Bergembiralah!

sesi interview bersama saudara faisal mustaffa.

bersama Lokman Hakim, rakan penulis yg hadir. yg baju merah tu Anuar Syah.

Bersama anak sulung, Kougar. Yg aku pegang belah tangan kanan tu aku rasa cam first print. Rare gila. Khabarnya, Kedai Fixi nak bagi free kat pelanggan bertuah. Tunggu je la announcement dari dorang.


Tuh je la. Malas nak upload banyak2 pic sebab aku tengah ngantuk.

Okebai.



Rabu, 27 Mei 2015

Buku Baru Guys....

Hai, Jejaka Anggun kembali bersiaran.



Lima bulan jugak aku tak usik blog ni, ada lagi ke orang yang post entry dalam blog? Huhu. Niat asal memang aku nak biarkan je blog ni bersawang tapi memandangkan aku nak keluarkan buku baru (dua pulak tu) dan aku nak cerita panjang lebar so aku rasa lebih afdal jika aku luahkan jer semua kat sini.

Anyway, korang2 di luar sana yg sibuk2 duk tanya, "bro, bila nak kuar buku baru?" "bro, rindulah dgn tulisan shaz johar..." "bro, bro ni cun ah..." (ok, statement yg ketiga tu aku exxagerate) sekarang ni lah masanya utk korang bergembira bak dunia ni tiada hari esok.

Aku, sekali lagi (#beliaulagi) dgn kerjasama Buku Fixi akan keluarkan dua buah novel, satunya novel karya aku sendiri berjudul NOTA dan satu lagi terjemahan karya penulis bestseller: John Green, tajuk asal Paper Towns, yg diberi judul PEKAN-PEKAN KERTAS.

Meh aku cerita pasal NOTA. First, novel ni takde kena-mengena dgn NOTA, filem baru Maya Karin yg akan keluar wayang tak lama lagi tu. Ni novel aku yg kelima, dan buku yg keenam bersama Fixi. Satu buku tu koleksi Cerpen  (CERPEN SHAZ JOHAR). Novel ni menceritakan kisah seorang penulis yg novel pertamanya tak laku so dia gigih cari cerita yg menarek demi menebus kegagalan novel pertama dia dulu tu.

So, dia jumpa satu story pasal pedo dan pompuan yg dah bunuh pedo tu dan dia cukup yakin story tu cukup mindfuck dan akan membuatkan nama dia sebaris dgn penulis yg ada ramai ultras yg lain. Ha, lebih kurang macam tu lah.

Panjanglah cerita dia. Macam2 hal terjadi dlm hidup pompuan tu, pedo tu dan penulis tu jugak. Makanya, kalo korang nak tau lebih2, silalah beli.



Buku yg kedua pulak, buku terjemahan. Aku terjemah buku omputeh ke bahasa melayu. Cerita ni memang akan keluar wayang, somewhere in June kat US. Kat sini taktau bila. Tajuk dia Paper Towns.

Frankly speaking, aku memang tak follow John Green punya buku. Aku taktaupun buku ni wujud sampailah bos Fixi tanya samada aku nak translate Paper Towns ke tidak. Aku on je. Dan bila aku baca buku ni, aku enjoy. Kisahnya pasal sorang budak lelaki yg nak cari crush dia yg hilang based on clues yg crush dia tinggalkan utk dia. Jalan cerita dia very light, macam romcom lebih kurang tapi ada banyak metafora yg akan buat kita berfikir.

Ni buku terjemahan aku yg pertama. Harap2nya apa yg aku terjemah tu sampailah maksudnya sama dengan apa yg penulis asal tulis. Dan siapa yg minat nak baca buku omputeh yg mcm ni tapi malas nak bukak kamus, boleh dapatkan versi Melayu yg aku buat ni ha. Atau siapa yg dah baca dan nak baca sekali lagi dlm bahasa Melayu pun ok. Ataupun siapa peminat John Green dan Shaz Johar yg nak sokong tulisan dia orangpun boleh gak beli buku ni.

Eh, senang cerita, korang beli je lah.



Dah lah tu je nak tulis. Bagi yg berminat utk beramas mesra ngan aku nanti, majlis perlancaran buku ni akan berlangsung pada 6 Jun ni di #Art4Grabs bertempat di The School, Jaya One dari pukul 2-3 pm. Harga buku sila check dengan Buku Fixi kat FB, Twitter or Insta dia orang. Takkanlah korang tak follow lagi....

Jadi apa tunggu lagi, mark you calendars dan jumpa di sana!



ps: kepada mereka2 yg suka baca ebook or takde kat Msia truly Asia dan teringin nak baca karya Shaz Johar kat phone atau leptop masing2, kelima-lima novel aku sudah boleh didapati di Google Play, eSentral, Bachabooku dan Kaki Buku. Harga dia RM9.90 je kalo tak silap. Murah je.

ps2: dan bagi yg tak tau plak, novel NOTA ni merupakan novel Buku Fixi yg ke 100. Clap! Clap! Clap! Tau tajuk novel pertama diorang? Ya, Kougar ler apa lagi. Novel pertama aku jugak. Hmmm... jauh dah perjalanan Fixi.Terima kasih kerana terus percaya dgn bakat dan rupa aku (#rupatubonus #lol). Harapannya agar kita akan terus berkolaborasi lagi. Amin.





Ahad, 21 Disember 2014

Diari Seorang Penulis Separuh Diva

Harini aku tetibe feeling nak update blog.

Semalam (20 Dec) aku dapat Diploma in Communication (Translation), setelah jadik student since Januari lepas. Finally, dapat jugak, ingatkan fail. Yay!!

So lepas ni kalau ada sesapa yg nak panggil translator, dr Ingrish ke Maleis (bahasa lain tak mampu, walaupun dulu aku ada blaja French - tapi dah lupa, oketengs), bolehlah upah aku sekarang. Caj aku murah je, tak nak demand lagi sebab nanti korang kata aku berlagak diva (walaupun hakikatnya begitulah). Tapi kalo kena dgn payment dan masa, semua tu boleh bawak bincang, kan?

Anyway, memandangkan aku dah berhenti kerja korporat (refer last entry; tapi kengkadang dorang panggil jugak utk buat kerja part time kat ofis tu dan akupun tolong sebab aku budak baik) so buat masa sekarang ni, ni lah kerja full time aku selain menulis novel yg baru.

Untuk translation: aku tengah translate satu novel ingrish ni, novel kegemaran rangmuda. Khabarnya, tgh shooting utk dijadikan filem. Harap2 translasi aku tak mengecewakan, takut jugak aku ni sebenarnya, takut buku tu jadi tak best. Huhu. Oh before this, aku ada translate satu buku Finnish yg dah ditranslate ke bhs Ingrish terlebih dahulu (aku nak translate dr Finnish tu memang finish la jawabnya, kan?). Yg tu tak tau lah bila nak publish. Yg tgh translate ni pun aku taktau bila boleh/nak dipublish senanya. Kalo ada rezki, dapatlah korang baca, ek?

Untuk novel yg baru, bagi yg sibuk tanya, dah siap dah pun. Insya Allah kalau ada keizinan, next year lah keluar. Cerita pasal apa? pasal penulis, pesakit mental dan pedofil. Aku tak nak expect tinggi2, tak penah expect tinggi2 pun, takut riak. Tapi aku harap, disukai ramai. Sebab aku suka.

Last kerja yg dah siap, cerpen YA utk antologi cerpen MALAM. Kerjasama Big Bad Wolf dgn Fixi. Edisi terhad. Dengarnya laku macam nasi lemak tek kg baru masa launching haritu. Akupun dapat satu copy je sbb aku takde kat KL masa launching so pada sayang2 sekelian yg mintak satu copy dari aku tu, ai susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, ya!

Hmmm... apa lagi nak tulis eh? Itu je lah kot. Tapi nak bagitau korang ni, kalau dah dasar penulis tu kan, kepala aku memang asik fikir storyline apa je yg nak ditulis lagi. Sekarang ni aku tgh fikir nak tulis story pasal rapture plak. Korang suka tak?? Ke korang tak paham? Ke korang tak kesah?

OK lah, sebelum aku ciao, ni ada gambar sikit utk korang tatap puas2. Bergembiralah.


Ni lah pose terbaek aku pegang cert semalam.

Pic atas kat Cafe Amo, bawah kat Cafe Einstein. Dua2 kat Jln Sultan, Petaling street. Aku ngopi n dinner kat kedua2 cafe ni lepas majlis anugerah (gitu). Sebelah-menyebelah je. Cute concept. I like it.
Ha, ni lah dia projek aku sekarang. Bukan projek dgn anak ikan ni, tapi projek translasi dr novel filem ni. Novel apa? Kau orang figure lah sendiri. Okebai.


 

Rabu, 3 Disember 2014

SELAMAT JALAN DUNIA KORPORAT

Semalam (2 Dec) merupakan hari terakhir aku dalam dunia korporat berofiskan di Bangsar. Cukuplah 6 bulan aku kerja kat situ, bertemankan kawan2 yg gila dan customer yang kadang2 memberikan tekanan jugak.

Mulai hari ni, aku akan memulakan kerjaya baru secara fulltime. Jadi translator. Aku tak tau berapa jauh kerjaya ni boleh bawak aku pergi tapi aku yakin setidak2nya ini satu pengalaman.

Kalian semua doakan aku semoga rezeki aku bertambah (tak banyak, sikitpun jadilah) supaya aku dapat lalui hidup2 masa depan dengan tenang. Amin.

OK, ni gambar2 aku sepanjang bekerja di kantor tersebut. Gambar last tu, kononnya farewell. Dorang siap belikan kek carrot cake secret recipe, sedap gile!!) n bagi kad. Pastu nyanyi2. Alahai so sweet. Yg penting, bos aku ada tanya nak tak keja parttime bebila aku free nanti, aku jawab mak ok je. So, ko rasa dorang sentap tak sebab dah berhabis duit pastu tengok aku datang ofis tu balik? ahaks!

Eh, dahlah... enjoy...

of course la me... Pic ni masa aku tengah training kot.

penulis dan buku berpisah tiada. Ni kerja time weekend.

Office outing kat Avani Gold Coast, Sepang. Bukan Australia. Oketengs.

Malamnya dinner. tema angelic white. semua feeling2 jadi model victoria secret masa ni. Walhal, macam staf victoria station atau secret recipe je.

Yang ni Halloween party kat ofis. Mummy lipstick merah tu aku yg buat. Chumel, kan?

Yg ni plak Deepavali decor. Aku tlg tabur2kan beras je. bagi menambahkan seri kuputih kuputih barulah cantik kata orang.

Seperti biasalah, kalo kerja pagi + weekend, memang muka aku zombie sokmo.

ok, ni last pic semalam. Sweet nya...


 ps: To Aspire team, you guys are amazing. I can no other answer make but thanks, and thanks, and ever thanks - William Shakespeare, from Twelfth Night, Act III, Scene 3.

Jumaat, 18 Julai 2014

Snow White... two years old.

Aren't I pretty?!


My baby princess divalicious putih gedebus sekor ni dah 2 tahun. Actually aku baru teringat sebab sebenarnya dia punya birthday 7hb hari tuh. Hahah. Tapi tak apalah, memandangkan aku bapa yg dah tua soleh dan mithali, maka kelupaan itu marilah kita sama-sama abaikan.

Dan seperti tahun yg sudah, entry kali ni khas aku buat sempena anak kesayangan aku yg sekor ni ha. Aku doakan semoga dia terus jadi anak yg berguna dan kekal cantik dan bagi Daddy duit bila dah berjaya jadi model kucing nanti.

Oh ya, sesiapa yg nak jadik agen modelling kucing utk Snow White tu, bolehlah contact aku. Tak sabar aku nak jadi stage mom atau momager macam Kris Jenner tu ha. Untung2 leh ada TV show sendiri. Hik hik.

Dahlah, takyah merepek. Sebelum korang menatap gambar2 di bawah dgn rasa penuh iri, mesti korang nak caci aku kenapa hidung dia comot, kan? well, aku nak beritahu kat korang yg silalah abaikan hidung dia yg kotor tu. Hidung dia lepas makan memang  jadik macam tu. Puas dah aku ajar dia basuh mulut lepas makan, tetap tak reti2. Degil!

So, korang enjoy je lah, OK?

Snow White found a new toy.

Fasting la... tired...

Tak nak pose la... Tired... Fasting...

Tolonglah Daddy nih!! Rimas!!!

Lepas makan, tido.

Kalau tak dia tidur atas bantal, dia yang jadi bantal Daddy. Ahaks!

Snow White in water color.

Daddy, mana kamera?

Sundress sempena summer di KL.

Of course Daddy adores dia....

Tempat persemayaman... Bila rasa teragak je tido kat dalam ni...

Kadang2 dia tolong Daddy check email, proofread dan uruskan hal show dan bisnes tudung Daddy.

Dia memang suka pose mati macam ni... LOL!

Dah lah. Puas tak??? Tak puas kalu, gi FB aku. Banyak lagi gambar2 dia ada dalam album Snow White.

Hingga ke next entry (yg entah bila aku nak tulis), aku nak amik kesempatan ni utk mengucapkan selamat berpuasa (lagi 10 hari nak raya) dan selamat hari raya. Semoga bulan mulia ini mematangkan pemikiran kita semua.

Shaz out!




ps: belumpun beberapa bulan kes kehilangan MH370 berlaku, sekali lagi MAS ditimpa musibah dgn kes MH17 yg ditembak di Ukraine beberapa jam lepas. Semoga semua yang terlibat terus tabah. Takziah diucapkan.